Taktik yang sama digunakan oleh UMNO. Dalam tahun 90’an, UMNO secara terbuka memfitnah PAS dengan mengatakan PAS adalah Khawarij. Sejak akhir-akhir ini percubaan memfitnah ini dihalakan kepada orang2 PAS yang anti kepada idea “Kerajaang Perpaduang”.
Sedar atau tidak, UMNO sudah berhenti kempen fitnah mereka terhadap PAS. Ini kerana mereka tidak mahu menaikkan kemarahan ahli-ahli PAS bagi memudahkan usaha mereka menarik PAS menyertai UMNO dalam satu koalisi.
UMNO LEBIH HAMPIR PADA KHAWARIJ DARI PAS
Sifat utama Khawarij adalah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Ini adalah berbuah dari kaedah tafsiran mereka ke atas Al-Qur'an dan Hadeeth yang berasaskan kepada nafsu dan bukan kepada ilmu. Dengan kata lain, disebabkan Khawarij mentafsir Al-Qur'an dan Hadeeth dengan nafsu, maka mereka akhirnya menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.
Perangai menghalalkan apa yang haram ini adalah sifat semulajadi UMNO. Malahan, saya sudah menulis sebuah artikel sebelum ini menyenaraikan dosa-dosa besar yang telah di halalkan oleh UMNO selama kewujudan UMNO.
Misalnya :
Untuk membaca kembali artikel tersebut, sila klik di sini.
Segala benda haram yang telah dihalalkan UMNO ini membuktikan dengan jelas bahawa UMNO lebih rapat kepada Khawarij berbanding PAS atau sesiapa sahaja.
UMNO PERANGAI MACAM SYAITAN BILA TUDUH ORANG LAIN KHAWARIJ
Bukan sahaja UMNO ini cawangan Khawarij di Malaysia, mereka juga menunjukkan sifat dan perangai syaitan. Mereka tidak mahu orang tahu mereka ini “khawarij”, mereka menuduh PAS pula Khawarij.
Dalam blog saya, agen mereka yang menggunakan nama Grand Marquis cuba menjalankan jarum jahat UMNO ini. Si GM ini cuba untuk menuduh saya sebagai Khawarij. Sebagai contoh beliau menulis :
- Saya lihat TB ni semakin menghampiri ciri-ciri khawarij. Saya bagi satu hadith tentang khawarij untuk para pembaca menilai sendiri apakah TB ni menepati ciri-ciri tersebut.
- Abu Said al Khudri menceritakan bahwa Ali –sewaktu berada di Yaman-menghantarkan Dhahiibah dalam taribahnya kepada Rasulullah. Barang tersebut dibagi-bagikan rasulullah kepada : Aqra’ bin Habis al Handzali, dan Aynah bin Badr al Fazari, Alqamah bin Alasah al Amiri, dan salah seorang daripada Bani Kilab, dan Zaid al Khair al Thai, dan salah seorang Bani Nabhan. Pembahagian itu membuat kaum Qurasiy dan Anshar merasa tidak senang sehingga berkata : Ya Rasulullah, baginda telah memberikannya kepada kelompok Askar daripada Najad dan meninggalkan kami ”. Rasulullah menjawab: ”Aku berbuat demikian, semata-mata untuk menjinakkan hati mereka. ” Abu Said melanjutkan: Tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang buta, lebar dahinya, lebat janggutnya, gundul kepalanya berkata: ”Ya Muhammad, bertakwalah kamu kepada Allah”. Baginda berkata : ”Siapakah lagi yang akan taat kepada Allah jika aku tidak taat kepadaNya. Dia (Allah) telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk menjaga bumi ini, mengapa engkau tidak percaya kepadaku ?..Abu said melanjutkan: ”selanjutnya seorang lelaki –menurut sebagian riwayat Khalid bin Walid-telah meminta izin kepada Nabi untuk membunuh lelaki tersebut tetapi baginda melarangnya. Setelah lelaki itu pergi rasulullah saw bersabda : ”Sesungguhnya dari keturunan lelaki ini nanti akan muncul sebuah kaum yang membaca Al-Quran teapi ia tidak melepasi pangkal tengkorak mereka. Mereka mmecah Islam sebagaimana keluarnya ank panah dari busurnya. Mereka membunuh umat Islam dan membiarkan umat penyembah berhala. Sekiranya aku menjumpai mereka, niscaya aku akan memerangi mereka seperti yang menimpa kaum Ad. ” (Sahih Bukhari/3344; Sahih Muslim/2451).
- “Ketahuilah Uthman r.a. dan Ali r.a. telah dibunuh oleh golongan ini.”
Dan saya terkejut dia boleh nukil hadeeth berkenaan dengan pembunuhan umat Islam sedangkan yang membunuh umat Islam di Malaysia adalah UMNO. Adakah GM lupa pada peristiwa berdarah Memali/Ustaz Ibrahim Libya? Bukankah semua kuil dan rumah ibadah di Selangor sekarang ini dibina waktu UMNO memerintah?
Inilah dia contoh perangai syaitan. Grand Marquis ni sanggup menggunakan hadeeth Nabi SAW untuk menyokong ideology kuffar dan syirik beliau demi meneruskan agenda UMNO untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.
Sebagai penutup, saya teringat nasihat seorang kawan saya yang bekas UMNO :
- Orang UMNO ni, kalau mereka kata Tuhan itu Satu pun kita jangan percaya. Bukan sebab apa yang dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu orang UMNO.
0 comments:
Post a Comment