;

Tuesday, February 23, 2010

DEi! Mamak Zambri! Teh Tarik Satu!

0 comments

Lebih kurang pukul 11 pagi tadi YB Ramli telah menghadiri satu sidang media yang telah diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat di Ipoh.Turut hadir adalah YB Sivakumar(Speaker Sah Dun Perak),YB Tai Sing Ng dan beberapa Adun lain.Ianya diadakan bertujuan untuk membidas kenyataan Dato Seri Zambry yang menyatakan bahawa ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan,tidak seorang pun ADUN dan MP dari Barisan Nasional yang dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD).Sesungguhnya kenyataan beliau adalah satu fitnah!!!Di sini Dato Seri Nizar Jamaluddin telah membangkang dengan sekeras-kerasnya kenyataan fitnah itu dengan bukti minit mesyuarat JKTD yang telah dihadiri oleh ADUN dan MP Pakatan Rakyat dahulu.Sesungguhnya ADUN dan MP dari BN juga dijemput untuk sama-sama bermesyuarat dan membincangkan masalah rakyat untuk diselesaikan.Akan tetapi kebanyakan dari mereka yang tidak hadir!...Untuk Daerah Kinta,YB Hamidah(Sg Rapat),YB Nazri(Manjoi) dan YB Husni(MP Tambun) tidak hadir ke mesyuarat JKTD ini.
Seperti contoh mesyuarat JKTD Kerian,YB Sham B Mat Sahat turut dipanggil untuk bermesyuarat tetapi beliau sendiri tidak hadir.Sekali dua ponteng bolehlah diterima tetapi 6(Enam) kali bermesyuarat,semuanya keenam-enam kali juga YB Sham tidak hadir.Buktinya ada di bawah ini.Dan tiada pula wakil untuk menggantikan beliau.

Dan sekiranya benar kerajaan PR tidak memanggil ADUN dan MP BN untuk turut sama dalam mesyuarat JKTD bagaimana pula dengan YB Dato Zahir(Kamunting) dan YB Rosli(Trong) boleh pula turut sama dalam mesyuarat JKTD di Daerah Larut Matang dan Selama???

Jadi kesimpulannya Zambry telah membohongi rakyat Perak dan cuba memburukkan Pakatan Rakyat Perak.Insaflah dari terus menidakkan perkara baik yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika pernah memerintah Perak selama 11 bulan suatu ketika dulu sebelum dirampas!!!

JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS

0 comments
Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

  • Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
  • Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
  • Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
  • Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
  • Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

0 comments

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.

Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.

Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara. Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal ‘Melayu’ tidak laku, mereka mereka cuba jual ‘Islam’ untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.

Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno sempena meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.

PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno. Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya. Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Perginya seorang pejuang

0 comments

Epilog Ust Hambari...
Sememangnya nama yang tidak asing lagi di Pas kawasan Kota Raja sungguhpun aku baru di kawasan ini, tetapi ust Hambari menrupakan individu tulen yang sudah pasti setiap kali aktiviti ceramah atau kiluah atau ceramah bila tiba sesi soal jawab sudah pasti soalan akan dilontarkan oleh ust Hambari, bahkan bukan soalan semata-mata tetapi beserta dengan pandangan. Riak wajah nya jelas benar menggambarkan seorang pejuang agama Allah... yang sering menitikberatkan soal pentarbiahan. Setelah mana aku menerima sms dari teman-teman mengatakan pemergian Aruah, aku terus fowardkan kpd Ust Idris Ahmad yang sering berkunjung ke Rumah beliau selepas Kuliah hiraki Bulnanan. Balas Ust Idris Ketika ini Allah mengambil beliau dalam keadaan yang cukup baik dan Ust Idris sempat menyampaikan salam Takziah kepada keluarga Aruah.
Antara peristiwa yang aku terkenang tentang ketokohan Ust Hambari ialah ketika mana satu hari sebilangan pemuda ingin membuka gerai sempena Karnival Usahawan Rakyat di jalan Kebun, beliau menyatakan beliau juga ingin turut serta bersama pemuda dalam menjual produk keluarannya iaitu menjual benih pokok nenas dan air nenas... (Benih pokok nenas diletakkan di dalam baldi dan Air nenas diletakkan didalam Balang. jika dilihat dan difikirkan takkan ada orang yang hendak menjual produk demikian tetapi apa yang keluar dari mulut aruah ialah Ini yang beliau ada dan segala keuntungan daripada Jualan ini
beliau akan sumbangkan kepada Urusan Ulamak Kawasan untuk memantapkan gerak kerja Ulamak.Nasihat-demi nasihat bahkan sokongan padu juga turut diberikan kepada pemuda-pemuda kota Raja. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan tentang ketokohan beliau dan sudah pasti buat Teman-teman di kawasan Kota Raja....
bahawa Mesyuarat Agung kita pada Kali ini pasti kita akan rasa sepi tanpa kedengaran suara lontaran idea dari insan yang bernama Ust Hambari....
BacaJuga...
21 Februari 2010, Jam 10.30 pagi saya dikejutkan dengan pengiriman SMS berita pemergian ke rahmatullah Ustaz Hj Hambari bin Hj Nor, aktivis PAS Bukit Naga.

Seminggu sebelum itu, saya dan pimpinan PAS kawasan sempat melawat almarhum di Hospital UKM selepas almarhum selesai menjalani pembedahan.

Menurut Dr Nora, anak perempuan almarhum, bapanya itu mengadu sakit perut sebelum ini dan hasil pemeriksaan pihak hospital didapati almarhum mengidapi kanser usus.

Pembedahan dikatakan berisiko tinggi atas faktor usia almarhum, namun doktor tidak ada pilihan lain terpaksa melakukan juga pembedahan yang memakan masa 8 jam.

Selepas pembedahan, almarhum dikatakan mula stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa dari wad ICU. Namun Allah lebih menyayangi hambaNya ini dan menjemput almarhum lebih awal daripada yang dijangkakan.

Secara peribadi, saya mula mengenali ustaz Hambari secara dekat setelah tertubuhnya PAS cawangan Bukit Naga sekitar tahun 1997.

Beliau telah menginfakkan tanahnya untuk didirikan Markaz PAS dan seterusnya PASTI Syaidatina Aisyah pada tahun 1998. Bermula di sinilah PAS kawasan Kota Raja menyerlah dengan pelbagai aktiviti semasa seperti program-program pentarbiyahan, ceramah-ceramah politik dan aktiviti-aktiviti dalaman parti.

Ustaz haji Hambari adalah di antara insan-insan kerdil di kalangan kita dalam perjuangan Islam di negara tercinta ini. Namun cukup istimewa untuk diperkatakan buat renungan kita bersama lebih-lebih lagi kepada generasi muda yang masih kuat kuderatnya.

Ketika di usia emas inilah ustaz Hambari masih berjiwa muda, bertenaga dan semangat perjuangannya cukup kental dibandingkan dengan sebahagian daripada kita termasuk diri saya sendiri.

Sepanjang ingatan saya, apa juga program-program PAS yang dianjurkan di Kota Raja ini, pasti ustaz Hambari ada bersama. Dia bukan orang-orang besar PAS, namun penglibatannya cukup meruntun perasaan. Apa tidaknya, khidmatnya tidak perlu dikerah namun diberi sebelum diminta.

Tahap kesukarelaannya cukup mudah ditumpahkan. Seperti juga sifat kedermawannya yang tinggi. Sebut saja program apa yang hendak dianjurkan. Pasti saja Ustaz Hambari akan menghulurkan bantuan kewangan. Bukan seringgit dua tapi mencecah ribuan.

Tengok saja markas yang ada, sebahagiannya adalah jasa-jasanya yang perlu kita kenang. Seperti penganjuran makan malam PASTI dan Jabatan Amal Kota Raja. Kupon belum dicetak tapi 100 orang telahpun ditaja. Inilah keperibadian Ustaz Hambari. Baca sini.

Dia bukan orang kaya. hidupnya sederhana sahaja. Pagi hingga ke petang kerjanya berkebun menanam nenas dan jagung. Bersih persekitaran markas kerana keperihatinannya. Kadang kala sempat juga mengecat dinding markas yang comot dimakan lumut.

Cerita ketika pilihan raya tak kurang hebatnya. Pernah satu ketika saya baru balik dari bandar Klang menyusuri jalan ke Jalan Kebun. Jam sekitar 2.30 petang yang teriknya tak terhingga. Hari bekerja dan tiada petugas PAS.

Ustaz gigih di sepanjang jalan hadapan MARDI sedang memacak papan tanda calon seorang diri.

Sayunya saya melihat tingginya semangat orang tua ini. Di markas pula, atas usaha beliau telah tersedia longgokkan papan-papan lapis kecil yang siap dipaku pada tiang-tiangnya menunggu poster yang belum siap dicetak lagi.

Belum lagi cerita ustaz menjahit puluhan bendera. Juga cerita apabila ada sekumpulan belia India datang ke markaz minta bendera PAS yang telah kehabisan, waktu itu juga ustaz Hambari menjahit bendera untuk diberikan kepada mereka.

Hikayat Ustaz Hambari dalam perjuangan Islam di Kota Raja tak akan berkesudahan. Saya pasti setiap orang yang mengenali Ustaz Hambari akan ada cerita tersendiri. Pokoknya setiap cerita itu sebenarnya mengajak kita berfikir dan merenungi diri sendiri.

Sejauh mana usaha kita dalam perjuangan ini benar-benar atas keikhlasan kita atau sebaliknya. Dan sejauh mana kita menggunakan kemampuan yang kita ada untuk manfaat perjuangan yang amat panjang ini. Atau kita sudah mula melupai segala janji-janji Allah kepada pembela-pembela agamaNya.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati almarhum ayahanda Ustaz Haji Hambari bin Haji Noor dan mengumpulkannya bersama para mujahid Islam di sepanjang zaman. Amin....

- Azman Mohd Mah Husin
Sekretariat Parlimen Kota Raja

Gambar 1. Ustaz Hambari selepas menjalani pembedahan di HUKM.
Gambar 2. Ratusan yang mengiringi jenazah
Gambar 3. Suasana sayu di perkuburan

Takziah kepada Sdr.Mohd Khairul Anuar

0 comments
Al Fatihah.
Pas Caw.Kota Kemuning mengucapkan Takziah kepada Sdr.Mohd Khairul Anuar dan keluarganya diatas kematian anak perempuan beliau yang berusia 5 bulan pada 12 Feb 2010 (Jumaat),diharapkan beliau sekeluarga dapat bersabar dengan ujian dan Redho dengan ketentuan Allah s.w.t.
Jenazah di solatkan di Surau Al-Firdaus dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun.
Pas Caw.juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusan jenazah anak Sdr.Mohd.Khairul Anuar.
Di Doakan agar kekuatan dan ketabahan buat Sdr.Mohd.Khairul Anuar serta Keluarga dalam menempuh ujian ini...

by.Pakyeop.

Assobiyyah Yang Menghantui Jiwa dan Minda Orang Melayu

0 comments
Assobiyyah atau fahaman kebangsaan ( Nasionalisme) masih lagi merupakan penyakit turun temurun di kalangan manusia amnya dan khasnya orang Melayu yang beragama Islam . Orang Melayu menganut agama Islam mengikuti raja mereka iaitu , Parameswa yang memeluk agama Islam pada tahun 1414 ( abad ke 15 ) .Pada abad ke 20 ini, lebih kurang sekitar 500 tahun ; politik “ Takkan hilang Melayu di dunia” yang di taja oleh laksamana Hang Tuah yang tiada di ketahui makamnya ,’ Road-show’ nya masih lagi dilagukan oleh parti assobiyyah Melayu Umno.

Salahkah fahaman assobiyyah ini di sisi Islam ? Sebenarnya tidak salah kerna kecintaan kepada budaya dan bangsa sendiri itu dibenarkan oleh Islam . Justeru, kerna bahasa , budaya , kumpulan ethnik , bangsa dan keturunan adalah semuanya ciptaan tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Pencipta yang bisa menciptakan kepelbagaian bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain.


Lantaran itu , mengapakah Islam mengharamkan assobiyyah ( kebangsaan) dan kaumiyyah( Perkauman ) ? . Ini adalah kerna Bangsa di letakkan melebihi Islam dan dijadikan pula Bangsa itu sebagai TERAS perjuangan dan HALATUJU pencapaian. KEZALIMAN berlaku kerna tiada meletakkan yang hak pada tempatnya yang sebenar! ; yakni Islam sebagai teras dan sebaliknya; dijadikan pula Islam , raja- Melayu, dan ugama Islam sebagai perkakas atau alat untuk mencapai cita-cita kebangsaan Melayu ( assobiyyah Melayu ) seperti yang tertera dengan jelasnya di dalam ‘By- Law” ( perlembagaan ) Umno itu sendiri .

Akibahnya daripada kezaliman tersebut, tertolak hududullah ( batasan hukum ketentuan Allah ) iaitu; Hukum Hudud, Qisos dan Ta’zir tidak terlaksana walaupun setelah 5 dekad merdeka daripada penjajahan Inggeris . Namun , umat Islam masih lagi dijajah dengan “ British Common Law “ dan menolak Hukum Hudud. Inilah dia dosa , dan kezaliman assobiyyah Melayu ( Umno) kepada Islam . Meletakkan Melayu sebagai teras perjuangan bukannya Islam . Natijahnya berlakulah ‘ Neo-Colonialism” (Pejajahan Bentuk Baru) oleh Umno ke atas Islam dengan menggunakan pendekatan assobiyyah Melayu menghantui minda dan jiwa orang Melayu supaya terus tidak merdeka . Menjadikan segelintir sahaja elit Umnoputra kaya raya . Sementera rakyat marhein tertekan dengan sistem Negara Koporat Umnoputra; di atas nama Melayu . Islam haramkan monopoli , kerna kekayaan negara itu untuk semua. Bukan yang kaya bertambah kaya melalui DEB untuk satu puak suku sakat sahaja. Islam haramkan kronisma dan membela semua kaum yang miskin bukan korporat Ananda Krisnan, Vincent Tan dan Mukhlis yang kaya raya mempergunakan DEP menipu rakyat miskin !.

Dalam kes sodomi ( liwat ) DS Anuar Ibrahim sepatutnya di bicarakan di Mahkamah Syariah tetapi sebaliknya di bawa ke Mahkamah Sivil. Walaupun permohonan DS Anuar di buat di Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes Qasaf ke atas Si Penuduh diri beliau ; namum sehingga sekarang hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah masih lagi terkapai-kapai untuk melakukan ‘ Legal Prosidings” ke atas kes Qasaf ( menuduh liwat tanpa 4 orang saksi ) .

Satu bukti lagi ialah kes syurb atau jenayah syariah minum arak . Wanita yang terlibat mahu di sebat secara hukum hudud untuk menebus dosanya di akhirah. Akan tetapi, hukuman ke atas beliau bukanlah secara ketentuan nas daraipada Kitabullah dan Assunnah. Sebatan hukum minum arak sebenarnya adalah antara 40 hingga 80 sebatan untuk tujuan pendidikan bukan penyiksaan dan penghinaan sebagaimana dakwa rakan kongsi Umno ; iaitu ‘Sisters In ‘Islam ‘ “ .Justeru itu dilakukan di depan khalayak sebagai pendidikan cegah maksiat .Sebenarnya tiada mendatangkan kesakitan seperti di dalam filem ‘Semerah Padi “ justeru kerna tangan tiada boleh diangkat melebihi lengan dan menampakkan ketiak , rotan halus dan pendek bukannya tebal dan panjang seperti yang di takuti ‘Sistes In ….” Bahkan jika cedera atau sakit dihentikan segera serta merta dan disambung pada hari lain dan bukannya di sebat berterusan ‘ non –stop/continuos” seperti gambaran negatif yang diberikan ; kerna ianya ibarat si ayah yang mendidik anak tidak solat ‘ bukannya di rotan untuk mencedera tetapi untuk mendidik . Barang dingat Hudud hanya untuk orang Islam , bukan Islam tidak dipaksa kerana ini membabitkan Iman dan mereka boleh pilih ‘Civil Law” .

Hukum hudud yang dilaksanakan dengan sempurna dan dengan redha si pesalah, inyaAllah tertebuslah dosa tersebut ; zina. liwat atau minum arak di akhirat kelak .Sayang sekali bagi umat Islam ; retorik tak hilang Melayu di dunia itu ; rupa-rupanya menghilangkan hudud daripada Satu Malaysia Sekular ( SMS) .Tahukah anda jika Islam naik ; bangsa yang mendukungnya automatis naik. Seperti panji Islam yang di pegang oleh orang Parsi mengusir thogut Shah, Amerika dan CIA. Namun jika orang Melayu menolak Islam dan ‘comfort zone” dengan assobiyyah Melayu Umno . Tiada mustahil jika Allah beri kepada bangsa lain ( Cina dan India) dalam DAP. PKR dan Kongress Penyokong PAS yang belajar Islam dan diberi hidayah masuk Islam dan memperjaungkam “Ad-Deen waddaulah “ dan Ad-Deen wa Syariah di negara ini !

Bagi orang Islam yang beriman tanpa mengira kaum hendaklah bangun untuk memastikan Hudud, Kisos dan Takzir bisa dilaksanakan di negara ini dengan menolak fahaman assobiyyah Melayu Umno dan assobiyyah Cina ( MCA ) dan assobiyyah India ( MIC) dengan memberikan sokongan padu kepada perjuangan yang tidak bernaunsakan kaum atau berteraskan perkauman . Sebaliknya berteraskan Islam ( “Rahmatan lil alameen “ seperti Parti Islam SATU Malaysia : PAS) , dan yang bernaunsakan Keadilan Sejagat dan Universalisme yang menolak retorik dan fahaman perkauman iaitu PKR dan DAP dalam PAKATAN RAKYAT . Jangan buat DOSA SUBAHAH tolak hudud lagi dengan mengundi Umno/BN lagi. Bertaubatlah dan undi Pakatan untuk menolak assobiyyah dan perkauman UBN yang di taja Umno .

Mencari ‘Political Mileage” dengan bergayut dengan sentimen perkauman dan mencetuskan anarki untuk meneruskan Tradisi Menipu Rakyat dalam jenama baru yang menenggelamkan Islam Hadhari ( Islam Cabut Lari ) ; diberikan kosmetik baru iatu SMS ( Satu Malaysia Sekular ) JTR ( Juara Tipu Rakyat ) . Cuba menutupi kerugian RM 32 BILLION berjudi dengan Tukaran Wang Asing Bank Negera melalui kerajaan RosmahNajib yang bisa menampung 100 tahun baget Pulau Pinang seperti yang di dedahkan Ku Li dan Nga Kor Ming . PKFZ yang didakwa MCA membabitkan figura Umno tetapi tiada disabitkan oleh SPRM; akan jadi seperti kes Perwaja Steel ( 3kali ‘bail-out’ ) dan BMF ; hilang begitu sahaja sekalipun nyawa aruah Jalil melayang .

Inilah dia perjuangan yang berteraskan assobiyyah Melayu ) demi Melayu bukannya demi Islam . Rasuah pun masih boleh jadi calun pilihanraya dan Ketua menteri ; sebab Hidup Melayu sebagai teras dan seruannya ; Amal Makruf Amal Mungkar menolak esensi TERAS perjuangan KITABULLAH dan ASSUNNAH dan seruan ‘ ALLAH HU AKBAR ! “ . Menipu ummah dalam permainan isu kalimah Allah ; walhal ucapan ramai pemimpin umno Satu Malaysia Sekular ( SMS). Massa sudah tahu Umno menolak Hudud kerna Umno bukan parti Islam tetapi parti perkauman Melayu dan hanya bisa hidup dengan sentimen perkauman seperti tohmahan ; PAS alat DAP untuk meraih undi Melayu dan pernah isu assobiyyah ini disandiwarakan oleh Najib –Lee Kim Sai . Bahkan mantan Presiden Umno pernah berkata jika laksanakan hudud habislah tangan orang Malaysia ini boleh dibuat sup . Ini lah ajaran baru yang sesat lagi menyesatkan dalam perjuangan assobiyyah Umno ; yang menolak Islam sebagai TERAS perjuangan sebaliknya menjadikan assobiyyah Melayu sebagai terasnya dengan memperalatkan raja-raja Melayu, ugama Islam dan budaya Melayu untuk mencapai cita-cita kebangsaan; bukannya Islam sebagai Teras dan Matlamat tetapi sebagai ALAT UMNO semata-mata ; termasuklah Islam Hadhari yang cabut lari dengan penipuan terkini : SATU MALAYSIA SEKULAR ( SMS ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT ) ! .

“ ALLAH IS THE GREATEST ! “

Tuesday, February 9, 2010

Nizar: Malaysia menuju monarki mutlak

0 comments
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Menurut beliau tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan.

Pada sidang media, sejurus selepas mahkamah menolak permohonannya, hari ini, Nizar berkata: “Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

Nizar juga berkata dia belum membuat keputusan samada akan merayu berhubung keputusan itu yang mengistiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.


“Kami akan teliti keputusan bertulis penghakiman dan kemudiannya membuat keputusan,” katanya sambil meminta penyokongnya supaya bertenang.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas. Sasaran kita sekarang ini ialah merampas semula Perak.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.”

Menurut Nizar, krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka.

Teruskan perjuangan. Kita bukan si 'Pandir' !

0 comments

" Allah bagi peluang masa yang mencukupi untuk kita ambil alih Perak dalam PRU akan datang. Babi tak kan jadi halal walaupun disembelih oleh Mufti. Itulah hakikatnya. Jangan berhenti segala gerak kerja untuk rampas Perak daripada BN yang telah dilakukan selama ini.."
____
Tiada kejutan , tidak juga mahu hairan. Segalanya telah diduga. Selama ini yang ada hanya pengharapan atas keberanian hakim jua keajaiban yang di harapkan dari kurniaan yang Esa. Semuanya tidak berlaku. Kita dituntut untuk terus berada di arena perjuangan... kerana sememangnya perjuangan itu panjang!

Keputusan hakim sepakat dalam barisan yang satu memberi kemenangan kepada Zamry memang telah di duga. Petang semalam seorang sahabat memaklumkan beliau dihubungi seorang ADUN umNO mengajak menemaninya ke Putrajaya untuk meraikan kemenangan Zamry. Comfirm! katanya menjawab keraguan sahabat saya.

Beberapa fakta menunjukkan bahawa seakan umNO BN telah mengetahui keputusan tersebut dari awal lagi. Jika ia satu kebenaran, maka jelas tangan umNO BN terlalu kuat mencengkam sistem keadilan dan kehakiman. Bagi yang berserah dengan mahkamah dunia tentunya kecewa. kekecewaan itu boleh mengundang segala bentuk kecelakaan dan huru hara yang tidak kita inginkan. Namun bagi yang beriman... kita meyakini itulah mehnah dalam perjuangan dan itulah peluang yang disediakan tuhan untuk hambanya merebut limpahan ganjaran yang menjadi tiket untuk ke syurga idaman. Kita meyakini hanya mahkamah tuhan mahkamah yang seadilnya dan pengaduan kita kepadanya tidak akan dipersiakan.

Apa yang telah berlaku menjelaskan bahawa jangan sesekali berharap dengan manusia secara mutlak. Segala yang ada di dunia adalah jambatan untuk usaha sahaja. Ingatlah pesanan Rasulullah " Suatu perkara yang dikagumi dimiliki mukmin adalah segala baginya kebaikan, Jika diberi ni'mat ia bersyukur, bagiinya kebaikan, jika diuji ia sabar, baginya kebaikan ( muslim).

Satu perkara menarik yang mesti diusahakan oleh PR ialah memujuk MP BN . Jika berjaya , kita boleh sahaja memerintah negara tanpa perlu menunggu pilihanraya ke 13. Itu adalah kefahaman dari keputusan mahkamah hari ini. Pastikan Najib tidak tidur lena selepas ini kerana mungkin sahaja MP BN bertemu YDP Agong ditengah malam ketika Najib beradu bersama Rosmah dan sebelum nikmat malam Najib rasai. YDP Agong mengisytiharkan Najib disingkirkan kerana PR telah membawa 40 MP BN yang menyokong PR.

Itulah kemungkinan dan peluang yang tersedia dari keputusan 5 hakim hari ini. Namun jangan pula diharapkan sangat dari kerja yang tidak bermaruah seperti itu. Kita bukan pandir ! Kita akan tetap TERUS BERJUANG! Gambar dari Wak banjari di mahkamah.(anak sengat)

Detik Hitam Dalam Demokrasi Di Malaysia - Nizar

0 comments
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara memutuskan Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar Perak yang sah.

Ketika membuat keputusan ini jam 11.00 pagi, mahkamah tertinggi itu juga menolak permohonan Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam satu sidang media sejurus selepas keputusan itu, Nizar berkata keputusan ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah sistem kehakiman di negara ini.

Beliau berkata, "kemelut politik di Perak nampaknya masih belum dapat diselesaikan kerana demokrasi masih diikat dan tidak bebas.

Bagaimanapun beliau belum membuat keputusan sama ada untuk memfail semakan semula atau tidak.

"kita akan kaji secara terperinci penghakiman bertulis dan saya meminta para penyokong supaya bersabar, bertenang dan tidak bertindak di luar batas undang-undang," katanya.

Alauddin Mohd Sheriff mengetuai lima panel hakim dalam membuat keputusan ini. Empat hakim lain ialah Arifin Zakaria, Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Arifin yang membaca penghakiman itu memutuskan bahawa tidak perlu kepada undi percaya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sultan boleh menyingkir menteri besar. Oleh itu, Zambry mendapat sokongan 31 kerusi dalam DUN.

Kamar Peguam Negara diwakili oleh ketua bahagian pendakwaan, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Kamaluddin Md Said, ketua bahagian rayuan dan perbicaraan.

Para peguam Nizar terdiri daripada Philip Koh, Chan Kok Keong, Leong Cheok Keng, Edmund Bon, Mohd Hanifa Maidin, Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli.

Para peguam Zambry ialah Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Zambry sendiri tidak hadir di mahkamah ketika keputusan itu dibuat. Mohd Hafarizam Harun dan M Reza Hassan bertindak sebagai pemerhati bagi Umno.




Kebatilan itu tidak akan kekal. Sesuatu kemenangan yang dicapai secara batil pasti hancur binasa akhirnya apabila kebenaran menjelma.


Janganlah kamu lemah, dan janganlah kamu berdukacita, kamu lebih tinggi jika kamu beriman.

Monday, February 8, 2010

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

0 comments

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin