;


Friday, May 21, 2010

Pabila kahak dan ludah jatuh bertempek kat muka sendiri

0 comments
Tindakan meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri! Itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang semalam mendesak Menteri Besar Selangor kini Tan Sri Khalid Ibrahim agar menutup lebih 4500 tempat perjudian yang kini terdapat di Selangor.

Pada zaman siapa pusat perjudian tersebut dibina dan diluluskan? Pakatan Rakyat baru memerintah tak sampai pun tiga tahun. Siapa lagi kalau bukan zaman Umno@BN memerintah Selangor! Memang patut pun pemimpin Umno digelar 'Raja Judi'.

Tindakan Khir Toyo bukan sekadar baling batu sembunyi tangan tetapi umpama orang berak tengah jalan kemudian tuduh orang lain!Malah suruh orang lain sapu dan bersih!

Patutlah dulu Khir Toyo dulu hadiah penyapu kepada Pegawai daerah di Hulu Selangor. Rupa-rupanya sebagai simbolik membersihkan segala kekotoran dan najis yang kini ditinggalkan oleh Umno sebelum ini sekian lama memerintah Selangor.

Kena siasat juga mana le tahu rumah Khir Toyo di Syeksen 7 Shah Alam yang khabarnya bernilai puluhan juta ringgit datang dari duit judi.

Malang sekali nasib rakyat di Selangor yang dibangunkan selama ini bergelumang dengan hasil judi!!!

Rakyat fikir sendirilah inilah antara contoh pemimpin yang mendakwa pejuang bangsa dan Melayu di negara ini. Malah dengan muka tak malu mengaku Umno sebagai pembela Islam.i

Majlis Makan Malam Sempena 20 Tahun Jabatan Amal Malaysia DPPP

0 comments

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami beri balasan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl:97)
Menjelang 2011 maka akan genaplah 20 tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia sebagai salah satu badan beruniform yang diiktiraf sebagai salah satu anggota penggerak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Tidak terlingkup di dalam PAS sahaja malah jasa dan bakti Jabatan Amal Malaysia turut diiktiraf kewujudannya oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang lain.
Bermula dengan peristiwa ’Banjir Besar’ yang melanda Johor pada tahun 2006 dan disusuli dengan perarakan aman semasa ’Himpunan Bersih’ Pada tahun berikutnya benar-benar membuka mata semua pihak tentang kewujudan ’Tentera Merah’ yang satu ketika dahulu seolah-olah sering ditidakkan tentang kewujudannya kepada satu jenama yang cukup diterima bukan sahaja oleh ahli PAS malah turut dikagumi oleh mereka-mereka diluar parti politik.
Sejajar dengan usia yang semakin meningkat, Jabatan Amal Malaysia telah melalui pelbagai transformasi dari tahun ke tahun bagi membantu gerak kerja parti dalam apa jua perkara pun terutamanya di dalam membantu menaikkan nama parti kedalam arena politik negara.
Namun begitu ruang lingkup bidang tugas Jabatan Amal Malaysia tidak terhad kepada tugasan di dalam parti sahaja malah turut melangkaui kepada khidmat masyarakat baik di dalam mahupun di luar negara. Dimana sahaja anggota Jabatan Amal diperlukan, anggota yang ada sedia mencurah bakti sejajar dengan tema Jabatan Amal sendiri, ’Beramal Kerana Allah’.
Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kecekapan dan kekemasan gerak kerja Jabatan Amal Malaysia di peringkat pusat dan negeri, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan Majlis ’Makan Malam 2 Dekad’ Jabatan Amal Malaysia.
Majlis Makan Malam ini adalah bertujuan untuk memungut dana bagi mengisi ’Tabung Kebajikan Jabatan Amal Malaysia” yang akan dilancarkan secara rasmi pada malam tersebut

Ancaman arak dan judi kepada masyarakat

0 comments

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Sayid Qutub berkata: Kemudian ayat yang berikut menerangkan kepada kaum muslimin hukum arak dan berjudi. Kedua-duanya merupakan kenikmatan hidup yang amat disukai oleh orang Arab pada masa mereka belum lagi mempunyai minat dan cita-cita yang yang tinggi, yang dapat mereka habiskan kegiatan-kegiatan mereka atau belum lagi mempunyai minat dan cita-cita yang tinggi yang melibatkan seluruh perasaan mereka dan menelan seluruh waktu mereka.


Allah berfirman, Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya” dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah - (apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah: 219)

Firman Allah: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu…”

Sehingga pada waktu ini belum lagi diturunkan hukum mengharamkan arak dan judi tetapi tidak ada pula satu nas al-Quran yang menghalalkan kedua-duanya. Malah Allah membimbing kelompok Muslimin yang baru itu selangkah demi selangkah ke jalan yang dikehendaki oleh-Nya.

Allah menciptakan kelompok ini di bawah perhatian-Nya untuk memainkan peranan yang ditentukan untuk mereka. Peranan yang amat besar ini tentulah tidak sesuai dengan kegiatan membuang waktu di dalam penagihan arak dan permainan judi. Ia tidak selaras dengan kerja-kerja membuang umur, membuang masa sedar dan membuang tenaga yang dilakukan oleh orang-orang yang kosong dari pekerjaan, iaitu orang-orang yang hanya asyik memuaskan kenikmatan nafsu mereka sahaja. Atau orang-orang yang diburu oleh kekosongan hidup lalu mereka penuhkannya dengan kemabukan arak dan bermain judi, atau orang yang diburu oleh jiwa mereka lalu mereka melarikan diri di dalam arak dan judi sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang hidup di dalam jahiliah, sekarang dan masa akan datang.

Namun, dalam menjalankan cara pendidikannya terhadap jiwa manusia, Islam bertindak dengan perlahan-lahan, selesa dan hati-hati. Ayat yang kita sedang bicarakan ini merupakan langkah pertama dari langkah-langkah pengharaman. Segala benda dan segala perbuatan kadang-kadang tidak semuanya tidak baik belaka.

Yang baik kadang-kadang bercampur dengan yang tidak baik dan yang tidak baik bercampur dengan yang baik di bumi ini, tetapi menjadi asas halal dan haram ialah wujudnya lebih banyak kebaikan atau wujudnya lebih banyak kejahatan. Jika dosa (keburukan) dalam penagihan arak dan permainan judi itu lebih besar dari manfaatnya, maka itulah sebab pengharaman dan larangan walaupun tidak dijelaskan di sini dengan lafaz pengharaman dan larangan.

Di sini penulis akan menyebut dua perkara iaitu arak dan judi. Ancamannya berdasarkan kitab al-Kabair oleh al-Zahabi:

Pertama: Ancaman daripada minum arak

Terdapat banyak hadis yang melarang keras daripada minum arak. Antaranya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

* “Jauhilah minuman keras, kerana sesungguhnya minuman keras itu punca dari segala kejahatan.” (Riwayat Hakim)

* “Semua minuman yang memabukkan itu adalah khamar dan setiap khamar itu adalah haram. Dan barang siapa yang minum khamar di dunia. Lalu mati dalam keadaan tidak bertaubat, sedangkan dia sangat menggemarinya, maka nanti dia tidak akan dapat merasainya di akhirat”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)

* Siapa yang meminum khamar di dunia, maka dia akan diharamkan minuman khamar di akhirat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

* “Barang siapa yang meminum minuman keras, Allah tidak akan menerima sesuatu (kebaikan) daripadanya. Dan jika dia mabuk dari sebab minuman keras itu, tidak akan diterima solatnya selama 40 pagi (hari). Kemudian jika dia bertaubat, lalu kembali semula meminum minuman keras maka berhak Allah memberikannya minuman dari kotoran darah atau nanah neraka jahanam.” (Riwayat Ahmad dan Turmidzi)

Penulis menutup perbincangan ini dengan menukilkan kata-kata Prof. Dr. H. Mahmud Yunus dalam tafsirnya. Dalam ayat 219 teranglah bahawa arak itu sebenarnya ada manfaatnya seperti memanaskan tubuh, menghilangkan dukacita dan sebagainya. Tetapi kemudaratannya terlebih besar dari manfaatnya kerana ia berbahaya kepada kesihatan badan dan fikiran serta pembaziran.

Berkata salah seorang doktor dari Jerman, orang yang banyak minum arak ketika umurnya 40 tahun, tubuhnya dan fikirannya seperti orang yang berumur 60 tahun.

Zarro Aga seorang peladang Turki, telah berumur lebih 100 tahun, sedangkan kekuatan tubuhnya dan fikirannya seperti orang muda. Tatkala ditanyakan kepadanya, apakah yang menyebabkan yang demikian itu? Maka dia mengatakan, bahawa dia tidak minum arak sejak kecil lagi.

Doktor-doktor Eropah telah bersepakat, bahawa bahaya arak itu lebih besar dari manfaatnya. Seolah-olah mereka menerima peraturan al-Quran yang telah turun lebih 1,300 tahun dahulu.

Ulama bersepakat, bahawa minum arak yang diperbuat daripada buah anggur, hukumnya haram, baik sedikit ataupun banyak. Arak yang diperbuat selain daripada anggur boleh diminum sedikit (tidak memabukkan) menurut mazhab Hanafi.

Kedua: Ancaman daripada berjudi

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

* Sesungguhnya ramai orang yang cuba mendapatkan harta Allah dengan cara yang tidak benar, maka mereka berhak memasuki neraka pada hari kiamat. (Riwayat Bukhari)

* Sesiapa yang mengatakan kepada temannya: Marilah kita bermain judi! Maka hendaklah dia bersedekah (sebagai kaffarah). (Riwayat Bukhari)

Kalau sekadar mengajak teman judi saja sudah diwajibkan membayar kaffarah (tebusan) dengan bersedekah, apatah lagi kalau sudah bermain judi.

Bahaya berjudi amat jelas. Seseorang boleh menjadi kaya-raya dalam masa yang singkat, sebaliknya boleh menjadi papa-kedana sehingga boleh merobohkan rumah tangga yang bahagia dan menjadi hina dina dalam masa yang singkat juga.

Firman Allah: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.

Al-Maraghi berkata: Allah menyebut keampunan dan penambahan bagi mentakdirkan setiap kaum mengikut masa mereka dan yang layak dengan keadaan mereka. Yang dikehendaki dengan infak di sini ialah sedekah sunat kepada individu dan juga maslahah ummah.

Iktibar Ayat

* Setiap larangan Allah pasti mempunyai mafsadah jika dilakukannya, sebaliknya jika ditinggalkan pasti mendapat maslahah dan manfaat.

* Mudarat arak bukan semata-mata berkenaan kesihatan tetapi merangkumi keseluruhannya seperti badan, jiwa, akal, harta dan termasuk juga hubungan sesama manusia.

* Judi merupakan ancaman kepada masyarakat dan mudaratnya lebih besar daripada manfaat.

Rakyat 5 negeri bangkit bantah lesen judi bola sepak

0 comments
Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak menyebabkan rakyat hari ini bangkit bersuara membantah keputusan itu selepas solat Jumaat di beberapa kawasan masjid di lima negeri.

Bantahan yang dianjurkan Pemuda PAS Pusat itu dilakukan di Selangor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bagi membantah pemberian lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia Jun ini terhadap Kumpulan Berjaya.

Di Perak, difahamkan kira-kira 1,000 orang, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat lain, bukan Islam dan NGO berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh, selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang tadi.

Antara slogan yang dilaungkan termasuklah "tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "hancur Umno".

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberapa pergelutan juga dilaporkan berlaku sewaktu polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan secara aman

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 petang tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.

Sementara itu, di masjid di Kuala Terengganu, perhimpunan difahamkan berjalan lancar selama kira-kira 45 minit selepas solat Jumaat.

Perhimpunan itu juga diisi dengan ceramah ringkas, antaranya bagi menegaskan bahawa mereka akan terus memperjuangkan penghapusan lesen judi sukan sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Keadaan berbeza di Selangor apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak dan tidak mendapat begitu banyak sambutan seperti yang disasarkan.

Di Kajang, hanya seramai 100 orang menyertai demonstrasi di Masjid Jamek selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun menurut Naib Ketuanya, Mohd Sani Hamzan, demonstrasi hari ini hanya untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan.

“Sebenarnya hari ini kita hanya memberikan penerangan kepada masyarakat sahaja sebab itu tidak ramai yang hadir.

“Lagipun kita hanya menyasarkan kepada jemaah masjid sahaja,” katanya.

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di lima negeri sebagai ‘pemanas badan’ sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs454.ash1/24986_114083118625635_100000718434571_139414_8294421_n.jpg

Himpunan 1000 orang Judi Halal Kuala Berang

0 comments
1000 orang telah berhimpun secara aman di hadapan Masjid Kampung Pengadang Baru Jalan Kuala Berang, bagi menyatakan membantah tindakan kerajaan pusat meluluskan judi bola sepak sempena piala dunia 2010.

Demonstrasi aman itu bermula kira-kira jam 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Abdul Hadi Awang.

Antara pimpinan PAS Terengganu yang berucap kepada orang ramai adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizol Wan Abas, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali.

Turut berucap memberikan ucapan dalam himpunan tersebut adalah Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Faris Muda.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar ditaati kerana menganjurkan kemungkaran dalam beragama.

Malah, katanya pemimpin Umno-BN tersebut harus ditentang kerana meluluskan lessen judi yang bertentangan dengan perintah Allah SWT.

“Kita (PAS) ingin menyatakan sikap dan pendirian kita (umat Islam) dengan sekeras-kerasnya bahawa, kita (PAS) menentang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini.

“Mereka (pemimpin Umno-BN) telah menghalalkan perjudian yang merupakan suatu kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah SWT.

“Walau pun, ajaran Islam mengajar taat kepada pemimpin tetapi pemimpin Umno dan Barisan Nasional hari ini adalah pemimpin yang harus ditentang kerana keputusan yang mereka (Umno) buat itu bertentangan dengan perintah dari Allah SWT,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi menyatakan bantahan dalam Perhimpunan Aman Membantah Lesen Judi Bola di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, 21 Mei lalu.

Kata Yahaya, sekiranya perjudian ini diteruskan bakal mengundang kerosakkan kepada umat manusia dan rakyat seluruhnya.

Manakala Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan pemimpin Uno dan kerajaan Barisan Nasional bersikap biadap terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Katanya, bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini sedar dan benci terhadap semua jenis perjudian yang diharamkan oleh Allah Ta’ala.

“Demo kita (PAS) pada hari ini untuk menyatakan kebencian dan kemarahan umat Islam. Bahkan, rakyat seluruhnya.

“Kita (PAS) menentang kelulusan lesen judi yang dibuat oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional. Sikap yang sangat biadap terhadap agama.

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/demolesenjudi3.JPG
“Waktu, mereka (Umno) menyatakan mereka memperjuangkan bangsa Melayu, memperjuangkan agama tetapi diwaktu yang sama, mereka (Umno) menyakiti bangsa Melayu yang bangsa Melayu sedar judi itu adalah haram,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong mendakwa kemungkinan Umno-BN mendapat bantuan serta ‘habuan’ besar dari taukeh judi di negara ini.

Katanya, taukeh-taukeh judi tesrebut telah membelanjakan sejumlah wang yang besar kepada pemimpin Umno-BN setiap kali pilihan raya.

“Umno mungkin mendapat bantuan dan ‘habuan’ besar daripada taukeh-taukeh judi dalam pilihan raya.

“Oleh itu, tidak ada cara lain untuk mereka (Umno) membalas budi kepada taukeh-taukeh judi yang telah membelanjakan jumlah wang yang besar dalam setiap kali pilihan raya,” ujarnya.

Menurutnya, perjudian bukan sahaja dibenci dan diharamkan oleh Islam tetapi turut ditentang oleh bangsa bukan Melayu dan penganut agama lain.

Sementara itu, Ketua AMK Terengganu, Faris Musa berkata tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak meluluskan lesen judi merupakan suatu kesilapan besar.

Ini, katanya secara jelas menggambarkan sikap serta wajah pemimpin sebenar Umno-BN yang meletakkan agama di bawah ‘tapak kaki’.

“Inilah wajah dan sikap Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas terbukti bahawa agama dia (pemimpin) letak bawah ‘tapak kaki’.

“Inilah sikap Umno-BN yang dipimpin oleh ‘agen’ Yahudi di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat menyatakan pendirian parti menentang bersama-sama dengan Pemuda PAS terhadap kelulusan lesen judi tersebut.

Malah, menurutnya tindakan pemimpin Umno-BN yang meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group itu merupakan kesilapan besar Najib.

“Rakyat harus menyatakan pendirian untuk menolak segala tindakan kelulusan lesen judi oleh Umno-BN kepada Berjaya Group.

“Kami (AMK) akan bersama dengan Pemuda PAS untuk bangkit menentang sehingga lesen judi ditarik balik dan dibatalkan.

“Tindakan pemimpin Umno-BN meluluskan lesen judi itu adalah suatu kesilapan besar Najib dan tindakan yang bodoh, biadap, tidak bermoral dan tidak berakhlak,” jelasnya.

Perhimpunan secara aman tersebut berakhir dengan bacaan doa oleh Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini serta aman.

TGNA : Sibu buktikan bahawa non-muslim sudah lama memahami Islam

0 comments

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan calon Pakatan Rakyat yang menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, kempen Umno dan BN sebelum ini yang memburukkan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, namun dengan jelas membuktikan rakyat telah menolak perjuangan mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan IT Tayyibah di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Katanya, Umno hanya memperjuangkan ketuanan Melayu sebagai wadah penting dalam perjuangan umat namun tidak berjaya mengumpulkan mereka.

“Kempen sebut 1Malaysia, tetapi pada masa yang sama menyebut ketuanan Melayu, usahkan orang Cina, orang Umno sendiripun tak faham bagaimana boleh berlaku dalam satu masa perkara yang berbeza.
Sedangkan, menurutnya Islam mengajar umatnya supaya mencari satu kefahaman yang sama, iaitu menuju ke syurga dan bukannya 1Malaysia.

Tuan Guru juga turut mengucapkan syukur kepada Allah kerana  kemenangan PAS di Kelantan telah menyebabkan golongan bukan Islam di negara ini tidak percaya lagi kepada kerajaan Umno dan BN.
Menurutnya, kempen memburukkan Umno terhadap PAS dan Pakatan Rakyat berhubung kerajaan Islam, nampaknya tidak berhasil apabila pengundi di Sibu sudah kenal perjuangan parti itu.

“Saya tahu, Umno dan BN telah memperbesar-besarkan Negara Islam yang akan dilaksanakan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya di Sibu baru-baru ini.


“Kempen yang mengharapkan pengundi bukan Islam takut pada perjuangan PAS nampaknya tidak berhasil dan rakyat telah menolak calon mereka dalam pilihan raya itu semalam,” ujarnya lagi.

Tambah Tuan Guru lagi, kejayaan PAS di Kelantan mentadbir negeri itu sejak 20 tahun lalu, nampaknya benar-benar telah menjadi model yang paling baik untuk masyarakat luar khususnya golongan bukan Islam untuk menerima dasar parti itu.

Tambahnya, golongan bukan Islam sebenarnya telah lama faham Islam bukan sesuatu perkara yang buruk sebagaimana yang digambarkan mereka sebelum ini seperti ganas, ekstrem, tiada kemajuan dan berbagai lagi.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut mengucapkan tahniah kepada semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat di seluruh negara kerana telah bekerja keras bagi menangkis dakwaan tidak bermoral pihak lawan.

Takziah Kepada Saudara Razif

0 comments
Assalamualaikum,

Dalam kesibukan pelancaran dewan himpunan PAS, sahabat kita saudara Razif menerima berita sedih, adik perempuan beliau telah menembuskan nafas yang terakhir akibat asma semalam 21 mei 2010.

Jenazah akan dikebumikan pada pagi ini 22hb mei 2010. Warga PPCKK mengucapkan takziah kepada Razif dan sama-sama lah kita berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat...Al Fatihah...

Wednesday, May 12, 2010

Sumbangan Anda Amat Dialukan....

0 comments
Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Perjuangan

Saya telah berada di Sibu bermula pada hari jumaat 7 Mei 2010 sehingga 17 Mei 2010 untuk membantu kempen Calon Pakatan Rakyat dari DAP yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Sibu.

Hari ini masuk hari ke 4 jentera Pilihan Raya PAS dari Semenanjung, PAS Sarawak dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat berkempen menemui pengundi untuk memenangkan calon DAP.

PAS diamanahkan untuk menjaga dua Daerah Mengundi (UPU), Datu Nyabor dan Ilir Nangka, di dalam DUN Nangka. Jumlah pengundi di kedua DM ini ialah 5,721 pengundi di 23 lokaliti. Lokaliti ini adalah kawasan Melayu. Markaz PAS terletak di Kg Dato. Sambutan hebat kepada kehadiran PAS oleh orang Melayu di sini sungguh tidak kami sangkakan. Malah dengan kehadiran PAS, BN (PBB) sudah gelabah dan telah mendirikan beberapa bilik gerakan di Ilir Nangka. Kehadiran PAS membawa tuah kepada penduduk di sini kerana pelbagai program dilakukan utk mengambil hati rakyat. Malah semalam sebuah jalan dalam kawasan ini sudah mendapat turapan baru. Petang tadi para wanita pula mendapat habuan secara terbuka apabila menghadiri program BN.

Petugas HalWa PAS setakat mampu menziarah sambil berkempen dan tidak dapat memberi apa-apa bantuan kepada yang memerlukan. Sesetengahnya dengan secara terbuka meminta bantuan tetapi akan daya PAS hanya mampu menyumbang tenaga. Cuma rasa terkilan tidak dapat memberi bantuan kepada yang memerlukan. Bukan bertujuan untuk mendapat undi tetapi atas sifat ehsan sesama kita.

Kami merancang untuk mengadakan beberapa program khususnya "Program Mesra Rakyat" tertentu di DUN Nangka. Kami juga ingin memberi bantuan kepada sesetengah rakyat yang masih hidup serba kekurangan di sini.

Namun perbelanjaan untuk menampung penganjuran program-program tersebut bagi menarik para pengundi menyokong calon kita amat diperlukan.

Oleh yang demikian saya MERAYU kepada seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat di seluruh negara yang istiqamah dalam perjuangan ini agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan agar program-program yang dirancang dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Sumbangan juga amat diperlukan untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada 16hb nanti.

Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)

Untuk ketelusan saya akan keluarkan statement jumlah yang diterima dan akan disiarkan dalam blog ini nanti.

Sebagai Motivasi saya teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket dan dompet kita belum tentu jadi hak kita .... tapi duit yang kita dermakan atau infakkan ke jalan Allah sudah tentu jadi hak kita d iakhirat nanti"

Sumbangan dan pengorbanan saudara saudari dalam perjuangan ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih, moga Allah SWT menerima amalan-amalan kita.


Dr. Siti Mariah Mahmud
Sibu Serawak.

Tuesday, May 4, 2010

ZURIAT ISLAM HADHARI DAN 1 MALAYSIA UMNO TELAH MENETAS

0 comments

Zuriat ISLAM HADHARI dan 1 MALAYSIA telah menetas sekarang. Itulah natijahnya, lahirnya manusia yang pakai tudung tapi pakai seluar pendek. Kemana perginya menteri yang menjaga agama ? kenapa terlalu bacul untuk melaksanakan perintah Allah SWT. ? sahabat-sahabat tentu ada jawapannya......
Sumber gambar dari:
( http://www.dppwm.blogspot.com/ )

UMNO IKUT APCO-YAHUDI - SIFAT YAHUDI LANGGAR LARANGAN

0 comments

UMNO AKAN TERUS MELANGGAR LARANGAN - SIFAT YAHUDI DALAM AL-QUR'AN

Allah taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah ayat 65


Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". 
Chinese
你們確已認 識你們中有些人,在安息日超越法度,故我對他們說:「你們變成卑賤的 猿猴吧。」 
Tamil 
உங்க(ள் முன்னோர்க)ளிலிருந்து சனிக்கிழமையன்று (மீன் பிடிக்கக் கூடாது என்ற) வரம்பை மீறியவர்களைப்பற்றி நீங்கள் உறுதியாக அறிவீர்கள். அதனால் அவர்களை நோக்கி "சிறுமையடைந்த குரங்குகளாகி விடுங்கள்" என்று கூறினோம். (2:65)

Allah Taala dalam ayat jelas menceritakan kepada seluruh manusia sifat yahudi iaitu suka melanggar larangan.  Terdahulu daripada itu Allah mengisahkan bagaimana Yahudi mengambil janji setia dengan Allah.  Namun larangan Hari Sabtu terus dilanggar oleh Yahudi.

Allah Taala melarang yahudi daripada mengail ikan pada hari Sabtu.  Yahudi datang pada hari Jumaat ikan tiada timbul.  Begitu juga ikan pada hari Ahad dan lain-lain.  Paling banyak ikan akan timbul ialah pada hari Sabtu.  Sedangkan hari Sabtu adalah hari yang dilarang untuk mengail ikan.  Lalu Yahudi mula berfikir untuk melanggar larangan Allah terhadap mereka.  Inilah yahudi sentiasa berfikir untuk melanggar perintah Allah.  Mereka bukan berfikir untuk mengikut perintah Allah.  Fenomena inilah yang sedang melanda UMNO.  Mereka berfikir bagaimana perintah Allah mahu terus dilanggar.

Yahudi mengemukakan cadangan.  Cadangan jahat yahudi ialah mereka memasang pukat pada hari Jumaat dan mengangkat pukat pada hari Ahad.  Pada tanggapan yahudi bahawa mereka tidak melanggar larangan Allah. Yahudi itu sebenarnya menipu dirinya sendiri.

Ada 2 perkara penting dalam pengkisahan ini

1)     Yahudi bangsa melanggar larangan. 
2)     Yahudi akan sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai sehingga sanggup berbohong

Inilah budaya yang sedang melanda dalam UMNO dan kerajaan UMNO-BN.  UMNO sedia melanggar perintah Allah untuk mencapai sesuatu tujuan.  Contoh kes bunuh adik Aminurrashid

1)      Polis kata mereka menembak penyamun - bohong (kaedah Yahudi)
2)     Polis tembak pemandu kereta dari belakang yang keretanya bergerak kehadapan - buat apa shj
3)      Polis yang menembak hanya ditukar tempat kerja bukan gantung kerja - membela pelaku mungkar (cara yahudi)
4)     Polis yang siasat polis.  Tiada ketelusan.  Semasa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya di tembak sehingga mati suatu kertas putih dibentang dan dibahaskan dalam Parlimen.  Sekarang tidak ada lagi. UMNO-APCO-BN takut kalau berlaku perbahasan di Parlimen.

Ini baru satu kes.  Kita sudah melihat tempangnya sistem yang ada.  Belum lagi rasuah dalam pilihanraya, komisyen beli barang, Menteri rasuah dikatakan tak rasuah walau terima rasuah, pemimpin UMNO-BN tunggang arak dan macam-macam lagi.  Kesemua ini adalah jejak langkah Yahudi.  Oooi orang UMNO tinggalkanlah UMNO yang dinasihati Yahudi.


Fokus Tarbiyah, Jangan Leka Dengan Ramainya Pengikut

0 comments

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKzF0Zd5lf5jEnlkAAj15ydznlC-izaD9g96jQRxP4P-JkEceXkKn1hzuGsQ-LoEhNkEREN8bZcKNzvVipz-DIPyvU9EP59gotAghuExOZ2DNaNAzt4iKDY0fS1_7gDHGcRZsSWRWB-ds/s1600/Al-Ustaz+Al-Bana.jpgSejarah harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin) tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.

Kita katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.

Hassan al-Banna telah berkata:

“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.

- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.

Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.
Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)

Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka:

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)

Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.

Rujuk : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159

Laporan polis kenyataan ugutan bunuh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

0 comments
Dewan Pemuda PAS Kota Raja hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Raja En Zainal Said di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam tepat jam 1.13 petang bersama AJK Dewan Pemuda PAS Kota Raja selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan.
Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan serta kredibiliti sebagai seorang Mursyidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan, Ulama' tersohor dan seorang muslim. Secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini agar dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.

Dalam lipatan sejarah :

a] Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

b] 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

c] 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

7. Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

8. Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin.

9. Dewan Pemuda PAS Pusat melihat Umno seperti mendatangkan ancaman kerana sentiasa melahirkan penjenayah dan samseng yang suka mengugut dan menindas rakyat hatta sanggup menggunakan kekerasan seperti membunuh .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pemuda ini disiasat dan didakwa di Mahkamah atas tindakan yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada pemimpin PAS malah sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan . Andai benar ia adalah anggota pemuda UMNO sebagaimana yang didakwa , Pemimpin Umno khasnya dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh anggota PAS serta rakyat yang kasihkan pemimpin bertaraf ulama' ini .
 

Pemuda PAS adalah penyelamat masyarakatnya sendiri

0 comments

19 Jamadil Awal 1431H.
Muhammad Nuruddin Bashah

Setuju atau tidak, Pemuda PAS adalah seorang anak muda yang memimpin bukan sekadar di dalam ruang parti dan organisasi sahaja malah ia memimpin masyarakat sekitar. Pemuda PAS adalam lambang kepimpinan anak muda walaupun bukan beragama Islam. Inilah yang ditegaskan juga oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar dalam perasmian Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini di Air Kuning Taiping.

Allah menegaskan dalam KitabNya berkaitan dua unsur penting pembinaan kekuatan pemuda,

salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah". (Al Qasas : 26)

Kuat bererti sihat jasmani dan kekutan emntal yang tinggi. Amanah adalah substensi yang ada pada rangka yang sihat tadi.

Untuk memacu perjuangan pemuda PAS yang suka untuk saya tulis sebagai Pemuda Islam, pemuda perlu memiliki beberapa ciri yang memastikan mereka menjadi relevan dalam dakwah dan perjuangan politik. Sesungguhya pihak musuh saban hari memikirkan cara untuk memperbesar kes moral para pejuang kebenaran walaupun kes tersebut terlalu lama berlalu. Hal inilah memerlukan persiapan awal pemuda untuk membuat satu grand design untuk diri sendiri dan rentak kerja pemuda. Malah kehendak massa, sossiopolitik hari ini menghendaki pemuda sebagai pewaris kepimpinan negara memiliki ciri kebertanggungjawaban yang tinggi. Ciri ini membawa beberapa ciri tambahan yang memberi makna kepada kepimpinan pemuda seperti karismatik, individu yang berkesan, individu yang futuristik dalam mengamat suasana serta individu sihat yang aktif dalam pelbagai aktiviti.

Massa dan sosial hari ini menghendaki perjuangan Pemuda Islam yang bervisi. Bervisi bukan bermaksud tenggelam dalam kalimah retorik dan slogan sahaja, Visi di sini bermakna pemuda memiliki iktikad, pegangan dan idealisme sama ada idealisme thabat yang kekal (iaitu perjuangan Islam) serta idealisme murunah (perjuangan yang anjal, segar dan kena dengan suasana semasa). Masyarakat hari ini tidak gemar dengan sebarang gerakan pragmatik yang tidak menampilkan idealisme sebenar kerana idealisme juga menjadi faktor konsistensi sesuatu kerja amal. Pragmatik kerana isu atau hanya memainkan isu ‘seronok sendiri’ akan menyebabkan gerakan Pemuda mati dan tidak konsisten sebagai jurubicara umat dan masyarakat dalam negara.

Apabila memikirkan hal ini, suka untuk saya ketengahkan pula permata nasihat dan pedoman yang telah diberikan oleh Al fadhil ustaz Abu Bakar Hussain iaitu Pesuruhjaya PAS Perak dalam Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini. Beliau benar-benaar berharap Pemuda PAS bukan sekadar mewakili nama parti da jamaah sebaliknya menjadi payung atas nama pemuda islam iaitu mewakili semua pemuda muslim seluruh negara.

Analogi menarik yang beliau utarakan berkaitan dengan moral dan etika pejuang Islam adalah berkenaan sirah rasulullah SAW dalam menyelesaikan kes perletakan Haajarul Aswad. Sunnah Rasul walapun sebelum mengambil tanggungjawab kerasulan, baginda telah membuktikan betapa integriti dan moral pemuda boleh menjadi satu punca penyelesaian masalah sosial. Malah moral dan kebaikan rasulullah sewaktu muda dan remaja menyebabkan beliau menjadi penyatu kepada beberapa kelompok kaum Quraisy walaupun sewaktu itu mereka bukan menganut Islam atau menjadi pengikut rasulullah.

Dalam konteks hari ini, isu moral dalam berpolitik bukan sekadar memerlukan perhatian kepada perkara mungkar yang jelas sarih dosanya, malah melibatkan juga isu lompat parti yang mempermainkan mandat rakyat kepada para pemimpin tempatan.

Menurut Al fadhil ustaz Abu bakar, kisah penyelesaian kes Hajarul Aswad membawa beberapa feqh (kefahaman) perjuangan untuk para pemuda teliti berhati-hati.

Ketika itu, perbalahan berlaku mengenai siapa yang berhak meletakkan semula batu itu di tempat yang asalnya.

Suatu keputusan diambil, iaitu sesiapa yang ditemui hadir paling awal di masjidil haram untuk bersolat esok paginya, maka orang itulah yang berhak menjadi hakim dalam perbalahan itu. Maka Muhammad al-Amin telah terpilih. Saat itu, Nabi belum lagi diangkat sebagai nabi dan rasul.

Keputusan dibuat. Kain serban Muhammad dihamparkan ke tanah. Keempat-empat bucu serban dipegang oleh empat pemimpin kabilah yang bertelagah tadi. Mereka lalu mengiringi Hajarul Aswad yang diletakkan oleh Muhammad ke dalam serbannya sehingga tiba ke tempat sebenar batu itu. Akhirnya, baginda sendiri yang meletakkan batu itu tempat asalnya. Saat itu, baginda berusia 35 tahun menurut tahun Hijrah.

Antaranya ibrah pertama yang dapat diamati adalah, nabi telah membuktikan bahawa sejak muda lagi Baginda menjadi punca penyelesaian masalah, tempat kebergantungan masyarakat Quraisy sebagai contoh Nabi dijadikan sebagai penjaga amanah barang dan harta mereka serta nabi juga tidak menjadi bebanan kepada sosial pada zamannya.

Pemuda PAS boleh menjadi dominan dan mempamerkan kepimpinan bukan sekadar di dalam kelompok organisasi pemuda da partinya sahaja, malah menjadi pemimpin dan pemandu cara dalam aspek integriti dan moral kepada pemuda dan belia daripada parti lain, NGO, pertubuhan mahupun masyarakat awam.

Rasulullah pada peristiwa hajarul aswab, bukannya seorang pemimpin besar atau ketua satu pertubuhan yang ramai pengikutnya. Baginda adalah minoriti walaupun berasal dari kaum terhormat. Minoriti kerana beliau tidak pernah melatih anak muda lain untuk menyertai baginda sebelum kerasulannya. Jadi apakah ciri yag menyebabkan baginda diminta menyelesaikan kes perkauman tersebut? Ianya disebabkan oleh sikap Amanah. Amanah menjadikan pemuda Islam lebih terurus dan boleh dipercayai untuk menguruskan sesuatu hal. Walaupun pemuda islam di sesuatu tempat bukan majoriti, namun aspek amanah akan menonjolkan diri mereka. Sikap siddiq juga menyebabkan rasul terpilih. Sikap ini penting dalam ilmu politik pemuda islam kerana ia melibatkan perlaksanaan janji dan perancangan. Pemuda Islam akan dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek jika mereka adalah golongan yang buat apa yang dirancang. Sikap ketiga adalah sikap hilmun iaitu sopan santun dalam percakapan baginda.

Ibrah kedua daripada sirah ini ialah bagaimana Rasulullah menampilkan pemikiran kreatif dalam penyelesaian masalah iaitu menggunakan kain serban sebagai wasilah atau medium untuk setiap kaum menunjukkan tanggungjawab terhadap batu suci tersebut. Sikap yang sama perlu diteladani oleh Pemuda Islam hari ini. Kreatif bukan sekadar dikaitkan dengan ciptaan sains sahaja, kreatif dalam penyelesaian masalah, sabar dengan sedikit kerugian untuk mendapat laba yang lebih besar juga adalah salah satu ciri kreatif. Pemuda kreatif adalah pemuda yang optimis dengan ideanya. Malah banyak isu umat Islam seperti isu penindasan mustadhafin di malaysia, peminggiran bahasa Melayu, penindasan terhadap kaum pelarian di Malaysia walaupun memiliki dokumen sah serta banyak lagi boleh dihidangkan kepada masyarakat dengan gaya kreatif atas satu matlamat iaitu masyarakat sedar dan isu diselesaikan.

Ibrah ketiga seperti yang dinyatakan oleh Al fadhil Ustaz ialah politik atau siasah Islam ada di mana-mana. Sekaligus ini membantah politik sekular yang hanya menyempitkan isu politik dalam masjid, di parlimen dan sebagainya. Politik nabi pada saat itu telah menunjukkan baginda bersedia menjadi pemimpin, mengurus dan mentadbir sesiapa dalam suasana pelbagai.

Ibrah yang keempat daripada kisah itu juga adalah bagaimana Pemuda Islam perlu bertindak selaku mughayyir iaitu agen musleh (pengubah sosial) ke arah yang lebih baik. Pemuda PAS yang mewakili pemuda islam seluruh negara perlu memikirkan rencana kerja dan program tetap bulanan dan mingguan untuk menyelesaikan masalah umat. Kemiskinan tegar, masalah kesihatan, pemakanan rakyat, isu gejala sosial, jenayah remaja, alam sekitar dan hak-hak kepenggunaan perlu diperjuangkan kerana ini adalah kerja-kerja agen mughayyir. Inilah kerja Islam.

Pemuda PAS mudah sahaja untuk mendapat kepercayaan sepertimana yang diperolehi oleh baginda walaupun Pemuda itu minoriti dalam segala aspek. Islam tidak pernah mensyaratkan majoriti untuk menampikan Islam dan keindahan syariah.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Dewan Pemuda PAS Gopeng Perak

Monday, May 3, 2010

Wong Fei Hung seorang muslim....

0 comments

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhK4OPTZVilXC0aOE6ISl-jtquLCvNXJfgNa0cITDZxov9M3AEztVD4gI18342EL-bDOSehx7ATWdOFwi8EM-u_MUvZE2lcmAhpUueirWV8I0M7OxGSuSovGPlR5xZGiUhKoOK0pGGehVRD/s1600/Wong+Fei+Hung.jpg

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet L i. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab , Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab , Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan , na man ya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi L am di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada L uk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. L uk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan L uk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan din asti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada L uk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditan din gi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang din amakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagai man a ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai L an, seorang perempuan m uda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai L an ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai L an turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai man usia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin