;


Friday, May 21, 2010

Rakyat 5 negeri bangkit bantah lesen judi bola sepak

0 comments
Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak menyebabkan rakyat hari ini bangkit bersuara membantah keputusan itu selepas solat Jumaat di beberapa kawasan masjid di lima negeri.

Bantahan yang dianjurkan Pemuda PAS Pusat itu dilakukan di Selangor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bagi membantah pemberian lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia Jun ini terhadap Kumpulan Berjaya.

Di Perak, difahamkan kira-kira 1,000 orang, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat lain, bukan Islam dan NGO berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh, selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang tadi.

Antara slogan yang dilaungkan termasuklah "tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "hancur Umno".

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberapa pergelutan juga dilaporkan berlaku sewaktu polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan secara aman

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 petang tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.

Sementara itu, di masjid di Kuala Terengganu, perhimpunan difahamkan berjalan lancar selama kira-kira 45 minit selepas solat Jumaat.

Perhimpunan itu juga diisi dengan ceramah ringkas, antaranya bagi menegaskan bahawa mereka akan terus memperjuangkan penghapusan lesen judi sukan sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Keadaan berbeza di Selangor apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak dan tidak mendapat begitu banyak sambutan seperti yang disasarkan.

Di Kajang, hanya seramai 100 orang menyertai demonstrasi di Masjid Jamek selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun menurut Naib Ketuanya, Mohd Sani Hamzan, demonstrasi hari ini hanya untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan.

“Sebenarnya hari ini kita hanya memberikan penerangan kepada masyarakat sahaja sebab itu tidak ramai yang hadir.

“Lagipun kita hanya menyasarkan kepada jemaah masjid sahaja,” katanya.

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di lima negeri sebagai ‘pemanas badan’ sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs454.ash1/24986_114083118625635_100000718434571_139414_8294421_n.jpg

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin