;


Monday, August 30, 2010

Apakah kita sudah merdeka??

0 comments
Esok, tanggal 31 Ogos 2010 negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Biar pun sambutan tidak sehebat tahun-tahun yang lalu berikutan sambutan kali ini bertembung dengan puasa di bulan Ramadhan. Namun kerajaan 1Malaysia tetap mengadakan raptai secara tertutup yang khabarnya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan temanya kali ini "1Malaysia Menaja Transformasi", apakah sambutan kali ini dapat diterima oleh rakyat. Jika dulu, tatkala menjelangnya kemerdekaan maka dilancarkan bulan kemerdekaan bermula pertengahan bulan Ogos hingga bulan September. Maka, rata-rata rakyat pelbagai kaum mengadakan aktiviti masing-masing termasuk bersama-sama mengibarkan bendera "Jalur Gemilang". Semua ini dek kerana mahu menunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada negara tercinta. Malah, bendera bukan sahaja di pasangkan pada dinding-dinding bangunan atau rumah, malah turut dilekatkan bendera kecil pada kenderaan masing-masing. Rakyat seolah-olah bersemangat dan berbangga untuk merayakan hari kemerdekaan negara. Namun, kini suasana itu nampak jauh berbeza sama sekali di zaman Najib 1Malaysia. Rakyat seolah-olah tidak menerima corak kepimpinan beliau yang bertemakan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" itu. Buktinya, cuba lihat dibangunan-bangunan sekeliling kita! Atau di kenderaan-kenderaan yang lalu didepan mata kita! Berapa kerat sangat mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang?. Daripada 100 kenderaan satu pun mungkin sukar untuk kita temui. Kenapakah ini berlaku?. Apakah rakyat tidak gembira hidup di zaman pentadbiran Najib Razak?. Mungkin juga ada kebenarannya, tambahan pula Najib dilihat gagal membawa perubahan besar terhadap kehidupan rakyat itu sendiri. Apa yang berlaku, ia tetap sama seperti zaman Mahathir dan Pak Lah dahulu. Tradisi mendera rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

Merdeka Apa Jika Amalan Demokrasi Itu Dicemari

Rakyat juga melihat kerajaan yang ada sekarang ini masih mengamalkan dasar-dasar "kuku besi" untuk menekan rakyat. Undang-undang dan pelbagai akta digunakan untuk menyekat kebangkitan rakyat apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu isu. Tambah parah lagi, amalan demokrasi yang diwar-warkan selama ini turut dicemari dengan berbagai insiden yang tidak diingini. Kebebasan bersuara sama ada menerusi media atau perhimpunan terus disekat. Rakyat ditekan, diperkotak-katikkan oleh pihak berkuasa yang kononnya menjaga keamanan. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya hanya dek kerana mahu menuntuk satu keadilan dan kebebasan. Pemimpin dan golongan atasan terus berkuasa memunggah segala khazanah kekayaan negara. Beberapa kerat individu yang berwang, "mencucuk hidung" kerajaan agar menuruti kehendak mereka. Lantaran itulah kita tidak hairan, kerajaan lebih berselera menaikkan harga barangan atas nama "subsidi" daripada terus membela rakyat itu sendiri. Rakyat dibiarkan berada dalam keadaan miskin dan tidak kaya, supaya mereka bebas menggunakan kuasa untuk "membeli maruah" mereka menjelangnya pilihanraya. Malah, agama dan perkauman terus dipermainkan dengan sewenang-wenangnya. Apa yang penting ialah kuasa itu terus dipertahankan oleh mereka. Maka itulah, kita tidak hairan kini kerajaan 1Malaysia lebih seronok memainkan isu agama dan perkauman itu untuk mengekalkan kuasa. Mereka lebih berminat untuk memburuk-burukkan parti lawan demi menyakinkan rakyat kononnya hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja pandai memerintah negara ini. Justeru itulah, rakyat yang bijak dan menggunakan akal fikiran yang waras melihat kerajaan 1Malaysia yang ada hari ini langsung tiada makna bagi mereka. Atas faktor itu juga, rakyat tidak merasa berbangga untuk mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap kemerdekaaan itu. Inilah hakikat yang telah berlaku itu sebenarnya.

Jalur Gemilang Kini Akhirnya Di Hina Indonesia

Apa yang lebih memalukan sekarang ini, di saat kerajaan 1Malaysia mahukan rakyat supaya mengibarkan bendera kebanggaan negara "Jalur Gemilang", tiba-tiba kita melihat pula jalur gemilang dihina di negara jiran Indonesia. Malah, bukan sahaja dihina mereka juga membakar dan memijak-mijak jalur gemilang. Bukankah ini boleh menjatuhkan maruah negara sebenarnya. Namun, anehnya PM Najib Razak berbangga mengatakan kerajaan tidak pernah berlembut dalam isu kedaulatan negara. Soalnya kenapa tatkala alur gemilang dihina sedemikian rupa kita masih mampu berdiam diri di saat kita mahu menyambung hari kemerdekaan esok. Tambah menyakitkan hati kita, bila ada pula rakyat Malaysia yang ditahan dan ditangkap oleh pihak polis gara-gara cuba melakukan perkara yang sama terhadap bendera Indonesia di kedutaan mereka. Inilah masalahnya, bila orang lain buat dibiarkan tetapi bila kita mahu bertindak mereka pula yang menghalang. Samalah dengan apa yang berlaku dalam politik negara, hanya kerajaan dan penyokong mereka sahaja yang menikmati kemerdekaan itu sebenarnya. Bagi penyokong pembangkang (Pakatan Rakyat), apalah erti kemerdekaan jika jiwa-jiwa mereka terus "dijajah" oleh bangsa sendiri?. Buktinya, hanya penyokong kerajaan sahaja bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk berhimpun secara haram. Sedangkan jika ia dilakukan oleh penyokong pembangkang sudah pasti mereka akan dikenakan berbagai tindakan. Ini semua tidak bermakna jika benar negara sudah merdeka. Negara hanya merdeka dimata kerajaan sahaja, sebaliknya bagi rakyat selagi diri mereka terbelenggu maka itulah mereka tidak akan menghargai erti sebuah kemerdekaan itu akhirnya.

Merdeka Apa Jika Jenayah Kini Terus Berleluasa

Apalah erti kemerdekaaan sebenarnya jika gejala maksiat dan jenayah terus meningkat di negara kita. Malah, paling membimbangka di ketika umat Islam sibuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan gejala "buang bayi" terus melanda. Itu belum lagi kes jenayah lain yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Apakah ini ertinya kemerdekaan, apabila akidah dan akhlak rakyat terutamanya golongan muda punah ranah dibuatnya. Dasar apakah ini, yang merelakan semua ini terus berlaku malah disokong pula oleh kerajaan itu sendiri. Misalnya, gejala penagihan dadah yang kian parah terus disuburkan lagi dengan pembinaan banyak pusat-pusat untuk menempatkan penagih terbabit. Walhal mereka sendiri tahu 80% penagih yang keluar itu akhirnya terlibat semula dengan gejala tersebut. Begitu juga kini, susulan kes buang bayi yang meningkat tiba-tiba pula ada kerajaan negeri yang beriya-iya mahu membina sekolah uintuk pelajar hamil. Kononnya untuk menyelamatkan mereka dari terus terjerumus ke kancah jenayah lain termasuk jenayah akibat membuang bayi tersebut. Semua ini jelas menunjukkan yang kerajaan 1Malaysia ternyata gagal membentuk akidah dan keimanan rakyat seperti yang terkandung dalam agenda konsep 1Malaysia yang diperkenalkan mereka itu sebenarnya. Maka, apakah ini maknanya kemerdekaan yang dibanggakan itu agaknya?

[Sebenarnya, banyak lagi faktor yang mendorong ke arah itu sebenarnya. Rakyat Malaysia sudah muak dan jelek dengan kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Najib Razak yang hanya "indah khabar dari rupa". Retorik politik "rakyat didahulukan" hanyalah satu usaha untuk mengalih pandangan rakyat itu sendiri. Sebaliknya, mereka terus dihenyak dengan virus "subdisi" yang kian membiak dijiwa-jiwa pemimpin kerajaan itu. Inilah yang menyebabkan mereka langsung tidak bersemangat waja untuk menyambut hari kemerdekaan, apatah lagi untuk mengibarkan bendera negara "jalur gemilang" itu sebenarnya. Rakyat yang bijak tidak mahu terus tertipu dengan semangat nasionalisme laungan puak-puak UMNO BN itu lagi. Penolakan ini membukti betapa sokongan rakyat terhadap kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak semakin terhakis dari sehari ke sehari. Soalnya sekarang, apakah Najib berani membubarkan parlimen dan membuat pilihanraya lebih awal atas senario yang berlaku ini. Ia jelas menunjukkan bahawa arus perubahan itu juga kini semakin hampir untuk dinikmati oleh kita semua].
 artikel diambil dari : http://pahangdaily.blogspot.com

Wajah munafik: Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid!

0 comments
Gambar UMNO berak merata-rata. Apa kata Sultan & Mufti.. Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PKR & PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri. Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah. Guna media UMNGOK seperti Utusan Meloya, Berita Haiwan dan yang sewaktu dengannya, tidak lupa juga pada TV3suku yang turut menyebarkan propaaganda.. SAYA ORANG KAJANG, SAYA KENAL SIAPA AJK, SIAPA MAKMUM SURAU TERBABIT.. JGN NAK DUK SPIN GASING KAT SINI..
Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di http://narma-kawan.blogspot.com/2009/11/majlis-ketua-umno-bhg-jelebu-di-masjid.html?zx=c3863d50a57f8796
Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio? Sdr. Khairy di masjid ceramah politik ke atau memberi ceramah agama?
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?

Ni best sikit.. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing, muka sape pulak kat beg tu?
'Geisha' UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Dizaman moden ini banyak perkara benar jadi tak benar dan yang tak benar jadi benar telah menjadi slogan UMNO 'menghalalkan cara'.. jadinya, apa yang mereka buat semuanya betul kalau orang lain buat semuanya tak betul dan tak boleh. INSYAALLAH satu hari nanti ALLAH akantunjukkan kepada mereka setiap KEBENARAN. Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Tiada istilah politik suku agama suku.
posted by Orenji Ren Oren

Sunday, August 29, 2010

Alamak!!!! Kantoi lagii.....

0 comments

 Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.


Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

 
Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.


macam ini ker wanita umno masuk masjid?

dok ludah kat muka mp serdang buat apa, baiki dulu puak wanita umno.

jamil khir patut buat kursus untuk wanita dan puteri umno cara masuk dan adab masuk masjid!

Bukan Islam boleh masuk masjid atas urusan yang betul - Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

0 comments
" Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w."


*****************************************************************************************

Ada media yang melaporkan saya mempertahankan tindakan YB Teo Nie Ching, saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Cuma, saya menegaskan beberapa perkara berikut;

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan muslim, bahkan muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Wednesday, August 18, 2010

Raya bersama 'Tiger' di Nilai?

0 comments
Harakahdaily   

NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.
Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama".
“Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras,” ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.
Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung  pada umat Islam  terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger.
“Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan?  Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya"  diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya.
Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia.
“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu.

Tuesday, August 17, 2010

Rasulullah S.a.w Adalah Seorang Yang Amat Dermawan di bulan Ramadhan

0 comments

حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ أَبِي مُزَاحِمٍ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ يَعْنِي ابْنَ سَعْدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ ح و حَدَّثَنِي أَبُو عِمْرَانَ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرِ بْنِ زِيَادٍ وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:

Rasulullah s.a.w adalah Seorang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s telah bertemu dengan baginda setiap tahun pada bulan Ramadan sehingga berakhir Ramadan. Rasulullah s.a.w membaca Al-Quran di hadapannya. Apabila Rasulullah s.a.w bertemu dengan Malaikat Jibril, maka baginda adalah orang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan melebihi angin kencang yang diutuskan.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : Kelebihan
BAB : Nabi s.a.w Adalah Seorang Yang Lebih Dermawan Dalam Hal Hal Kebaikan Daripada Angin Yang Diutuskan

Lebih ramai peneroka Felda meninggalkan Felda

0 comments

Sedang berlaku di mana-mana rancangan Felda fenomena peneroka-peneroka meninggalkan felda dalam pengurusan ladang masing-masing.

Peneroka-peneroka menjadi takut ladang mereka akan terlepas menjadi hakmilik Felda jika urusan ladang mereka terus dikendalikan oleh Felda.

Seseorang peneroka yang ladang mereka diuruskan oleh Felda dibebankan dengan hutang yang sangat tinggi dan Felda pula tidak pernah menghantar penyata hutang bulanan kepada peneroka-peneroka.

Jika seseorang itu berhutang dengan bank sudah pasti menerima penyata akaun setiap bulan, tapi Felda tidak mempunyai amalan seumpama itu maka setelah beberapa tahun ladang mereka diuruskan oleh 0felda atau anak syarikat Felda peneroka diberitahu tanpa detail bahawa hutang mereka sudah mencecah RM60,000.00 dan jika peneroka itu juga mengambil pinjaman perumahan dari Felda maka di umur peneroka itu sudah melebihi 6d tahun ia berhutang dengan Felda sebanyak RM100,000.00.

Tanah ladang peneroka-peneroka itu dikaveat oleh Felda menandakan bahawa Felda ada kepentingan keatas tanah yang dimiliki peneroka-peneroka itu sebagai satu jaminan bahawa jika peneroka-peneroka itu gagal menjelaskan mereka maka Felda berhak keatas tanah ladang mereka.

Jika peneroka itu meninggal dunia maka waris si mati itu akan mewarisi hutang yang begitu besar dan jika si waris itu tidak mampu atau tidak mahu mewarisi hutang sebegitu besar maka Felda berhak keatas ladang peneroka itu, maka tamatla riwaayat kehidupan seseorang peneroka Felda yang berhempas pulas menjayakan tanah ladang mereka yang akhirnya menjadi hakmilik Felda.

Majoriti peneroka-peneroka mahukan ladang mereka berjaya dan mahu ladang mereka diwarisi oleh waris mereka dan Felda bukanlah waris bagi mereka.

Peneroka-peneroka yang sedar tidak mahu menanggung risiko ladang mereka akhirnya dipindahmilik kepada Felda atau nominee Felda.

Golongan sedar ini tidak menyerahkan ladang mereka untuk diusahakan oleh Felda. Mereka bersusah payah menanam sendiri dengan terpaksa mencari benih sendiri, membersih dan membaja. Felda memboikot golongan sedar ini dengan tidak menghulurkan sebarang kerjasama. Bahkan Felda enggan menandatangan sebarang borang untuk penroka itu termasuk borang untuk perkahwinan anak-anak mereka.

Membanting tulanglah peneroka-peneroka sedar itu. Diperingkat awal mereka dihinakan oleh rakan-rakan mereka yang menyerahkan ladang kepada Felda, mereka dianggap bodoh kerana terpaksa bekerja keras diladang sedangkan peneroka yang bersama Felda hanya goyang kaki dan cukup bulan menerima dari Felda ekaun sara hidup.

Peneroka yang tidak bersama Felda itu akhirnya menjadi peneroka yang berjaya. Semasa harga sawit tinggi seperti sebelum PRu-12 dulu, ada diantara mereka memnperolehi hingga RM15,000.00 setiap kali hantaran. Berbaloilah usaha mereka.

Di waktu harga sawit menurun dan buah juga melawas, mereka masih dapat mengekalkan pendapatan paling minima RM3,000.00 sebulan. Kini harga sawit sedang naik dan Alhamdulillah, mereka akan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi.

Felda mengenakan pelbagai tekanan terhadap peneroka-peneroka persendirian ini, seumpamanya, tidak mengembalikan sepenuhnya dana tanam semula sejumlah RM17,000.00 yang dicarumkan oleh peneroka itu sendiri. Namun untuk kekal bebas dari cengkaman, segala dugaan itu dilalui oleh merea.

Peneroka-peneroka itu berjaya mengatasi masalah kewangan mereka dengan sistem penanaman secara "menyelat". Mereka menanam anak sawit di celah-celah pokok sawit yang tua. Mereka bunuh pokok-pokok sawit yang tua peringkat demi peringkat dan membunuh keseluruhan pokok apabila anak-anak sawit yang baru ditanam itu mula mengeluarkan buah.

Dengan sistem itu, peneroka-peneroka itu masih mempunyai pendapata dari pokok-pokok tua sehinggalah mereka mempnyai pendapata daripada pokok-pokok muda, dan dengan cara itu juga merekaa berjaya mengatasi kekangan kewangan dan membantutkan usaha daeri Felda untuk menggagalkan usaha mereka.

Dan mereka menjadi lebih seronok kerana pendapata mereka adalah jauh lebih tinggi dari peneroika-peneroka yang bersama felda.

Penderitaan peneroka-peneroka yang bersama Felda tidak terhentiu disitu sahaja. Sudaalah hutang mereka besar, mereka tidak mempunyai apa-apa pendapatan kecuali elaun sara hidup yang dikira pinjaman dari Felda, maka persoalannya, apakah mereka tidak mempunyai apa-apa pendapata dari 10 ekar ladang mereka?

Lebih dari 95 peratus peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, inikah dasar Kerajaan memebela orang Melayu dengan mengenakan 112,000 orang-orang Melayu dirancangan Felda dengan bebanan hutang masing-masing melampaui RM100,000.00.

Kesedaran baru kini sudah timbul, peneroka-peneroka yang kini bersama Felda juga ingin membebaskan diri mereka dari cengkaman hutang yang bertimbun, mereka mulai mengambil tindakan keluar dari Felda dan menguruskan ladang mereka sendiri. Walaupun terlambat mereka mengambil tindakan cegah sebekum parah!

Tergadainya maruah Melayu......Tamparan pedih buat si abang....

0 comments
Hishamuddin kata Chua Soi Lek lupa kepada asas perjuangan BN. Kenyataan Hishamuddin itu disokong oleh Muhyiddin.
“Kenyataan Hishammuddin semalam bahawa MCA tidak harus melupakan perjuangan BN apabila mengetengahkan tuntutan masyarakat Cina menunjukkan pemimpin-pemimpin BN belum belajar daripada pilihan raya umum 2008 dan tidak memahami desakan rakyat agar melakukan pembaharuan.”

Presiden MCA, Chua Soi Lek telah beri satu "tamparan" kepada Timbalan Presiden Umno. "Tamparan" itu amat pedih bagi seorang Timbalan Presiden parti Melayu terbesar di dunia.
Untuk makluman, kesan lebam di pipi itu bukan dari "tamparan" Soi Lek sebenar, malah kesannya lebih dari itu. Baca SINI kesan "tamparan"nya.

Chua pula berkata Hishamuddin belum belajar daripada kekalahan yang dihadapi oleh BN dalam PRU yang lalu.
Chua ‘lupa’ dan Hishamuddin ‘belum belajar’.
Mungkin Chua tidak lupa cuma dia tidak berpuashati dengan Umno. Baginya Umno lambat dalam bertindak untuk mengambil hati orang-prang Cina untuk menarik kembali sokongan mereka kepada BN.
Bagi Chua, DAP lebih cekap dan pantas. Sebab itu, dia bersedia untuk bekerjasama dengan DAP dalam perkara yang sesuai demi kepentingan masyarakat Cina. Tujuannya adalah untuk memulihkan kepercayaan mereka kepada keupayaan MCA.
Mungkin Hishamuddin pun sudah belajar daripada apa yang berlaku dalam PRU yang lalu. Cuma, Umno tersepit di antara dua kepentingan. Umno bimbang, kalau MCA berbaik (secara rasmi) dengan DAP, MCA akan memohon talak kepada Umno.
Kalau Umno dilihat mengutamakan orang Melayu, penyokong BN daripada kaum Cina akan melahirkan rasa tidak puas hati. Perasaan ini bahaya kepada Umno kerana tanpa tongkat itu, Umno tentu terkubur.
Kalau Umno dilihat melebihkan Cina pula, orang Melayu Umno juga akan marahkan Umno. Ini juga kurang bagus untuk masa depan politik Umno.
Oleh itu, pemimpin Umno perlu dilihat ‘berkelahi’ dengan MCA dan DAP untuk menjaga hati orang Melayu. Pada masa yang sama, ‘perkelahian’ dengan MCA pula jangan sampai kelihatan seperti ingin bercerai untuk menjaga hati orang Cina.
Umno perlu jaga Melayu sebab ia parti asabiah Melayu. Dan, perlu jaga Cina takut kalah dalam pilihanraya.
Bolehkah Umno tidak berkelahi dengan Cina? Jawabnya, tidak boleh sebab Umno parti asabiah Melayu. Umno perlu berkelahi dengan Cina untuk membuktikan keMelayuannya.
Bolehkah Umno melayan Melayu sepatutnya? Jawabnya, tidak boleh juga sebab Umno perlukan undi orang Cina. Umno perlu buktikan ia adalah parti yang tidak terlalu keMelayuan untuk undi kaum itu.
Inilah bahananya bila Umno jadi parti asabiah Melayu.

Retak menunggu belah...Tu yang BN terhegeh-hegeh menyondol nak bersatu dengan PAS..

0 comments
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.

Dalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.
Diheret perang mulut

“Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, “ kata Chua.

Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
Chua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,” katanya.

“Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran.

“Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka.
Jangan persoal kesetiaan MCA

“Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi,” katanya.

Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN.
Katanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama.

“MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan,” katanya.

Mana hilangnya keris yang sering diagongkan bila rakan seangkatan sendiri menikam dibelakang?...Dayus

0 comments

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diminta menghentikan perbuatannya yang 'ala DAP' kerana ia hanya akan membangkitkan rasa sakit hati kaum Melayu di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zakashi berkata, antaranya adalah tindakan Soi Lek menyentuh hak serta keistimewaan orang Melayu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut menyelar Soi Lek kerana menjadikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai kambing hitam tetapi tidak menegur pertubuhan Cina seperti Dong Zong yang sering membangkitkan isu-isu sensitif.
"Begitu juga dengan permintaannya memperbanyakkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kerajaan tidak pernah mengabaikan usaha membina SJKC yang baru tetapi isunya ialah tanah dan kos. Soi Lek tahu mengenai perkara ini.
"Walau apa pun, di peringkat kerajaan sudah tentu keutamaan diberi kepada pembinaan sekolah kebangsaan kerana ia merupakan aliran utama dalam memenuhi hasrat Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya dalam blog puadzarkashii.blogspot.com.
Tulisannya itu sebagai mengulas kenyataan-kenyataan kontroversi Soi Lek yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini.
Terbaru Soi Lek berkata, MCA tidak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas tindak-tanduk Soi Lek itu mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga menjejaskan kestabilan serta keharmonian antara kaum di negara ini.
Mohd. Puad menjelaskan, tidak seperti sekolah jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan bukan untuk pelajar Melayu sahaja sebaliknya ia adalah sekolah bagi semua kaum.
"Untuk pengetahuan Soi Lek, banyak lagi sekolah kebangsaan khususnya di pedalaman dan luar bandar yang daif. Sekolah ini dipenuhi oleh pelajar daripada pelbagai keturunan seperti Iban, Kadazan, Penan, Murut dan Kayan.
"Apakah sekolah mereka yang daif itu mesti diabaikan hanya untuk memenuhi desakan Soi Lek," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Puad berkata, tidak dinafikan kini timbul kebimbangan bahawa Soi Lek terikut-ikut dengan rentak dan cara DAP bagi meraih semula sokongan masyarakat Cina.
"Sokongan orang Cina kepada MCA ternyata merosot. Pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu membuktikan segalanya-galanya," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Soi Lek tidak pula boleh mengambil jalan mudah dengan menuding jari kepada UMNO kononnya sikap beberapa pemimpin memperjuangkan isu orang Melayu menyebabkan orang Cina lari daripada menyokong BN.
"Peliknya ada antara mereka termasuk Soi Lek bebas sesuka hati membangkitkan isu-isu sensitif yang akhirnya menyakitkan hati orang Melayu," katanya.

Monday, August 9, 2010

Tok Guru Nik Aziz: Perutusan Khas Ramadhan 1431H

0 comments

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).
- Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.


TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431

[Sumber]

Perutusan Ramadhan 1431 buat Pemuda

0 comments
1. Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.

2. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.

3. Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.

4. Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun .

5. Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini .

6. Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah.

7. Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul .

8. Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi .

9. Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami .

10. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !

Ramadhan bulan tarbiah, jihad

0 comments
Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.

Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.

Harakahdaily/-

Perutusan Ramadhan TKP DPP Kota Raja

0 comments

Sahabat seperjuangan...
Hadirnya kita bertapak di atas satu wadah dan satu manhaj perjuangan, menjadikan diri ini kian bertenaga meredah ranjau dan berasa bangga menggalas wasiat perjuangan .
Demi Allah! tidak mungkin dapat kita lupakan persahabatan yang terjalin antara kita biarpun kemesraannya hanya seketika, namun kenangannya telah terukir di sanubari ini. Semoga persahabatan kita terus berkekalan dan apa yang paling penting, ia menjadi asset bernilai tinggi buat perjuangan yang kita dokong ini.
Tatkala Ramadhan kembali menjelma bersama Rahmat Ilahi yang mencucuri hambanya yang soleh dan bertaqwa, hati ini hiba dalam rindu dendam terhadap semua insan yang bernama “sahabat seperjuangan” .
Alangkah indahnya Ramadhan edisi kali ini, kita dapat meraikannya bersama-sama ”Iftar Jamaei” di samping sahabat seperjuangan. Masih segar dalam ingatan, bagaimana kita menceria dan menghidupkan Ramadhan lepas dengan pelbagai aktiviti. Disinilah masanya untuk kita:
i) Mengerat Taqarrub dengan wirid al Ma’thurat.
ii) Mengukuh Ribat dengan doa Rabitah .
iii) Mempertaut Kasih dengan Taaruf Mesra .
iv) Menghening Petunjuk dengan Tadarrus .
v) Memperkaya Ganjaran dengan Taawwun .
vi) Menghalus Budi dengan Nasihat .
vii) Mengingat Hati dengan Wasiat .
viii) Menjati Diri dengan Motivasi .
ix) Menyihat badan dengan Riadhah .
x) Menceria Rasa dengan Berbuka .
xi) Merapat Hubungan dengan Solat Jamaah
xii) Memperkasa Semangat dengan Tazkirah .
xiii) Memantap Jiwa dengan Qiamulail .
xiv) Menambah Ilmu dengan Kuliah
xv) Menghakis Hasad dengan Salam .
Masih ingatkah sahabat, bagaimana kita lalui Ramadhan silam? Sejurus kita mendaftarkan diri pada 1 Ramadhan, kita jalani hidup ini dengan penuh disiplin laksana berada di sebuah Madrasah.
Sebahagian besar hari–hari yang berlalu, kita programkan bersama dengan meletak marhalah atau peringkat yang selayaknya. Kita kemukakan silibus dan kita lengkapkan tentatif dengan perlaksanaan dan penghayatan bersama untuk graduate dari madrasah ini sebagai Insan Muttaqin dan Rijal Tarbawi .
Ramadhan dihayati dengan skimanya yang tepat sebagaimana dikehendaki oleh Allah Jalla wa A’la .
i) Nafsu dan penguasaan Syaithan dikekang dengan berPuasa.
ii) Semangat Jihad dijana bersama Tarbiyyah Ghazwatul Badar
iii) Keimanan ditajdid melalui penghayatan Nuzul al Quran .
iv) Sikap optimistik terhadap Islam ditempa dengan Ruh Fathul Makkah.
v) Mengharap Redha dan Keampunan Ilahi melalui ruang Lailatul Qadar.
vi) Kemenangan dirai berpaksi Aqidah tanpa leka di Pagi Syawal.
Justeru itu, renunglah aduhai sahabat ku, sempena kita bersama menuntut di Madrasah atau ”University of Ramadhan” ini sekalipun kita berlainan fakulti, kita masih mampu bersua dan berbincang, bersahabat dan bermesra kerana matlamat kita satu, iaitu graduate sebagai Insan Muttaqin .
Wahai orang–orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu , semoga mereka bertaqwa kepada Allah swt. (Al Baqarah : 183)
Kesempatan ini selayaknya digunakan sebaik mungkin menatah sahsiah solehah. Satu keperibadian atau sahsiah yang melayakkan seorang pejuang menyandang statusnya.
Kita tidak mahu dilabel sebagai seorang pejuang yang mengalami krisis kualiti dan identiti. Pejuang yang hanya memiliki “lesen terbang” untuk terjun ke medan, sementara mereka terlalu jauh dari tahap keupayaan sebenar sebagai seorang ”Jundullah”.
Krisis kualiti dan identiti ini jangan dipandang rendah oleh semua individu yang berhasrat untuk terjun ke medan, justeru medan perjuangan bukan pentas pentomen, juga bukan aksi lasak wayang gambar .
Sebaliknya perjuangan ini mendambakan pejuang yang sedia dengan segala komitmen. Bermula dengan: pembinaan aqidah yang jitu ,
peribadi yang soleh, fikrah yang mantap, fizikal yang tabah, semangat yang ampuh, hinggalah ke tahap rela dan sedia untuk mengorbankan darah dan nyawa demi agama Allah swt.
Ramadhan menyediakan segala pakej pembinaan dan pengkaderan tersebut. Satu pakej yang siap dengan modus operandinya yang menepati jadual perlaksanaan.
Menjelang 1 Syawal kelak, ia merupakan hari KONVOKESYEN buat semua siswa/siswi “University of Ramadhan” dan menerima pengiktirafan sebagai “Graduate University of Ramadhan”.
Mereka yang gagal, bukan sahaja tidak berhak menerima pengiktirafan tersebut di hari lebaran, sebaliknya ia terpaksa menunggu setahun berikutnya untuk memperbaiki prestasi .
Islam memberi peluang kedua. Persoalannya, apakah kita benar – benar mampu manafaatkan peluang dihadapan kita kini atau kita hanya akan mensia–siakan peluang tersebut biarpun peluang kedua, ketiga dan keempat dijanjikan .
Sahabat ku ! bangkitlah …..
Ramadhan Kareem !
عمر١ن @ イムラン

Friday, August 6, 2010

VIDEO - KENALI UMNO YANG SEBENAR

0 comments




Renungilah ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu tentang perangai buruk Umno......Masihkah ada yang sayang dan cinta pada Umno?

Rayuan Anwar untuk nota perubatan ditolak

0 comments
"Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif.

“Justeru, kami menolak rayuan itu,” katanya

Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu menolak permohonan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor yang terlibat.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu.
Beliau meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, emel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Selain itu, peguam Anwar juga mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Dr Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam dan pakar patologi forensik Dr Siew.Semasa pemeriksaan utama, Dr Mohd Razali mengesahkan berlaku penetrasi zakar berdasarkan laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada empat kapas kesat yang diambil daripada Mohd Saiful.

Anwar juga gagal bagi mendapatkan dokumen utama termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi semakan keputusan Mahkamah itu yang tidak menyebelahinya pada 2 Februari tahun ini.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan.

Pemimpin Pakatan lancar TIRAM perkasa demokrasi menjelang PRU-13

0 comments

Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM), inisiatif yang digerakkan oleh sekumpulan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), akan dilancarkan di sini malam esok sebagai platform terbaru memperkasakan sistem demokrasi di negara ini menjelang pilihan raya umum ke-13.
Buat peringkat awal TIRAM meletakkakn sasaran untuk mengumpul sekitar RM20 juta bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti yang disasarkan untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam jangka panjang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Pengarah Majlis Makan Malam Perdana Sempena Pelancaran TIRAM, Izham Hashim berkata sebahagian daripada usaha ini melibatkan gerakan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat sama ada dari aspek perlembagaan, sistem pilihan raya dan pemerintahan negara.
“Program malam esok adalah majlis pelancaran mengisi tabung ini dengan disusuli ceramah oleh pemimpin-pemimpin kanan Pakatan,” katanya.
Katanya, idea mewujudkan dilontarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Husam juga bertindak sebagai pengerusi tabung itu.
“Sumbangan yang diperoleh akan disalurkan kepada organisasi-organisasi sesuai, yang memerlukan sumber kewangan untuk mengendalikan aktiviti menyuburkan amalan demokrasi, bagaimanapun penentuan saluran kewangan akan ditetapkan oleh lembaga pemegang amanah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Izham memberitahu, antara tujuan TIRAM ialah mengumpul dana bagi tujuan membiayai usaha mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokratik.
“Berdasarkan beberapa kes yang berlaku kebelakangannya ini termasuk nasib remaja Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Teoh Beng Hock yang mati ketika berada dalam siasatan SPRM, dan Kugan, kami merasakan perlu ada satu pertubuhan bukan kerajaan seperti TIRAM untuk membantu rakyat negara ini... mendidik mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka,” katanya.
Majlis pelancaran yang akan berlangsung di Stadium Malawati di sini, dihadiri oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis pelancaran juga dijangka akan dihadiri individu dan anggota keluarga yang pernah menjadi mangsa tindakan yang bertentangan dengan amalan demokrasi.
Lembaga pemegang amanah TIRAM terdiri daripada Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar, Izham sendiri dan tiga yang lain iaitu Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek, Alex Ong Kiang Yen dan Asmawi Mohamad.
Izham menjelaskan, tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan sistem demokrasi yang sihat kepada seluruh rakyat bagi menyumbang ke arah negara yang lebih demokratik dan adil.
“Kami merasakan usaha ini memerlukan dana sekitar RM20 juta, dan yakin akan mencapai sasaran ini dalam tempoh setahun ini,” kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Subang.

Perasmian PASTI Al-Kauthar Meriah

0 comments
Kota Kemuning: Semalam berlangsungnya Majlis Perasmian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Kauthar cawangan Kota Kemuning dan Temasya Sukan Tahunan 2010 di Padang Permainan Sri Nervilla. Majlis disempurnakan oleh Ustaz Azman Shapawi Abd Rani Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut hadir sama Zainal Said Ketua Pemuda PAS Kota Raja beserta barisan exconya. Tertubuhnya PASTI Al-Kauthar cawangan Kota Kemuning, maka penambahan PASTI di Parlimen Kota Raja meningkat kepada 10 buah.



PASTI merupakan salah sebuah jabatan yang berada dibawah Dewan Pemuda. Dewan Pemuda melihat kepentingan pendidikan awal berlandaskan Islam perlu didedahkan sejak awal lagi kepada kanak-kanak kerana ingin mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.


Pada 2004, PASTI di Kota Raja mula beroperasi dengan 4 buah pusat asuhan dengan seramai 184 pelajar dan 11 kakitangan, kini pertambahan jumlah PASTI meningkat kepada 10 buah dengan 520 orang pelajar dan 38 orang kakitangan. Peningkatan yang begitu ketara disebabkan oleh usaha gigih dilakukan oleh penggerak PASTI memperkenalkan kepada masyarakat setempat dan kualiti pembelajarannya beserta kokurikulum bersepadu diselaraskan di peringkat pusat

Pendidikan PASTI semakin mendapat tempat di mata masyarakat kerana PASTI menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

Menurut Zainal Said, menjelang tahun hadapan sebanyak 3 buah PASTI baru akan diwujudkan di sekitar Kota Raja dan memberi sasaran seramai 1000 pelajar akan mendaftar di PASTI. Sasaran ini perlu digalas oleh pihak Jabatan PASTI supaya memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat tanpa mengira latarbelakang pelajar.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin