Sahabat seperjuangan...
Hadirnya  kita bertapak di atas satu wadah dan satu manhaj perjuangan, menjadikan  diri ini kian bertenaga meredah ranjau dan berasa bangga menggalas  wasiat perjuangan .
Demi  Allah! tidak mungkin dapat kita lupakan persahabatan yang terjalin  antara kita biarpun kemesraannya hanya seketika, namun kenangannya telah  terukir di sanubari ini. Semoga persahabatan kita terus berkekalan dan  apa yang paling penting, ia menjadi asset bernilai tinggi buat  perjuangan yang kita dokong ini.
Tatkala  Ramadhan kembali menjelma bersama Rahmat Ilahi yang mencucuri hambanya  yang soleh dan bertaqwa, hati ini hiba dalam rindu dendam terhadap semua  insan yang bernama “sahabat seperjuangan” .
Alangkah  indahnya Ramadhan edisi kali ini, kita dapat meraikannya bersama-sama  ”Iftar Jamaei” di samping sahabat seperjuangan. Masih segar dalam  ingatan, bagaimana kita menceria dan menghidupkan Ramadhan lepas dengan  pelbagai aktiviti. Disinilah masanya untuk kita:
i) Mengerat Taqarrub dengan wirid al Ma’thurat.
ii) Mengukuh Ribat dengan doa Rabitah .
iii) Mempertaut Kasih dengan Taaruf Mesra .
iv) Menghening Petunjuk dengan Tadarrus .
v) Memperkaya Ganjaran dengan Taawwun .
vi) Menghalus Budi dengan Nasihat .
vii) Mengingat Hati dengan Wasiat .
viii) Menjati Diri dengan Motivasi .
ix) Menyihat badan dengan Riadhah .
x) Menceria Rasa dengan Berbuka .
xi) Merapat Hubungan dengan Solat Jamaah
xii) Memperkasa Semangat dengan Tazkirah .
xiii) Memantap Jiwa dengan Qiamulail .
xiv) Menambah Ilmu dengan Kuliah
xv) Menghakis Hasad dengan Salam .
ii) Mengukuh Ribat dengan doa Rabitah .
iii) Mempertaut Kasih dengan Taaruf Mesra .
iv) Menghening Petunjuk dengan Tadarrus .
v) Memperkaya Ganjaran dengan Taawwun .
vi) Menghalus Budi dengan Nasihat .
vii) Mengingat Hati dengan Wasiat .
viii) Menjati Diri dengan Motivasi .
ix) Menyihat badan dengan Riadhah .
x) Menceria Rasa dengan Berbuka .
xi) Merapat Hubungan dengan Solat Jamaah
xii) Memperkasa Semangat dengan Tazkirah .
xiii) Memantap Jiwa dengan Qiamulail .
xiv) Menambah Ilmu dengan Kuliah
xv) Menghakis Hasad dengan Salam .
Masih  ingatkah sahabat, bagaimana kita lalui Ramadhan silam? Sejurus kita  mendaftarkan diri pada 1 Ramadhan, kita jalani hidup ini dengan penuh  disiplin laksana berada di sebuah Madrasah.
Sebahagian  besar hari–hari yang berlalu, kita programkan bersama dengan meletak  marhalah atau peringkat yang selayaknya. Kita kemukakan silibus dan kita  lengkapkan tentatif dengan perlaksanaan dan penghayatan bersama untuk graduate dari madrasah ini sebagai Insan Muttaqin dan Rijal Tarbawi .
Ramadhan dihayati dengan skimanya yang tepat sebagaimana dikehendaki oleh Allah Jalla wa A’la . 
i) Nafsu dan penguasaan Syaithan dikekang dengan berPuasa.
ii) Semangat Jihad dijana bersama Tarbiyyah Ghazwatul Badar
iii) Keimanan ditajdid melalui penghayatan Nuzul al Quran .
iv) Sikap optimistik terhadap Islam ditempa dengan Ruh Fathul Makkah.
v) Mengharap Redha dan Keampunan Ilahi melalui ruang Lailatul Qadar.
vi) Kemenangan dirai berpaksi Aqidah tanpa leka di Pagi Syawal.
Justeru  itu, renunglah aduhai sahabat ku, sempena kita bersama menuntut di  Madrasah atau ”University of Ramadhan” ini sekalipun kita berlainan  fakulti, kita masih mampu bersua dan berbincang, bersahabat dan bermesra  kerana matlamat kita satu, iaitu graduate sebagai Insan Muttaqin .
Wahai  orang–orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana  ianya diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu , semoga mereka bertaqwa  kepada Allah swt. (Al Baqarah : 183)
Kesempatan  ini selayaknya digunakan sebaik mungkin menatah sahsiah solehah. Satu  keperibadian atau sahsiah yang melayakkan seorang pejuang menyandang  statusnya.
Kita  tidak mahu dilabel sebagai seorang pejuang yang mengalami krisis  kualiti dan identiti. Pejuang yang hanya memiliki “lesen terbang” untuk  terjun ke medan, sementara mereka terlalu jauh dari tahap keupayaan  sebenar sebagai seorang ”Jundullah”.
Krisis  kualiti dan identiti ini jangan dipandang rendah oleh semua individu  yang berhasrat untuk terjun ke medan, justeru medan perjuangan bukan  pentas pentomen, juga bukan aksi lasak wayang gambar .
Sebaliknya perjuangan ini mendambakan pejuang yang sedia dengan segala komitmen. Bermula dengan: pembinaan aqidah yang jitu ,
peribadi yang soleh, fikrah yang mantap, fizikal yang tabah, semangat yang ampuh, hinggalah ke tahap rela dan sedia untuk mengorbankan darah dan nyawa demi agama Allah swt.
peribadi yang soleh, fikrah yang mantap, fizikal yang tabah, semangat yang ampuh, hinggalah ke tahap rela dan sedia untuk mengorbankan darah dan nyawa demi agama Allah swt.
Ramadhan  menyediakan segala pakej pembinaan dan pengkaderan tersebut. Satu pakej  yang siap dengan modus operandinya yang menepati jadual perlaksanaan.
Menjelang  1 Syawal kelak, ia merupakan hari KONVOKESYEN buat semua siswa/siswi  “University of Ramadhan” dan menerima pengiktirafan sebagai “Graduate  University of Ramadhan”.
Mereka  yang gagal, bukan sahaja tidak berhak menerima pengiktirafan tersebut  di hari lebaran, sebaliknya ia terpaksa menunggu setahun berikutnya  untuk memperbaiki prestasi .
Islam  memberi peluang kedua. Persoalannya, apakah kita benar – benar mampu  manafaatkan peluang dihadapan kita kini atau kita hanya akan  mensia–siakan peluang tersebut biarpun peluang kedua, ketiga dan keempat  dijanjikan .
Sahabat ku ! bangkitlah ….. 
Ramadhan Kareem !
عمر١ن @ イムラン













0 comments:
Post a Comment