;

Sunday, May 31, 2009

Expotani Parlimen Kota Kaja '09

0 comments
Majlis Expotani Parlimen Kota Raja '09 dengan kerjasama Jabatan Pertanian bermula jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kota Raja dengan tema ' Pertanian menjana ekonomi keluarga'.
Antara objektif program adalah :-

1. Meningkatkan taraf ekonomi terutama golongan miskin dan ibu tunggal dalam kawasan Parlimen Kota Raja.
2. Menjadikan pertanian sebagai alat untuk menambahkan pendapatan keluarga walau pun secara kecil-kecilan.
3. Memupuk semangat memaksimumkan penggunaan ruang dalam kawasan rumah dan lain.

Perasmian majlis dilakukan oleh ADUN Sri Muda, YB Tuan Shuhaimi Shafie yang mana YB Shuhaimi juga menerangkan bahawa Kerajaan Negeri ada menyediakan pinjaman pertanian berjumlah RM 10000 dalam bentuk peralatan pertanian.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan YB Dr Siti Mariah, beliau mahu menjadi kan Parlimen Kota Raja yang termasuk didalamnya DUN Sri Muda sebagai 'Kota Limau Kasturi' dimana setiap keluarga menanam limau kasturi. 'Dengan perancanganyang rapi dan teratur saya percaya Limau Kasturi akan menjadi tanaman yang berjaya di Kota Raja seterusnya dipasarkan secara sistematik nanti', katanya.

Turut diadakan jualan pokok-pokok, buah-buahan, sayur segar dan barangan IKS, demontrasi membuat Taufu Fa, menyemai benih serta pelancaran kebun limau kasturi berkelompok. Kehadiran pengunjung yang diluar dugaan menyebabkan pendaftaran untuk mendapatkan starter KIT pertanian yang disediakan terpaksa dihentikan sekitar jam 11.30 pagi.


Saturday, May 30, 2009

PAS sedia terima KPP sebagai sayap parti

0 comments
PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India. Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

"Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.



Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.
Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.

Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama.
"Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia," jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.
Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang.
Saidah Hairan Sat May 30, 09 5:23:33 pm MYT

Thursday, May 28, 2009

Sekitar Sambutan Hari Guru Pasti Al-Khauthar 2009

0 comments
Pengerusi dan Jawatankuasa PASTI serta Jemaah Pengurusan PASTI Al-Khauthar mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU' kepada semua guru PASTI. Semoga Allah SWT melimpahi ganjaran yang tidak terhingga di atas segala jasa bakti dan pengorbanan para guru selama ini.
Selepas perhimpunan pagi, guru memberi sedikit taklimat berkenaan hari guru. Kesempatan ini diambil oleh anak-anak Pasti untuk memberikan ucapan perhargaan kepad guru mereka.

Acara dimeriahkan lagi dengan sukan untuk anak-anak dan terima kasih harus diucapkan kepada para ibu yang sentiasa datang memberi sokongan. Tak lupa juga kepada anggota Unit Amal saudara Hisyam yang sudi menjadi Hakim dan mengawal situasi pada acara pagi ini.




Aktiviti-aktiviti yang sempat dirakam pada acara pagi ini.
video
Terima kasih diucapkan kepada yang telah meluangkan sedikit masa pada pagi ini bagi merayai sambutan hari guru Pasti diperingkat cawangan.

Wednesday, May 27, 2009

Berapa lama Kita dikubur?

2 comments
Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915:
20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"


Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...


Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa?
Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Dimanakah kita?

TIADA DIKOTOMI DALAM PAS Tuan Guru Mursyidul Am melancarkan buku "25 Tahun Kepimpinan Ulamak"

0 comments
Tuan Guru Mursyidul Am melancarkan buku "25 Tahun Kepimpinan Ulamak"

Tuan Guru Mursyidul Am melancarkan buku "25 Tahun Kepimpinan Ulamak"

Semua golongan adalah penting dalam tanzim PAS. Itulah mungkin antara rumusan saya sebagai ‘lay man’ dalam PAS selepas mengikuti Seminar sempena Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulamak, 23 Mei yang lalu.

Seminar sehari yang menghimpunkan anggota-anggota dari sayap Dewan Ulamak seluruh Malaysia itu telah dihadiri oleh hampir 800 orang peserta.

Golongan ulamak, professional dan aktivis adalah entiti penting yang tidak boleh dinafikan peranan mereka dalam memperjuangkan cita-cita PAS selama ini. Dikotomi ini sengaja dicipta oleh pihak musuh yang melihat tiga kelompok ini sebagai aset penting yang menjadi sumber kekuatan PAS selama ini.

Ulamak Teras Kepimpinan

Walaupun mempunyai latar belakang pendidikan serta kehidupan yang berbeza, namun ketiga-tiga golongan ini percaya dan yakin bahawa hanya ulamak yang dapat meneraju parti secara lebih baik. Kanapa? Jawapannya mudah sahaja. Kerana prinsip dan tujuan parti sebagaimana jelas termaktub dalam perlembagaan parti adalah berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Perlembagaan PAS dalam fasal 5 (1) menyebut tujuan PAS adalah;

“Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

Justeru, semua golongan dalam parti mengetahui dan memahami bahawa hanya ulamak yang mempunyai kredibiliti dan autoriti dalam memahami kedua-dua sumber utama dalam Islam ini bagi mencapai tujuan serta cita-cita parti.

Firman Allah SWT;

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ

Maksudnya: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah ali-Imran: 18)

Ayat ini jelas menerangkan kedudukan Ulamak sebagai teras dalam memperjuangkan aqidah tauhid kepada Allah SWT. Statusnya amat tinggi iaitu selepas kedudukan para malaikat.

Umpama Nakhoda

Analogi yang mudah ialah seorang nakhoda kapal bukan sahaja perlu arif untuk memegang stereng kapal. Namun bagi memastikan kapal tersebut senantiasa berada pada laluannya yang betul, maka seorang nakhoda perlu memahami selok-belok angin, ombak, cuaca, kedudukan layar dan segalanya berkaitan dengan lautan dan kapal yang dikemudi. Nakhoda ini pula tidak boleh melakukan semuanya sekaligus. Lalu semestinya dia memerlukan kelasi-kelasi kapal yang lain bagi melaksanakan kerja-kerja yang mungkin sukar dilakukan secara bersendirian.

Dalam PAS, ulamak yang memimpin tidak dibiarkan memimpin sesuka hati. Namun, setiap keputusan yang dikeluarkan mestilah selari dengan tuntutan wahyu dan maslahah Islam. Ulamak yang menjadi pemimpin ini pula dinaungi dan dipantau oleh Majlis Syura Ulamak yang menjadi sebuah badan induk yang dianggotai oleh ulamak-ulamak yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Fasal 7 (4) (a) dalam perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa ahli Majlis Syura Ulamak mesti mengetahui masalah-masalah pokok (Al-Usul) dalam Syariat Islam dan hukum-hukumnya. Dari segi syakhsiah, seorang ahli Majlis Syura Ulamak pula hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus-menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya.”

Justeru, marilah kita bulatkan tekad dan fikrah untuk mengekalkan kepimpinan ulamak dalam PAS kerana kita percaya golongan ini sahajalah yang dapat memandu bahtera PAS ini di atas jalan yang betul, istiqamah menuju keredhaan Allah SWT.

DSCN2415DSCN2393

Ulamak itu pewaris Nabi. Justeru, hormatilah ulamak kerana mereka keturunan para Nabi.

Sebagai ahli gerakan Islam, kita tidak perlu untuk merasa kecewa apabila tidak dikurniakan apa-apa jawatan. Namun, sekiranya jawatan itu ditaklifkan kepada diri, adalah tidak manis bagi seorang anak perjuangan untuk menarik diri. Jangan kecewa, jangan putus asa. Teruskan perjuangan di bawah kepimpinan ulamak dan Islam.

Firman Allah SWT:

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِىٍّ۬ قَـٰتَلَ مَعَهُ ۥ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ۬ فَمَا وَهَنُواْ لِمَآ أَصَابَہُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَمَا ضَعُفُواْ وَمَا ٱسۡتَكَانُواْ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Maksudnya: “Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar”.

(Surah ali-Imran:146)

Muhasabah Diri - Cabaran dan ujian kemenangan dari Allah S.W.T

0 comments

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan ketika dunia perlukan kepada pembimbing untuk keselamatan dunia dan akhirat. Kehidupan pada waktu itu tidak ada erti kepada manusia untuk menghirup nikmat dunia. Undang-undang yang ada ialah undang-undang rimba, yang kuat bertambah kuat, yang lemah terus ditindas.

Serigala menjadi pengembala kambing, orang zalim menjadi hakim. Wanita tidak ada nilai dalam hidup. Kehadiran wanita di dunia kononnya membawa sial majal sebab itu perlu dibunuh sejak kecil lagi. Wanita hanya untuk diguna sebagai memuaskan nafsu binatang mereka dan dijadikan sebagai bahan pertaruhan dalam perjudian.

Kesesatan yang melanda setelah berlakunya kekosongan dalam diri manusia setelah Allah SWT mengangkat nabi Isa a.s. maka manusia telah kehilangan arah dan pedoman dalam jarak hampir 600 tahun. Mereka sudah lupa kepada agama tauhid yang diajar oleh Rasul-Rasul yang datang kepada setiap kaum. Sebaliknya mereka telah melakukan amalan syirik yang meletakkan manusia ditempat yang tidak ada harga diri.

Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT yang membawa rahmat kepada seluruh alam . Seperti Firman Allah dalam surah al-Anbia’ 21:107 “Dan kami tidak utuskan engkau wahai Muhammad s.a.w. melainkan untuk membawa rahmat sekalian alam”.

Nabi yang datang misinya untuk menyelamatkan manusia supaya kembali kepada fitrah insan dan mengangkat martabat manusia. Baginda menyedari bahawa bukan merupakan satu perkara yang mudah bagi mengubah struktur kefahaman dalam diri manusia untuk kembali kepada perintah Allah SWT. Agak mudah untuk membina sebuah rumah berbanding dengan hendak membina seorang insan supaya kembali kepada agama tauhid.

Memandangkan baginda adalah insan yang agung telah dianugerahkan kepada baginda keistimewaan yang tidak ada pada makhluk lain. Baginda telah melakukan usaha dakwah berkali-kali kepada kaumnya tanpa jemu-jemu.

Apabila baginda pertama kali menerima wahyu di Gua Hira’ balik bertemu dengan isterinya Khadijah dengan perasaan takut. Untungnya baginda memperolehi seorang isteri yang menjadi pendorong kepada kejayaan baginda. Dengan ucapan yang penuh yakin kepada baginda ” Demi Allah tuhan tidak akan mengecewakan engkau selamanya”

Khadijah membawa baginda berjumpa sepupunya Waraqah bin Naufal seorang tua yang dihormati , luas penyelidikan dan luas pengetahuan. Kata Waraqah ” ini ialah tanda-tanda yang diturunkan kepada nabi-nabi , alangkah baiknya kalau aku ada bersama-sama engkau semasa engkau dihalau oleh kaum kamu kelak”.

Muhammad pun bertanya “Apakah mereka yang akan menghalau aku” Waraqah menjawab Tidak ada seorang pun yang datang sebelum mu membawa seperti yang engkau bawakan ini yang tidak dimusuhi, hendaknya dapatlah aku hidup terus supaya dapat menolong mu” tidak berapa lama Waraqah meninggal dunia,

Dengan itu bermulalah tugas nabi Muhaamd saw sebagai seorang Rasul, suatu tugas yang membataskan zaman jahiliah dan membuka zaman baru bagi bangsa Arab, iaitu zaman cahaya atau zaman Islam.

Apabila turunya surah al-Muddassir 1-7 bermulalah dakwah nabi Muhammad SAW.

Bermaksud

“Wahai orang yang berselimut, Bangunlah lalu berilah peringatan, dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji, dan janganlah engkau (Muhammad) memberi dengan maksud memperoleh (balasan) yang lebih banyak, dan kerana Tuhanmu, bersabarlah” 56:1-7.

Baginda mengajak mereka yang rapat dengan baginda seperti kaum keluarga dan sahabat yang paling akrab. Mereka diseru dengan perkara pokok agama Islam tentang adanya tuhan dan meninggalkan pemujaan kepada berhala.

Pada peringkat awal yang menerima seruan isterinya Khadijah binti Khuwailid, Zaid bin Harithah, Abu Bakar al-Siddiq.

Dengan perantaraan Abu Bakar banyak yang memeluk Islam mereka terkenal sebagai al-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terdahulu masuk Islam). Mereka ialah Osman Affan, Zubair Ibn Awwam, Saad Abi Waqas, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Ubaidillah, Abu Ubaidah Ibn Jarrah, al-Arqam bin Abil Arqam.

Rumah al-Arqam adalah pusat tarbiah yang awal untuk mendidik di kalangan mereka yang awal-awal memeluk Islam. Pada peringkat awal penyertaan dalam agama Islam adalah dari kalangan golongan mustadafin (orang yang tertindas). Pada peringkat ini seruan secara rahsia berjalan selama 3 tahun.

Apabila turunnya ayat Surah Syua’ara’: 214

“Berilah ingat kepada keluarga mu yang terdekat”

Baginda menyampaikan seruan kepada keluarga yang terdekat. Baginda menyeru Sesungguhnya aku belum mengetahui ada seorang pemuda membawa sesuatu untuk kaumnya yang lebih utama daripada apa yang aku bawa untuk kamu. Aku membawa segala kebaikan dunia dan akhirat untuk kamu”

Sebahagian mereka membenarkan dan sebahagian lagi mendustakan, antaranya Abu Lahab bapa saudaranya yang menyatakan bahawa celaka engkau Muhammad apakah ini tujuan engkau mengumpul kami. Berghubung dengan ini Allah menurunkan surah al-Lahab 111:1-5 “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!. Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang diusahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam neraka api yang bergejolak. Dan isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Dilihirnya ada tali dari sabut yang dipintal.”

Apabila turunnya ayat surah al-Hijr, 15: 94

“Jalankanlah apa yang telah disuruhkan kepadamu dengan tegas dan berpalinglah dari orang musyrik”

Sesudah turun ayat ini, mulailah Rasulullah s.a.w. menyeru segenap lapisan manusia kepada agama Islam dengan terang-terangan, baik golongan bangsawan mahupun lapisan hamba sahaya, begitu juga kaum kerabat baginda atau orang yang jauh. Mulanya baginda seru penduduk Makkah kemudian penduduk negeri lain. Di samping itu juga baginda menyeru orang dari bermacam-macam negeri yang datang ke Makkah untuk menunaikan haji (amalan haji yang songsang).

Baginda di Isra’ dan Mikraj oleh Allah dengan membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang dapat diimani oleh manusia, namun orang-orang kafir dan musyrik tidak juga menerima. Apa yang berlaku ialah bertambah kesombongan , keingkaran dan keangkuhan terhadap risalah yang dibawa oleh baginda nabi SAW. Malahan mereka melipat ganda untuk menyakit hati baginda nabi Muhammad SAW dan sampai kepada peringkat untuk membunuh baginda dengan harapan cahaya agama tidak bersinar dia atas muka bumi ini.

Oleh itu jalan yang terbaik ialah baginda diarahkan berhijrah untuk mencari pengkalan baru dalam dakwah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda meninggalkan padang permainan sejak dari kecil dan kampung halaman. Ini merupakan satu ujian dan kepahitan. Bukan semua orang boleh melakukannya.

Seperti firman Allah SWT
“Dan sesungguhnya jika kami perintahkan kepada mereka ; bunuhlah dirimu atau keluarkanlah kamu dari kampungmu, nescaya mereka tidak akan melakukannya kecuali sebahagian kecil dari mereka” (al-Nisa’: 66)

Bukan baginda tidak sayang kepada Makkah, tetapi oleh kerana dakwah tidak boleh berkembang dengan maju. Manakala orang kafir musyrikin pula merasakan satu ancaman kepada agama warisan tok nenek mereka dengan kedatangan agama baru ini. Mereka tahu bahawa peribadi baginda yang unggul dan digelar sebagai al-Amin sejak daripada kecil, tetapi kedegilan dan keangkuhan mereka menyebabkan mereka menolak kebenaran itu.

Hijrah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang besar dan memberikan satu lanskap politik dan memecahkan kebuntuan dunia untuk melihat keadilan yang akan tersebar ke seluruh alam. Hijrah baginda bukan seperti perpindahan biasa sahaja tetapi ia adalah merupakan satu arahan Allah, untuk menegakkan perintah Allah dengan lebih syumul dan lengkap.

Kenapakah baginda berhijrah ke Madinah, bukankah di Makkah baginda sudah boleh untuk mengerjakan ibadah kepada Allah seperti solat, tawaf di Kabah, berkahwin, berniaga. Kenapa nabi dan para sahabat bersusah payah meninggalkan bumi yang tericnta?. Jawabnya kerana di Makkah nabi hanya boleh mengamalkan Islam yang sempit dan tidak syumul seperti yang diajar oleh ulama’ Umno kepada masyarakat. Di Makkah nabi boleh berdakwah, tetapi nabi tidak boleh menghukum jika manusia engkar. Nabi boleh beri tahu bahawa arak haram, tetapi nabi SAW tidak boleh menghukum, nabi boleh berdakwah mengatakan bahawa zina perbuatan yang keji, jika manusia lakukan juga nabi tidak boleh untuk hukum menurut perintah Allah.

Nabi SAW di Makkah tidak ada kuasa, samalah seperti kedudukan ulama’ di negara ini samaada bergelar mufti,. Qhadi, Imam. Mereka boleh mengajar hukum yang tersirat dalam kitab, tetapi tidak boleh untuk melaksanakan perintah tersebut seperti yang terdapat dalam kitab. Kenapa jadi begini? Jawabnya kerana Islam tidak berkuasa. Mahasiswa yang belajar fakulti Islam mempelajari syariah tetapi apabila bekerja dalam mahkamah mereka hukum lain daripada apa yang mereka belajar. Inilah kesan apabila Islam tidak diberi kuasa.

Nabi berhijrah ke Madinah juga untuk memberitahu kepada kita bahawa Islam bukan saja kena jaga hubungan dengan Allah sahaja. Tetapi Islam juga perlu dihubungkan dengan manusia dan alam. Manusia tidaklah diperintahkan oleh Allah untuk melaksanakan pengabdian kepada Allah sahaja, malahan mereka juga perlu menjadi khalifah di atas muka bumi Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah SWT yang menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikan khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah Allah tidak ditaklif kepada binatang, tumbuh-tumbuhan tetapi diberi kepada manusia. Firman Allah SWT

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu? “Dia berfirman, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah, 2:30

Ini bererti manusia kena menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengan agama. Di Makkah baginda tidak boleh untuk mentadbirkan Makkah dengan agama kerana baginda tidak ada kuasa. Berlainan apabila nabi berada di Madinah, baginda mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Sebab itulah menegakkan syariat Allah adalah satu sunnah yang wajib, menentang usaha untuk menegakkan Islam adalah satu bida’ah dhalalah (sesat). Inilah yang sepatutnya kita kena tonjolkan dalam masyarakat. Bukan kita bertengkar perkara khilafiah yang remeh temeh sehingga melemahkan perjuangan Islam. Sunnah menegakkan Islam adalah sunnah yang sudah dilupakan dan disampingkan dan kita wajib ingatkan kepada masyarakat mengenai perkara tersebut. Perlu difahami bahawa sunnah ialah perkara yang disandarkan kepada nabi SAW samaada perbuatan, perkataan atau taqrir (pengakuan). Menegakkan peraturan Allah adalah sunnah perbuatan yang wajib.

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,

A. Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Jangan kita leka dan memenuhi masa dengan sesuatu yang membazirkan masa seperti melepak di kedai kopi hingga berjam-jam lamanya semata-mata bermain dam. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Caranya:

-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita di era kemenangan.

-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Jangan terlalu suka meletakkan kesalahan atau membuat sesuatu hukuman tanpa penyiasatan. Contohnya jangan kita sering menyalahi ahli yang tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, program atau usrah. Sebaliknya hitungilah diri sendiri dahulu sebelum menyalahi orang lain .

Kata-kata Saidina Umar RA

Bermaksud

“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”

- Adakah cukup perjuangan kita sebagai pejuang Islam dengan hanya berjemaah di masjid dan surau-surau dan kemudian menghabiskan masa dikedai kopi, menghadirkan diri disetiap kuliah tanpa merealisasi setiap kandungan isi kuliah tersebut.

B. Qudwah hasanah

Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.

Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.

Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.

Firman Allah SWT

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)

Pengajarannya

1. Semua ahli Pas terutamanya pemimpin mestilah mengambil semangat apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan seruan dakwah.

2. Sebelum kita mengajak orang lain kepada perjuangan Pas maka kita perlu mengajak orang yang terdekat dahulu untuk bersama dengan perjuangan Pas. Sebagai mana baginda mangajak kaum kerabat terdekat sebelum kita mengajak orang yang lebih jauh. Kita tidak mahu ditempelak oleh orang kerana hanya pandai seru orang untuk berjuang dengan Pas, tiba-tiba kita membiarkan ahli keluarga kita senang lenang diulit dengan dunia, akhirnya mendatangkan fitnah kepada perjuangan.

3. Semangat gigih yang ditunjuk oleh baginda yang tidak pernah jemu-jemu menyebarkan Islam wajib dicontohi. Jangan sesekali berputus asa dalam perjuangan hatta walau beratus kalipun kita gagal.

4. Di dalam suasana Islam yang sudah rosak di bawah Umno/BN maka usaha menyelamatkan ummat perlu dipertingkatkan tanpa ada noktah. Kita boleh lihat sistem nilai, keruntuhan rumah tangga, perundangan, politik, pengkhianatan amanah, serangan budaya liar, pakaian yang sekarat Islam sekarat tidak Islam. Semua ini memerlukan Islam sebagai penyelamat.

5. Jangan kita ukur umur kita tetapi ukurlah umur dakwah kita. Berapa banyak risalah, masa, wang ringgit, tenaga, masa yang kita gunakan untuk perjuangan Islam. Kita bimbang masyarkat tidak mahu menerima perjuangan kita bukan kerana mereka marah kepada perjuangan kita tetapi kerana kejahilan mereka mengenai perjuangan Pas lantaran daripada kemalasan diri kita untuk memberikan saham kepada perjuangan.

6. Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang

7. Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka

8. Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas dan jemaah marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.

9. Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkatkan.

10. Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk kita melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.

11. Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah.

12. Aurat dan akhlak anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara akhlak dan aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan diri dan keluarga punya peribadi tidak melambangkan apa yang diucap .

Bersama-sama kita berubah kearah pembanggunan ummah dan menjadi pejuang Islam yang sejati.

Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

0 comments

Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya.

Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.

Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini.

Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati janji dan tidak merokok.

Pada masa yang sama juga, pendakwah khususnya di kalangan anggota gerakan Islam meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:

1. Berhikmah: iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:

a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran, maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."

b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.

c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.

2. Nasihat yang baik: Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.

Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:

* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.

* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.

* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.

* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

3. Berbahas dengan cara yang baik: Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."

4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya: "Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."

Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.

Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya: "(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"

Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.

Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.

5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:

* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"

* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"

6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah: Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung kepada kebenaran Islam.
Ustaz Zainudin Hashim

Keputusan yang telah diskripkan.

0 comments
Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | May 24, 09 | 7:58:47 am MYT

Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail

0 comments
KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob, 60, di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.

Anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kematian Paksu Mail biar pun beliau baru dikenali secara dekat hampir dua tahun lalu.

Katanya, biar pun baru kenal namun hubungan dengannya begitu mesra dan mudah diajak berunding.

"Personaliti Paksu Mail memang cukup hebat di kalangan masyarakat kampung. Semua orang yang ditemui kenal beliau. Allahyarham bersikap sederhana biar pun sudah lama menjadi wakil rakyat.

"Pemimpin sepertinya memang sukar untuk dicari ganti. Kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di sini.

Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, nama Paksu Mail sudah sinonim dengan penduduk Manek Urai kerana semua orang mengenalinya.

Menurutnya Paksu Mail merupakan penggerak utama kepada bahagian keselamatan PAS ketika berlangsung pilihan raya atau sesuatu program besar.

Kata beliau watak yang ada padanya biar pun tegas namun mudah didekati kawan dan lawan.
Salmah Mat Husain

DUN Teratai dan 15 lagi direman 2 hari

0 comments

Enam belas yang ditahan malam tadi, termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, akan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pagi ini.

Turut ditahan malam tadi ialah pembantu Lim Kit Siang - Lim Swee Kuan - dan ahli majlis MPAJ S Supiramany dan seorang lelaki tua berusia 72 tahun.

Kesemua tahanan lelaki ditahan di ibupejabat balai polis Ampang manakala tahanan wanita ditahan di balai polis Pandan Indah.

Polis merakam kenyataan mereka semalaman. Para saksi ternampak Jenice memakai pakaian lokap pada kira-kira jam 1.30 pagi.

Ini merupakan kali kedua Jenice ditahan minggu ini. Selasa lalu, beliau ditahan selama enam jam, juga kerana menyertai nyalaan lilin.

Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 8.45 malam tadi selepas mengadakan nyalaan lilin di luar pusat khidmat Jenice. - MKini

Hakim Mahkamah Rayuan Sahkan Zambry MB Perak

0 comments
Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengumumkan Datuk Dr Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah kononnya hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah jawatan tersebut dirampas darinya, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada Zambry.

Al-Fatihah ( ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah )

0 comments
Yb. Ismail bin Yaakub Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai Kelantan telah kembali rahmatillah jam 5 .30 awal pagi tadi .

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas al marhum dan menyenaraikan al marhum di kalangan hambaNya yang soleh .

PAS Cawangan Kota Kemuning mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga al marhum . Semoga semua ahli keluarga Al marhum bersabar atas ujian ini dan dapat menerima ketentuan dari Allah dengan sabar dan reda dan marilah kita semua berdoa semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang diterima amal soleh.

Al-Fatihah.

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok

0 comments
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | May 21, 09 | 5:05:50 pm MYT

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop. - azm _

Perbicaraan masih diteruskan

0 comments
Harakah : Perbicaraan masih diteruskan, giliran Peguam Nizar berhujah

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

zambry and nizarUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) – Setelah Mahkamah berehat kira-kira 15 minit, kini giliran peguam Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan hujah setelah pihak peguam Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir melakukan yang sama pagi tadi sehingga tengah hari tadi.

Perbicaraan bermula jam 9.45 pagi, apabila peguam Zambry, Dato’ Cecil Abraham memulakan hujah berhubung status Menteri Besar Perak.

Dijangkakan, tiada sebarang keputusan akan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Setakat ini, kira-kira 150 penyokong Nizar dan Pakatan Rakyat sudah mula memenuhi luar pekarangan kamar Mahkamah Rayuan 3 berbanding pagi tadi.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh peguam kedua-dua belah pihak biarpun diasak dan diaju soalan oleh puluhan wartawan yang mengikuti secara dekat perbicaraan ini.

Lebih menarik, para wartawan dan jurugambar mengekori sahaja mana-mana VVIP (orang kenamaan) yang keluar masuk ke kamar Mahkamah tersebut hatta menuju ke tandas sekalipun , menjadikan suasana begitu ‘gamat’ dengan aksi-aksi spontan mereka.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato’ Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Sungguhpun kawalan keselamatan di pekarangan Mahkamah tidak terlalu ketat namun bagi oarang ramai yang ingin mengikuti perbicaraan ini akan dilakukan pemerikasaan yang rapi oleh anggota polis.

Kelihatan puluhan wartawan luar dan dalam negara memenuhi kawasan sekitar kamar Mahakmah Rayuan 3, sejak awal pagi tadi, bagi membuat laporan dan liputan mutakhir kes ini.

Jam 9.00 pagi tadi, Peguam Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin yang mewakili Nizar memasuki kamar mahkamah dengan diikuti pula oleh Peguam Umno Dato’ Hafarizam. Turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan peguam Tun Majid. – azm

Hujjah peguam Nizar sedang didengar

0 comments

Giliran peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah yang telah memulakan hujah beliau pada jam 12.15 tengahari tadi dan meminta disambung kembali pda jam 2.00 petang dan kini masih berjalan di Mahkamah Rayuan di sini.

Perebutan kuasa Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini dan di dengar oleh tiga hakim iaitu Md Raus Sharif, Abu Samah Nordin dan Sulong Matjeraie

Sulaiman berhujah sekiranya hujah peguam Zambry Abd Kadir, Cecil Abraham dan peguam pencelah, Gani Patail diterima, Perdana Menteri boleh disingkir oleh Yang Dipertuan Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional

“Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir, sekiranya ada, ia semestinya terletak dibawah Artikel 18 tetapi jelas tidak ada! Tidak juga terdapat di mana-mana!”

“Hanya satu sahaja cara untuk menyingkir Menteri Besar iaitu dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri,” hujah Sulaiman di depan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

Selepas pembentangan hujah peguam Zambry itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Gani Patail sebagai pencelah, petang ini
Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.

Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Sejak awal pagi mahkamah penuh sesak dengan pemerhati, anggota media dan peguam daripada kedua-dua pihak sehingga keadaan menjadi sesak dan tempat duduk tidak mencukupi bagi menampung jumlah yang hadir.

Mahkamah Rayuan mula mendengar kes rayuan Nizar pada 9.30 pagi tadi berhubung keputusan rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas.

Mahkamah yang sama juga akan memulakan sidang bagi mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah sekaligus mengisytiharkan Zambry sebagai penyandang haram.~ SK

PAS semakin hampir ke Putrajaya

0 comments
Wednesday, 20 May 2009
KUALA LUMPUR, 20 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Kompleks yang bakal dibina itu mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap dan kawasan perniagaan serta perumahan.

Tapak kompleks yang di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar terletak di Sungai Merab itu, mengambil kira-kira lima belas minit perjalan ke pusat pentadbiran negara, Putrajaya.
Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Pembinaan kompleks yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS itu menerima sumbangan dari pelbagai pihak dalam majlis tersebut.

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menambah, "Kompleks ini telah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini".

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

PAS terima keahlian meraka yang ikhlas

0 comments
"PAS menerima mereka yang ikhlas menjadi ahli parti tanpa mengira latar belakang mereka"
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejarah lampau PAS telah menunjuk bagaimana sikap keterbukaan dan keadilan dalam PAS apabila penaraju PAS dulu lahir dari pelbagai latar belakang.

Menjawab persoalan berkenaan keahlian, beliau menjawab "PAS juga sangat terbuka". Menurut beliau PAS menerima mereka yang ikhlas menjadi ahli parti tanpa mengira latar belakang orang tersebut.

Buktinya, sejarah lampau PAS telah menunjukkan keterbukaan dan keadilan ini, apabila penaraju PAS dulu lahir dari pelbagai latar belakang.

"Penubuhan PAS yang melibatkan golongan ulama', profesional dengan cara yang tidak ada tinggi antara satu sama lain, di mana mereka yang menubuhkan PAS bukan hanya Ahmad Fuad, Borhanuddin, termasuklah juga Dr Haji Abbas Elias bahkan perjalanan PAS ini turut melibatkan Aminuddin Baki, Profesor Ahmad Ibrahim, Profesor Ungku Omar dan individu lain," tambah beliau.

Malah menurut beliau, PAS bukan hanya menerima meraka yang berstatus dalam golongan terpelajar, penyertaan keahlian PAS termasuk mereka yang tidak terpelajar termasuk samseng dan penyamun turut diterima.

Beliau berkata, ini mencontohi tauladan Rasulullah s.a.w yang menerima semua kalangan penyamun untuk masuk ke dalam Islam, dan mereka ini ditarbiyah menjadi orang-orang yang soleh dan inilah diantara kejayaan yang telah dibina oleh PAS.

Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar

0 comments

Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | May 15, 09 | 12:56:20 pm MYT

Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.

Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.

Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."

Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri. - Harakahdaily.net

Join Management Body

0 comments
SHAH ALAM, - Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Ogos ini kepada pemaju yang menjalankan projek pembangunan bertingkat untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Join Management Body (JMB).
YB Iskandar Abdul Samad pada perasmian Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan  Malaysia, di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

YB Iskandar Abdul Samad pada perasmian Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia, di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Pembangunan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata sehingga kini kira-kira 1,000 pemaju di Selangor masih gagal menubuhkan badan pengurusan bersama itu sejak ia diperkenalkan pada 12 April tahun lalu.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengeluarkan arahan pada Februari lalu kepada pemaju terbabit dan setakat ini hanya 26 peratus pemaju sahaja yang berbuat demikian.

“Jika mereka (pemaju) masih gagal, mereka mungkin menghadapi tindakan denda sehingga RM20,000 atau RM500 sehari sehingga badan itu ditubuhkan,” katanya kebanyakan pemaju berkenaan melaksanakan projek mereka di Shah Alam, Petaling Jaya serta Subang Jaya.

Iskandar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia di Hotel Grand Blue Wave di sini pagi tadi.

Hadir sama, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor.

Seminar Penguatkuasaan PBT Malaysia yang bermula hari ini disertai peserta dari seluruh negeri yang terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai perancang bandar, arkitek, jurutera serta pegawai penguatkuasa.

Sebanyak lapan kertas kerja bakal dibentangkan sepanjang dua hari seminar berlangsung.

Sementara itu, Mazalan dalam ucapannya pagi tadi berkata seminar itu juga bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada para peserta dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut lunas-lunas perundangan bagi memelihara kewibawaan PBT sebagai institusi yang mampu menjalankan tugas pengawalan perancangan yang lebih mampan.

“Ia juga menjadi asas rujukan dalam menjalankan penyiasatan, pengkuatkuasaan dan pendakwaan yang efisyen melalui kawalan perancangan yang seragam dan bersepadu,” katanya. - MURIZA ABDUL HAMID

YB Iskandar Abdul Samad pada perasmian Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

YB Iskandar Abdul Samad pada perasmian Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Hari Pertama Sukan Pasti Al-Khauthar

0 comments
Pasti Al-Khauthar telah mengadakan aktiviti sukan mingguan yang pertamanya pada pagi 15/Mei/2009 dalam suasana yang penuh harmoni, girang dan selamat tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi.Anak-anak yang segak bergaya dengan pakaian seragam sukan pasti.Menyanyikan lagu pasti dan nasyid dengan penuh semangat sebelum keluar bersukan. Masing-masing berkobar-kobar tidak sabar untuk bersukan.
Kaum Ibu dan muslimat yang turut hadir.
Program berakhir dengan jayanya walaupun permulaanya dihalangi hujan gerimis. Walaubagaimanapun hujan tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka untuk bersukan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin