;


Wednesday, May 27, 2009

Himpunan & Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009

0 comments
Monday, 04 May 2009
KUALA LUMPUR, 4 Mei - Keputusan untuk mengadakan Himpunan & Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009 pada 30 Mei 2009 ini telah mensasarkan kehadiran kira-kira 500 peserta konvensyen.
Kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat YB Dr Mujahid Yusof Rawa, serta YB Dr Halimah Ali selaku Timbalan LPN PAS Pusat dan jawatankuasa penganjurnya.
Secara rasminya Himpunan dan Konvensyen kali pertama ini telah memilih Selangor khususnya Kota Raja sebagai tuan rumah selepas Pulau Pinang menjadi tuan rumah dua tahun yang lepas. Sebagai tuan rumah Kota Raja telah menubuhkan Sekretariat dan Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan.
Manakala, Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang (MDK) telah dipilih sebagai tempat berlansungnya Konvensyen pada kali ini.
Pengarah Program Saudara Khairul Faizi memaklumkan, Konvensyen yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 itu akan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Pusat.
Menurut Setiausaha LPN PAS Pusat, Puan Hajjah Kamariah juga memberitahu surat-surat jemputan kepada negeri-negeri untuk menghantar wakil ke konvensyen ini telah mula di hantar.
"Diharap setiap negeri dapat memberikan respon yang segera kepada penganjur dan laporan terkini persiapan program ini akan disiarkan dari semasa kesemasa,
Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh menghubungi Saudara Khairul Faizi 019-7701830 (Pengarah Program), Pn Hajjah Kamariah 016-3226159 (Setiausaha LPN PAS Pusat) atau Mohd Razif Maslan 013-3610603 (Timb. Pengarah Program/Kota Raja).

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin