Wednesday, 20 May 2009 | |
KUALA LUMPUR, 20 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur, Isnin lalu. Kompleks yang bakal dibina itu mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap dan kawasan perniagaan serta perumahan. Tapak kompleks yang di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar terletak di Sungai Merab itu, mengambil kira-kira lima belas minit perjalan ke pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya. Pembinaan kompleks yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS itu menerima sumbangan dari pelbagai pihak dalam majlis tersebut. Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menambah, "Kompleks ini telah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini". Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. |
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment