;


Sunday, October 30, 2011

UMNO Bunuh Penduduk Memali & Ibrahim Libya - UMNO adalah Pengkhianat Bangsa

1 comments


Mutakhir ini Timbalan Presiden PAS Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu menjadi alat serangan media perdana  TV1, TV2, TV3, TV4, TV5, TV6 hingga TV100. Media-media ini yang diketahui umum adalah dikonkong oleh UMNO laknatullah dan menjadi berita yang cukup besar oleh media pro UMNO dan media tv. Mat Sabu dituduh penganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggu UMNOapco.

Timbalan Presiden Pas itu sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dihentam, dikecam, dihentak dan bermacam-macam lagi tanpa usul periksa. Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada beliau, kerana beliau bukan sahaja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang. Inikah yang dikatakan demokrasi??

Bagaimana pula kes dan peristiwa Memali di Baling Kedah yang kini dilupakan?. Penduduk Memali diserang dan ditembak secara rakus oleh pehak keselamatan. Siapa yang mengarah menembak secara brutal atau secara gila babi tanpa tiada kasihan belas dan tidak bertamaddun.? Hukumnya pemimpin UMNO adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam peristiwa Memali.
 
 
Umno dan pemimpinnya lebih rakus dan jahat dari segala binatang yang ada di atas muka bumi ini. Sepatutnya UMNO dan kerajaan BN termasuk PERDANA MENTERI & TIMBALAN PERDANA MENTERI ketika itu digelar penjahat dan pengganas yang sebenar.

Dengan tegas pemimin BN/UMNO adalah orang yang paling jahat kerana membunuh penduduk Memali bersama ustaz Ibrahim. Tangan UMNO/BN perlu digelar pembunuh dan penganas dan pengkhianat nombor wahid di Malaysia.Adakah sejarah serangan terhadap penduduk Islam memali akan dipadamkan disebabkan mereka yang dibunuh kejam adalah ahli PAS??

Sah!! Saiful Bukhari Tidak Di Liwat?

0 comments

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho. 

Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti. 

HINA Islam: MCA umno Serupa

0 comments


Koleksi umno hina Islam

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? 

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.


UMNO MENOLAK HADITH
  
Selain dari secara terang-terangan menolak perintah Allah swt. yang terkandung dalam al-Qur'an pemimpin tertinggi UMNO juga telah menerapkan fahaman menolak hadith seperti mana yang dibawa oleh sahabat baiknya, Dr.Kassim Ahmad. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mengharamkan buku 'Hadith Satu Penilaian Semula', dan ada yang telah mengisytiharkan Kassim Ahmad murtad, namun tiada sebarang tindakan diambil. Bahkan disebabkan pemikiran beliau dan Kassim Ahmad sealiran, Kassim dan rakan-rakannya seperti Othman Ali (penulis buku 'Bacaan'), dan Syed Akhbar Ali sering diberi tempat samada dalam media cetak mahu pun elektronik untuk terus menerus menyesatkan rakyat dan menimbulkan keraguan terhadap hadith dan isu-isu berkaitan dengan Islam, walaupun itu bukan bidang mereka.
 
Mahathir kata: 
  1. 'Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa dan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.' (Dr.Mahathir Mohamad, 24 Nov.1995, PWTC, ucapan bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')
Rumusan  
  1. Mahathir meragui hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan mendakwa kononnya kemungkinan ada hadith sahih yang sebenarnya tidak sahih, dan ada hadith yang ditolak mungkin hadith yang sahih. Fahaman ini sebenarnya adalah fahaman yang dibawa oleh para orientalis Barat seperti Joseph Scacht dan rakan-rakannya bagi maksud menimbulkan keraguan di kalangan penganut agama Islam. Bahayanya pemikiran ini ialah merungkai dan memecah belahkan asas dan dasar-dasar Islam itu sendiri yang berpaksikan al-Quran dan Hadith. Akibatnya timbul golongan yang hanya mahu percaya kepada al-Quran semata-mata dan menolak Hadith seperti Kassim Ahmad dan juga pengikutnya dari Sisters in Islam.
  2. Mahathir percaya bahawa kerana berpegang kepada hadithlah menyebabkan umat Islam hari ini berpecah belah.
Nabi kata:  
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, dan jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku" 
(Maksud Hadith)
Para ulama' muktabar sejak zaman berzaman telah sepakat ( ijma') memutuskan iaitu WAJIB  bagi umat Islam berpegang kepada al-Quran dan Hadith. Hadith yang dimaksudkan ialah hadith sahih. Ada enam kumpulan hadith yang digelar 'Sihah Sittah', iaitu: 
                        1. Bukhari;
                        2. Muslim;
                        3. Tirmizi;
                        4. Ibn Majah;
                        5. Abu Dawud;
                        6. An-Nasai.
Sayugia diingatkan bahawa mereka yang menolak atau meragui hadith telah rosak Iman dan Islam mereka dan selama mereka tidak bertaubat, mereka ini berada dalam kemurkaan Allah dan di akhirat kelak akan dicampakkan ke dalam neraka.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang menolak hadith junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan hidup kita dunia dan akhirat?.


UMNO HINA SUNNAH NABI BERJANGGUT

Mahathir kata:
  1. "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?  Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. KononnyaSunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  2. "Kenapakah ada antara kita yang lebih suka kepada simbol-simbol Islam seperti pakaian dan janggut dan tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih berat bagi orang Islam seperti persaudaraan dan pertahanan?"(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad saw?

UMNO HINA PERINTAH MENUTUP AURAT
  1. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".  (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  2. "Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol anak. Tengok masuk dalam mahkamah (ber)ketayap, (ber) kopiah putih, isteri pakai tudung kepala. Tapi buat kerja apa?"(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  3. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
  4. "Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
  5. "Menutup aurat di kepala mempunyai tujuan yang sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak daripada berlakunya jenayah seks. Tiada siapa yang melarang amalan ini, tetapi ramai yang ingin memaksa lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang tua juga mesti menutup mereka. Dan jangan kita lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala. Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala dan bukan pencegahan jenayah. Asalkan kita menutup kepala, sempurnalah amalan kita".(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
ALlah kata (firman):
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami  mereka, atau ayah mereka....
(Mafhum al-Qur'an: An-Nuur:31)

Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina, mempersenda, dan memperlekehkan hukum dan perintah Allah?

UMNO HINA DAN PECAT ULAMA' 

Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.
  1. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
  2. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  3. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  4. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  5. "Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  6. "Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  7. "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  8. "Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  9. "Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Allah kata (berfirman):
  1. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"
(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):
  1. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
  2. "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"
  3. "Ulama'  itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-
  1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
  2. Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
  3. Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
  4. Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
  5. Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
  6. Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
  7. Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
  8. Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
  9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
  10. Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
  11. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
  12. Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM  bagi umat Islam  berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?

Pelakon Video Lucah Hina Hudud.....Mana perginya Ulama' UMNGOK.....

0 comments

JOHOR BARU: PAS' intention to carry out hudud law will cause the nation to backslide and scare away investors, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

The impact would be great on foreign direct investments and also tourists who would shy away, he said, adding that several countries practising hudud law were backward except for their rich natural resources.

Speaking to reporters after attending a function at the Hock Lin Gong Chinese temple here yesterday, Dr Chua stressed that even non-Muslims in the country would be affected, especially in terms of economy and education.

“It is misleading and a lie to say that the implementation of hudud will not affect non-Muslims,” he said.

He criticised the DAP for its inconsistency as the party did not support hudud law but was willing to help PAS leaders win the election by asking the Chinese to support them.

At the event, Dr Chua promised an allocation of RM30,000 for the temple which was celebrating its 20th anniversary.

In Batu Pahat, Dr Chua said the financial management of Pakatan Rakyat-controlled states was still lacking.

Referring to the Auditor-General's Report 2010, he noted that a Selangor state-run agency lost RM200mil while the Penang government had yet to build affordable houses for the rakyat.

The populist policy being practised by the Pakatan Rakyat had not solved anything, he added.

“They give RM100 to the elderly once a year and another RM100 for people to go shopping. This does not solve anything at all but merely a feel-good factor to the rakyat and is quite misleading,” he said during a 1MCA Medical Foundation dinner on Thursday.

He also said that the people wanted to see changes and the Government had listened to their feedback.

“The only thing that has yet to be transformed is the Pakatan Rakyat,” he said.

Under the transformation programmes introduced by the Prime Minister, he said the rakyat could see the changes.

“The economic, social and political landscape in Malaysia is being transformed. We have attracted many foreign direct investments for the country to achieve high-income status while creating a more democratic society,” he said.

http://thestar.com.my

ayid-manjaddawajada.blogspot.com 
-ijoks2009-
Kalau di kalangan pemimpin Islam sendiri pun berani mempertikaikan hukum Hudud ,apa nak pelik jika pelakon video lucah yang kafir tu makin berani...



terima kasih, kham sia Chua Soi Lek....

apa kata Perkasa,
apa kata UMNO,
apa kata Ibrahim Ali,
apa kata Zulkifli Nordin,
apa kata Hassan Ali,
apa kata sohibul samahah harun sani
apa kata Jamil Khair
apa kata ostad kazim,
apa kata Mahathir,
apa kata Najib,
apa kata Rosmah dengan cincin permatanya,
apa kata Sharizat dengan lembu-lembunya,
apa kata Muhyiddin,
apa kata Zambri a/l kadiaq... silalah jemput Chua Soi Lek bertanding kat Perak.

KONSERT KL: GANTUNG COLI DI TIANG MICROFON ??

0 comments



Memang kurang ajar. Dah la datang ke negara kita buat Konsert. Tutur bahasa dan perilaku sebuah kumpulan rock dari Amerika begitu kurang ajar sekali. Mereka mempelawa peminat untuk tidur bersama di bilik hotel. Malah paling memalukan apabila mereka meletakkan coli atas tiang microfon. Sungguh memalukan. Siapa yang patut dipersalahkan....?


Rocker AS kurang ajar


ONE Buck Short bukan sahaja mengadakan persembahan tetapi mereka merupakan penganjur Konsert Rockaway.
KONSERT Rockaway yang diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini boleh dikatakan konsert tempatan yang paling lama diadakan iaitu dari pukul 12.30 tengah hari sehingga 12 malam.
16 kumpulan rock tanah air dan tiga kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat (AS) iaitu All Time Low, The Used dan Story Of The Year mengadakan persembahan bertenaga di hadapan hampir 8,000 penonton.
Apa yang pasti, tiga kumpulan terkenal dari AS itu adalah yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat kerana itu adalah konsert pertama mereka di sini menerusi Rockaway yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh One Buck Short & Friends.
Sayangnya, gitaris dan vokalis kumpulan All Time Low iaitu Jack Barakat memperlihatkan banyak gimik termasuklah kata-katanya yang kurang sopan sewaktu berinteraksi dengan para penonton pada konsert tersebut.
"Siapa di antara anda (gadis) yang mahu datang ke bilik hotel saya malam ini? Bolehkah juga saya sentuh payu dara anda?" itu antara persoalan yang diajukan oleh Jack kepada para peminat remaja perempuan pada persembahannya malam itu.
Pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM88 itu, anggota kumpulan berasal dari Baltimore, Maryland, AS itu turut tanpa segan silu menggantung beberapa coli di tiang mikrofon dengan tidak diketahui sebabnya ia diletakkan di situ.
Perlakuan dan kata-kata Jack itu seolah-olah tidak menghormati sosio budaya masyarakat di sini. Bagaimanapun agak memeranjatkan juga apabila pelawaan dan ayat-ayat lucahnya itu dibalas dengan pekikan penuh rasa keterujaan para penonton.
All Time Low yang mengadakan persembahan selepas waktu maghrib itu ternyata kurang peka dengan apa yang telah mereka lakukan.
Berbeza dengan The Used dan Story Of The Year yang mengadakan persembahan dalam gaya dan perlakuan yang lebih sopan.
Vokalis Story Of The Year, Dan Masala misalnya, menggunakan bahasa-bahasa yang sopan, malah gitarisnya, Ryan Philips juga banyak kali menggunakan bahasa Melayu seperti 'terima kasih' sewaktu dia berinteraksi bersama para peminatnya.
Interaksi itu bukan sahaja menambahkan lagi kebingitan persembahan pemuzik pop punk itu, tetapi alunan lagu-lagu popular mereka sepertiSidewalk dan Wake Up turut menarik para peminat menyanyikannya bersama-sama.
Sementara itu, 16 kumpulan rock tempatan yang turut mengadakan persembahan, tidak banyak yang mencuri tumpuan para penonton berbanding tiga kumpulan pop punk yang sedang popular di AS itu.
Ini kerana, lebih separuh daripada mereka seperti Love Me Butch, One Buck Short, Lo dan Hujan bukan begitu dinanti-nantikan ramai memandangkan mereka sering muncul dalam banyak konsert yang diadakan sebelum ini.
Kumpulan-kumpulan tempatan lain yang mengadakan persembahan pada Rockaway ialah Tres Empre, Dechi Michi, Busco, Oh Chentaku, Kyoto Protocol, They Will Kill Us All, Deja Voodoo Spells dan Monoloque.
Turut serta pada konsert berskala besar yang menampilkan para pemuzik rock, metalcore, heavy metal dan pop punk itu ialah kumpulan Pop Shuvit Featuring Project E.A.R., Metalasia serta Massacre Conspiracy.

Saturday, October 29, 2011

Kerajaan PR berjaya di Penang

0 comments


Pencacai UMNO di Pulau Pinang kalau tak mahu terima RM100 setahun untuk warga emas, RM100 setahun untuk OKU dan juga RM100 setahun untuk Ibu tunggal tu tak perlu ambil pasal ramai lagi yang akan ambil..


Kalau boleh janganlah dibuat seperti RM100 untuk warga emas tu.. mula-mula ramai pencacai UMNO yang tak mahu ambil.. tapi bila timbul tahun kedua.. ramai pulakdah pencacai UMNO yang mendaftar untuk mendapatkannya..

Monday, August 15, 2011

Pimpinan UMNO "Membela" Islam.....Keh! ke! keh!

0 comments
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini &sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras. 




info : perisik rakyat

Thursday, July 21, 2011

Cukuplah Bodohkan Orang Ramai...!!

0 comments

Video: Gas pemedih mata dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih- Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Meskipun berulangkali menafikan, terdapat bukti jelas menunjukkan Polis di Raja Malaysia melepaskan tembakan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Rakaman menunjukkan tembakan gas yang dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih di laluan bawah KL Sentral
Tembakan tersebut yang dilakukan secara mendatar ke arah orang ramai, menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan.

Beberapa rakaman yang disiarkan di internet terutama menerusi laman Youtube membuktikan perkara itu. Salah satunya rakaman video oleh sebuah portal berita.

Video berdurasi kira-kira 14 minit itu menunjukkan tembakan dilepaskan di dua tempat berasingan bermula di KL Sentral dan Dataran Merdeka.

Bermula minit ke 7:48, rakaman itu menunjukkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), menghalakan penembak gas tepat ke arah peserta yang berkumpul antara jarak 20 hingga 30 meter di KL Sentral.

FRU turut melepaskan tembakan secara mendatar di Dataran Merdeka
Mengikut pemerhatian dalam rakaman berkenaan, polis tidak mensasarkan tembakan pada paras 45 darjah ke udara seperti sepatutnya dilakukan, sebaliknya disasarkan pada paras hidung.

Sekurang-kurangnya tiga das pertama tembakan dilepaskan ke arah peserta himpunan dengan muncung senapang dihalakan terus ke arah mereka.

Bermula minit ke-8 pula, tujuh lagi das tembakan dilepaskan mengakibatkan orang ramai terperangkap di laluan bawah KL Sentral. Keadilandaily difahamkan dua arah laluan berkenaan pada masa itu telah pun dikepung pasukan FRU.

Visual polis menembak terus ke arah ratusan peserta himpunan berhampiran Dataran Merdeka pula ditunjukkan bermula pada minit ke-12.

Polis tanpa teragak-agak turut melepaskan tembakan kanister termasuk ke arah seorang orang kelainan upaya (OKU) bertongkat yang turut sama berhimpun di situ.

orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU
Cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebelum ini menjadi isu kerana kanister yang dilepaskan secara mendatar menyebabkan kecederaan teruk kepada orang awam.

Ia bertentangan sekali dengan arahan atau kaedah penggunaan yang tertera pada Kanister gas tersebut yang menyebut ‘Do Not Fire Directly At Persons‘ atau ‘Jangan tembak ke arah orang ramai’.

Kanister yang bergerak pada halaju tinggi itu juga menyebabkan kecederaan parah pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakqry menyebabkan pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu.

KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan kanister yang digunakan polis adalah dari jenis sama yang digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.
Dipetik dari : sepang-kederang.blogspot

Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Tentera Israel Gunakan Untuk Perangi Rakyat Palestin

0 comments

[KD] KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.

Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan.

Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

“Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories,” katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

“Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?” kata Latheefa.
Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

“CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS,” kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.
Dipetik dari : sedakasejahtera.blogspot 

PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4Z_1JWISjdA7GNBVcSnM90KUfwHJOr2GReFV7ScwC5QeWq9a6uvkYm-xXJl5hatpcGnfI-a9dX8JadLBo3N2CcqVJOvjZ6mhjWX8G-JciCdK4s0eya5GZfU2n5jBQse-v2spHYihvpi6W/s1600/solat+bergari.JPG


Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan
BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari,sekali gua
tengok,dah macam askar Israel yang menzalimi penduduk Islam Palestin.
Apa bezanya..??Yang gua lagi pelik..apa hal Mat Polis hanya melihat sahaja mereka
bersolat..?? mungkin dalam Keuzuran beb..ha3

Apa yang penting PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa
istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.
Syabas kepada anak-anak muda ini ......!!

Dipetik dari : naimnikmat.blogspot.

Sunday, July 17, 2011

Perginya seorang Tokoh Pejuang Islam

0 comments

Al Faatihah : buat Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali yang baru sebentar tadi kembali ke Rahmatillah. Almarhumah adalah seorang Tokoh Pejuang Islam yang gigih dan kental mendepan cabaran.jamaah kehilangan tokoh besar. Semoga ruhnya tergolong dari kalangan hambaNya yang solehah. Al Faatihah

Saturday, July 16, 2011

Kejayaan Bersih 2.0 seluruh dunia......Ketakutan BN jadi kenyataan...

0 comments
Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan konco-konconya mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan. Tuduhan yang paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; nak tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan kerajaan melalui kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan macam-macam lagi.

Manusia yang kedua teruk menjadi bahan belasahan BN dalam isu Bersih ialah Datuk Ambiga.Beliau digelar ‘Raja Murtad’ maksudnya ketua bagi segala manusia yang murtad. Bila pula Ambiga pernah menjadi Islam tiba-tiba jadi murtad? Entahlah, mungkin tidak faham apa itu murtad.

BN yang menggubal undang-undang membenarkan orang Islam murtad, tiba-tiba sensitif pula dengan isu murtad. Walhal berdekad-dekad pemimpin parti asobiyah itu asyik mempersenda hudud dan hukum Islam yang boleh menyebabkan seseorang Muslim jatuh murtad.




Lapan tuntutan Bersih 2.0 tiada kena mengena langsung dengan isu murtad atau liwat. Andai kata pihak yang memperjuangkan Bersih bukan Ambiga atau Anwar, maka himpunan Bersih 2.0 tetap akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia seperti yang dipamerkan pada 9 Julai lalu.

Mempertikaikan Ambiga dan mengaitkan dengan isu murtad, setelah BN gagal menghalang kebangkitan rakyat tidak lebih dari cubaan mengalih isu. Ia juga merupakan tindakan ‘tak dapat kepala, tanduk dipulas’. Ambiga bukan pemimpin parti politik dalam Pakatan Rakyat. Ambiga bukan ahli politik, dia tidak akan bertanding pilihanraya dan tidak akan jadi Perdana Menteri. Dia memimpin NGO bernama Bersih dengan konsensus dari lebih 60 NGO yang bergabung di dalamnya kerana profesionalismenya di bidang guaman serta relevan dengan isu yang diperjuangkan.

Macam jurulatih bolasepak kebangsaan Jayagopal dipilih. Apabila seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan Malaysia, apakah bermakna mereka telah menyokong agama hindu anutan Jayagopal? (Tidak pasti dia Hindu atau Kristian tapi yg pasti dia kafir) Tidak cerdik sangatlah jika ada pihak yang mempertikaikan Jayagobal dipilih sebagai jurulatih kerana dia India non-Muslim. Tiada kena mengena ketuanan Melayu dengan bolasepak. Itu tamsilan yang sangat mudah untuk difahami.
Selepas himpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpunkan beratus ribu rakyat jelata, muncul pula soalan, apa yang penganjur himpunan Bersih dapat selain dari (kononnya) menyusahkan orang ramai? Sebenarnya yang jadi punca rakyat susah ialah kawalan dan sekatan yang bukan-bukan oleh pihak tertentu atas arahan BN. Namun beban kesusahan yang dihadapi rakyat tidaklah seteruk beban kesusahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juak-juaknya merasa ketakutan yang luarbiasa terhadap gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan.

Seperti dijangka lapan tuntutan Bersih tidak akan dipedulikan oleh BN namun banyak manfaat diperolehi dari penganjuran Bersih 2.0, antaranya:

1. Menyerlahkan gelombang kebangkitan rakyat, PR kembali memperolehi momentum untuk memacu perjuangan sehingga pilihanraya setelah agak lama defensif. Tiba-tiba PR dari pucuk pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong bawahan kembali bersemangat. Komitment untuk hadir ke program anjuran parti meningkat dengan mendadak di seluruh negara.

2. Berjaya mengkucar-kacirkan dalaman BN. Bila ada kelompok di kalangan mereka yang bersetuju akan demonstrasi (Perkasa dan Patriot) dan ada yang menentang, ada yang setuju Najib tawarkan stadium dan ada pulak yang tidak; maka nampaklah kecelaruan mereka. Dalam media maya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah mangsa serangan yang teruk oleh laman maya arus perdana UMNO.

3. Memberitahu bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi akan ugutan oleh pihak berkuasa kerana mereka sudah celik hak asasi dan tahu undang-undang. Serbuan polis, sekatan jalanraya, pekeliling ketua jabatan tidak dapat menghalang beratus ribu rakyat Malaysia keluar ke jalanraya menuntut demokrasi yang adil. Ramai kakitangan kerajaan serta pelajar IPTA terbabit sebagai peserta demonstrasi, tiada lagi rasa takut.

4. Media-media arus perdana yang dikuasai BN tidak lagi berkuasa melakukan perang saraf, manipulasi dan propaganda untuk menipu rakyat. Keupayaan mereka hanyalah untuk menipu penyokong tegar sendiri.

5. Media-media maya tiba-tiba dikuasai oleh penyokong PR. Serangan bertubi-tubi terhadap BN melalui laman social meningkat secara mendadak.

6. Menyerlahkan kebangkitan golongan muda dalam menentang kerajaan tua BN. Situasi ini amat membimbangkan BN kerana tidak kurang dari 80 peratus peserta himpunan Bersih adalah anak-anak muda. Video perhimpunan dan perarakan Bersih yang boleh diakses dengan mudah di medan maya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan muda yang menguasai.

7. Berjaya meruntuhkan reputasi kerajaan BN di mata dunia. Pejuang hak asasi manusia menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang yang tidak layak menerima hamparan permaidani merah di pentas dunia. Apa untungnya jika kerajaan BN ditekan pihak antarabangsa? Untungnya ialah mereka berjaya dilemahkan, justeru tidak berupaya pula menekan pihak pembangkang dengan kekuatan yang maksimum.

8. Pengiktirafan oleh Yang Di-Pertuan Agong terhadap Bersih adalah catatan kejayaan Bersih yang sangat besar. Ia mengesahkan bahawa Bersih bukan pertubuhan haram, perusuh atau pengacau. Khabarnya selepas Bersih terdapat sebuah NGO rasis cuba mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong tetapi tidak berjaya.

9. Menyerlahkan ketakutan BN yang bukan kepalang. Mereka takut perhimpunan aman bertukar jadi revolusi yang menjatuh pemimpin kerajaan macam di Mesir dan Tunisia. Perbagai bentuk provokasi dan manipulasi dibuat untuk menggagalkan Bersih termasuk mengadakan cerita komunis, senjata dan bom petrol.

10. Kejayaan penggembelingan tenaga pelbagai kaum dalam PR. Kalau Bersih kali pertama, hampir keseluruhan peserta adalah berbangsa Melayu tetapi kini pelbagai bangsa turun memberi sokongan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin