;


Monday, June 28, 2010

Jemaah Islamiah Adalah Perancangan Jahat UMNO/APCO

0 comments
Oleh sebab UMNO/BN tak pernah bertimbang-rasa dalam melakukan semua perkara yang melibatkan rakyat dan juga Pakatan Rakyat, maka aku sebagai rakyat pun terpaksa mengikut "arus perdana" iaitu apa-apa yang datang dari UMNO/BN atau "kuncu-kuncu"nya akan ditafsir tanpa timbang-rasa. apa sahaja yang datang dari UMNO/BN atau "kuncu-kuncu"nya, pasti tersembunyi "agenda jahat".

Ini jugak berlaku dalam mentafsir kenyataan terlewat KDN tentang wujudnya apa yang dipanggil "Gerakan Terorisme" di pusat-pusat pengajian tinggi dan ianya dikatakan mempunyai rangkaian dengan Jemaah Islamiah (JI) dan juga ajaran Wahabi, salah 1 ajaran yang rapat dikatakan banyak dipelopori oleh kegiatan Pengganas.

Bukti..? "belum ada bukti"... tapi kita "yakin" ianya wujud. kenyataan "cerdik" - tak nampak taik, tapi yakin ada taik. dari dulu, kini dan selamanya, tahap mentaliti Pemimpin Negara Malaysia pun tahap "taik" je bagi aku. sebab tu makin hari, negara makin hancur.

Mana ada negara lain yang ditadbir oleh taik..? sebusuk-busuk jamban pun pentadbirannya bukan taik.

"Dakwaan" - Serampang 2 Mata, Ada Udang sebalik Batu

Dakwaan yang KDN keluarkan bagi aku bersifat "serampang 2 mata". ada "plan 1" dan ada "plan 2" dan "plan 3"... kemungkinan besar ada "Master Grand Plan" sekiranya ke 3-3 plan tersebut gagal dilaksanakan, apa "Master Grand Plan"nya tak sampai ke pemikiran aku lagi.

Plan 1 ialah cubaan mewujudkan keadaan tidak stabil sesama agama di Malaysia. sebab itu kenyataan pertama yang keluar ialah "adanya gerakan bawah tanah" yang sedang merancang serangan keatas 2 Pusat Aktiviti Agama iaitu kuil Dewi Kuan Yin (Budha) di Air Itam serta berhala Dewa Murugan (Hindu) di Batu Caves.

Memacakkan berita didada akhbar akan adanya rancangan dari pihak pengganas untuk menyerang 2 Pusat aktiviti agama ke-2 teramai di Malaysia pasti akan menimbulkan "persepsi" yang kurang baik sesama penganut agama "sekiranya" para penganut 3 agama utama negara ini "kurang bijak".

Kalau tak kena gaya, Hindu pandang Islam semacam, Budha pun pandang Islam semacam. tiba-tiba Islam yang selama ni kita tahu ialah agama yang dijunjung dan juga agama rasmi di Malaysia, jadi 1 agama jahat, agama pengganas, agama ekstrimis.

Kenyataan yang dibuat oleh KDN langsung tak de beza dengan kenyataan-kenyataan ejen-ejen Zionis sebelum ini iaitu - Islam agama Pengganas. mengambing-hitamkan agama sendiri demi survival politik adalah 1 perbuatan paling "Iblis" dalam dunia ini. tergamak seorang penganut agama Islam, menggunakan agama demi survival parti politiknya iaitu UMNO/BN.

Hishamuddin Tun Hussein Onn kena jawab "keiblisannya" terhadap agamanya sendiri di akhirat esok dan kita di Malaysia patut bersyukur kepada Allah atas kurnianya yang Esa memberikan kita penganut-penganut agama masing-masing baik Budha, Hindu dan lain-laian yang bijak, tidak seperti penganut *kepercayaan "UMNO".

p/s - *Kepercayaan "UMNO" ialah 1 kepercayaan khurafat yang telah subur di Malaysia sejak peristiwa 13hb. Mei, 1969 dimana penganut-penganut kepercayaan ini percaya dan "taksub" bahawa dalam apa-apa pun hal baik dunia mahupun akhirat - hanya UMNO sahaja yang mampu dan penganut kepercayaan khurafat "UMNO" ini juga ditagih supaya "bersyukur" kepada UMNO atas kehidupan, kesenangan dan semua yang baik di Negara Malaysia.

Plan 2 ialah timbulkan kekacauan di 2 Negeri utama yang menjadi "Lubuk Duit" atau "Pusat Ekonomi" Semenanjung Malaysia.

Kenapa "pengganas" pilih Selangor dan juga Pulau Pinang..? untuk pusat aktiviti agama Hindu mungkin kita boleh paham "pengganas" akan bertumpu di Batu Cave dan "kemunasabahan" tu ada la sikit (nak capai tahap "munasabah" kena pakai kepala hotak UMNO... lagi bagus kalau pakai "kepala lutut").

Yang herannya, kenapa "pengganas" tak pilih untuk serang Patung Sleeping Budha tak pun Patung Budha Bersila tak pun Patung Budha Berdiri dekat Kelantan yang lebih jadi tumpuan penganut agama Budha..? kalau pakai "kepala otak jumud" ataupun "kepala lutut UMNO", tempat-tempat tu memang nak dihapuskan sebab kata UMNO, ianya "mencemarkan" Serambi Mekah.

Jawapan paling mudah ialah - *"pengganas" tak pernah rancang untuk serang mana-mana pusat aktiviti agama tersebut. yang *"pengganas" rancang ialah "merampas kuasa" macam yang pernah berlaku di Perak. rampasan kuasa boleh dilakukan melalui pengisytiharan "Darurat", nak isytihar "Darurat" tak susah, timbulkan isu sensitif contohnya "pengganas nak serang Tok Kong"...

Sekali lagi kita di Malaysia patut bersyukur kepada Allah atas kurnianya yang Esa memberikan kita penganut-penganut agama masing-masing baik Budha, Hindu dan lain-laian yang bijak, tidak seperti penganut *kepercayaan "UMNO".

p/s - *Kepercayaan "UMNO" ialah 1 kepercayaan khurafat yang telah subur di Malaysia sejak peristiwa 13hb. Mei, 1969 dimana penganut-penganut kepercayaan ini percaya dan "taksub" bahawa dalam apa-apa pun hal baik dunia mahupun akhirat - hanya UMNO sahaja yang mampu dan penganut kepercayaan khurafat "UMNO" ini juga ditagih supaya "bersyukur" kepada UMNO atas kehidupan, kesenangan dan semua yang baik di Negara Malaysia.

Selangor dan jugak Pulau Pinang ialah "pusat ekonomi". "Pengganas Pusat" dah nak mampos esok lusa sebab duit dah nak habis kena bedal dekat anak-anak iblis. talian hayat *"pengganas" ialah sumber kewangan dari 2 negeri tersebut. nak harap sumber kewangan dekat Sabah dengan Sarawak memang tak boleh sebab kepala iblis Sabah dan Sarawak tak nak kongsi dengan *"pengganas" dari Semenanjung.

Silap hari bulan kalau *"pengganas" mintak lebih-lebih, kepala iblis Sabah dan Sarawak akan isytihar keluar dari BN. jawab dia makan taik je la *"pengganas" Semenanjung.

p/s - *"Pengganas" merujuk kepada KERAjaan Pusat UMNO/BN.

Ke 2-2 plan dekat atas nampak gaya tak jalan (setakat hari ni) jadi Plan ke-3 ialah kaitkan Ulama-Ulama Parti Pembangkang dan juga yang tidak sealiran dengan KERAjaan Pusat dengan aktiviti-aktiviti "pengganas".

Antara nama-nama Pimpinan Parti Pembangkang yang disebut-sebut mempunyai pertalian hubungan dengan Jemaah Islamiah (JI) ialah Presiden PAS - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

UMNO/BN sedia maklum bahawa pengaruh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang cukup besar di Terengganu khususnya di Marang. ingat apa yang berlaku di Memali bila Tuan Guru Ibrahim Libya diberitakan akan ditahan atas alasan terlibat dengan kegiatan "pengganas"..?

Yang ni aku tak nak ulas panjang-panjang, cukup kalau aku cakap - tak mustahil kalau khabar angin bertiup "kununnya" Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan ditahan, semua penyokong Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PASTI akan berkampung di Marang sepertimana penyokong Tuan Guru Ibrahim Libya lakukan dahulu.

Hasilnya, TAK MUSTAHIL tragedi Memali akan berlaku di Marang dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh UMNO/BN. "operasi lalang II" akan menyusul dan semua Pimpinan Pakatan Rakyat akan menikmati "hari-hari indah" menjadi "tahanan ISA".

Semua perancangan diatas dari Plan 1 hingga yang ke-3 dibuat semata-mata untuk "survival" politik UMNO/BN di Malaysia. keadaan politik di Malaysia sekarang amat-amat tidak menyebelahi UMNO/BN. tarikh untuk mengadakan PRU-13 semakin hampir tetapi apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini amat-amat merugikan UMNO/BN.

Paling akhir ialah penderhakaan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN melalui Syarikat Proksinya Red Carpet Worlwide (bila sebut "Worldwide" terus teringat dekat APCO Worldwide...) terhadap YMM Pemangku Raja Kelantan Tengku Mahkota.

Perancangan Jahat Pasti Ada Kelemahan

Rancangan jahat KERAjaan Pusat tersebut pasti ada kecacatannya walaupun khidmat nasihat atau pihak "consultant" datang dari syarikat bertaraf "dunia/worlwide" seperti APCO. kecacatan paling nyata dalam rancangan jahat mengaitkan Ulama-Ulama Pembangkang dan yang tidak sealiran dengan KERAjaan Pusat ialah apabila mereka mengeluarkan kenyataan bahawa "pengganas" sedang merancang untuk menyerang 2 pusat aktiviti agama Budha dan juga Hindu.

Mungkin ramai yang tak perasan kecacatan dalam rancangan ni. aku tak nak jawab tapi aku nak bagi 3 soalan yang jawapannya jelas menunjukkan kecacatan dalam perancangan jahat KERAjaan Pusat.
  1. Kenapa Jemaah Islamiah (JI) merancang untuk menyerang pusat aktiviti agama Budha dan Hindu..?
  2. Sejak bila Jemaah Islamiah (JI) menjadikan agama Budha dan Hindu sebagai sasaran serangan mereka..?
  3. Kenapa dalam "rancangan serangan" Jemaah Islamiah (JI), tiada rumah Ibadat Kristian tersenarai sedangkan 1 dunia tahu sebelum ini Jemaah Islamiah hanya menyerang kawasan tumpuan penganut agama Kristian..?
p/s - ni "rancangan" Jemaah Islamiah (JI) atau UMNO/BN..?

Hishamuddin pulak bagi amaran kepada G40

0 comments
Kalau sebelum ni Najib sebagai presiden Umno bagi amaran awal kat kumpulan G40 tu, semalam Hishamuddin sebagai Naib Presiden Umno pulak bagi amaran.

Amarannya masih sama bunyi macam amaran presiden yang takmau Umno jadi parti ekstrim agama. Ahli G40 tu jugak kena berpegang kepada dasar parti Umno. Tak pulak dinyatakan dasar yang mana satu tapi tentulah termasuk dasar utama Umno iaitu untuk bangsa. Maksudnya Ulama G40 tu kena pegang dasar assobiah.

Bukan takat tu saja, Hishamuddin jugak bagitau yang walaupun ahli G40 tu berstatus ulama' tapi dalam Umno taraf depa sama saja dengan ahli-ahli lain. Selagi mereka berpegang kepada dasar parti, mereka boleh berjuang bersama.

gambar hiasan
Ataupun dengan kata lain, kalau depa tak boleh pegang kepada dasar parti walaupun dasar tu bercanggah dengan hukum, taraf depa walaupun sebagai ulama' tapi akan jadi lebih rendah dari Umno lain yang mungkin hobinya main judi, main betina atau munim arak.

Nak buat macamana, itulah harga kalau terhegeh-hegeh sangat nak bersama dengan Umno. Bukan setakat Najib dan Hishamuddin tak heran dengan depa, tapi orang macam Jamil Khair pun tak sambut depa.

Bharian melaporkan:
UMNO tidak akan meletakkan ulama berkelulusan tinggi yang menyertainya baru-baru ini pada suatu kedudukan yang istimewa, sebaliknya mereka diharap dapat berdiri sebaris dengan anggota lain memperjuangkan dasar parti.

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kedudukan mereka sama sahaja seperti ahli lain kerana perjuangan parti lebih mementingkan pegangan nilai.

"Tidak kiralah mereka yang menyertai itu ulama, guru atau pelajar, selagi mereka berpegang kepada dasar parti, mereka boleh berjuang bersama.

"Kita tidak mahu dilihat sebagai parti ekstrem dan kita akan perjuangkan Islam yang boleh diterima semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini, hari ini. - Bharian

   Cenangau Daunkari
 

Raja Pusing..UMNO penipu dulu, kini dan selamanya....

0 comments
Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.
Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami  berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.
posted by : Ismail Hashim 
Sumber: harakahdaily.net 
 

Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan Sukeri meninggal dunia

0 comments


Dukacita dimaklumkan, Ustaz Hassan Shukeri telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1:45 petang tadi.
_
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang. Sepanjang hayatnya beliau memegang berbagai jawatan penting di dalam parti, termasuk Timbalan Presiden Pas. Buat masa ini beliau adalah ahli Majlis Syura Ulama.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.


Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok (Selasa) di Surau Taman Melewar.
Al-Fatihah

 

Wednesday, June 2, 2010

Kempen antarabangsa menyiapkan armada baru ke Gaza

0 comments
 June 2nd, 2010 by admin No comments »

Rabu, 02/06/2010 – Ketua Pusat Pengembalian Semula Palestin, Majid al-Zir al-Naqqab memaklumkan kempen antarabangsa bagi memecahkan kepungan terhadap semenanjung Gaza mula menyediakan armada kapal laut baru yang akan dihantar ke gaza dalam tempoh enam minggu dari sekarang, bagi menunjukkan solidariti antarabangsa yang besar terhadap semenanjung Gaza serta mencabar ugutan dan jenayah yang dilakukan regim Zionis.
Dalam kenyataan akhbarnya pada hari Isnin (31/5) ketika penyertaannya dalam demonstrasi besar yang mengumpulkan beberapa ribu rakyat Palestin dan minoriti Islam lain di Britain, di hadapan pejabat kerajaan British di London hari ini, beliau menjelaskan: “Para penunjuk perasaan ingin menunjukkan kepada dunia bahawa tindakan ganas yang dilakukan oleh regim Zionis di hadapan kamera televisyen antarabangsa terhadap para aktivis pro Palestin yang tidak bersenjata itu, tidak bernilai apa-apa jika dibandingkan dengan tindakan keji yang dilakukan mereka di belakang kamera terhadap rakyat Palestin yang terkepung sejak sekian lama.”
Beliau juga menambah bahawa kempen antarabangsa bagi memecahkan kepungan yang dikenakan terhadap Gaza sudah membuat persiapan bagi menggerakkan armada laut yang baru untuk dihantar ke semenanjung Gaza dalam tempoh enam minggu lagi. Segala gerakan dan aktiviti massa secara aman yang memberikan sokongan kepada rakyat Palestin akan sentiasa diteruskan. Kami sentiasa berhubung dengan kerajaan-kerajaan negara Eropah yang menunjukkan keprihatinan terhadap apa yang menimpa rakyat mereka yang turut memberikan sokongan kepada rakyat Palestin. Kami adalah sebahagian daripada persepakatan antarabangsa bagi membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin. Kami akan sentiasa mendedahkan kepada dunia jenayah yang dilakukan oleh Zionis.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

PR Gesa Najib Bentang Usul Kecam Israel Jumaat Ini

0 comments

Pakatan Rakyat mempersoal sikap tidak ambil berat Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang hanya akan membentangkan usul mengecam jenayah perang rejim Tel Aviv di Dewan Rakyat, Isnin depan.
Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa berkata respon kerajaan Umno yang dinasihati firma berkaitan Zionis ini jauh berbeza dari reaksi kerajaan Islam dan bukan Islam seluruh dunia yang giat memanggil sesi sidang tergempar membahaskan jenayah perang rejim Tel Aviv menyerang konvoi kemanusiaan kepada rakyat Gaza.
Pakatan Rakyat berpendapat tindak-tanduk Malaysia yang pernah dikenali sebagai jagoan negara Islam dan negara tidak bersekutu kini berubah sejak Perdana Menteri Najib Abdul Razak menerima nasihat Apco Worldwide.
Najib sewajarnya memanggil satu sidang khas Parlimen pada hari Jumaat atau selewat-lewatnya Ahad ini bagi membincangkan strategi menekan Israel supaya akur dan mengangkat kembali sekatan ekonomi keatas Gaza.
" Bagi kita isu ini memang sesuatu yang perlu disegerakan sebab itu lah kita membuat desakan sebab untuk menunggu sehingga ke hari Isnin kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin banyak perkembangan yang lain akan berlaku. Tindakan rejim Yahudi ini ia tidak mengenal batasan waktu" ujar beliau kepada Tv Selangor.

" Ye lah, mungkin perbezaan hari itu tidak jauh tetapi bagi kita ianya merupakan perkara yang amat penting. sebab kita lihat seluruh dunia sekarang ini telah bangkit, maknanya bukan sahaja duani Islam, negara bukan Islam malah negara Eropah malah ada yang sampai memanggil duta mereka di Israel balik negera masing-masing" tambahnya lagi.
Nasharuddin meminta Najib menjawab berapa ramai rakyat Malaysia yang perlu ditahan rejim Tel Aviv untuk kerajaan Umno-BN bertindak dengan lebih pantas dan lebih keras dari sekadar mengeluarkan kenyataan separa tegas semata.
" Tekanan daripada Malaysia sebagai negara yang disebut sebagai negara yang menjuarai keamanan, ia perlu memberikan tekanan-tekanan kepada pihak-pihak Yahudi, kepada OIC supaya tindakan yang lebih konkrit dapat dibuat khasnya dalam perkara yang mengangkat semula sekatan ke atas Gaza".
Posted by RAKYAT MARHAEN Rabu, 2010 Jun 02

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin