Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa berkata respon kerajaan Umno yang dinasihati firma berkaitan Zionis ini jauh berbeza dari reaksi kerajaan Islam dan bukan Islam seluruh dunia yang giat memanggil sesi sidang tergempar membahaskan jenayah perang rejim Tel Aviv menyerang konvoi kemanusiaan kepada rakyat Gaza.
Pakatan Rakyat berpendapat tindak-tanduk Malaysia yang pernah dikenali sebagai jagoan negara Islam dan negara tidak bersekutu kini berubah sejak Perdana Menteri Najib Abdul Razak menerima nasihat Apco Worldwide.
Najib sewajarnya memanggil satu sidang khas Parlimen pada hari Jumaat atau selewat-lewatnya Ahad ini bagi membincangkan strategi menekan Israel supaya akur dan mengangkat kembali sekatan ekonomi keatas Gaza.
" Bagi kita isu ini memang sesuatu yang perlu disegerakan sebab itu lah kita membuat desakan sebab untuk menunggu sehingga ke hari Isnin kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin banyak perkembangan yang lain akan berlaku. Tindakan rejim Yahudi ini ia tidak mengenal batasan waktu" ujar beliau kepada Tv Selangor.
" Ye lah, mungkin perbezaan hari itu tidak jauh tetapi bagi kita ianya merupakan perkara yang amat penting. sebab kita lihat seluruh dunia sekarang ini telah bangkit, maknanya bukan sahaja duani Islam, negara bukan Islam malah negara Eropah malah ada yang sampai memanggil duta mereka di Israel balik negera masing-masing" tambahnya lagi.
Nasharuddin meminta Najib menjawab berapa ramai rakyat Malaysia yang perlu ditahan rejim Tel Aviv untuk kerajaan Umno-BN bertindak dengan lebih pantas dan lebih keras dari sekadar mengeluarkan kenyataan separa tegas semata.
" Tekanan daripada Malaysia sebagai negara yang disebut sebagai negara yang menjuarai keamanan, ia perlu memberikan tekanan-tekanan kepada pihak-pihak Yahudi, kepada OIC supaya tindakan yang lebih konkrit dapat dibuat khasnya dalam perkara yang mengangkat semula sekatan ke atas Gaza".
Rabu, 2010 Jun 02
0 comments:
Post a Comment