;


Sunday, April 25, 2010

Ampang Pecah...oh! Ampang Pecah

0 comments
Macam selalu... pasti tarian gelek yang memualkan akan dipersembahkan tanpa menghiraukan adab, agama hatta pemimpin mereka sendiri.. Udahlah foto si 1 Malaysia (konon2nya)tu dibaringkan...lepas tu tanpa rasa bersalah dibontot dan digesel... hiskh.... mana la nak letak muka......xder maruah ke pemimpin depa?....



Lagak peraih BN yang konon2nya budak S.P.R yang telus katanya....kih!kih!kih!


Keputusan memihak kepada B-end...menang tanpa sokongan sebenar rakyat....

0 comments
PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725

Syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja

Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)
Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos+pengundi hantu+penipuan+boneka.

Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam Selangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.

Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.

BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.

K
eputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

Majoriti yang dicapai tidak berbaloi dengan puluhan juta yang dihamburkan kepada rakyat bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, belum dikira dengan janji-janji BN yang ditaburkan ketika berkempan. Media arus perdana setiap minit menyebelahi BN, tidak ada sedikit berita yang positif mengenai PR.



Kempen-kempen mereka berjaya meracuni pemikiran orang kampung terutamanya di kawasan felda dan perkampungan tradisonal yang tidak mendapat maklumat dari sumber yang sebenar. Berbeza dengan pengundi dalam bandar dan juga pengundi Cina yang lebih terbuka sikap mereka. Media berbahasa Cina lebih terbuka dan banyak melaporkan cerita yang sebenar mengenai PR.

Tidak ada yang terperanjat sebenarnya dengan keputusan ini kerana propaganda dan fitnah jahat yang dimainkan oleh UMNO BN dengan menyerang peribadi calon. Banyak bahan-bahan terbitan yang diterbitkan oleh UMNO mengandungi fitnah jahat yang paling tidak bermoral dan beretika.

Tidak kurang juga ada yang diugut dengan berbagai ugutan, dan ada yang dirasuah dengan benda untuk memancing undi.

Kesimpulan ringkas UMNO BN tidak boleh mendabik dada dengan kemenangan majoriti yang terkeluar dari KPI mereka. Muhyididn meletakan harapan yang tinggi untuk menang dengan majoriti lebih besar berdasarkan pencapaian baik adun-adun BN dalam memenangi peti undi di peringkat DUN masing-masing pada PRU 2008. Ternyata ketiga-tiga Adun BN tidak membantu menambahkan majoriti yang selesa.

Walau bagaimanapun post mortem mesti dibuat bagi memuhasabah faktor-faktor kekalahan dalam tempoh terdekat. Saya mencadangkan jawatankuasa post mortem mesti dibentuk atas nama Pakatan Rakyat. Biarlah PAS dan DAP yang ramai menganggotai Jawatankuasa post mortem PRK Hulu Selangor, seorang dua PKR boleh juga dilantik tetapi biarlah yang agak berkecuali. Post mortem mestilah telus, ia mesti sampai ke akar umbi. Semua faktor hendaklah dilihat, bermula dengan faktor Jentera Pilihanraya, faktor calon, faktor kewangan, faktor media dan sebagainya.

Berdasarkan post mortem ini, jadikanlah ia sebagai panduan dalam merangka strategi bagi menawan semula Hulu Selangor pada PRU akan datang, ia juga boleh menjadi panduan untuk keseluruhan negeri Selangor. Komposisi kaum di Hulu Selangor adalah gambaran komposisi kaum di seluruh negeri Selangor.

Kepada para petugas PR terutamanya petugas PAS, jangan sedikitpun rasa kecewa dan sedih di atas kekalahan ini. Jadikan ia sebagai satu tekad untuk kemenangan akan datang. Kemenangan UMNO BN kali ini bukan bermakna ia akan menang selama-lamanya. Saya percaya dengan kemenangan ini, mereka akan bertambah angkuh, bongkak, takabbur dan sombong, mereka akan memandang rendah keupayaan dan kekuatan kita. Kita juga percaya kemenangan yang mereka capai akhirnya akan membawa kekalahan dan kehancuran yang lebih besar suatu ketika ini.

Para pimpinan PR hendaklah sentiasa memuhasabah dengan kekalahan ini. Tudinglah jari ke arah diri masing-masing sebelum kita menuding ke arah orang lain. Mengakui kesilapan dan kelemahan sebenarnya adalah lebih baik dari menyalahkan pihak lain, ia tidak menjadikan kita hilang kredibiliti dengan mengakui kesilapan dalam percaturan ini. Malahan ia akan menjadikan titik tolak bagi kita memperbaiki segala kelemahan dan membina kekuatan baru.

Para petugas pilihanraya sudah tentu akan balek ke negeri dan kampung masing-masing.
Namun rakyat dan pengundi di Hulu Selangor tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. PRK merupakan permulaan yang baik bagi gerak kerja untuk pilihanraya akan datang. Menjadi tugas dan tanggungjawab jentera parti di peringkat DUN masing-masing terus mengisi dengan program-program yang berterusan. Kerajaan PR Selangor tidak boleh berlengah dalam melaksanakan agenda pembangunan, buktikan sekalipun Hulu Selangor PR tidak mempunyai Adun dan Ahli Parlimen, pembangunan material dan program kebajikan untuk rakyat tetap diutamakan.

Tuesday, April 20, 2010

EPISOD KELUAR PARTI: ‘RENCAH & RAMUAN’ TAMBAHAN SETIAP KALI PILIHANRAYA!

0 comments

Episod pemimpin-pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat @ KEADILAN keluar parti dan seterusnya mengisytiharkan diri menyertai kembali UMNO atau komponen parti lain didalam Barisan Nasional (BN) serta juga menjadi ‘Bebas’ kononnya terus berulang sejak seminggu dua ini lebih-lebih lagi ketika kempen pilihanraya kecil (PRK) P094, Hulu Selangor semakin hangat dan rancak berjalan sehingga kini.

Sejak minggu lalu lagi apabila ADUN Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu memulakan episod ini dengan mengumumkan dirinya keluar parti dan seterusnya menjadi seorang ADUN Bebas hanya beberapa hari sebelum penamaan calon telah menjadikan jumlah wakil rakyat dari KEADILAN yang ‘berambus’ setakat ini sembilan orang kesemuanya!

Langkah ‘jijik’ lagi ‘kotor’ ini turut diikuti oleh kira-kira 200 ahli parti
(sebagaimana yang didakwa oleh UMNO Pulau Pinang) apabila turut bertindak keluar parti kerana kekecewaan mereka kononnya terhadap pucuk pimpinan KEADILAN di Pulau Pinang.

Kelmarin, tindakan keluar parti ini turut melarat kepada dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Shah Alam iaitu Pemangku Ketua dan Pemangku Timbalan Ketua AMK Shah Alam sendiri iaitu Nor’isham Manap dan Muhammad Ali Mukhtar yang turut berbuat demikian.

Semalam, Dr Halili Rahmat yang juga diantara mereka yang terlibat secara langsung di peringkat awal Parti Keadilan Nasional (keADILan) turut mengumumkan dirinya keluar parti dan seterusnya bertindak memasuki kembali UMNO serta merta.

Pengumuman yang dibuat itu cukup mengejutkan ramai pendokong KEADILAN (khususnya orang-orang lama didalam KEADILAN sejak 1999 lagi), apatah lagi beliau yang juga mantan Bendahari KEADILAN Cabang Hulu Selangor juga pernah dua kali menjadi calon KEADILAN ketika pilihanraya umum 1999 dan 2004 di Parlimen Hulu Selangor dan juga DUN Batang Kali.

Dengan ‘mengemukakan’ berbagai alasan kenapa beliau keluar KEADILAN diantara lainnya ialah apabila mendakwa KEADILAN kini bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan tetapi kini lebih condong menjadi parti yang mementingkan kuasa daripada membawa kesejahteraan kepada rakyat walaupun telah diberi mandat untuk mentadbir beberapa negeri.

Untuk mereka semua yang keluar parti, katakanlah apa sahaja alasan walaupun beribu banyaknya, semua tindakan keluar parti ini dilihatkan lebih menjuruskan kepada kepentingan diri sendiri di samping untuk mengambil kesempatan yang ada apatah lagi disaat parti kini sedang berjuang didalam pilihanraya kecil ini!

Dengan mengambil kesempatan (peluang mengisytihar keluar parti) yang ada ini sudah pasti akan memberi dan melonjakkan kembali nama mereka didalam arena politik yang sebelum ini sudah mula dilihat suam-suam kuku pembabitannya.

Sebenarnya episod keluar parti ini adalah asam garam didalam politik. Ianya juga di umpamakan sebagai ‘rencah’ serta ‘ramuan’ tambahan yang pasti akan berlaku di setiap kali pilihanraya diadakan tidak kiralah ketika di pilihanraya kecil atau pun pilihanraya umum.

Pakatan Rakyat (PR) sememangnya sudah menjangkakan akan setiap kemungkinan yang akan berlaku khususnya ketika kempen pilihanraya sedang berlangsung. Kerja-kerja kempen harus diteruskan juga walaupun sedikit kesan daripada yang berlaku semalam.

UMNO dan Barisan Nasional pula sudah pasti melihatkan ‘drama’ keluar parti ini sebagai suatu kemenangan moral walaupun yang pasti diketahui oleh mereka episod sebegini sebenarnya tidaklah mampu membawa kemenangan mutlak calon mereka didalam pilihanraya kecil seperti di Hulu Selangor ini!

Sumber: http://ingeniur.blogspot.com/

Fikir-fikirkanlah....

0 comments

Buat Salah dan bertaubat.. InsyaAllah!

Buat Salah dan bertaubat.. InsyaAllah!

Buat Salah dan Tak Nak Bertaubat! Na'uzubillah!

Buat Salah dan Tak Nak Bertaubat! Na\

Fikir-fikirkanlah....

0 comments

Zaid Ibrahim dah bertaubat. UMNO masih belum bertaubat dari bersekongkol dengan Yahudi dan musuh Islam. UMNO masih bersengkongkol dengan Yahudi laknatullah. Yang terakhir, UMNO telah memberhentikan penjualan gasoline kepada Iran hanya kerana mahu mengambil hati Yahudi laknatullah.

Kenapa? Kerana Israel takut program nuclear Iran yang bakal membahayakan negara Israel itu sendiri. Maka, Malaysia terikut sekali mengenakan tindakan boikot terhadap Iran. Padahal, program nuclear Iran boleh menaikkan taraf umat Islam di mata dunia.

Tapi, Najis dan UMNO lebih suka mendapat keredhaan Yahudi dan Nasrani dari mendapat keredhaan Allah. Parti Yahudi UMNO inilah pilihan katak-katak seperti Zul Nordin, Halili Rahmat dsbnya. Mereka melompat dari PKR supaya dapat memperjuangkan kedaulatan Israel.

Bagaimana dengan gambar berikut :

Pak Lah sewaktu muda-muda dulu suka main botol kicap
Yang pakai scarf tu Tengku Ariff Bendahara Pahang dan
yang berpakaian ala pirate itu ialah Nizam Razak




Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Apa kata pencacai Cyberuk UMNO..? nak aku siarkan yang lain-lain lagi..? aku dah cakap... "Kami ada maklumat lengkap dan menyeluruh"... kalau dari tahun 1966 kami boleh dapat, apa lagi yang bulan lepas..?

Super Impose tak main beb..!

P094 - Petugas luar biasa B-end

0 comments

KAEDAH YAHUDI MEMBUATKAN SYAITAN DAN IBLIS TERKEJUT DIGUNAKAN B-END

0 comments
APABILA fitnah berkenaan arak yang mengaitkan foto Dato' Zaid kantoi, mereka beralih pula kepada fitnah kedua iaitu judi. Selepas ini kita tidak tahu apa pula. Walaupun Dato' Zaid secara jujur memaklumkan bahawa beliau melakukan kesilapan dan dosa sewaktu bersekongkol dengan Umno dan telah pun insaf setelah berada di luar Umno, puak-puak ini terus mengada-ngadakan cerita tentang keburukan Dato' Zaid terdahulu. Jika dilihat cara puak-puak sekutu APCO Yahudi laknatullah ini, seolah-olah pihak mereka paling anti kepada arak dan judi.

Kilang arak terbesar di Shah Alam didirikan atas kelulusan siapa? Shah Alam memang di bawah kerajaan PR di Selangor tetapi kuasa mengeluarkan lesen itu hak siapa? Pusat judi di Genting, Pahang itu pula atas kelulusan siapa? Dan, siapa yang tahu dan kenal pemimpin yang mempunyai saham atau memiliki kilang arak di luar negara? Kita lupakan persoalan ini kerana semua sudah tahu jawapannya termasuk para-para Mufti yang mulia di negara ini.
FIKIR-FIKIRLAH......

Berbalik kepada isu Dato' Zaid. Kita ingin bertanya kepada para-para Mufti yang mulia dan bijaksana terutamanya kepada Dato' Harussani yang dilihat lebih arif serta sensitif dengan isu agama sebelum ini. Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan telah bertaubat, harus atau haram sekiranya kita menghebahkan atau menceritakan kesalahan-kesalahan lampaunya? Apatah lagi dengan mengada-adakan gambar yang dicipta untuk mengaibkannya? Tentu ada hukumnya yang para Mufti lebih arif. Jika ada, mengapa para Mufti diam seribu bahasa? Bukankah sebelum ini bukan main lancar mulut berbicara?

Fitnah akan menjadi lebih merebak sekiranya mereka yang alim atau para Ulamak menjadi `Syaitan Bisu'. Puak-puak ini adalah di dalam golongan jahil apatah lagi berada di dalam kelompok sekutu Yahudi laknatullah, maka kewajipan para alim ulamak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta teguran terhadap mereka. Makhluk yang tidak suka atau benci kepada manusia yang bertaubat kepada Allah hanyalah Syaitan. Percayalah, selepas ini puak-puak itu akan terus menjaja cerita buruk kisah silam seorang manusia yang ingin menuju ke arah kebenaran. Seandainya Sayyidina Omar masih hidup dan menentang puak-puak sekutu Yahudi ini, nescaya puak-puak itu akan menyiarkan gambar atau cerita Sayyidina Omar meminum arak sewaktu zaman jahilliyyahnya.

Inilah yang berlaku di depan mata kita. Pelik bin ajaib, tukang bina kilang arak dan judi menjaja dan menghina orang yang pernah meminum arak dan judi ciptaannya semata-mata orang itu telah insaf. Syaitan dan Iblis pasti terkejut dengan perilaku puak-puak ini kerana Syaitan dan Iblis tidak sehebat mereka. Semoga Allah laknat ke atas mereka yang menghalang seseorang Hamba Allah yang ingin mendekati Tuhannya. Mereka ini sanggup menyanjung seorang yang tidak beriman dengan Allah daripada menyanjung seseorang yang ingin menghampiri Allah.

Tidak mendukacitakan sekiranya Dato' Zaid tewas di tangan pengaruh puak-puak seperti ini kerana Dato' Zaid dianggap pemenang di sisi Allah kerana keberaniannya mengakui kesilapan serta bertaubat kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik dan hidayah kepada Dato' Zaid dan kita semua. Biarkan mereka mempraktikkan apa jua cara dan kaedah yang mereka pelajari dari Yahudi laknatullah itu.
FIKIR-FIKIRLAH......

Fitnah, Modal Utama B'end di Hulu Selangor

0 comments
Pelbagai fitnah dilemparkan terhadap calon PR iaitu Dato Zahid Ibrahim khususnya berkenaan isu arak. Mereka menyangka mereka sudah cukup hebat..tp kehebatan mereka hanya boleh menipu org Kg Dusun...

Anda boleh menilai sendiri gambar asal & yang telah diubahsuai

Dalam akhbar Cina: Gambar dan cara yang sama. FIKIRLAH SENDIRI pembohongan BN


BN & UMNO JAWAP PULAK GAMBAR INI

PM 1Malaysia tengah buat apa tu!!!

Ni gambar siapa yaa...

Suka betul mamat ni..

Ni Ulama' Islam Hadhari ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin