Kilang arak terbesar di Shah Alam didirikan atas kelulusan siapa? Shah Alam memang di bawah kerajaan PR di Selangor tetapi kuasa mengeluarkan lesen itu hak siapa? Pusat judi di Genting, Pahang itu pula atas kelulusan siapa? Dan, siapa yang tahu dan kenal pemimpin yang mempunyai saham atau memiliki kilang arak di luar negara? Kita lupakan persoalan ini kerana semua sudah tahu jawapannya termasuk para-para Mufti yang mulia di negara ini.
FIKIR-FIKIRLAH......
Berbalik kepada isu Dato' Zaid. Kita ingin bertanya kepada para-para Mufti yang mulia dan bijaksana terutamanya kepada Dato' Harussani yang dilihat lebih arif serta sensitif dengan isu agama sebelum ini. Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan telah bertaubat, harus atau haram sekiranya kita menghebahkan atau menceritakan kesalahan-kesalahan lampaunya? Apatah lagi dengan mengada-adakan gambar yang dicipta untuk mengaibkannya? Tentu ada hukumnya yang para Mufti lebih arif. Jika ada, mengapa para Mufti diam seribu bahasa? Bukankah sebelum ini bukan main lancar mulut berbicara?
Fitnah akan menjadi lebih merebak sekiranya mereka yang alim atau para Ulamak menjadi `Syaitan Bisu'. Puak-puak ini adalah di dalam golongan jahil apatah lagi berada di dalam kelompok sekutu Yahudi laknatullah, maka kewajipan para alim ulamak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta teguran terhadap mereka. Makhluk yang tidak suka atau benci kepada manusia yang bertaubat kepada Allah hanyalah Syaitan. Percayalah, selepas ini puak-puak itu akan terus menjaja cerita buruk kisah silam seorang manusia yang ingin menuju ke arah kebenaran. Seandainya Sayyidina Omar masih hidup dan menentang puak-puak sekutu Yahudi ini, nescaya puak-puak itu akan menyiarkan gambar atau cerita Sayyidina Omar meminum arak sewaktu zaman jahilliyyahnya.
Tidak mendukacitakan sekiranya Dato' Zaid tewas di tangan pengaruh puak-puak seperti ini kerana Dato' Zaid dianggap pemenang di sisi Allah kerana keberaniannya mengakui kesilapan serta bertaubat kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik dan hidayah kepada Dato' Zaid dan kita semua. Biarkan mereka mempraktikkan apa jua cara dan kaedah yang mereka pelajari dari Yahudi laknatullah itu.
FIKIR-FIKIRLAH......
0 comments:
Post a Comment