;

Tuesday, June 30, 2009

Surat belum dihantar, PM dah tolak... Apa citer?

0 comments
Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut.

Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini.

Bagaimanapun Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu yang sesuai untuk diadakan debat, sebaliknya ia terbuka dan boleh diadakan bila-bila masa sahaja.

Menurutnya debat yang dicadangkan bukan berniat untuk tujuan politik, sebaliknya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa Umno menolak Islam.

"Nak mengangkat diri (Umno) sebagai pejuang Islam macam mana perjuangan parti itu tak ikut Islam. Dan pada masa yang sama menentang PAS yang bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam," katanya di sini, petang semalam.

Menurutnya timbul idea debat kerana Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung kenyataannya sebelum ini yang menganggap Umno membawa ajaran sesat kerana memisahkan agama dan politik.

"Umno sepatutnya tak perlu buat report polis. Ada masalah sikit terus report kepada emak dan bapak. Itu tak betul.

"Kalau kita bertengkar sikit-sikit nak panggil emak, ayah, nampak sangat kita lemah. Bila betul biarlah kita berlawan secara berdepan, tak payah buat report polis, kita berdebat," ujarnya.

Ketika ditanya masalah perpaduan di kalangan Melayu yang kini dikatakan semakin retak, beliau berkata, Islam mengajar perpaduan melalui agama.

"Kalau ingin perpaduan atas dasar bangsa itu bukan cara Rasulullah saw, bahkan Rasulullah saw melawan bapa mentua dan bapa saudara sendiri kerana memperjuangkan Islam.

"Kalau kira nak bersatu gengstar pun nak bersatu, ah long pun nak bersatu, semuanya nak bersatu, tetapi atas dasar apa," katanya.

Ketika ditanya penolakan debat oleh dua bekas perdana menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau berkata, perbincangan telah berlangsung sejak sekian lama antaranya perbahasan di parlimen.

Malah katanya perbincangan, nasihat, ceramah dan usrah sudah lama dilakukan, dan sekarang ada baiknya debat pula digunakan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, PAS tidak pernah mengubah manifesto pilihan rayanya iaitu mendaulatkan Islam sejak dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata walaupun pihak lawan memperkenalkan pelbagai manifesto, namun PAS tetap dengan dasarnya, iaitu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan

Yahudi dan Nestle-Milo

0 comments

boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.
Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:
Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.
Saya terjemahkan di sini:
Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.
mcbc-business-excellence-awards-kuala-lumpur-2006-nestle-milo
Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia
Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?
Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.
fakta-milo-wikipedia
Fakta yang hilang?
Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:
O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.
Saya terjemahkan di sini:
O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.
shahrir-urges-restaurants-to-lower-price-of-milo
Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>
Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.
Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk
shahrir-minum-milo-depan-sullivan
Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>
Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.
R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.
Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.
Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?
boikot-nescafe-darah-palestin Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!
Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.
Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.
Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.
Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?
  • Walhal dah banyak produk bumiputra yang setanding contoh minuman coklat Mosha.
Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?
Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.
Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.
Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?
Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Sunday, June 28, 2009

BILER EZAM AL-SESUMPAHI MENGECAK! CAK! CAK! CAK!

0 comments
Buang masa je layan mamat sekor ini. Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata," beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. ""Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.
PETIKAN di atas adalah kata-kata Ezam raja sesumpah apabila diwawancara selepas beliau menyampaikan ceramahnya di PJ baru-baru ini. Diberitakan ceramah raja sesumpah sering disambut dengan ejekan oleh penyokong-penyokong PR yang turut hadir untuk mengikuti ceramah beliau. Seperti yang dijangka, setiap kali berlakunya pilihanraya, sudah pasti raja sesumpah akan muncul dan membuat kenyataan cuma kali ini beliau mungkin terlupa untuk bersumpah. Banyak sangat telan nyamuk agaknya.
Apabila kita melihat kenyataan beliau di atas, ternyata Ezam raja sesumpah hanya mahu menenggek di dalam Pas apabila Pas dilihat benar-benar telah kuat. Persoalannya mahukah Pas menerima orang seperti itu? Ini bermaksud, Ezam tidak mahu bersusah payah seperti pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain untuk berjuang bertahun-tahun untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap Pas sehingga berjaya mendominasikan sokongan rakyat untuk Pas memerintah negara ini. Beliau hanya berjanji akan sertai Pas apabila Pas telah dilihat dapat menjadi tunjang di dalam PR. Inilah mentaliti ahli politik yang haprak, lalang, talam 3 muka yang hanya mahu mencari makan dan tidak mahu berjuang. Sebab itulah kita tidak hairan mengapa Ezam raja Sesumpah sanggup keluar dari PKR dan memasuki Umno walaupun beliau pernah berjanji tidak akan sertai Umno. Memang layak pun masuk Umno pasal majoritiya sama macam dia.
Ezam raja sesumpah ini cuma ada kualiti sedikit sahaja dari Ibrahim Al-Kataki, itu pun kerana beliau pernah dididik oleh DS Anwar sebab itulah nampak lebih berakal sikit dari raja katak Pasir Mas. Namun, apabila menyertai parti yang pernah `diludah'nya dulu, ( eiiii!geli dan jijik nya biler ludah yang bercampur dengan segala macam kekotoran dan najis dijilat kembali ) Ezam raja sesumpah telah tertutup hati dan kini cakap-cakapnya tidak berkualiti lagi. Soal asas bangsa, ketuanan Melayu dan sebagainya yang sering dicanang oleh Ezam telah dimusnahkan sendiri oleh Najib dengan konsep `One Malaysia'nya. Dan, yang terbaru Najib sendiri berjanji akan menghapuskan sistem kuota kerana sistem ini sebenarnya banyak menipu, katanya. Ucapan Najib tersebut dibuat di dalam satu perhimpunan masyarakat Cina dan disiarkan di dalam berita TV hari ini. Apa pula komen Ezam lepas ini? Di mana NGO-NGO yang terlalu taksub dengan keMelayuannya itu selama ini? Di mana Perkasa, Pewaris, Pesaka dan entah apa-apa nama lagi tu? Mengapa membisu seribu bahasa?
Usaha Najib sudah terlewat kerana dasar mengamalkan keadilan untuk semua telah dipraktikkan oleh PR, sedangkan Umno baru sekadar berjanji dan berjanji. Di hadapan masyarakat Cina rentak pemimpin Umno lain, di depan masyarakat Melayu lain lah pula bunyinya. Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam parti yang dianggotai oleh Ezam raja sesumpah. Beliau telah kehabisan modal untuk memburukkan PKR, DAP dan kini beliau cuba pula untuk memburukkan Pas. Yang terbaik bagi raja sesumpah ini hanyalah Umno sahaja. Kita harap raja sesumpah sudi untuk hadir berceramah di Manek Urai nanti kerana di sanalah gelanggang terbaik buat Ezam merialisasikan niatnya untuk mengerjakan Pas. Tapi saya yakin, Ezam tidak akan berani menyentuh Pas seandainya beliau hadir di Manek Urai sekalipun kerana Ezam hanya mensasarkan DS Anwar sahaja walau di mana beliau berada. Tapi, Alhamdulillah, usaha raja sesumpah ini tidak pernah berjaya walau bersusah payah beliau membawa bukti, bersumpah bertegang urat lehernya, namun sokongan terhadap DS Anwar dan PR lagi bertambah kuat.
Tahniah kepada Ezam raja sesumpah yang akhirnya mendapat simpati dan dilantik menjadi Ketua Penerangan di PJ tempat lubuknya dahulu. Walaupun nasib beliau tidak sebaik Lokman Noor Adam yang juga bekas musuhnya di dalam KeAdilan dahulu tetapi memadailah sebagai sagu hati dari Umno untuknya. Mudah-mudahan dengan jawatan tersebut boleh juga Ezam raja sesumpah bertemu dan berganding bahu dengan Khir Toyo di Selangor dan bergurulah dengan Khir Toyo bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bersih dan telus. Saya teringat kata-kata Ezam dahulu, "tolong bagitahu saya, mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?" Mungkin Ezam setuju juga apa yang diperkatakannya dulu.??

Friday, June 26, 2009

Jenazah bapa Naib Presiden PAS selamat dikebumikan

0 comments
Bapa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob selamat dikebumikan jam 11.00 pagi tadi setelah menghembus nafas terakhirnya kira-kira pukul 12.15 malam tadi.

Allahyarham Haji Ayob Omar, 75 terlantar di hospital kira-kira tiga bulan yang lalu setelah mengalami kemalangan jalanraya.

Beliau meninggalkan seorang balu, Aminah Abdullah, 60, dan tiga orang anak serta 13 orang cucu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor pada pukul 11.00 pagi tadi.

Selsema Babi meningkat lagi

0 comments

"Nampaknya isu ini tidak berhenti begitu sahaja. Ianya berkembang setiap hari, jumlah pesakit bertambah. Rakyat harus melihat ini sebagai satu ancaman yang serius. Perlu sentiasa berjaga-jaga di mana sahaja sebab ianya merebak melalui udara."

Malaysiakini : Selsema Babi meningkat lagi – 105 kes

Wabak selesema babi ( yang sebelum ini Menteri Kesihatan mengarahkan penggunaan terma Infuenza A,H1N1 .Tak taulah untuk jaga apa , atau hati sapa?Dulu kalau kata selsema burung maka habislah jenis burung dibunuh bila ada yang pesakit berdekatan sekian jarak.Tapi kalau sebut Selsema babi takut habis babi di Paya Mengkuang di Melaka kut?Dan kini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan terma Influenza A, H1N1 kini ditukar kembali ke selsema babi. Sebelum ini semua media diarah menggunakan terma H1N1 sahaja ) terus merebak dengan jumlah setakat ini 105 kes apabila 14 lagi kes baru termasuk satu penularan tempatan disahkan hari ini.

Dua kelas SMK Abdul Rahim 2 di Kudat ditutup apabila seorang guru disahkan positif kes tersebut setelah pulang dari Istanbul, Turki.

Seorang murid berusia 9 tahun mendapat jangkitan tempatan, menjadikannya kes ke-15 sejak 17 Jun lalu.

Demikian diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.

Pengajaran Surah al Muddassir

0 comments
1. Wahai orang Yang berselimut!
2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Perbincangan pada malam ini adalah tentang surah al Muddassir yang merupakan surah yang menjadi watikah pelantikan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Selepas turunnya wahyu ini Nabi Muhammad wajib menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat sekeliling. Inilah sebenarnya asas Ajaran Islam iaitu menyampaikan ada dari dari tuhan kepada manusia.

Ayat pertama
Allah menyeru Nabi Muhammad sebagai orang yang berselimut. Ini Kerana baginda masih lagi takut dan gerun dengan apa yang telah berlaku dengan kejadian wahyu yang pertama yang Jibril telah datang kepada baginda dalam keadaan yang menakutkan.

Ayat kedua
Allah telah memerintahkan nabi Muhammad agar bangun dan beri peringatan kepada masyarakat tentang Islam. Allah adalah tuhan yang telah menciptakan segalanya dan yang wajib diperhambahan diri dan wajib di taati segala perintahnya dan ditinggalkan segala larangannya. Rasululullah juga diperintahkan untuk memberi peringatan tentang azab neraka di akhirat bagi sesiapa yang engkar dan menolak ajaran Islam.

Ayat ketiga
Allah telah memerintahkan agar manusia mengagungkan Allah dalam apa jua aspek kehidupan. Hanya Allah yang dipuji dan dipuja setiap masa. Kata-kata Allah adalah benar dan tepat, tidak boleh didolak dalik lagi. Manusia di kira engkar jiga lebih mengagungkan orang lain lebih dari Allah. Siapakah yang lebih hebat dari Allah sehingga ianya dipuja dan dipuji melebihi Allah Taala. Allah telah memberi kita kehidupan yang amat indah ini, anggota badan yang amat sempurna, emosi dan perasaan amat tinggi dan pelbagai lagi. Selayaknyalah Allah dipuji dan dipuja kerana tanpa Allah kita tak akan dapat merasa ini semua. Orang lain yang kita puji dan puja sebagai contoh orang yang berkuasa dan berpangkat, apakah jasa mereka kepada manusia? Inilah perintah Allah yang terpaksa nabi bawa mengagongkan tuhan dan mengenepikan ketuanan manusa. Inilah sebab utama Abu Jahal dan penguasa Mekah sangat melenting dengan Rasulullah.

Ayat keempat
Sebagai seorang Islam yang beriman yang akan membawa wadah Islam, wajib bagi mereka untuk memastikan kebersihan pakaian dan tempat tinggal kerana kebersihana adalah satu tanda maruah tinggi dan ciri ketamadunan manusia. Bagaimana kita hendak memimpin manusia sedangkan kehidupan dan penampilan masih kotor dan menjijikkan. Disinilah dalil utama Islam mementingkan kebersihan.

Ayat kelima
Apa saja unsur yang negatif yang tidak mengundang apa-apa keuntugan hendaklah dijauhi. Hindarilah perkara-perkara yang menjadi sebab kemurkaan Allah yang menyebabkan kita layak menerima azab di Akhirat nanti.
Ayat keenam
Sebagai Orang Islam hendaklah mengingati bahawa hendaklah ikhlas dalam kehidupan. Jangan membuat sesuatu perkara dan mengarapkan balasan dan layana yang lebih baik. Jangan meletakkan harapan kepada manusia. Setiap perkara yang baik, Allah yang akan membalasnya.

Ayat ketujuh
Hendaklah kita bersabar kerana tuhan. Bersabar melaksanakan perintah Allah. Bersabar menyebarkan dakwah Islam. Bersabar membimbing masyarakat untuk memahami Islam. Sudah menjadi hukum alam bahawa penyebaran Islam akan mendapat tentangan dan cabaran. Ia perlu dihadapi dengan sabar dan itulah kunci kejaayaan

Thursday, June 25, 2009

Amalan sunat dibulan Rejab

0 comments
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.aaw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH s.n.w, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH s.n.w

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430H/Isra Mi’raj (Isnin, 20hb Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH s.n.w

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 2009) maka ALLAH s.n.w akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah s.n.w

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH s.n.w akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH s.n.w akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi : ”Pada malam Mi’raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril a.s “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibril a.s “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : ”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w ke sebuah kubur, lalu Rasulullah s.a.w berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH s.n.w.

Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu baginda bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH s.n.w, lalu ALLAH s.n.w meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH s.n.w, kecuali ALLAH s.n.w mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda baginda lagi “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.” “Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka.”

Monday, June 22, 2009

Bagaimana Pula Nasib Ibrahim Ali Selepas Ini?

0 comments
1. Ibrahim Ali semakin lantang dan lancang mengkritik PAS dan pemimpinnya . Malah bertambah galak dan liar ia bertindak . Sungguh melulu tanpa lagi memperdulikan akhlak dan adab . Apalagi mengenangkan PAS adalah parti yang pernah memberi tempat dan peluang untuk ia kembali bernafas di pentas politik .

2. Ibrahim Ali secara terang - terangan membelasah pemimpin PAS tanpa sedikit pun simpati . Sebelumnya , sewaktu beliau aktif bersama UMNO dan BN begitulah aksi keras dan kasarnya terhadap PAS .

3. Kemudian Ibrahim Ali ditendang keluar dari UMNO dan BN , PAS menyambutnya walau sebahagian ahli sangat tidak bersetuju . Ibrahim Ali bukan sahaja diberi peluang tetapi dimanjakan oleh PAS dengan memberikan kerusi kepada beliau untuk bertanding di Pasir Mas sehingga seorang tokoh PAS terpaksa berundur untuk memberi laluan kepada anak angkat PAS ini .

4. Setelah mendapat tempat dan menang pilihanraya serta menjawat jawatan sebagai ahli Parlimen , Ibrahim Ali kembali kepada watak asalnya dan langsung tidak mengenang budi orang yang memanjakannya selama ini .

5. Ibrahim Ali masih bergelar ahli Parlimen PAS walau beliau selalu mendakwa bahawa beliau adalah ahli Parlimen Bebas justeru beliau bertanding di atas tiket PAS bukan Bebas .

6. Kini Ibrahim Ali sekali lagi memperlekeh kepimpinan PAS dan mempertikai kewibawaan pemimpin PAS kononnya pemimpin PAS takut kepada pemimpin PAKATAN Rakyat yang lain . Ibrahim Ali terus mempermainkan pemimpin PAS .

7. Dulu saya telah mencadang dan mendesak PAS terutamanya PAS kelantan supaya mengambil tindakan ke atas Ibrahim Ali dan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas . Rujuk [ link ]

8. Tapi , apakah nasib Ibrahim Ali lebih baik dari yang lain ?

Keris Umno patah akhirnya.

0 comments

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan

Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS

0 comments
Alhamdulillah. Segala kemelut sudahpun berakhir. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Oleh itu marilah kita semua mengambil iktibar diatas segala yang berlaku dan menumpukan kepada perjuangan dan fokuskan ke Manik Urai. Takbir!

USRAH PAS BAGAN DATOH TURUT DIHADIRI ORANG BUKAN ISLAM

0 comments

Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam. Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.

Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.

Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.

Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.

Friday, June 19, 2009

Unit IT PAS sedia laman web PRK Manek Urai

0 comments

Sempena Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai tidak lama lagi, Lajnah ICT PAS Pusat telah membangunkan satu laman web bagi memaparkan perkembangan terkini mengenai pilihan raya itu.

Pengerusinya, Ustaz Abdul Ghani Samsudin berkata laman web tersebut juga mengandungi maklumat serta bahan-bahan kempen yang boleh dimuatturun oleh penyokong dan pendokong bagi membantu aktiviti kempen.

"Laman web ini akan dilancarkan secara rasmi pada majlis pengumuman calon di Manek Urai nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, laman tersebut telah beroperasi sejak awal bulan lalu dikendalikan oleh pegawai IT yang bertugas.

"Kita mempunyai kira-kira 100 tenaga bagi menjalankan tugas tersebut termasuk pakar-pakar IT yang sedia memberikan perkhidmatan mereka tanpa mengira waktu," ujarnya.

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi di Manek urai, boleh melayari http://prkn41.pas.org.my.

Ustaz Abdul Ghani berkata, web tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada majlis pengisytiharan calon kelak.

Dalam pada itu, petugas IT di Manek Urai, Mohd Riduan Ilias berkata bilik gerakan IT akan beroperasi bermula 20 Jun ini.

Ujarnya, selain menyelenggara web pilihan raya kecil itu, antara perkhidmatan yang disediakan adalah mengemaskini data pengundi pada senarai semak daftar pemilih yang dibekalkan ke setiap bilik gerakan kawasan, cawangan dan Dun. - harakahdaily

AHLI PAS DIMINTA BERTENANG DAN TUNGGU ARAHAN RASMI

0 comments

Semua ahli Pas diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan Pas. Semua ini hendak menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis .

InsyaAllah Pas yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi kesemuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan dariapda qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli pas yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada Pas dan organisasinya. Kerana Pas adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. Pas ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno/BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa Pas hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa Pas hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17/6/2009 telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden . Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat dalam parti ia akan dibincang terlebih dahulu dalam parti. InsyaAllah segala keputusan yang diputuskan, akan kita sampai kepada semua pihak di peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas. Yakinlah firman Allah SWT”Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu”. Dan Sabda Rasulullah SAW “Berjamaah itu rahmat”

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih maka boleh kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Segala keputusan politik yang Pas buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahlalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli Pas perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini, kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akbar rasmi harakah, harakah daily dan siasah. Supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabar penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Thursday, June 18, 2009

Kisah Mustaliq : Jadikan Iktibar. vol 2

0 comments
Bermula dari mukjizat nabi saw yang bertanyakan al Harith bin Dirar di manakah berbaki 2 ekor unta yang sepatutnya turut dibawa oleh Al Harith untuk menebus anaknya Juwairiyyah binti al Harith yang menjadi tahanan perang dalam peristiwa al Mustaliq ini .

al Harith benar - benarnya menyembunyikan 2 ekor unta tersebut kerana sayang kepada unta itu dan hanya membawa beberapa ekor unta yang lain .

Al Harith berasa hairan bagaimana nabi saw boleh mengetahuinya jika tidak kerana ini wahyu dari Allah swt , lalu al Harith memeluk Islam dan mengucap 2 kalimah syahadah . Malah seluruh anak - anaknya dan beberapa orang dari kaumnya turut memeluk Islam .

Nabi saw sendiri akhirnya berkahwin dengan anak perempuan al Harith dan menjadi salah seorang Ummahatul Mukminin yang berjasa besar serta berjuang disamping Rasulullah saw.

Akhirnya Bani Mustaliq memeluk ajaran Islam dan berada di bawah kerajaan Islam . Pada suatu hari Rasulullah saw menghantar al Walid bin U'qbah bin Abi Mu'it supaya mengupulkan harta zakat .

Apabila Bani Mustaliq mengetahui kedatangan utusan Rasulullah saw lalu mereka keluar beramai - ramai untuk menyambut kedatangannya tetapi malangnya utusan itu [ al walid bin Uqbah ] tersalah faham dengan menyangka bahawa mereka keluar beramai - ramai untuk memeranginya .

Utusan itu lantas pulang dan melaporkannya kepada Rasulullah saw. berita yang tidak betul itu , lalu Rasulullah saw mengerahkan bala tentera untuk pergi menyerang balas bani Mustaliq . Alhamdulillah , bala tentera Islam tidak gopoh menyerang sebaliknya menghantar pengintip untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku .

Apabila pengintip menghampiri kumpulan Bani Mustaliq , tiba - tiba didengari suara azan berkumandang untuk menunaikan solat fardhu dan keadaan itu menandakan mereka masih setia kepada Islam .

Setengah riwayat menyebut , Bani Mustaliq menghantar utusan bertemu Rasulullah saw lalu menceritakan perihal utusan Rasulullah saw yang melarikan diri itu .

Sempena salah faham inilah Allah swt menurunkan wahyunya :

يأ يها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

Hai orang - orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu orang fasiq yang membawa berita maka telitilah terlebih dahulu nanti kamu mengenakan sesuatu kaum secara jahil maka menyebabkan kamu menjadi orang yang menyesal .

Surah al Hujurat : Ayat 49

Peristiwa ini mengajar kita ummat Islam menghadapi kelemahan dari dalam berkait dengan kaedah menerima makumat yang perlu ditapis terlebih dahulu dan bagaimana mahu menghadapi musuh dalaman iaitu golongan munafiq serta menghadapi musuh luar yang licik dan bijak mengambil kesempatan sehinggalah kita [ Islam ] berjaya mengalahkan mereka dan memancarkan cahaya Islam sehingga mereka menjadi anggota Islam yang setia dan teguh .

Kisah Mustaliq : Jadikan Iktibar. vol 1

0 comments
Rentetan peristiwa perang Bani Mustaliq di zaman Rasulullah saw terlalu panjang dan agak kompleks untuk dirungkai dan dihurai dalam penulisan ringkas sebegini .

Saya cuma mengambil beberapa insiden yang berurutan dari peristiwa ini untuk dijadikan panduan kita berjuang dan berdepan pula dengan fitnah yang melanda perjuangan kita hari ini .

Asasnya perang Bani Mustaliq ini bukanlah satu peperangan besar dalam sejarah Islam tetapi apa yang paling menyerlah ialah bagaimana ia menunjukkan kepada umum peranan yang di mainkan oleh seorang tokoh munafiq yang bernama Abdullah bin Ubai dan kuncu - kuncunya yang sebelum itu telah menyimpan dendam politik sekian lama terhadap kepimpinan Rasulullah saw. malah turut mendedahkan beberapa perlakuan jahat yang dilakukan oleh mereka .

Peranan jahat Abdullah bin Ubai kian menjadi - jadi setelah gagalnya harapan beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin di Madinah setelah kemenangan Islam dan hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah . Ia menganggap Rasulullah saw telah merampas cita - citanya .

Sejak itu , tertanam di dalam dirinya dendam dan hasad yang senantiasa membara dan mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah saw dan Islam yang dipimpin oleh baginda saw.

Peristiwa Bani Mustaliq ini menyaksikan bagaimana Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya keluar bersama dengan bala tentera ummat Islam tetapi Allah swt mengetahui dan mendedahkan kedudukan dan peranan jahat mereka . Allah swt berfirman :

لو خرجوا فيكم مازادوكم إلا خبالا و لأوضعوا خلالكم يبغونكم الفتنة
و فيكم سماعون لهم و الله عليم بالظالمين

Kalaulah mereka keluar bersama - sama kamu , tidaklah mereka menambah kekuatan kamu melainkan menambah kerosakan dan tentulah mereka melakukan hasutan di antara kamu dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah [ kekacauan ] dikalangan kamu , sedang ada diantara kamu orang - orang yang suka mendengar hasutan mereka dan ingatlah Allah swt Maha Mengetahui akan orang - orang yang Zalim .

Surah At Taubah : 47

Kerja Jahat Abdullah bin Ubai

Pernah seketika berlaku perselisihan antara 2 orang sahabat nabi saw [ muhajirin dan ansar ] lalu Rasulullah saw menegur mereka berdua : " Apakah kamu mahu kembali kepada jahiliyah sedang aku masih ada bersama kamu ? " akhirnya mereka berdua hentikan pergaduhan dan berdamai .

Malangnya apabila berita perdamaian itu sampai kepada Abdullah bin Ubai lalu dia berkata : " Apakah munasabah dia [ rasul saw ] melakukan demikian . Apabila mereka sudah ramai dalam negeri kita , mereka hendak menunjukkan kekuatan . Samalah seperti kata pepatah , gemukkan anjing kamu kemudian dia akan memakan kamu . Jaga - jaga , kalau pulang ke Madinah ,nanti tahulah dia nanti . Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina ! "

Ucapan itu didengari oleh Yazid bin Ikram lalu Yazid beritahu kepada bapa saudaranya dan bapa saudaranya memberitahu Rasulullah saw . akan ucapan Abdullah bin Ubai tersebut . Kebetulan Saidina Umar ada bersama Rasul saw. Lalu Umar rha berkata : " Suruh sahaja Abbad bin Bisyr membunuh dia ! " tetapi ia dihalang oleh nabi saw. bimbang fitnah lebih besar , nanti orang akan kata Muhammad membunuh sahabatnya sendiri .

Malah anak Abdullah bin Ubai sendiri yang juga bernama Abdullah [ seorang yang beriman dan soleh ] minta izin dari nabi saw untuk membunuh bapanya tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw . bagi mengelakkan fitnah yang besar

Abdullah bin Ubai mengetahui ucapannya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw lalu ia pergi bertemu dengan Rasulullah saw lalu bersumpah dan menafikan ucapannya .

Tiba - tiba seorang Ansar mengatakan Ya Rasulullah saw . " mungkin budak yang melaporkan berita mengenai ucapan Abdullah bin Ubai ini tersalah lapor ! lalu Rasulullah saw terus mengingatkannya . Maka berduka citalah Zaid bin Arqam [ yang melaporkan ] kerana ia merasakan dirinya telah diperbohongkan .

Tetapi Allah swt Maha Mengetahui lalu menurunkan surah al Munafiqun dan mendedahkan perkara sebenar yang dilakukan oleh golongan munafiq khasnya Abdullah bin Ubai . Akhirnya Rasulullah saw memanggil Zaid bin Arqam dan membacakan surah al Munafiqun kepadanya kemudian nabi saw bersabda : " Sesungguhnya Allah swt telah meletakkan kamu sebagai orang yang benar .

Tuesday, June 16, 2009

Buktikan PAS guna pendekatan samseng di Manek Urai - Pemuda PAS

0 comments

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

"Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAs menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.

Ini kerana menurutnya, pada kebiasaan sesuatu pilihan raya kecil diadakan Umno akan mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.

"Kebiasaannya seperti yang kita semua sedia maklum, provokasi ini dicetuskan pihak Umno-BN malah tuduhan itu sendiri mencerminkan Umno itulah yang samseng," katanya.

Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat.

"Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kesan isu kerajaan perpaduan ketika kempen pilihan raya kecil itu, beliau menganggap ianya tidak menjadi kerisauan kepada parti.

"Perbezaan pendapat antara pimpinan bukanlah menjadi isu yang merisaukan kerana masing-masing adalah berasaskan hujah dan ianya diraikan.

"Malah terdapat mekanisme untuk menyelesaikan perbezaan ini menerusi muzakarah di peringkat dalaman," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau menganggap media turut menjadi punca mengeruhkan keadaan dengan eksploitasi yang dilakukan bagi memecah belahkan parti. - harakahdaily


Monday, June 15, 2009

'Jentera Mee Segera Manek Urai',

0 comments
'Jentera BN akan gempur Manek Urai', 'Puteri akan bantu BN tawan Dun Manek Urai'.

Ungkapan seperti ini sering kali kedengaran setiap kali menjelang pilihan raya. Malah istilah Umno yakin tawan Kelantan diucap beberapa perdana menteri.

Bermula Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian diikuti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang pula Dato' Seri Najib Razak.

Istilah 'tawan' tidak pernah serik diucap pemimpin Umno, biar pun sehingga kini belum menjelma menjadi realiti di Kelantan. Dan menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai depan, istilah itu pastinya akan diulang tayang kembali. RTM dan TV3 sedia memberi khidmat demi negara.

Tengoklah nanti. Ini kerana dalam diari perjuangan Umno tidak ada resepi lain lagi bagi memujuk penyokong supaya bekerja. Sedangkan semua orang tahu istilah bekerja dalam teori Umno mesti berlapik upah. Tanpa upah poster tidak akan melekat di batang pokok.

Lebih menarik lagi poster yang telah dipasang diragut kembali, kalau upah tidak memenuhi poket. Sebaliknya agenda upah belum membudayakan dalam PAS. Ini kerana konsep pahala dan dosa sudah lama menyerap ke dalam jiwa raga ahli dan penyokong perjuangan Islam.

Maka tidak hairanlah pesta memasang bendera di Manek Urai menjadi tidak seimbang sekarang. Petugas Umno di sebuah kampung agak malu ketika dirakam gambarnya sedang memasang poster dacing. Sebaliknya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah lama berpeluh ketika melekat lambang parti di batang pokok.

Tidak kurang juga yang sanggup memanjat pokok kelapa untuk menjulang lambang bulan purnama. Upah soal kedua, apa yang dinekadkan PAS perlu di hadapan. Maka tidak hairanlah biar pun tanpa kemudahan asas seperti di tempat lain, penduduk di Kampung Chatel, Lata Rek tidak mudah lebur dengan janji orang politik.

Ratusan penduduk di beberapa kampung termasuk Bukit Budu, Jelekeh, Chatel Damai dan Chatel Luar masih menggunakan air bukit bagi keperluan harian mereka. Air yang ditandak dari puncak bukit mengalir terus ke dalam besen dan kolah rumah mereka. Kemudahan tersebut biar pun terdedah dengan kotoran dan pelbagai pencemaran lain, namun penduduk sudah bersyukur. Sekadar mengeluarkan wang saku RM1 sebulan mereka boleh menggunakan air sebanyak mungkin.

Seorang penduduk, Mohd Zain Latiff, 55 berkata, bayaran tersebut digunakan bagi membaiki kerosakan apabila berlaku paip pecah atau aliran air tersumbat di atas bukit.

"Bayaran yang dipungut setiap bulan akan digunakan untuk membayar upah penduduk yang ditugaskan membaiki kerosakan tersebut. Biar pun sumber air belum terjamin bersih, namun kemudahan tersebut seperti juga terdapat di tempat-tempat lain. Kelebihan di sini tidak perlulah membayar bil air.

"Tidak pula berdepan dengan risiko paip air dipotong kerana tidak menjelaskan tunggakan bil," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mereka juga bernasib baik kerana tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi membeli paip. Ini kerana kemudahan tersebut disediakan Pejabat Kesihatan Daerah di bawah peruntukan luar bandar.

Haji Shafei Zakaria, 64, turut berbangga dengan kemudahan prasarana yang ada sekarang. Menurutnya penduduk tidak menuntut projek mega seperti di negeri lain.

"Kalau sekadar ada jalan yang tidak berselut ketika hujan, tidak berdebu di musim kemarau, ada elektrik dan paip air, kami penduduk yang tinggal di pedalaman sudah banyak berterima kasih," katanya.

Che Hussin Mustapa, 50 yang tinggal di Jelekeh Luar berkata, muafakat di kalangan penduduk masih utuh di Lata Rek. Katanya, penduduk tidak mudah terpengaruh dengan janji pembangunan.

"Sekarang musim orang politik datang membawa pelbagai janji pembangunan. Setiap hari ada orang datang membawa angan-angan baru kepada penduduk di sini," katanya.

Kalau ada projek pun sekadar melepas batuk di tangga. Lihatlah jalan di sebuah lorong di Manek Urai Lama masih elok ditarkan kembali. Ini kerana di situ terdapat rumah seorang pemimpin cawangan Umno.

Biar apa pun penduduk di Chatel, Lata Rek sudah mampu berbangga apabila kerajaan negeri membina jalan, jambatan dan menyalur peruntukan membaiki madrasah dan masjid bagi kemudahan mereka.

Sekiranya pegangan seperti penduduk di Kampung Chatel, Lata Rek menjangkiti pengundi di Kampung Manek Urai Lama dan Manjor, Umno berdepan dengan lorong gelap pada 14 Julai depan. Biar apa pun tanpa kerja keras, kemenangan yang ada mudah terlodeh.

Ini kerana ramai yang berselera merantah mee maggie biar pun perut hanya kenyang sekejap. - mks. _harakahdaily


Sekali lagi sejarah tercatat hari ini

0 comments
“Bubar Dewan Undangan Negeri”, itulah laungan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didengar oleh seluruh ahli dewan di Dewan Rakyat selepas beliau menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Inilah hari pertama Nizar jejak kaki sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, dan inilah juga hari pertama Nizar dihalau kerana melaungkan slogan rakyat Perak yang mahu DUN Perak dibubarkan.

Beliau yang hadir untuk persidangan hari pertama Parlimen dan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen baru dilihat memakai lilitan yang tertulis perkataan “BUBAR DUN”.

Pastinya tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menghalau beliau bersama Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai) akan menjadi buat mulut rakyat Perak.

Keberanian dan kesungguhan beliau sebagai pejuang rakyat begitu disanjungi oleh rakyat Perak. Pastinya mesej rakyat Perak akan sampai diseluruh dunia dengan tersebarnya berita menarik ini…



Yang pasti satu dunia kini bercerita bahawa, Menteri Besar Perak yang sah, yang juga Ahli Parlimen yang sah telah dihalau oleh speaker Parlimen kerana melaungkan slogan rakyat “bubar Dewan Undangan Negeri”.

Sekali lagi sejarah tercatat hari ini apabila YB Nizar yg baru menjadi ahli parlimen telah diarahkan keluar dewan setelah beberapa minit mengangkat sumpah.

Jelas tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin bertetapan dgn konsep 1 Malaysia yg menjadi lolongan Najib selama ini only for 1 BN dan membuktikan bahawasanya One Nation hanya omongong kosong sahaja dan tak lebih dari penipuan rakyat semata-mata.

Unit Amal Kota Raja di Karnival Usahawan Rakyat Kot

0 comments
Walaupun penat bertugas dimuktamar belum hilang sepenuhnya, namun unit amal kota raja yang diketuai oleh pak yob tetap mencurah bakti bagi memastikan setiap program berjalan lancar. Syabas dan terima kasih diucapkan.


Pemergian Seorang Ulama’ Besar

0 comments
13 Jun 2009,4.45 petang di Hospital otel deo (timur beirut), Lubnan, dunia Islam pasrah menerima pemergian Dr. Fathi Yakan. Beliau yang juga seorang ulama, amat terkenal dengan penulisannya yang bertajuk “Apa ertinya Saya Menganut Islam”.

Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah saaw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan. (HR Bukhori dan Muslim)

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar terhadap dunia gerakan Islam. Marilah kita sama-sama berdoa moga Allah mengabulkan impiannya untuk kembali ke syurga bersama Allah, dan moga kita juga akan menyusuri jalan yang sama kelak. Buat masa ini marilah kita buka kembali buku-buku karangan beliau merenungi akan pengalaman diri, bermuhasabah dan menguatkan gerakan Islam yang beliau wariskan ini. Jangan biarkan ilmu berhenti, teruskan menyebarnya.

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

Thursday, June 11, 2009

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

0 comments

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

ImagePengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

ImageBekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. - tmj/tajdid _

Irwan Muhamad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jun 11, 09 | 2:47:07 pm MYT

Tuesday, June 9, 2009

Unit Bermotor Amal Kota Raja

0 comments
Alhamdulillah Muktamar sudah berakhir dan ucapan terima kasih dan perhargaan harus diberikan kepada anggota unit amal yang bertugas dengan penuh dedikasi tanpa menghiraukan panas terik dan malam gelita.

Saturday, June 6, 2009

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

0 comments
PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji


TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)
AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)
PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Thursday, June 4, 2009

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN PEMUDA

0 comments

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)


KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)


NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)


AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN MUSLIMAT

0 comments
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah


TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.


NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)

1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)


PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)

1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN ULAMAK

0 comments

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

KETUA
Ustaz Harun Taib(MTB)


TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)


NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)


AHLI JAWATANKUASA

1. Ustaz Husin Awang (193)
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8. Ustaz Hasan Mohamad (143)
9. Ustaz Ismail Noh (138)
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11. Ustaz Mohamad Mustafa (131)
12. Ustaz Abdullah Husin (129)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

Hj Ibrahim Omar (188)


Diumumkan oleh wakil suruhanjaya Pilihan raya PAS, Ustaz Daeng Sanusi Daeng Mariok

Wednesday, June 3, 2009

Siaran Langsung Muktamar ( Live )

0 comments
Muktamar Muslimat kali ke-49 akan ditayangkan secara langsung dari Dewan Bankuet, MBSA. Orang ramai boleh menyaksikan perjalanan muktamar di laman-laman berikut:

Bagi Muktamar Ulama', siaran langsung boleh diikuti di laman-laman berikut:

Manakala bagi Muktamar Pemuda, siaran langsung boleh diikuti di laman-laman berikut:


Tuesday, June 2, 2009

Bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak runtuh.

0 comments

Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato' Ahmad Said memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang berlaku pagi Selasa (2 Jun).

Timbalan Ketuanya, Ustaz Wan Sukairi Abdullah dalam kenyataan awal kepada Harakahdaily melahirkan rasa terkejutnya di atas kejadian yang amat memalukan itu. Ia malah dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan stadium bernilai lebih RM200 juta itu baru sahaja siap dibina lebih setahun lalu dan dikatakan masih dalam jaminan pihak kontraktor.

Stadium yang merupakan komponen utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu baru siap dibina lebih setahun lalu. Ia pertama kali digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Seluruh struktur bumbung yang memayungi tempat duduk utama di stadium itu dilaporkan runtuh. Kejadian itu disedari berlaku pagi Selasa, tanpa sebarang faktor semula jadi seperti ribut atau angin kencang.

"Fakta itu (ketiadaan ribut atau angin kencang) menyebabkan kita mengesyaki ia berpunca daripada kecuaian manusia. Apatah lagi sebelum ini pun sudah beberapa kes keruntuhan bangunan yang baru siap telah berlaku di negeri ini," kata Wan Sukairi.

Beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes serupa yang dilaporkan berlaku sebelum ini. Ia termasuklah dua kejadian berasingan melibatkan keruntuhan bumbung dewan besar sebuah sekolah menengah dan siling dalam kelas di sebuah sekolah di Marang.

Turut dilaporkan juga sebelum ini, beberapa struktur dalaman Bazar Warisan di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang baru siap tidak sampai setahun turut rosak dan runtuh.

Sehubungan itu, Wan Sukairi tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan, sehingga menyebabkan keruntuhan bumbungnya itu.

"Bagi mana-mana projek sebesar itu (pembinaan stadium), setiap 'progress' mesti diperiksa dan disahkan lulus oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau semuanya dibina mengikut spesifikasi, mana mungkin ianya runtuh?," soalnya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian, terutama sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.

Menurut Wan Sukairi, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Petikan dari Harakah Daily

Akhlak yang dituntut bagi pejuang islam

0 comments

Setiap manusia memiliki potensi dan bakat tersendiri yang boleh melonjakkannya menjadi insan yang amat diperlukan oleh masyarakat, apatah lagi jika manusia ini daripada jenama Muslim, pasti dia amat diperlukan oleh agamanya untuk mengembang, memperkasa, membenteng, melindunginya daripada anasir yang boleh menggugat kekuatannya daripada serangan makhluk perosak akidah, iman dan ilmu pengetahuan agama.

Ia semua tertakluk kepada sejauhmana insan Muslim itu dapat membentuk jati dirinya dengan aspek tarbiyah yang telah diperkatakan sebelum ini, dengan mengambil kira semua jenis tarbiyah yang diperlukan oleh seseorang ahli gerakan Islam yang aktif, di samping memelihara uslub dakwah yang berkesan bagi memastikan kesinambungan gerakan Islam terus utuh dan kukuh di persada alam ini.

Bagi memastikan agar Islam terus berkembang melalui usaha dan kerja dakwah, ahli-ahli gerakan Islam perlu memelihara beberapa konsep akhlak yang dikira sebagai penting bagi meneruskan misi untuk memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi dalam perjuangan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini, antara akhlak tersebut yang mesti dipelihara ialah:

1. Akhlak terhadap Allah

2. Akhlah terhadap Rasulullah

3. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)

4. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah

5. Akhlak sesama jiran tetangga

6. Akhlak terhadap orang ramai

Konsep akhlak dalam Islam

Islam mempunyai dua sumber iaitu al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyah.

Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa, akhlaklah yang menjadikan seseorang Muslim itu hingga mencapai iman yang sejati, ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesempurna iman seseorang yang beriman itu adalah yang paling baik akhlaknya."

Akhlak terhadap Allah SWT

Ia bermaksud bahawa yang paling utama sekali ialah beriman kepada Allah SWT selaku Pencipta yang meliputi kepercayaan dan pegangan kental mengenai 'Tauhid Uluhiyyah' dan 'Tauhid Rububiyyah' bagi melahirkan iman dan akidah yang sejahtera daripada sebarang kepercayaan khurafat, bid'ah, tahayul, syirik yang sememangnya tidak sinonim dengan ahli-ahli gerakan Islam yang memperjuangkan akidah yang benar berpaksikan al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w.

Akhlak terhadap Rasulullah s.a.w.

Iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dan nabi terakhir seperti yang ditegaskan oleh al-Quran, membenarkan risalah yang dibawa kepada umat bagi menyatakan konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' tanpa mengira batas sempadan kaum, bangsa, kedudukan, pangkat, jantina dan sebagainya, semuanya sama di sisi Allah, kerana yang paling bertakwa adalah yang paling mulia di sisi-Nya.

Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)

Sesungguhnya al-Quran adalah rujukan utama kepada ahli-ahli gerakan Islam, ia dapat dijelmakan melalui pembacaan, penghayatan, kajian, penghafazan jika mampu lakukan atau menghafaz surah-surah tertentu yang sering dibaca oleh orang awam dan mentafsirkannya dengan pendekatan yang mudah difahami oleh golongan sasaran, ia bertujuan bagi menarik mereka kepada jalan hidup Islam yang sempurna.

Ini kerana al-Quran seperti apa yang pernah disampaikan oleh baginda sendiri, bahawa di dalam al-Quran ada menceritakan kisah orang-orang terdahulu daripada umat hari ini dan berita mengenai kehidupan di alam akhirat, ia memberi maksud bahawa kitab suci itu amat berguna untuk pegangan ahli-ahli kerana ia mampu menginsafkan mereka di samping menetukan hala tuju hidup terakhir untuk menuju jalan menemui Allah SWT.

Ahli gerakan Islam perlu tahu tafsir al-Quran dengan baik, kerana ia terbahagi kepada tafsir al-Ma'thur sama ada tafsir ayat dengan ayat yang lain, atau tafsir ayat yang diperjelaskan oleh hadis Nabi, tafsir bi ar'yi al-Mamduh aitu tafsir dengan menggunakan pendapat yang boleh diterima seperti kitab tafsir yang dibuat oleh kedua-dua Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS, tafsir Hamka, tafsir Ustaz Sonhaji Mohammad al-Ibr al-Athir dalam bahasa Melayu, Saiyid Qutb yang ditrerjemahkan dalam bahasa Melayu oleh al-marhum Yusuf Zaki Yaakob dan lain-lain.

Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah

Hadis adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

Sebagai ahli gerakan Islam, mereka perlu melihat bahawa hadis atau sunnah Nabi Muhammad penting dalam kehidupan rutin harian, iaitu mereka perlu menghafaz beberapa hadis penting sebagai rujukan hujah ketika menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai.

Mereka juga perlu menguasai perkara yang berkaitan dengan hadis atau sunnah seperti mengetahui imam-imam tersohor agak tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang berselindung dalam kelambu orang Melayu. Imam-imam itu adalah seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie disamping Imam Baihaqi, Tabarani, al-Hakim dan lain-lain, begitu juga menguasai ilmu 'Ulum al-Hadis' dengan mengetahui istilah hadis sohih, do'if, mutawatir, mursal, maudo' (palsu) dan lain-lain.

Akhlak sesama jiran tetangga

Ia juga merupakan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan memelihara jiran tetangga walaupun mereka bukan beragama Islam, ini adalah kerana mereka juga merupakan makhluk manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang sama dengan kita.

Ahli-ahli gerakan Islam adalah disaran agar memiliki ciri mesra alam dengan sesiapa terutama jiran tetangga, dengan tidak diri atau isteri mendedahkan aurat ketika berinteraksi dengan mereka kerana ini boleh menghilangkan sedikit rasa tidak percaya mereka kepada diri dan menjejaskan potensi untuk mengajak mereka kepada Islam secara praktikal.

Layanilah mereka dengan santun dengan tidak mengguris perasaan mereka walaupun mereka tidak menerima dakwah yang kita syorkan kepada mereka, apatah lagi mereka tidak sinonim dengan masjid atau program surau yang berbentuk kemasyarakatan dan ilmiah. Ahli perlu bersabar terhadap keranah mereka sebagai menyahut seruan baginda s.a.w. yang bermaksud: "Seorang mukmin yang bercampur/bergaul dengan orang ramai dan bersabar terhadap karenah-karenah mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur/bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar terhadap karenah-karenah mereka."

Akhlak terhadap orang ramai

Ia satu lagi akhlak yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah itu, ahli perlu menguasai ilmu-ilmu alat di samping menyelami kehendak mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah dengan tidak menghalalkan cara yang salah untuk sampai kepada matlamat.

Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah Rasululla s.a.w. seperti menghisap rokok, minum atau makan berdiri, memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang ramai.

Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah melalui ayat 110 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Kamu adala sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah." -

Petikan dari Ustaz Zainudin Hashim

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin