;


Monday, June 22, 2009

Bagaimana Pula Nasib Ibrahim Ali Selepas Ini?

0 comments
1. Ibrahim Ali semakin lantang dan lancang mengkritik PAS dan pemimpinnya . Malah bertambah galak dan liar ia bertindak . Sungguh melulu tanpa lagi memperdulikan akhlak dan adab . Apalagi mengenangkan PAS adalah parti yang pernah memberi tempat dan peluang untuk ia kembali bernafas di pentas politik .

2. Ibrahim Ali secara terang - terangan membelasah pemimpin PAS tanpa sedikit pun simpati . Sebelumnya , sewaktu beliau aktif bersama UMNO dan BN begitulah aksi keras dan kasarnya terhadap PAS .

3. Kemudian Ibrahim Ali ditendang keluar dari UMNO dan BN , PAS menyambutnya walau sebahagian ahli sangat tidak bersetuju . Ibrahim Ali bukan sahaja diberi peluang tetapi dimanjakan oleh PAS dengan memberikan kerusi kepada beliau untuk bertanding di Pasir Mas sehingga seorang tokoh PAS terpaksa berundur untuk memberi laluan kepada anak angkat PAS ini .

4. Setelah mendapat tempat dan menang pilihanraya serta menjawat jawatan sebagai ahli Parlimen , Ibrahim Ali kembali kepada watak asalnya dan langsung tidak mengenang budi orang yang memanjakannya selama ini .

5. Ibrahim Ali masih bergelar ahli Parlimen PAS walau beliau selalu mendakwa bahawa beliau adalah ahli Parlimen Bebas justeru beliau bertanding di atas tiket PAS bukan Bebas .

6. Kini Ibrahim Ali sekali lagi memperlekeh kepimpinan PAS dan mempertikai kewibawaan pemimpin PAS kononnya pemimpin PAS takut kepada pemimpin PAKATAN Rakyat yang lain . Ibrahim Ali terus mempermainkan pemimpin PAS .

7. Dulu saya telah mencadang dan mendesak PAS terutamanya PAS kelantan supaya mengambil tindakan ke atas Ibrahim Ali dan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas . Rujuk [ link ]

8. Tapi , apakah nasib Ibrahim Ali lebih baik dari yang lain ?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin