;

Tuesday, September 29, 2009

Amanat Tn Guru Buat Jentera Islam di Bagan Pinang

0 comments
Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Jubli Perak Maahad Muhammadi Gua Musang semalam,turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah,Dato Mohd Amar Nik Abdullah.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti,lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka,"katanya lagi.

Sebelum itu, beliau menyeru warga di Gua Musang agar menjadikan sumbangan derma kepada tempat-tempat yang berfaedah diteruskan sepanjang masa.

"Kita orang Islam seharusnya menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk digunakan di akhirat nanti,caranya mudah sahaja iaitu salurkan wang ringgit ke tempat-tempat yang membawa kebaikan seperti pembinaan masjid,asrama sekolah untuk anak-anak kita dan sedekah,"ujar beliau.

Maahad Muhammadi Gua Musang yang sudah menjangkau usia 25 tahun menyambut jubli peraknya tahun ini mempunyai seramai 840 pelajar dengan guru seramai 52 orang kini memerlukan sumbangan derma dari orang ramai untuk membina sebuah asrama bagi menempatkan pelajar terutamanya dalam aliran tahfiz.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad, nombor akaun : 03-063-01-000330-5.

Dilema ISA. Dua-dua Betul

0 comments

SATU - Pesaing di Bagan Pinang sudah diketahui. PAS, Zulkefli Mohamad Omar dan BN, Mohd Isa Abdul Samad. Zulkefli ada kehebatannya tersendiri, begitu juga Isa.

Setakat yang dikenali, Zulkefli bersih daripada sebarang cemar yang boleh merosakkan reputasinya sebagai orang politik berbanding Isa.

Orang Umno di Bagan Pinang tentu lebih tahu apa yang Isa telah buat, telah beri dan telah sogok kepada mereka. Mereka juga tahu perbuatan Isa yang menjatuhkan reputasinya sebagai orang politik. Pendek kata, orang Umno ada hujah untuk menolak Isa sekiranya mereka mahu melakukannya.

Orang Umno Bagan Pinang tentu tahu bahawa Isa pernah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan daripada sembilan pertuduhan asal rasuah / politik wang.

Orang Umno Bagan Pinang juga tentu tahu, Lembaga Disiplin Umno pernah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama enam tahun kepada Isa.

Pendek kata, bukan sahaja orang Umno bahkan pengundi Bagan Pinang juga, kalau mereka menolak atau tidak mengundi Isa kerana reputasinya sebagai orang politik telah tercemar, bahkan tercemar teruk, tindakan mereka adalah benar.

Mereka tidak mengundi BN kerana tidak suka dengan Isa, tindakan mereka adalah betul

DUA - Ramai orang Umno yang tidak lagi meletakkan harapan kepada Umno untuk terus berkuasa. Mereka kecewa dengan Umno kerana banyak sebab.

Mereka mungkin masih ahli Umno kerana sebab-sebab tertentu tetapi hati mereka tidak lagi bersama Umno. Mereka bertambah kecewa apabila Umno tetap memilih Isa sebagai calon walau pun terbukti Isa telah memburukkan imej Umno.

Mereka yang begini mungkin penyokong kuat Mahathir dan mahu pandangannya didengar ketika memilih calon. Namun harapan itu tidak kesampaian, Isa tetap terpilih.

Mereka kecil hati dengan Umno. Perasaan itu boleh diterjemahkan melalui peti undi. Maksudnya, ada mereka yang tidak akan mengundi dacing kerana kecil hati dengan Umno.

Mereka pun faham, laungan bahawa Umno pembela bangsa, pembela agama dan pembela negara cuma tinggal laungan sahaja. Hakikatnya Umno adalah pembela mereka yang berkuasa dan berjawatan di dalam Umno.

Mereka marah, kecil hati dan mungkin benci kepada Umno walau pun masih berstatus ahli Umno.

Kalau mereka tidak memangkah dacing kerana marah, benci dan kecil hati dengan Umno, mereka adalah betul.

Tidak mengundi dacing kerana tidak bersetuju dengan Isa adalah betul. Tidak mengundi dacing kerana kecil hati dengan Umno juga betul.

Kedua-duanya adalah betul.

Berita Hebat Untuk Para Ibubapa & Penjaga. Jualan PROMOSI Pakaian Seragam Sekolah

0 comments

Koperasi PASTI Berhad (KOPASTI) dan Majlis Guru PASTI (MGP) menyediakan jualan promosi pakaian seragam sekolah jenama 'Canggih by Pasti' dengan potongan harga istimewa berbanding harga di pasaran untuk para pelajar yang akan memasuki alam persekolahan pada tahun 2010. Tempahan boleh dibuat di semua premis PASTI Kota Raja terpilih bermula 1 Oktober 2009. Sampel pakaian dan maklumat berkaitan disediakan di PASTI.

'Bersama membantu ekonomi PASTI dan jana pendapatan di akhirat'

Malam yang panjang buat Che Det...

0 comments
























Tentunya susah untuk Che Det melelapkan mata malam tadi...mungkin ketika Siti Hasmah menjadi perhatian jejaka lain semasa menuntut di UM Singapura satu ketika dulu tidak mengacau sangat fikiran beliau sebagaimana 2 berita serentak yang berlaku semalam...he he..

Omar Ong appointed Petronas non-exec director
Apa ni Che Det???

Betullah apa Samy Vellu kata..

However, Samy Vellu pointed out that there was a trail of destruction in terms of deputies when it came to Mahathir's track record.

Apart from his three deputies who were given the boot, the former premier was also credited with playing a pivotal role in engineering the downfall of his fourth deputy Abdullah Ahmad Badawi who succeeded him in 2003 and vacated the post this year.

"Look at the history of Mahathir. Who was his first deputy... Musa Hitam. What happened to Musa? I know the story as I was in the cabinet," said Samy Vellu."

After that (it) was Ghafar Baba. What happened to Ghafar Baba? A man who was a nationalist was thrown out of the cabinet just like that," he added.


"The third Anwar Ibrahim, there was a time when Mahathir said Anwar is the only man who can control the country... He praised him so much. But what happened to Anwar?

"Who really destroyed the deputies? He is a master in destroying his deputies. I don't destroy any deputies, they stayed there for such a long time," he stressed.


Sekarang orang harapannya sedang menerajui Malaysia. Najib dan Muhyiddin Yassin. Namun kedua-duanya telah benar2 menghampakan beliau semalam. Kedua2nya tidak peduli lagi kepada beliau...kesian...


Biodata calon PAS Bagan Pinang

0 comments

  • NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
  • PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
  • UMUR: 45 TAHUN
  • TARIKH LAHIR: 14/5/1964
  • KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
  • NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
  • ANAK:6 ORANG
    • AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
    • FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
    • MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
    • MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
    • FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
    • MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN
  • JAWATAN DALAM PAS:

    • PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
    • TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
    • SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
    • EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
    • PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
    • TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
    • KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
    • BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)


  • LAIN-LAIN JAWATAN:

    • PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
    • TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
    • PENGALAMAN KERJA:
    • PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
    • PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
    • PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
    • EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
    • PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
    • PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

UMNO PENING DI BAGAN PINANG:Dua pemimpin Pemuda UNMO diberkas terbabit dadah

0 comments

KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah berkenaan jam 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama."Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.
Seorang daripada merekA kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. - Bernama

RENUNGAN BERSAMA SEJARAH 2005 BAGI CALON BN BAGAN PINANG

0 comments



Kuala Lumpur, 26 Jun 2005 : Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun lalu.

Dalam pertandingan tujuh penjuru bagi jawatan itu, Mohd. Isa berada di kedudukan teratas dengan 1,507 undi diikuti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mendapat 1,329 undi, manakala Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat ketiga dengan 1,234 undi.

Penggantungan ini telah mengesahkan segala desas desus berhubung kemenangan besar beliau dalam Pemilihan UMNO yang lalu. Ini sekaligus menunjukan bahawa UMNO bukan sahaja busuk diperingkat bawahan tetapi sememang membusuk dari peringkat atasan.

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO ini benar – benar mencalarkan karier politik Mohd Isa. Beliau seharusnya berundur serta merta sebagai Ahli Parlimen. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga mendesak agar beliau meletakan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memandangkan beliau juga telah melanggar kod etika penjawat awam.

Jika dirujuk pada Akta Pencegahan Rasuah 1997, beliau kini seharusnya sudah merengkok didalam penjara. Perenggan ke 11, Akta Pencegahan Rasuah 1997 telah menyatakan bahawa;

11. Jika-

(b) mana-mana orang secara rasuah memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya;

dia adalah melakukan suatu kesalahan.

Perenggan ke 16 pula menyatakan bahawa;

16. Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 boleh apabila disabitkan-

(a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan

(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Malangnya UMNO telah memutar belitkan perkataan RASUAH kepada POLITIK WANG dan menghalang Badan Pencegah Rasuah untuk membuat siasatan berdasarkan perundangan Negara dengan alasan bahawa perbuatan itu terkandung dalam soal – soal peribadi UMNO.

Amat jelek rasanya bila Wilayah Persekutuan diwakili oleh seorang Menteri yang jelas mengamalkan rasuah. Baru – baru ini juga, beliau telah kemaruk Kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur dan cuba mengurangkan kuasa yang telah diperuntukkan dalam Perundangan Kerajaan Tempatan.

Perbuatan beliau ini adalah satu perkara yang amat memalukan UMNO kerana status beliau bukanlah Ketua Cawangan, beliau adalah pemimpin tertinggi Nombor Tiga dalam UMNO. Beliau gagal menunjukan sikap yang baik dan seharusnya beliau keluar dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan dikeluarkan dari senarai ahli Kabinet.

Hj Zulkifli Mohamad Omar, Calon Pilihan!

0 comments
Sah! Calon PAS : Hj Zulkifli Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan akan bertanding melawan Mat Rasuah di Bagan Pinang. Pengumuman dibuat sebentar tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan diwarnai dengan letupan bunga api. Semoga kemenangan berpihak kepada PAS. InsyaAllah! Takbir!

Suasana di Bagan Pinang semakin rancak.Terimaksih pihak keselamatan dan petugas unit amal serta pakatan rakyat

UMNO & BN dah hilang taringnya. Kecut Perut dengan Banner sampai Mat Rasuah jadi pilihan.....

0 comments
Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa, 59, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini.

Sebelum mengumumkan nama calon BN, Muhyiddin bertanya kepada para hadirin siapa yang mereka mahu, dan mereka menjawab: "Isa".

Sambil memetik slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata "sebab rakyat didahulukan, rakyat nak?" disambut dengan laungan kuat "Isa".

Najib tiba sejurus selepas Muhyiddin mengumumkan calon BN itu pada jam 5.15 petang.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.

Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal
2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Monday, September 28, 2009

UMNO Mungkar Kerana Mungkir

0 comments

Umno memang parti Durjana, Malukan Bangsa Khianati Agama. itu sajalah yang dapat kita sampaikan dan harap One bagan Pinang akan membuka mata dalam hal ini.

Pada hakikatnya Umno kini umpama pokok tua yang dahannya rapuh manakala akarnya reput tunjangnya berulat dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi. Bangsa Melayu yang tercinta punah jahanam kerana UMNO.

Umno ni memang sudah mereng, kerana gila kuasa dan wang ringgit. Dacing sudah senget kerana Umno mengamalkan sikap perkauman yang dalam dan fanatik. Mungkin fakta di bawah yang telah dikumpulkan dapat membantu membuktikan dengan jelas memang Umno menghina Islam dan memalukan Melayu..

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Mahazir Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia.
Y.A.M. Tunku Naquiyuddin,
Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Gunness Anchor Berhad

Dato’ Jaffar Indot Gunness Anchor Berhad

Tau Kay Judi UMNO

Tun Mohammed Hanif bin Omar
Genting Deputy Chairman

TAN SRI ALWI JANTAN
Resorts World Bhd Executive Director

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman.
Member/Independent Non-Executive Director
Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
Member/Independent Non-Executive Director

General (R) Tan Sri Mohd Zahidi bin Hj Zainuddin
Independent Non-Executive Director

Tan Sri Mohd Amin bin Osman
Independent Non-Executive Director

Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non
-Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Mohamed Saleh Bin Gomu Independent
Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Umno sekarang bukan lagi seperti Umno dulu-dulu yang menjadi pohon rendang tempat Melayu beragama Islam berteduh. Tetapi sayang seribu kali sayang, keris yang terhubus itu tidak lebih daripada satu plot lakonan untuk mengabui mata rakyat semata-mata. Umno oh Umno, I dono lah…

Iman, Insan dan Islam diseleweng dan menuju saat-saat kemusnahan yang bakal mengundang nasib malang berpanjangan akibat UMNO sudah tidak tahu halal dan haram lagi. Umno bukan lagi Parti yang mahu menegakkan Bangsa dan mendokong agama malah bersama Umno Melayu Kecundang Islam berciciran.

Kalau dibiarkan berlarutan, virus yang di bawa UMNO akan menjadi 27 kali ganda bahayanya berbanding H1N1. Kalau UMNO terus disokong, maka bererti kita sedang menempah malapetaka.

Tandas Awam yang Pelampau

0 comments



Inilah gambar tandas awam yang dikatakan bernilai RM200,000.00 tetapi sampai sekarang tdk boleh digunakan. Siapa yg patut dipersalahkan. Pada nilaian seorg kontraktor adakah projek tandas awam ini boleh dikategorikan nilainya RM200,000.00 fikirlah sendiri

Mengapa tandas yg bernilai terlalu mahal yg telah lama siap tidak boleh digunakan sampai skrg? Pertanyaan ini telah diajukan ke MPPD oleh masyakat setempat dan pelancong2 yg hendak bersihkan diri selepas mandi laut tetapi pihak majlis diam seribu bahasa.

Untuk pengetahuan masyarakat Malaysia tandas awam ini terletak di KM.3 Kg. Bagan Pinang. sempena PRK ini den timbulkan lagi masalah ini utk masyarakt menilai hasil kerja2 kerajaan yg memerintah UMNO BN.

Yg musykilkan lagi den tandas awam ini bagaimana bentuk pembuangan sisa kumbahan cuba tengok dalam gambar di atas belum pakai lagi, air tersumbat hitam legam. Agaknya macamana pengguna2 guna tandas ini. Lu pikirlah sendiri..........

Diharap dengan pendedahan ini pada masa berkempen PRK Bagan Pinang diharap pemimpin Pakatan agar mendedahkan masalah tandas awam ini utarakan siapakah yg dapat tender ini dan nilaikan berapa harga sebenar tandas ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin