;


Monday, September 28, 2009

Menolak 10 hujah Ibrahim Ali

0 comments
Utusan Malaysia menyiarkan 10 hujah dangkal Ibrahim Ali mendesak YAB TG Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan Adun Chempaka. Hujah bodoh itu hanya layak dijawab dengan hujah bodoh jugak. Tak perlu memerah kepala otak untuk mencari jawapan yang ideal untuk soalan bodoh ini.

1. Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
"Lupakah Ibrahim Ali, Najib pun dah lama jadi wakil rakyat dan dah lama jugak berada dalam kabinet, kenapa Ibrahim tak suruh Najib letak jawatan? Ibrahim Ali pun dah lama kahwin dengan isterinya (barang lama), tentu nalurinya nak rasa yang baru, kenapa tak ganti barang lama dengan barang baru?"
2. Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
"Umno kata Tun Mahathir dah nyanyuk, Ibrahim Ali pun akuinya. Tapi dia nak cadang dalam sidang parlimen akan datang untuk melantik orang tua nyanyuk itu sebagai penasihat kerajaan Malaysia dan jugak penasihat parti Umno. Maknanya masih boleh pakai walaupun dah nyanyuk. Dunia politik Ibrahim dah berakhir dulu tapi PAS menghidupkan semula, jadi siapa yang berjasa kepada siapa?"
3.Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
"Syarat ini hanya untuk ahli politik Umno dan Barisan Nasional yang takut nak hadapi pilihanraya kecil sekiranya terjadi kekosongan kerusi disebabkan kematian wakil rakyatnya. Apakah Ibrahim Ali masih tak sedar, sejak PRU 12 yang lalu sudah ada 6 PRK yang berpunca dari kematian wakil rakyat yang hampir sebaya dengannya dan ada yang lebih muda darinya".
4. Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
"Dalam tempoh hampir 20 tahun TGNA mentadbir Kelantan, berapa hari sangat TGNA keluar dari Kelantan kalau nak dibandingkan Ibrahim Ali yang jadi Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan dari 8 Mac tahun lalu tapi menetap di KL?"
5. Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
"Bandingkan Kelantan sebelum dan selepas 1990, sanggupkah Ibrahim berkata benar akan perihal hutang negeri kepada kerajaan pusat sebelum dan selepas tahun itu? Apakah orang yang berhutang itu lebih cekap mengurus atau orang yang menyelesaikan hutang itu tidak cekap mentadbir?"
6. Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
"Umno zaman Ibrahim Ali masih jadi ahli membunuh Sekolah Agama Rakyat tapi DAP di Pulau Pinang bagi bantuan tahunan RM87k untuk setiap Sekolah Agama Rakyat di negeri itu. Umno atau DAP yang tentang Islam?"
7. Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
"Islam bukan untuk bangsa melayu saja, Islam untuk semua. Islam tak berpecah tapi yang berpecah adalah Umno. Tahun 1986 melayu Umno terbahagi dua, satu ikut Dr. M dan satu lagi ikut Ku Li. Tahun 1998 sekali lagi melayu Umno terbelah dua, satu ikut Dr. M dan satu ikut DSAI. Lepas beberapa tahun Ibrahim Ali kena pecat tapi kali ini melayu Umno tak berpecah. Tahun lepas Ibrahim bertanding guna lambang Islam untuk menang di Pasir Mas dan menghidupkan kembali karier politiknya. Ibrahim Ali lah yang sebenarnya mempergunakan Islam untuk kepentingan politiknya."
8. Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.
"Satu dunia tahu, budaya tidak berani menegur kesalahan pemimpin hanya ada dalam parti melayu yang didokong oleh Ibrahim Ali sahaja. PAS tidak pernah menyekat kebebasan ahli-ahlinya bersuara. Ibrahim tentu ingat reaksi ahli PAS ketika TGNA membenarkannya bertanding di Pasir Mas sebagai calon PAS."
9. Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
"Ibrahim dipilih sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS, orang PAS yang bekerja keras memenangkannya. Ibrahim dapat 28,673 undi, kebanyakannya adalah undi dari ahli dan penyokong PAS. Pengundi ini tidak akan memangkah kalau Ibrahim guna selain dari lambang bulan. Tahun 2004, Ibrahim dapat 6,198 undi sahaja, kalau PRU 12 yang lalu Ibrahim bertanding atas tiket bebas paling banyak pun Ibrahim akan dapat undi di sekitar 6,198 sahaja dan sudah tentu calon PAS akan dapat 22,475 undi, masih lagi melebihi undi yang calon BN dapat iaitu 19,682 undi. Sekarang ini, Ibrahim telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh 22,475 orang pengundi yang memangkah simbol bulan. Khianat amanah dalam Islam hukumnya berdosa, jadi elaun yang Ibrahim dapat dari amanah yang dikhianati adalah haram. Jadi betullah apa yang TGNA kata."
10. Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.
"Lupakah Ibrahim Ali bagaimana Kelantan yang diperintah oleh TGNA dan ditekan dan dianaktirikan oleh kerajaan pusat sejak dari 1990 lagi? Kerajaan Kelantan terpaksa merintis sendirian untuk terus mentadbir negeri dari penggal ke penggal hinggalah ke hari ini. Tapi realitinya taraf hidup rakyat Kelantan makin meningkat dari tahun ke tahun sejak dari mula hinggalah ke hari ini hasil perkongsian bersama kekayaan bumi negeri Kelantan. Kalaulah kerajaan pusat tidak menafikan hak royalti minyak di perairan negeri yang dinafikan oleh pemerintah negara sudah tentulah pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan akan mencanak naik melebihi negeri Melaka yang ditadbir oleh kawan baik Ibrahim Ali."
Oleh itu kepada Ibrahim Ali lebih baik ikut nasihat TGNA kalau tidak mahu terus berdosa dengan 22,475 orang pengundi di Pasir Mas yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen bagi mewakili suara mereka di Parlimen Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin