;


Wednesday, September 23, 2009

N31 Bagan Pinang : SPR berkuasa atas kem?

0 comments
Memang nampak sangat SPR ni dah jadi Kelab Penyokong Umno BN. Ikut suka depa ja nak keluar kenyataan, langsung tak fikir ka, yang depa tau depa kena pastikan kepentingan Umno BN tak terjejas.

Kalau ikut apa yang tersurat memang nampak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof cakap macam orang tak sekolah. Ikut suka dia ja cakap, sampai tak tau kuasa sapa main langgar ja.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan mana-mana parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, memasuki kem tentera bagi berkempen.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata semua parti perlu mematuhi arahan yang ditetapkan pihak pengurusan kem dan menjadi satu kesalahan jika parti memasuki kawasan keselamatan bagi tujuan itu.

"Semua parti tidak boleh memasuki kem kerana ia kawasan keselamatan, mana-mana parti politik pun tak dibenarkan masuk. Kalau nak berkempen juga, lakukan di kawasan yang dibenarkan polis," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. [link]

Dia macam tak sedar diri yang dia cuma Pengerusi SPR yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pilihanraya. Yang dia sebok pasai keselamatan kat dalam kem apa kejadah pulak.

Kata la tiba-tiba kem yang telibat kata "takdak masalah kalau wakil parti politik nak berkempen dalam kem dengan peraturan tertentu." Mana nak sorok muka. Tapi ya la, depa ni bukan tau malu.

Memang la, aku pun yakin pihak pengerusi kem kalaupun depa yakin takdak masalah kalau wakil parti masuk berkempen kat dalam kem pun, depa takkan berani bagi kebenaran punya. Tara mana sangat beraninya pegawai tentera kat Malaysia ni, dengan komunnis memang aku akui ramai yang berani tapi dengan Umno gerenti tak berani punya laa.. "menurut perintah laa konon..."
posted by cenangau

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin