;


Tuesday, September 29, 2009

Dilema ISA. Dua-dua Betul

0 comments

SATU - Pesaing di Bagan Pinang sudah diketahui. PAS, Zulkefli Mohamad Omar dan BN, Mohd Isa Abdul Samad. Zulkefli ada kehebatannya tersendiri, begitu juga Isa.

Setakat yang dikenali, Zulkefli bersih daripada sebarang cemar yang boleh merosakkan reputasinya sebagai orang politik berbanding Isa.

Orang Umno di Bagan Pinang tentu lebih tahu apa yang Isa telah buat, telah beri dan telah sogok kepada mereka. Mereka juga tahu perbuatan Isa yang menjatuhkan reputasinya sebagai orang politik. Pendek kata, orang Umno ada hujah untuk menolak Isa sekiranya mereka mahu melakukannya.

Orang Umno Bagan Pinang tentu tahu bahawa Isa pernah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan daripada sembilan pertuduhan asal rasuah / politik wang.

Orang Umno Bagan Pinang juga tentu tahu, Lembaga Disiplin Umno pernah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama enam tahun kepada Isa.

Pendek kata, bukan sahaja orang Umno bahkan pengundi Bagan Pinang juga, kalau mereka menolak atau tidak mengundi Isa kerana reputasinya sebagai orang politik telah tercemar, bahkan tercemar teruk, tindakan mereka adalah benar.

Mereka tidak mengundi BN kerana tidak suka dengan Isa, tindakan mereka adalah betul

DUA - Ramai orang Umno yang tidak lagi meletakkan harapan kepada Umno untuk terus berkuasa. Mereka kecewa dengan Umno kerana banyak sebab.

Mereka mungkin masih ahli Umno kerana sebab-sebab tertentu tetapi hati mereka tidak lagi bersama Umno. Mereka bertambah kecewa apabila Umno tetap memilih Isa sebagai calon walau pun terbukti Isa telah memburukkan imej Umno.

Mereka yang begini mungkin penyokong kuat Mahathir dan mahu pandangannya didengar ketika memilih calon. Namun harapan itu tidak kesampaian, Isa tetap terpilih.

Mereka kecil hati dengan Umno. Perasaan itu boleh diterjemahkan melalui peti undi. Maksudnya, ada mereka yang tidak akan mengundi dacing kerana kecil hati dengan Umno.

Mereka pun faham, laungan bahawa Umno pembela bangsa, pembela agama dan pembela negara cuma tinggal laungan sahaja. Hakikatnya Umno adalah pembela mereka yang berkuasa dan berjawatan di dalam Umno.

Mereka marah, kecil hati dan mungkin benci kepada Umno walau pun masih berstatus ahli Umno.

Kalau mereka tidak memangkah dacing kerana marah, benci dan kecil hati dengan Umno, mereka adalah betul.

Tidak mengundi dacing kerana tidak bersetuju dengan Isa adalah betul. Tidak mengundi dacing kerana kecil hati dengan Umno juga betul.

Kedua-duanya adalah betul.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin