;


Sunday, September 13, 2009

Mendekati realiti lorong Hj Taib, Pas for all

0 comments

Kebajikan 03

Mengisi hari-hari berbaki bulan Ramadhan, PAS petang tadi mengadakan program khidmad masyarakat secara percuma kepada jiran-jiran marhaen di sekitar Lorong Hj. Taib dan sekitarnya.

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakan Pas Pusat (LKKPP) Brig. Jen. (B) Hj. Abdul Ghani Hj. Mahluddin berkata, apa yang dilakukan itu suatu manifestasi motto Pas – Pas for All.

Dr Ai dan Pengarah“Kami tidak kisah sama ada jiran-jiran disekitar pejabat agong PAS ini terdiri oleh buruh kasar, orang miskin, segelintir mak nyah dan pelacur kerana parti kami parti dakwah, mahu semua orang dekat dan lihat keindahan Islam.

Jelasnya lagi, turut menyertai program itu, penduduk sekitarnya serta anak-anak yatim dari Kampung Baru.

Antara perkhirmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, konsultansi guaman sivil dan syariah, khidmad kaunseling rumah tangga dan khidmat perubatan homopati.

Mewakili Persatuan Perubatan Homopati Bumipetra Malaysia Dr. (H) Md. Ali Jamil menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama pihaknya menyertai program amal bersama PAS.

Turut menyertai program ini, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Hj. Mohammad Noor Mohd dan ajk Pas Pusat Anwar Tan antara yang menyertai program tersebut.

anak yatimDalam perkembangan yang sama, Pas telah menerima lebih 30 permohonan keahlian baru serta lebih 60 permohonan keahlian Kelab Penyokong Pas.

Selepas solat Asas, program diteruskan dengan ucapan aluan Pengerusi LKKPP Dr. Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

Kemudiannya, Presiden Pas Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sendiri merasmikan program itu, di samping meraikan keahlian baru Pas dan Kelab Penyokong Pas.

Pada sebelah malam pula, semua yang hadir dijadualkan menyertai Majlis Berbuka Puasa, solat tarawih serta penyampaian saguhati kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal dan jiran sekitarnya.

Program ini merupakan program tradisi Pas sejak tahun lalu, demi memastikan perjuangan Pas dekat dengan golongan marhaen.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin