;

Saturday, February 5, 2011

Begini Caranya "Pro-Mubarak" Melayan "Anti-Mubarak"

0 comments
Melayu Hutan, dan baka Melayu jenis bodoh tidak tahu semua ini. Ini bakal ditulis sebagai sejarah dalam buku teks sejarah Malaysia kelak. Tiada kerajaan yang Allah kekalkan. Termasuk kerajaan sehebat dan semulia Nabi Sulaiman as.





KERAjaan zalim memang takut pada penentang kezaliman... maka dianjingkanlah mana-mana pihak beruniform demi kepentingan KERAjaan zalim...

Mereka-mereka yang taat kepada KERAjaan zalim bakal menjadi "bahan bakar" didalam neraka...

Yang pakai uniform "dianjingkan" oleh KERAjaan... terpaksa ikut arahan, dalam tugas... yang tak pakai uniform tu memang sah-sah "HANJING"...

Anjing punya HANJING..!

Beza demo oleh BN dan demo oleh BR.

Isu Debat : Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Kelantan

0 comments





Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Kelantan

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011
  1. Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”
  2.  Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.
  3. Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
  4. Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
  5. Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 05 Februari 2011

Kelantan, Selangor Kedah buka bilik operasi Mesir

0 comments

11:56 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM 


2 Rabiul Awal 1432H.

SHAH ALAM, 5 Feb: Kerajaan Negeri Selangor tetap mengambil berat semua kepentingan seluruh pelajar negeri itu yang sedang berada di bumi Mesir, tegas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

"Setakat ini, yang saya tahu, hanya Kelantan, Kedah dan Selangor sahaja yang membuka bilik operasi seperti ini, negeri lain belum dengar berita lagi," jelasnya.

Menurutnya, dalam hal membantu dan menjaga kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri mengutamakan semua pelajar dan sama sekali tidak menilai mengikut kategori pelajar itu sama ada tajaan kerajaan atau swasta.

Dr Hasan berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai kegelisahan ibu bapa yang hadir dalam Dialog Isu Pelajar Selangor di Mesir yang diadakan malam tadi di Masjid Negeri, dekat sini.

Solat hajat diadakan dua kali selepas Solat Maghrib dan selepas Solat Isyak untuk memohon ke Hadrat Allah SWT agar memberikan Rahmat-Nya dengan menguat dan menyelamatkan bakal-bakal ulamak yang pulang nanti akan berjuang menegakkan islam di negara ini.

Setelah solat hajat pertama, semua hadirin mendengar kupasan sirah dan huraian sejarah khusus tentang pembukaan dan perjuangan rakyat Negara Mesir dari dahulu dan iktibarnya untuk masa kini.

Kuliah tersebut disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut berucap dalam dialog adalah Penasihat Sekretariat Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir, Ustaz Farizan Subhi dan Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia, Ustaz Farhan Mazlan dengan Ustazah Fitri Nur Ain Nordin sebagai moderator.

Dalam majlis itu, pihak sekretariat memberi jaminan akan menguruskan isu ini sebaik mungkin dengan memberikan maklumat terperinci kepada semua waris yang memerlukan termasuk bila dan nombor penerbangan anak-anak mereka.

Untuk ibu bapa, terdapat dua kaedah aduan iaitu dengan menghubungi nombor hotline berikut: 03-5514 3520, 03-5514 3534, 03-5514 3538, 03-5514 3539 atau 03-5514 3576, mereka juga boleh melayari laman http://ilmam-prihatin.blogspot.com

Kaedah kedua, mereka boleh datang terus bertemu pegawai bertugas 24 jam di Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir yang terletak di Bangunan JAIS, dekat sini dengan menyatakan butir peribadi termasuk nombor pelajar di Mesir dan universiti berkaitan.

Menurut Ustaz Farihan, kebanyakan maklumat tentang keselamatan 1,285 pelajar Selangor di sana sudah berada dalam kumpulan data mereka dan mempunyai hubungan rapat dan segera dengan Wisma Putra, kedutaan dan PMRAM.

Malam tadi, sebelum dan sebaik tamat majlis, ibu bapa dan waris pelajar terus mendapatkan status anak-anak mereka yang disediakan oleh pihak sekretariat dan kebanyakan mereka berasa lega dengan tindakan segera kerjasama pihak Kerajaan Negeri.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Hasan menyanjung tinggi usaha dan kesanggupan sekretariat bertungkus lumus menyumbangkan tenaga 24 jam sejak beberapa hari lalu bagi mengatasi kegelisahan perasaan semua pihak terbabit.

Harakahdaily/-

Najib Tidak iktiraf Agung sebagai ketua Negara?

0 comments
Abdullah Ngah

Jika benar Jabatan Perdana Menteri telah mewujudkan satu bahagian baru yg tidak pernah ada sebelum ini iaitu Bahagian Wanita Pertama Negara yg disamakan sebagai FLOM Division (First Lady of Malaysia Division), maka sah Yang di Pertuan Agung bukan ketua Negara Malaysia.

Oleh itu,Jelas dan nyata bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak iktiraf Isteri Yang Dipertuan Agung Permaisuri Agung sebagai First Lady of Malaysia.

Ini bermakna sekaligus tidak mengiktiraf wujudnya Yang Di Pertuan Agung sebagai ketua negara ini yang sah dari segi Raja berperlembagaan.
Secara tidak langsung dia (Najib) telah meletakkan dirinya sebagai ketua negara Negara dan ketua kerajaan bukan Yang di Pertuan Agung sepertimana yang kita fahami dan termaktub didalam perlembagaan negara.

kenapa? Kalau di Amerika Syarikat First Lady of Amerika ialah isteri Obama presiden negaranya.

Kalau di negara kita First Lady of Malaysia ialah Permaisuri Agung bukan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana ketua negara adalah Yang Di Pertuan Agung.

Jika benar demikian halnya maka jelas dan nyata imuniti raja raja di negara ini sudah tiada kuasa lagi.malahan institusi raja raja hanya alat saja tidak lebih daripada itu.

Yang punya kuasa ialah perdana menteri bukan yang di pertuan Agung lagi.

Mengikut konvensyen dan protokol antarabangsa, kalau sesebuah negara ada Raja dan Perdana Menteri atau Presiden dan Perdana Menteri, maka Raja atau Presiden adalah Ketua Negara (Head of State) manakala Perdana Menteri pula Ketua Kerajaan (Head of Government);

Tetapi ada juga anomali. Misalnya Presiden Perancis. Dia Ketua Negara dan Ketua Kerajaan walaupun dia ada Perdana Menteri yang dia lantik.

Di Amerika Syarikat pula, Presiden Obama adalah Ketua Negara, Ketua Kerajaan dan Ketua Turus Angkatan Tentera (Commander-in-Chief)

Di negara kita, SPB Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan yang mengendalikan pemerintahan

Ada juga negara yang Perdana Menterinya Ketua Kerajaan dan Governor General adalah "Ketua Kerajaan" mewakili Queen Elizabet seperti Australia, Kanada dan New Zealand.

Di mana Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan macam Amerika dan Perancis, isteri mereka diberi gelaran "First Lady" atau Wanita Pertama.

Saya tidak pernah pula dengar orang panggil isteri Perdana Menteri British First Lady.Tapi hari Najib punya hal isterinya di gelaran sebagai wanita pertama Negara menerusi penubuhan bahagian wanita pertama Negara di jabatan perdana menteri dan mendapat peruntukan kewangan sama macam kementerian kementerian yang diwujudkan.
-tranungkite-

Panas!! Gambar Puteri UMNO minum arak!!

0 comments
UNTUK BESARKAN KLIK PADA GAMBAR

Mesir: Encik datang dari Umno bahagian mana?

0 comments
SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

“Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

“Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar,” katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

“Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

“Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

“Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. “Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576,” katanya

Belajar dari kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya

0 comments

KOTA BHARU, 5 Feb: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak yang mahu menutup mulutnya (dari terus memperkatakan Islam) supaya mengambil iktibar dari peristiwa ulama yang ditutup mulut mereka oleh pemerintah Mesir.

Beliau yang juga Menteri Besar mahu peristiwa yang berlaku ke atas Presiden Hosni Mubarak diambil ingatan oleh pihak berkenaan.


“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia (dalam isu revolusi Mesir yang mahukan Hosni Mubaratk berundur),” katanya pada Kuliah Mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Terdahulu dari itu beliau mengimamkan solat hajat untukkesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir. (gambar)

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz.

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS itu pada sidang media di Kampung Redong sempena kempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mendakwa pengundi yang tidak menyokong calon PAS sebagai orang jahiliah.

Mengulas dakwaan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris yang mendakwa Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan bercanggah dengan syarak, justeru mahukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS itu, Nik Aziz berkata beliau amat bersetuju kalau ada pihak mahu berdialog dengannya mengenai Islam.

“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik’.

“Berdebat dan berdialog adalah ajaran agama, bukan hanya ajaran demokrasi.

“Saya bersetuju kalau orang berdialog dengan saya (dan hendaklah) ‘pegang Al-Quran’.

“Untuk majlis dialog itu, orang tengahnya ialah Al-Quran, tetapi kalau berdialog tidak ada panduan, mana boleh,” katanya.

Beliau turut meminta pemimpin negara ini ambil iktibar dari peristiwa revolusi Mesir yang hangat kini.

Beliau menyifatkan rakyat dan pemimpin Negara adalah sama.

“Namun rakyat mudah mendengar nasihat, tetapi yang payahnya pemimpin, ini kerana mereka merasakan mereka itu pemimpin yang cerdik berbanding orang lain.

“Tahu-tahu, dia kena guling, barulah dia reti,” katanya sinis.

Beliau menegaskan umat Islam mukmin wajib menolak ideology lain termasuk ideologi Melayu atau nasionalis.

“Kerana apa, kerana Al-Quran adalah lebih dari segala-galanya.

“Di Malaysia sendiri, Allah swt beri kepada orang Melayu agama (Islam), namun ada di kalangan orang Melayu sendiri menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasar perjuangan partinya). Ini menyebabkan timbulnya kecelaruan,” dakwanya.


Harakahdaily

Demo isu Mesir di KL, Polis ludah muka warga tua

0 comments
Semasa demonstrasi menyokong rakyat Mesir menggulingkan pemimpin zalim Hosni Mubarak yang diadakan di ibu negara semalam, seorang warga tua ditengking dan diludah anggota polis pada mukanya ketika pihak berkuasa itu menyuraikan perarakan dan perhimpunan solidariti rakyat Mesir, kata Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.





“Warga tua itu hanya bertanya polis, mengapa anaknya ditahan tetapi polis memarahi dan meludah mukanya. Sedangkan, mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang,” katanya lagi.



Beliau berkata, polis juga memukul dan mengheret anak warga tua itu yang sedang membeli minuman di hadapan bangunan Tabung Haji.

“Selepas ditahan, mereka dibiarkan selama berjam-jam di dalam trak polis dan tidak dibenarkan untuk bertemu keluarga dan peguam.

“Tahanan mengadu, proses soal siasat dibuat dalam keadaan mereka duduk di lantai, seolah-olah mereka ini penjenayah besar. Mereka juga ditanya soalan-soalan yang tidak masuk akal,” kata Latheefa.

Beliau berkata, beberapa peserta perarakan juga bercadang untuk membuat laporan kerana tindakan ganas polis itu manakala keluarga tahanan sedang memikirkan tindakan lanjut.

Kata Latheefa, ramai peserta perarakan dipukul, ditendang dan digari secara kasar oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika menyuraikan peserta perarakan.

Dalam perarakan solidariti terhadap rakyat Mesir semalam, 7 peserta ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan lisan kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Semua tujuh yang ditahan sudah dibebas tapi Latheefa tidak pasti sama ada mereka akan didakwa di mahkamah. [keadilandaily]





ReJaM©: Selama ini bila dipersoalkan kezaliman mereka, pihak berkuasa akan menjawab "kami sekadar menjalankan tugas", kini Polis Malaysia, menerima satu lagi tugas baru, "Meludah muka warga tua".


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/demo-isu-mesir-di-kl-polis-ludah-muka.html#ixzz1D894ttuG

Friday, February 4, 2011

Rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan sebagai mati syahid – al-Qaradhawi

0 comments

http://www.biyokulule.com/sawiro/sawirada_waaweyn/al-Qaradawi2_3.jpg
Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Syaikh Yusuf al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.
Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.
Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.
Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.
Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi
Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.(4 Febuari 2010)
Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.
Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.
Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.
Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.
Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.
Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid
Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.
Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.
Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.
Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.
Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.
Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak,  pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Polis halang demo anti Mubarak, adalah Umno akan adakan demo sokong Mubarak ?

0 comments
KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir.


Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.


Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.


Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.


Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.


Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.




























LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin