;

Saturday, August 29, 2009

BN diperangkap 'HADARI' ciptaan sendiri

0 comments

Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya.

Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya. Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan.

Maka terdedahlah kelemahan kerajaan Barisan Nasional melalui sikap berdolak-daliknya dan hipokrasi dalam pelaksanaan undang-undang syariah.

Saya tertarik dengan petikan artikel dari blog

Arak Ibu Segala Maksiat

1. الخمر أم الخبائث
Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan

Riwayat At tabarani

Beza antara manusia dengan binatang ialah aqal . Kerana aqal manusia ditaklifkan dengan tanggungjawab pengabdian diri kepada Allah swt . Aqal jua meletakkan manusia waras bertindak dan merencana . Justeru itu , demi meletakkan manusia dalam kewarasan maka Islam mengharamkan arak dan segala perkara yang memabukkan .

2. Pengharaman arak adalah bersifat ijma' dan qatei . Sabit dalil dari nas al quran [ surah al Maaidah : Ayat 90 - 91 ] sementara nas daripada hadis Nabi saw , antaranya ialah :

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya adalah haram.

Riwayat Ahmad , Abu Dawud , At Tarmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة مدمن الخمر و العاق و الديوث الذي يقر الخبث في أهله

Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya .

Riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi

لعن النبي صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة عاصرها و معتصرها و شاربها و حاملها
و المحمولة إليه وساقيها و بائعها و أكل ثمنها و المشترى لها و المشترى له

di riwayatkan dari Anas rha bahawa rasulullah saw bersabda : [ dalam hal arak ini ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya , pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya .]

Riwayat Ibnu Majah dan at Tarmizi

3. Hukuman atas pesalah arak .

Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan .

4. Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali . Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ] berkata :

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي

Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali , semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kali rotan ]

Riwayat Imam Muslim

Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya , Imam Malik , al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.

Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak , maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [ selipar ] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak , maka beliau berbuat seperti itu juga . Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar , lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini . Ibn Auf [ Abdur Rahman ] berkata : sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan , maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .

Riwayat Ahmad , Muslim , Abu Dawud dan At tarmizi

5. Alat untuk Merotan

Tidak sabit dalam dari Rasulullah saw bahawa baginda menetapkan alat - alat tertentu untuk memukul peminum Arak . kadang - kadang baginda memukul dengan selipar , kadang - kadang dengan pelepah tamar , kadang - kadang dengan rotan dan pelepah tamar , kadang - kadang dengan tangan dan selipar seperti di riwayat berikut .

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جلد في الخمر بالجريد و النعال و جلد أبو بكر أربعين

Bahawa rasulullah saw memukul dalam hukuman meminum Arak dengan pelepah tamar dan selipar dan Abu Bakar memukul 40 pukulan .

Muttafaqun Alaih

Abu Said berkata : Pada zaman rasulullah saw , hukuman meminum arak dipukul 40 kali dengan dua selipar maka pada zaman Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap - tiap satu selipar.

Riwayat : Ahmad

6. Tindakan merotan sekuat - kuat dengan menggunakan rotan yang besar dan mencederakan dengan satu kecederaan yang parah adalah suatu yang bercanggah dengan kaedah sebatan dalam Islam .

7. Justeru itu ada 2 perkara yang perlu dilihat semula , pertama berkait dengan jumlah sebatan dan kedua ialah cara sebatan .

8. Walaupun Islam meletakkan meletakkan jumlah yang besar iaitu 40 hingga 80 , ia tidaklah membawa kecederaan sebagaimana hanya 6 sebatan mengikut undang - undang manusia di mahkamah sivil .[ rujuk gambar ]

9. Saya dapat satu info dari sahabat dengan membawa satu frasa yang menarik :

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam . Rotan tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran . Sementara saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagih arak .

Dr Marina Chuhrova [ saintis Rusia ] menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini . Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka kaedah ini tetapi apabila mereka merasai kebaikannya , mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini [ rotan ] . Malah mereka sanggup pula membayar sekitar RM 400 untuk satu sessi rawatan .

10. ...... Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment , similar to that doled out regularly in British Schools in the last century , helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommend caning and says the treatment work . A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best .

....... The Russian team says they are now charging for caning sessions and are getting over U.S $ 100 per patient for a standard treatment .


Umno parti ekstrem yang terdesak.....

0 comments
Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis tunggu dan lihat cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

Image"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An'aam.

Firman Allah bermaksud, 'Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.'

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda ekstrem terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan 'Kami Bantah'.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, 'Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa'.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden Kepala Lembu Berdarah itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. Umumnya rakyat Malaysia berbilang kaum mempunyai toleransi yang tinggi terhadap amalan agama orang lain. Sedikit masa dahulu, perasaan orang-orang Islam cuba dipanaskan dengan hasutan kononnya Ahli Parlimen Seputih, YB Teresa Kok dan DAP menghalang laungan azan . Sebelumnya isu penternakan babi dimainkan untuk menimbul kemarahan orang Islam. Cerita-cerita ini sengaja dimainkan oleh Utusan Melayu buat seketika. Kemudian cerita-cerita pembohongan yang mengatakan jumlah kuil bertambah di Selangor semenjak PR memerintah. Bila perkara ini disampaikan kepada Dr Siti Mariah Mahmud, beliau minta si pembawa berita tunjukkan kepada beliau di mana kuil baru dalam kawasan Kota Raja. Kawasan Kota Raja mempunyai 28% penganut Hindu. Langsung terdiam. Sekarang perasaan kaum India pula cuba dibakarkan pula. Memang ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan pergeseran kaum dan menggambarkan yang kedudukan Islam dan Melayu semakin terhakis. Perasaan tidak selamat (insecurity) inilah yang akan menyebabkan sesetengah orang begitu emosi. Walau bagaimana beremosi sekali pun seorang itu tidak akan bertindak bersendirian. Perlu ada mereka-mereka yang menjadi fasilitator menghembus perasaan supaya menjadi api yang semarak. Jika pihak-pihak yang terdesak ini tidak berjaya untuk memprovokasi orang awam untuk mengganas, maka tidak hairan mereka akan mengupah pihak-pihak tertentu yang sanggup mencetuskan kekacauan. Tujuan mereka ialah mengambil alih negeri Selangor dengan apa cara sekali pun. Jadi tidak hairan jika mereka sedang mencari jalan untuk mencetuskan kekacauan dan menggunakan undang-undang darurat atau mageran dinegeri Selangor seperti yang pernah berlaku di Kelantan di dalam tahun 70an.Dan taktik paling kotor mereka 13 Mei. Merekalah yang punca ibu segala kekacauan.

Jadi awas lah rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan keamanan. Jangan terperangkap dengan tipu daya orang-orang yang terdesak ini. Mereka gagal memenangi semua PRK di semenanjung, gagal menyebabkan perkelahian dan perpecahan parti-parti dalam PR, gagal mencetuskan pergaduhan sesama rakyat, gagal untuk mencari katak-katak yang cukup dikalangan ADUN PR untuk melompat menyokong mereka............ mereka akan mencuba lagi. Entah apa pula karenah mereka ??

Ingatlahlah fikrah dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini!. Ingatlah! Wahai saudaraku sekalian. Rebutlah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Bukannya merebut ganjaran keduniaan. Takutlah dikau akan seksaanya yang maha dasyat.....

Thursday, August 27, 2009

Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM

0 comments

POLEMIK berkaitan sebatan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno,
(gambar hiasan saja tiada kena mengena dengan kes ini)

Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.

Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.

"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.

"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.

"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.

Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.

PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.

Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu.

Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.

"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.

Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."

sumber - malaysiakini

Selepas MCA, MIC Pula Retak Menanti Belah

0 comments


MCA sudah Tadak Mau Sama Saya...
Sekarang Siapa Mau Saya Angkat Tangan...?????

Satu tamparan lagi ke muka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Mohd Yassin yang menyatakan Pakatan Rakyat retak menanti belah. Selepas MCA, parti kedua terbesar BN mengalami krisis yang parah ekoran isu PKFZ dan Chua Soi Lek yang dipecat, kini MIC, parti ketiga terbesar di dalam BN pula hadapai krisis yang parah.

Apa yang berlaku di dalam MCA dan MIC menunjukkan BN sebagai parti yang retak menanti belah, dan UMNO kini terkai-kapai sendirian. Itu akibat dari kecelupran Muhyiddin yang menuduh parti orang lain retak menanti belah, sedangkan BNlah kini yang menghadapi masalah itu.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.

"Saya tidak akan menerima beliau kerana beliau telah membelakangkan hasrat saya (dengan bertanding jawatan nombor dua)," katanya yang sekaligus menamatkan spekulasi beliau kemungkinan akan menerima Sothinathan selepas pemilihan parti.

"Saya tidak pernah mengiktiraf atau menyokong beliau. Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya.

Samy Vellu berkata, Sothinathan telah mengelirukan perwakilan dengan memberitahu cerita yang berlainan kepada orang yang berlainan bagi meraih undi.

"Saya yang membawa beliau ke dalam parti ketika beliau hanyalah kakitangan Koperasi Pekerja Jaya.

"Beliau telah lupa dan sekarang, apabila beliau berjumpa dengan orang-orang yang tidak menyukai saya, beliau memberitahu mereka supaya mengelak daripada saya.

"Tapi apabila beliau bertemu dengan penyokong saya, beliau memberitahu mereka yang saya seperti bapanya dan oleh itu, mereka (penyokong saya) perlu mengundi beliau," katanya.

Sothinathan, 49, penyandang jawatan naib presiden akan mencabar Palanivel dan bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam bagi jawatan timbalan presiden.

Samy Vellu, yang mengiktiraf Palanivel untuk terus memegang jawatan itu berkata, politik bukan satu permainan.

"Tidak ada ruang untuk orang yang tidak serius dan memandang mudah ahli-ahli yang lain," katanya.

Samy Vellu berkata, beliau adalah orang yang melantik Sothinathan sebagai setiausaha agung parti yang membolehkannya berhubung rapat dengan perwakilan dan pengerusi cawangan.

"Saya tidak harap beliau (Sothinathan) menghargai tetapi saya tidak mahu beliau memperdaya perwakilan dan ahli-ahli parti dengan mempercayai yang beliau adalah orang Samy Vellu.

"Beliau adalah beliau yang sekarang kerana saya. Tanpa saya, beliau tidak akan menjadi Ahli Parlimen Teluk Kemang, seorang Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri.

"Beliau menjadi seseorang hari ini kerana saya dan hari ini, beliau menggunakannya (kedudukan) untuk mencemarkan nama dan kerja-kerja yang saya lakukan untuk parti," katanya.

Samy Vellu berkata, beliau mahu membina ahli-ahli pasukan dalam MIC namun Sothinathan ingin menjadi bekerja sendirian.

"Apa yang saya tahu, apabila orang yang saya didik menipu saya, saya akan menyingkirkannya dari fikiran saya dan ramai ahli-ahli MIC dan pengerusi cawangan tahu tentang ini," katanya.

Dialog Pindah kuil akan diadakan dengan penduduk Seksyen 23

0 comments
Kerajaan negeri Selangor serta para wakil rakyatnya di Shah Alam akan mengadakan dialog khas dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam ekoran keputusan kerajaan memindahkan sebuah kuil Hindu ke situ.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dialog itu akan diadakan tidak lama lagi antara pihak-pihak yang terlibat.

Kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memindahkan kuil Hindu yang terletak di Seksyen 19 ke sebuah tanah perindustrian di Seksyen 23.

Ia dibuat dengan persetujuan jawatankuasa kuil berkenaan selepas mengambilkira kedudukannya yang tidak berapa sesuai kerana terlalu rapat dengan rumah penduduk di sana.

Kuil ini dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.

Keputusan ini telah dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan penduduk beragama Hindu hanya sedikit atau minoriti sahaja di situ.

"Bagi saya hujjah ini tidak sesuai. Ini kerana, kalau hujjah ini digunapakai, di mana kita mahu membina kuil untuk penganut Hindu ini kerana orang Melayu adalah majoriti di Shah Alam.

Image"Di Klang, masjid dan surau juga dibina di kawasan majoriti Hindu," katanya.

Semasa kerajaan BN dahulu, kata Khalid, kuil di Seksyen 16 dibina bersebelahan dengan masjid sahaja. "Masa itu kita (PAS) tidak bantahpun," katanya.

Menurut Khalid, penduduk Seksyen 19 sudah 25 tahun membantah kehadiran kuil itu di sana kerana ia terlalu hampir dengan rumah mereka iaitu kira-kira 200 meter sahaja.

"Semasa mereka membeli rumah di situ, dalam layout plannya tidak adapun kuil itu. Mereka terasa tertipu," katanya.

Jadi, menurut Khalid, apa yang dibuat oleh kerajaan negeri adalah memindah kuil itu ke tapak yang lebih sesuai iaitu tidak dalam kawasan perumahan dan tidak akan mengganggu orang ramai.

"Memandangkan tapak asal kuil ini milik PKNS, maka tanah industri PKNS juga yang diambil untuk pembinaan kuil baru ini dengan persetujuan Majlis Bandaraya Shah Alam," kata Khalid.

_

Tuesday, August 25, 2009

Pas menang! Kiraan rasmi PAS mendapat 9,618 undi

0 comments
Alhamdulillah...takbir!!

PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.

Monday, August 24, 2009

Kedah dan Selangor dalam bahaya

0 comments
Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Posted by Otai Manjung Man

Friday, August 21, 2009

Menjawab tokmahan TV3 terhadap Tok Guru

0 comments

Tok Guru Nik Aziz dilaporkan telah berkata bahawa orang UMNO tidak akan masyuk syurga, ini mengecewakan ramai orang UMNO yang ingin kesyurga.. dan saya harap mereka akan kesana secepat mungkin

Bagaimanapun apa yang sebenarnya dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz??

Baca betul-betul dan korang akan jumpa ..

Kenyataan TG Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh Buletin Utama TV3:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Kenyataan TG Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan ole Bernama:

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Nampak tak apa yang berbeza??.

Tok Guru kata orang UMNO tidak akan kesyurga kerana mengamalkan ajaran Islam Palsu dari PALESTINE tapi TV3 kata Islam PLASTIK......

Tak faham tak mahu bertanya... itulah hasilnya..


Sumber : Malaysia Today

Puluhan ribu menghadiri ceramah Khairi diPermatang Pasir!!

0 comments

Khairi sedang berucap dihadapan puluhan ribu pendengar.

Permatang Pasir - Dalam ceramahnya yang telah dihadiri puluhan ribu pengundi Permatang Pasir ( tak percaya korang tengok gambar kat atas) Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO yang terlupa bahawa haknya untuk dilantik bagi menerajui sebarang Kementerian dalam Kerajaan Malaysia telah dinafikan oleh Najib,telah mendakwa bahawa PAS telah dipinggirkan dan dinafikan haknya oleh DAP kerana tiada seorang EXCO pun yang dilantik dari PAS.

"Saya cabar Lim Guan Eng untuk melantik calon PAS itu sebagai exco jika dia menang" tambahnya lagi disusuli dengan sorakkan dari ribuan pengundi yang tak tahu dari mana datangnya dan majoriti kelihatan memakai baju BN.

Sengih menutup malu.. pasal kerusi lebih banyak dari orang.

Menyentuh mengenai calon BN di Permatang Pasir pula Khairi berkata " Saya dah kenal dia lebih sepuluh tahun dan dia ni baik" kononnyala....

Itu adalah terjemahan berita yang dibuat ikut suka aku dengan sedikit tambahan..

Gambar dan berita asalnya dari : The Malaysian Insider

Inikah yang dinamakan 1 Nation yang konon-kononnya telus......

0 comments
ALAT KEMPEN




Nampak..? kalau tak nampak, aku zoom in kasi nampak...
(benda ni terdapat dalam masjid..mana pegi bilik operasi BN..??)

JENTERA KEMPEN





gaya2 macam budak sekolah aje..? mana pegi petugas2 BN..mogok ke atau malu nak kempen utk calon yg bermasalah..??

MANGSA KEMPEN



"Saya adalah seorang bapa kepada anak-anak saya... seorang suami kepada isteri saya dan seorang anak kepada ibu-bapa saya dan hasil dari tuduhan tersebut, mereka-mereka ini menanggung malu... saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku terhadap diri saya dan keluarga saya, saya masih menghormati diri saya sendiri dan juga mereka-mereka yang mendampingi saya dan oleh kerana itulah saya tampil hari ini untuk membersihkan kembali nama saya yang telah dicemarkan oleh mereka-mereka yang gila pada kuasa, dan juga miskin politik!"

UMNO lah sebenarnya PENDERHAKA bangsa Melayu

0 comments
Setelah matanya berair,perit dan sakit terkena gas pemedih mata, dia sudah tidak berganjak. Biarpun sudah berusia 75 tahun, dengan 'kedegilan' dan cekal hati,dia terus bangkit berjuang, bercakap dan bersuara 'tanpa' henti.

Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, Bahasa Melayu yang telah dihina.

Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membantah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah 'mengorbankan' kebijaksanaan pelajar melayu,utamanya di desa nun jauh di sana.

Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.
Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru mekanisme "pendaratan lembut" ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu.

Beliau juga berkata, di peringkat UPSR, subjek Sains dan Matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.

Alimuddin juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.

Dengan pendekatan terbaru "pendaratan lembut" pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).

Curi-curi ajar BM

Malam ini, A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu (foto kanan).

"Dalam kempen, saya akan ingatkan, kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017.

"Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri. Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung," kata Pak Samad lagi.

Beliau juga menyifatkan penjelasan terbaru Alimuddin kelmarin menyebabkan status PPSMI "menjadi semakin tidak jelas".

Pak Samad berkata, ia berpunca daripada penjelasan awal Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status dasar itu yang "tidak tuntas dan berdikit-dikit".

"Nampaknya menteri tidak menjelaskannya (pemansuhan PPSMI) secara tuntas, tetapi membiarkan anak buahnya menyambung.

"Macam (konsep) Satu Malaysia juga, diumumkan dulu, kemudian orang itu perjelas sedikit, orang ini perjelas sedikit," kata A Samad, menyindir slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi GMP Dr Shahrir Md Zain menggesa kerajaan membenarkan guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun hadapan.

"GMP mendesak kerajaan mengizinkan guru sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik mulai tahun hadapan kerana selama ini pun mereka curi-curi mengajar dalam bahasa Melayu; dan pelajar diizinkan menjawab dalam bahasa Melayu," katanya kepada Malaysiakini.

Jejas pelajar Melayu

"GMP tidak bersetuju dengan hasrat ketua pengarah pelajaran mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012, seperti yang dilaporkan akhbar semalam."

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amirudin Shari menyifatkan penjelasan Alimuddin sebagai "bagaimana liciknya penipuan" yang dibuat oleh Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri.

Tambahnya, melanjutkan lagi PPSMI boleh menjejaskan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa Melayu.

"Bagi kami keputusan kabinet ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda di sekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindungi kroni daripada kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membingungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat Melayu di kawasan luar bandar."

posted by malaysiakini

N11 Permatang Pasir : Sidang Media Live

0 comments

Untuk maklumat secara langsung dan tepat untuk pengundi dan orang ramai yang berminat nak tau perkembangan terkini dari Permatang Pasir, WebTVPAS ada sediakan siaran langsung Sidang media yang diadakan setiap hari.

Sidang Media tu diadakan setiap pagi jam 11 pagi di Markaz Induk PAS untuk PRK N11 Permatang Pasir. Sidang Media tu biasanya dikendalikan oleh Pengarah Operasi Pilihanraya PAS, YB Hj Mahfuz Omar.

Biasanya Sidang Media tu akanturut disertai oleh calon PAS, Ustaz Salleh Man. Selain tu beberapa pimpinan tertinggi jugak akan turut serta.

Jadinya untuk mengikuti perkembangan terkini PRK Permatang Pasir, pihak Unit IT buat siaran secara langsung melalui WebTVPAS saluran 3.

Wednesday, August 19, 2009

Apabila umatku telah membuat 15 perkara

0 comments

Oleh : Hizamri Johari


Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.):

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala ( jerebu, h1n1, h5n1, aids ) pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja. ( kroni2, ahli politik, top level management, shareholders, )

2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan. ( Nak kaya masuklah politik )

3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman). ( Institut Baitulmal kerjasama dengan UITM, kalau tak cukup belanja, boleh buat pinjaman. )

4 - Suami taat pada isteri. ( Suami takut pada isteri pun dah banyak.. Siap kena belasah/simbah asid lagi.. )

5 - Anak mendurhakai ibunya.

6 - (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.

7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya. ( Ibu bapa tidak lebih dari ATM tempat dapat wang belanja )

8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.

9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu. (http://www.geocitie s.com/surprising 2008/seks. htm )

10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. ( polis, sb, yang pro kepada sebelah sahaja pihak.. )

11 - Arak diminum di merata-rata tempat. ( siap buat pertandingan minum arak lagi.. )

12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis dapat pangkat.. termasuklah Dato' Shah Rukh Khan.. )

14 - Banyak muzik dimainkan. ( jom heboh, afx, jjl, hmi, mi, dll - dalam masiid je yang belum lagi )

15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. ( Syiah.. Golongan Anti Hadith.. )

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

17 Pengkhianatan Umno Kepada Melayu – Dato’ KJ

0 comments

Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ”Anwar Pengkhianat”, mereka lupa bahawa Umnolah yang memulakan pengkhianatan kepada orang Melayu.

Dato Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahatir.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan pada 16 Ogos lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

”Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr mahathi sehingga sekarang di bawah Najib”, kata Dato’ Kamaruddin Jaafar.

”Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya”, kata Dato Kamaruddin.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang ke-dua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tanagn PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melatu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

”Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi” kata Dato’ KJ lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar di dalam Majlis Hi-Tea tersebut;-

  1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
  2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
  3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
  4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
  5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
  6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
  7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
  8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
  9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
  10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
  11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
  12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
  13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
  14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
  15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
  16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
  17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Dato’ Kamruddin Jaafar menegaskan bahawa sentimen “pengkhianat Melayu” ini dimainkan demi untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat pada hari ini.

Di dalam majlis berkenaan, Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak turut memberi ucapan kepada hadirin dan tetamu yang datang dan membuat sumbangan.

Majlis tersebut di pengerusikan oleh Sdra Khairulfahmi Matsom, Ketua Penerangan PAS Kawasan Gombak.

Di dalam majlis tersebut, Pemuda PAS Gombak ditugaskan untuk menyediakan dewan dan tempat program.

www.PemudaGombak.com

Sunday, August 16, 2009

Tentera Merah di Tanah Perkuburan.......

0 comments
Ini bukan cerita tahyul seperti hantu jepun dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Tetapi kisah benar yang terjadi pagi semalam.
Seramai 16 orang Unit Amal Kota Raja dari Cwg Kota Kemuning, Johan Setia, Jalan Kebun, Bukit Naga, Kota Raja dan Kg Jawa bersama-sama kariah setempat telah mengadakan Program Amal Gotong Royong Perdana membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Orang Islam Kg Jawa pada 16.08.08 ( semalam ) bersempena hadirnya bulan Ramadhan yang akan datang. Ini merupakan salah satu program mendekatkan diri kepada masyarakat dan ukhwah dikalangan ahli serta membuktikan bahawa Unit Amal bukan hanya sekadar satu organisasi keselamatan bahkan ia merupakan satu organisasi yang merangkumi kerja-kerja amal yang mana memerlukan kesabaran, ketabahan dan semangat yang tinggi serta wala' kepada pimpinan.

Bersarapan dahulu mengalas perut sebelum beramal.Semua ahli berkumpul dahulu ditapak perkuburan untuk mencatit kedatangan dan pemberian Bai'ah dan lirik lagu Amal.Taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penyelaras UAKR En. Abd. Halim atau Pak Yop.
Ucapan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Ketua Pemuda DPPKR Sdr. Zainal yang juga selaku Penasihat Unit Amal Kota Raja.Beramai-ramai menyanyikan Lagu Rasmi Unit Amal dengan penuh semangat dipimpin oleh Penyelaras UAKR.Acara diteruskan dengan kawat ringkas dan berbai'ah dipimpin oleh Sdr Noor Akif Taklimat ringkas dan aluan yang disampaikan oleh Ketua Kampung Tuan Hj. Ismail b. AbdullahAhli Majlis Tn. Hj Mohd Termizi b. Ismail pun turut hadir memberikan sokongan dan semangat buat UAKR.
ITimbalan Ketua DPPKR begitu tekun bekerja. Jangan tonggeng tajam sangat bang! Mengancam you...






Berehat seketika sambil beramah mesra dengan Ketua Kampung.
Bersiap-siap untuk bergerak ke Surau Quarters Guru Kg Jawa untuk acara selanjutnya....
.Tu dia.. UAKR dijamu dengan buah-buahan tempatan yang segar. Durian, Pulasan, Manggis dan berbagai jenis lagi... Rezeki jangan ditolak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kariah Surau dan Masjid Kg Jawa yang sudi mengundang kami serta syabas diucapkan kepada ahli-ahli UAKR yang turun beramal pada hari tersebut. Diharap program seperti ini tidak terhenti setakat ini dan akan dijadikan ianya satu program tahunan.. InsyaAllah.

Subsidi yang menipu rakyat ( BN dah xder sponsor utk Permatang Pasir ? )

0 comments
Sempena bulan kemerdekaan ni… rakyat pahang terus ditipu oleh kerajaan negeri. kononnya kerajaan pahang memberi subsidi bil air di negeri ini. bagi sesiapa yang terima bil tanpa banyak songeh, mereka tentu tak perasan apa yang kerajaan pahang buat.

memang benar, tertera dalam bil air bulan ni ada subsidi kerajaan negeri. tapi adakah rakyat pahang tahu. anda telah ditipu hidup-hidup!

ini adalah bil air di sebuah rumah di pahang. kebetulan motorcabok singgah di rumah kawan lama. dia merungut-rungut tentang bil ni.

tertera di belakang bil air ini kadar-kadar bayaran bil air. bagi kategori rumahtangga dengan penggunaan air 0-18m³ (RM0.37) dan penggunaan air di antara 18.0-45m³ (RM0.79).



pengiraan bagi bil air ini memang salah dan tidak mengikut kadar yang ditetapkan di belakang bil. lihatlah sendiri, rumah ini menggunakan air sebanyak 32m³ dan sepatutnya membayar 32m³ X RM0.79 = RM 25.28 tetapi apa yang tercatat pada bil pada di bahagian patut bayar RM43.20


Subsidi yang diberi oleh kerajaan negeri RM 26.32. jadi setelah ditolak subsidi tu... pengguna ini hanya perlu membayar bil bulan ini setelah penggenapan hanyalah RM16.90 (murahnya...bil bulan ni)

pandai sungguh kerajaan negeri menipu rakyat. katanya diberi subsidi tapi yang apa yang sebenarnya berlaku hanyalah rakyat didahulukan untuk ditipu. sepatutnya pengguna ini tidak perlu membayar apa-apa lagi untuk bil bulan ini kerana subsidi yang diberikan kerajaan negeri telah melebihi apa yang sepatutnya pengguna ni bayar.

hampa tauuuu…. kadar bil air bagi rumah ni untuk bulan ogos ni RM1.35 untuk 1m³ berbanding yang sepatutnya RM0.37 hingga RM 0.79 sahaja.

kerajaan negeri bagi subsidi tapi menipu kadar yang sepatutnya. orang pahang… “deme” tengok le betul-betul bil air rumah “deme”!!... mungkin anda pun kena tipu.

eeeeemmmm.... ada sape-sape nak jawab tentang bil air ni?!

.

Surat Palsu : Permainan Kotor BN

0 comments
Surat Palsu: Pemuda PAS timbang tindakan undang undang

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang undang berikutan pengedaran surat palsu yang mendakwa dewan itu memohon maaf dan bertanggungjawab membayar pampasan kerosakan kepada para peniaga ekoran himpunan Mansuh ISA 1 Ogos lalu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan ketika ditemui berkata, Pemuda PAS akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat dan sedang mengumpul bukti bagi mengemukakan saman kepada pihak yang telah dikenalpasti memalsu dan mengedar surat tersebut.

"InsyaAllah kita akan mengambil tindakan undang-undang. Pertama kita akan buat report polis dan kita juga sedang mengambil kira untuk memfailkan saman kerana kita telah mendapat bukti sumber yang membuat surat palsu ini dan mengedarkannya," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PAS baru-baru ini.

Sebuah akhbar bahasa inggeris pada 11 Ogos lalu telah menyiarkan surat tersebut. Surat berkenaan menggunakan kepala surat DPP dan bertanda tangan Nasruddin Hassan. Namun bagaimanapun kesilapan jelas dilihat apabila jawatan Nasruddin pada surat tersebut hanya ditulis sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS.

Nasruddin hanya mendapat tahu tentang surat palsu itu apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka peniaga di jalan TAR datang ke pejabatnya dengan membawa salinan surat tersebut beserta senarai kerosakan bagi menuntut gantirugi.

"Surat tersebut memang palsu. Ianya berniat jahat kepada DPP, menggunakan nama saya, tandatangan yang diciplak dan cop DPP yang ditiru," ujarnya menafikan surat tersebut. Image

(Nasruddin memegang surat palsu dan senaraui kerosakan)

DPP juga katanya berpendapat pihak polis yang perlu bertanggungjawab membayar gantirugi diatas segala kerosakan yang berlaku.

Jelasnya, jika tiada sebarang tembakan gas dan pancutan meriam air, perhimpunan pada hari tersebut akan berlangsung aman, malah peniaga boleh mengaut lebih untung dari kehadiran ramai orang pada hari itu.

"Yang bertanggungjawab adalah pihak polis. Meraka yang mencetuskan huru hara dan kelam kabut. Kalau tiada gangguan mereka, kita boleh berhimpun aman dan bersurai selepas itu dengan baik, tambahnya.

harakahdaily

PAS lwn BN - Pengumuman rasmi oleh SPR

0 comments

PAS lwn BN. Dua penjuru. Itu pengumuman rasmi oleh SPR sebentar tadi. Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25 Ogos depan.

11.30 pagi

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

10.55 pagi

Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

10.20 pagi

Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi

Suasana sekitar penamaan calon hari ini, diwarnai dengan pemakaian topeng 'H1N1' oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong kedua-dua parti - PAS dan Barisan Nasional bagi mengelak angkitan wabak influenza A itu.

Ini termasuklah para petugas terdiri daripada anggota pasukan keselamatan, kakitangan pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam meminta semua parti yang bertanding mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman dan mengelak jangkitan wabak itu..

9.45 pagi

Calon PAS, Salleh Man pula tiba bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir sama ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh selepas itu.

9.20 pagi

Polis menganggarkan terdapat kira-kira lebih 5,000 orang hadir untuk menyokong calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, berbanding Barisan Nasional (BN), yang mempunyai anggaran kira-kira 800 penyokong sahaja.

9.15 pagi

Mursyildul Am dan Presiden PAS tiba ke pusat penamaan calon. Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini. Lim Guan Eng juga tiba ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi lain-lain pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Jam 8.52 pagi

Calon BN, Rohaizat Othman, memasuki kawasan penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam dan menyerahkan borang pencalonannya


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin