Kerajaan negeri Selangor serta para wakil rakyatnya di Shah Alam akan mengadakan dialog khas dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam ekoran keputusan kerajaan memindahkan sebuah kuil Hindu ke situ.
Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dialog itu akan diadakan tidak lama lagi antara pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memindahkan kuil Hindu yang terletak di Seksyen 19 ke sebuah tanah perindustrian di Seksyen 23. Ia dibuat dengan persetujuan jawatankuasa kuil berkenaan selepas mengambilkira kedudukannya yang tidak berapa sesuai kerana terlalu rapat dengan rumah penduduk di sana. Kuil ini dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam. Keputusan ini telah dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan penduduk beragama Hindu hanya sedikit atau minoriti sahaja di situ. "Bagi saya hujjah ini tidak sesuai. Ini kerana, kalau hujjah ini digunapakai, di mana kita mahu membina kuil untuk penganut Hindu ini kerana orang Melayu adalah majoriti di Shah Alam. "Di Klang, masjid dan surau juga dibina di kawasan majoriti Hindu," katanya. Semasa kerajaan BN dahulu, kata Khalid, kuil di Seksyen 16 dibina bersebelahan dengan masjid sahaja. "Masa itu kita (PAS) tidak bantahpun," katanya. Menurut Khalid, penduduk Seksyen 19 sudah 25 tahun membantah kehadiran kuil itu di sana kerana ia terlalu hampir dengan rumah mereka iaitu kira-kira 200 meter sahaja. "Semasa mereka membeli rumah di situ, dalam layout plannya tidak adapun kuil itu. Mereka terasa tertipu," katanya. Jadi, menurut Khalid, apa yang dibuat oleh kerajaan negeri adalah memindah kuil itu ke tapak yang lebih sesuai iaitu tidak dalam kawasan perumahan dan tidak akan mengganggu orang ramai. "Memandangkan tapak asal kuil ini milik PKNS, maka tanah industri PKNS juga yang diambil untuk pembinaan kuil baru ini dengan persetujuan Majlis Bandaraya Shah Alam," kata Khalid. _ |
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment