| |
Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang undang berikutan pengedaran surat palsu yang mendakwa dewan itu memohon maaf dan bertanggungjawab membayar pampasan kerosakan kepada para peniaga ekoran himpunan Mansuh ISA 1 Ogos lalu. Ketuanya, Nasruddin Hassan ketika ditemui berkata, Pemuda PAS akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat dan sedang mengumpul bukti bagi mengemukakan saman kepada pihak yang telah dikenalpasti memalsu dan mengedar surat tersebut. "InsyaAllah kita akan mengambil tindakan undang-undang. Pertama kita akan buat report polis dan kita juga sedang mengambil kira untuk memfailkan saman kerana kita telah mendapat bukti sumber yang membuat surat palsu ini dan mengedarkannya," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PAS baru-baru ini. Sebuah akhbar bahasa inggeris pada 11 Ogos lalu telah menyiarkan surat tersebut. Surat berkenaan menggunakan kepala surat DPP dan bertanda tangan Nasruddin Hassan. Namun bagaimanapun kesilapan jelas dilihat apabila jawatan Nasruddin pada surat tersebut hanya ditulis sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS. Nasruddin hanya mendapat tahu tentang surat palsu itu apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka peniaga di jalan TAR datang ke pejabatnya dengan membawa salinan surat tersebut beserta senarai kerosakan bagi menuntut gantirugi. "Surat tersebut memang palsu. Ianya berniat jahat kepada DPP, menggunakan nama saya, tandatangan yang diciplak dan cop DPP yang ditiru," ujarnya menafikan surat tersebut. (Nasruddin memegang surat palsu dan senaraui kerosakan) DPP juga katanya berpendapat pihak polis yang perlu bertanggungjawab membayar gantirugi diatas segala kerosakan yang berlaku. Jelasnya, jika tiada sebarang tembakan gas dan pancutan meriam air, perhimpunan pada hari tersebut akan berlangsung aman, malah peniaga boleh mengaut lebih untung dari kehadiran ramai orang pada hari itu. "Yang bertanggungjawab adalah pihak polis. Meraka yang mencetuskan huru hara dan kelam kabut. Kalau tiada gangguan mereka, kita boleh berhimpun aman dan bersurai selepas itu dengan baik, tambahnya. harakahdaily |
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment