
walau dengan cara sendiri...demi cita ini..."
Allahyarham Sudir - Warisan
Kali ini di Bagan Pinang, akan menjadi medan ujian buat para tentera kita..
Apakah mereka benar-benar berani?
Apakah mereka benar-benar patriotik?
Apakah mereka bukan alat 'kemenangan' buat UMNO-BN Dulu,Kini,Selamanya?

Rakyat marhaen Malaysia di lebih 7 tempat telah menunjukkan keberanian mereka!
Pokcik Mael di Kuala Terengganu, Uncle Lim di Permatang Pauh,
Kak Zizah di Bukit Gantang, Mr. Sundram di Bukit Selambau,
Ku Rizal di Penanti, Mokcik Nik Piah di Manek Urai,
Auntie Marry di Permatang Pasir...
Kesemua mereka telah membuktikan keberanian mereka dengan menjadi sebahagian daripada statistik majoriti kemenangan Pakatan Rakyat!

Mereka tidak tahu apa itu benet? Jauh sekali apa itu ration?
Mereka tidak pernah memegang Kereta Kebal, mungkin ada yang tak pernah tengok pun!
Amat malang sekiranya masih ada askar kita yang masih bimbang..
setelah mengaku diri mereka pejuang!! Demi Bangsa, Agama dan Negara!

Kamu membuktikan keberanian kamu..
Tidakkah kamu lihat...
Betapa beraninya kami menghunus tangan kelangit?
Meneriakkan kalimah Allahuakbar!
Tika dibalun dengan cotar FRU?
Tika ditembak dengan bom asap canister?
Tika disimbah dengan air kimia yang gatal menusuk ke tulang?
Ada ayah yang mendukung anaknya disitu?
Ada Ibu yang mengendong bayinya di celah-celah laungan Takbir?
Ada muslimah yang menangis, kerana kepedihan mata, namun tetap gagah melangkah ke dalam asap pedih?

Duhai askar yang menjaga kami duhai satria?
Tika nanti akhirnya kamulah punca kekalahan rakyat!!
Kamulah punca kerakusan pemerintah zalim semakin berleluasa!!
Sedangkan janji taat setiamu kepada rakyat Malaysia!
Menjaga kami hingga ke darah yang terakhir!

Ayuh perwira!
Jadilah perwira rakyat!
Jangan jadi Perwira diperalat!
Jangan Jadi Tuah yang buta dek adat!
Yang rela jadi kuda kepada si Zalim yang khianat!

Yang mempertahankan keadilan kepada saudaranya..
Yang rela menyanggah si zalim yang durjana,
Yang berani terkorban walau diri dihina,
namun baru kini,
Melayu kian mengerti siapakah yang sebenarnya perwira!
Bukan si penakut yang tunduk buta pada si Zalim yang bertakhta!
sunsnake
0 comments:
Post a Comment