;


Monday, September 28, 2009

PRK N31 Bagan Pinang - PAS Kota Raja Sedia Hantar Petugas

0 comments



PAS Kota Raja telah bersedia menghantar petugas ke DUN Bagan Pinang bagi membantu jentera pilihanraya Negeri Sembilan menghadapi pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang yang akan di adakan tidak lama lagi.

Persediaan yang dibuat hasil selia Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) Kota Raja telah menyenaraikan petugas yang akan silih berganti bertugas, bermula dari hari penamaan calun hingga ke hari pembuangan undi iaitu pada 11 Oktober 2009.

Dalam mesyuarat khas yang di adakan semalam, PAS kawasan Kota Raja telah di jadualkan untuk bertugas pada 5 dan 9 oktober sahaja, tetapi ramai petugas telah memberikan komitmen untuk terus berada di sana bagi membantu jentera pilihanraya PAS berkempen.

Selain daripada menghantar petugas ke sana, JPrK juga telah mula mengutip sumbangan daripada ahli-ahli bagi membiayai kos piliharaya kecil tersebut.

Sumbangan boleh di buat terus kepada Tuan Haji Nordin (bendahari JPrK) atau Tuan Hj Mulyani (Bendahari Kawasan Kota Raja).

Ketika mood rakyat yang semakin memberikan kepercayaan kepada Pakatan rakyat, PAS Kawasan kota Raja yakin bahawa DUN Bagan Pinang akan jatuh kepada pakatan Rakyat. –Izha

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin