Oleh : Wan Nordin dan Azamin Amin | |
Thursday, 07 May 2009 | |
IPOH, 7 Mei - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa telah ditahan polis pagi ini. Salahuddin sebelum ini ditahan dipercayai ketika cuba untuk membuat sidang media di wisma DAP berhampiran Dewan Undangan Negeri Perak. Sementara itu, sebentar tadi Mujahid turut ditahan polis apabila berada di sekitar kawasan bangunan DUN. Menurut wakil Harakahdaily yang berada di kawasan berkenaan, suasana agak kelam-kabut dengan tindakan pihak polis yang menguatkuasakan larangan berada dalam radius 500 meter sekitar kawasan bangunan DUN. Dalam pada itu, tiga wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ADUN Teratai, Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dipercayai turut ditahan sebentar tadi. Sementara itu, kira-kira 20 orang sudah ditahan polis dipercayai ketika berada di sekitar kawasan berhampiran Dun Perak. Selain itu, suasana di sekitar bulatan Taman Tasik Seenivasagam turut kecoh dan kelam-kabut apabila pihak polis dilihat mengejar orang ramai yang didapati sedang berkumpul. |
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment