WFauzdinNS - Rakyat di Perak tentunya lega dengan keputusan mahkamah di Ipoh hari ini yang membuat keputusan bahawa Ir Nizar masih MB Perak yang sah. Sebenarnya rakyat di Perak ramai yang sudah mengetahui siapakah sebenarnya MB Perak yang sah, tetapi secara undang-undangnya belum diperlihatkan. Hari ini semuanya telah diperlihatkan dan kepercayaan rakyat Perak adalah benar. Kini, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh YAB Ir Nizar?
Seperti yang diberitakan oleh Siaran Astro Awani (Berita BERNAMA) sebentar tadi, YAB Ir Nizar pertamanya akan menggantung tugas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat Exconya dan yang yang paling berani akan dilakukan oleh YAB Ir Nizar adalah untuk mengadap DYMM Sultan Perak bagi pembubaran Dun. Meskipun dari segi politiknya, usaha untuk pembubaran Dun amat-amat ditakuti oleh mana-mana pemerintah kerajaan kerana dikhuatiri akan kehilangan kuasa, namun YAB Ir Nizar bukanlah seorang yang gila kuasa.
Apa yang penting baginya kini adalah kestabilan di Perak dan kepentingan rakyat harus didahulukan. Bukan sedikit risiko yang bakal diambil oleh beliau untuk membubarkan Dun, mungkin beliau akan kehilangan kuasanya yang baru dikembalikan semula kepadanya. Tetapi, jika itu yang rakyat Perak mahukan apakan daya.
Oleh Penulis Tamu@alBanjari Online : WFAUZDIN NS
0 comments:
Post a Comment