Harakahdaily |
NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya. Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama". “Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras,” ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily. Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger. “Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya. Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia. “Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu. |
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment