Datuk  Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan,  Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani  tu.
Timbalan  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada  orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat  Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot  Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
HISHAMMUDDIN  pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling  Jaya. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil  Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.  Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
Gambar  yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu  sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk  bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias,  Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu);  Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah  Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman  (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga  undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di  http://narma-kawan.blogspot.com/2009/11/majlis-ketua-umno-bhg-jelebu-di-masjid.html?zx=c3863d50a57f8796
Saudara  Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap  Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur  Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio? Sdr. Khairy di masjid  ceramah politik ke atau memberi ceramah agama?
Pengerusi  Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi  ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin,  pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh  parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa  Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datuk  Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir  Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama  Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
Program  UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B.  Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
Ni  best sikit.. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima  Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70  warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap  dengan beg lambang UMNO dan Dacing, muka sape pulak kat beg tu?
'Geisha'  UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan  Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam.  Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di  Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
Felda  Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen  Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri  majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda  Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan  Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak  menutup aurat. Tak berani tegur ke?
Ketua  Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran  Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi,  Taman Melati, Wangsa Maju.
Majlis  anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak  Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan  bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri  Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga  turut hadir.
Hingga  ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim,  Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan  untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang  Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?
Dizaman moden ini banyak perkara benar jadi tak benar dan yang tak benar jadi benar telah menjadi slogan UMNO 'menghalalkan cara'.. jadinya, apa yang mereka buat semuanya betul kalau orang lain buat semuanya tak betul dan tak boleh. INSYAALLAH satu hari nanti ALLAH akantunjukkan kepada mereka setiap KEBENARAN. Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Tiada istilah politik suku agama suku.
posted by Orenji Ren Oren



























0 comments:
Post a Comment