Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan  calon  Pakatan Rakyat yang menang dalam pilihan raya kecil Parlimen  Sibu  semalam sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak Umno dan  Barisan  Nasional (BN). Menurutnya,  kempen Umno dan BN sebelum ini yang  memburukkan perjuangan PAS dan  Pakatan Rakyat, namun dengan jelas  membuktikan rakyat telah menolak  perjuangan mereka.
Beliau berkata demikian kepada  media selepas merasmikan IT Tayyibah  di Balai Islam, Lundang, di sini  hari ini.
Katanya, Umno hanya  memperjuangkan ketuanan Melayu sebagai wadah  penting dalam perjuangan  umat namun tidak berjaya mengumpulkan mereka.
“Kempen sebut 1Malaysia, tetapi  pada masa yang sama menyebut ketuanan  Melayu, usahkan orang Cina, orang  Umno sendiripun tak faham bagaimana  boleh berlaku dalam satu masa  perkara yang berbeza.
Sedangkan, menurutnya Islam mengajar  umatnya supaya mencari satu  kefahaman yang sama, iaitu menuju ke syurga  dan bukannya 1Malaysia.
Tuan Guru juga turut mengucapkan  syukur kepada Allah kerana   kemenangan PAS di Kelantan telah  menyebabkan golongan bukan Islam di  negara ini tidak percaya lagi  kepada kerajaan Umno dan BN.
Menurutnya, kempen memburukkan Umno  terhadap PAS dan Pakatan Rakyat  berhubung kerajaan Islam, nampaknya  tidak berhasil apabila pengundi di  Sibu sudah kenal perjuangan parti  itu.
“Saya tahu, Umno dan BN telah  memperbesar-besarkan Negara Islam yang  akan dilaksanakan PAS dan  Pakatan Rakyat dalam pilihan raya di Sibu  baru-baru ini.


“Kempen yang mengharapkan  pengundi bukan Islam takut pada perjuangan  PAS nampaknya tidak berhasil  dan rakyat telah menolak calon mereka dalam  pilihan raya itu semalam,”  ujarnya lagi.
Tambah Tuan Guru lagi, kejayaan  PAS di Kelantan mentadbir negeri itu  sejak 20 tahun lalu, nampaknya  benar-benar telah menjadi model yang  paling baik untuk masyarakat luar  khususnya golongan bukan Islam untuk  menerima dasar parti itu.
Tambahnya, golongan bukan Islam  sebenarnya telah lama faham Islam  bukan sesuatu perkara yang buruk  sebagaimana yang digambarkan mereka  sebelum ini seperti ganas, ekstrem,  tiada kemajuan dan berbagai lagi.
Pada masa yang sama Tuan Guru  turut mengucapkan tahniah kepada semua  jentera parti dalam Pakatan  Rakyat di seluruh negara kerana telah  bekerja keras bagi menangkis  dakwaan tidak bermoral pihak lawan.












0 comments:
Post a Comment