Assalamualaikum, Salam sejahtera &  Salam Perjuangan
Saya telah  berada di Sibu bermula pada hari jumaat 7 Mei 2010 sehingga 17 Mei 2010   untuk membantu kempen Calon Pakatan Rakyat dari DAP yang bertanding  dalam Pilihan Raya Kecil Sibu.
Hari ini masuk  hari ke 4 jentera Pilihan Raya PAS dari Semenanjung, PAS Sarawak dan  parti-parti komponen Pakatan Rakyat berkempen menemui pengundi untuk  memenangkan calon DAP.
PAS diamanahkan  untuk menjaga dua Daerah  Mengundi (UPU), Datu Nyabor dan Ilir Nangka,  di dalam DUN Nangka. Jumlah pengundi di kedua DM ini ialah   5,721  pengundi di 23 lokaliti. Lokaliti ini adalah kawasan Melayu. Markaz PAS  terletak di Kg Dato. Sambutan hebat kepada kehadiran PAS oleh orang  Melayu di sini sungguh tidak kami sangkakan. Malah dengan kehadiran PAS,  BN (PBB) sudah gelabah dan telah mendirikan beberapa bilik gerakan di  Ilir Nangka. Kehadiran PAS membawa tuah kepada penduduk di sini kerana  pelbagai program dilakukan utk mengambil hati rakyat. Malah semalam  sebuah jalan dalam kawasan ini sudah mendapat turapan baru. Petang tadi  para wanita pula mendapat habuan secara terbuka apabila menghadiri  program BN. 
Petugas HalWa  PAS setakat mampu menziarah sambil berkempen dan tidak dapat memberi  apa-apa bantuan kepada yang memerlukan. Sesetengahnya dengan secara  terbuka meminta bantuan tetapi akan daya PAS hanya mampu menyumbang  tenaga. Cuma rasa terkilan tidak dapat memberi bantuan kepada yang  memerlukan. Bukan bertujuan untuk mendapat undi tetapi atas sifat ehsan  sesama kita.
Kami merancang  untuk mengadakan beberapa program khususnya "Program Mesra Rakyat"  tertentu di DUN Nangka. Kami juga ingin memberi bantuan kepada  sesetengah rakyat yang masih hidup serba kekurangan di sini.
Namun  perbelanjaan untuk menampung penganjuran program-program tersebut bagi  menarik para pengundi menyokong calon kita amat diperlukan.
Oleh yang  demikian saya MERAYU kepada seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat di  seluruh negara yang istiqamah dalam perjuangan ini agar dapat  menghulurkan sumbangan kewangan agar program-program yang dirancang  dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Sumbangan juga  amat diperlukan untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada 16hb  nanti. 
Sumbangan boleh  dimasukkan terus ke akaun : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)
Untuk ketelusan  saya akan keluarkan statement jumlah yang diterima dan akan disiarkan  dalam blog ini nanti.
Sebagai Motivasi saya  teringat pesanan Tok Guru "Duit  yang ada dalam poket dan dompet kita belum tentu jadi hak kita .... tapi  duit yang kita dermakan atau infakkan ke jalan Allah sudah tentu jadi  hak kita d iakhirat nanti"
Sumbangan dan  pengorbanan saudara saudari dalam perjuangan ini saya dahului dengan  ucapan jutaan terima kasih, moga Allah SWT menerima amalan-amalan kita.
Dr. Siti Mariah Mahmud
Sibu  Serawak.












0 comments:
Post a Comment