Sejarah harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin)  tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu  yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini   memaksa  da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang  adalah pesanan untuk hari esok. Kita  katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai  orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan  al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar  (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika  berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia  hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad. 
Hassan al-Banna  telah berkata: 
“Jadi saya  mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi  saya berselindung. 
-          Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.   
-          Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.     
-          Medan berjihad tidak sama dengan  medan  beramal. 
-          Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan  berjihad yang silap. 
Ramai yang  mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu  diungkapkan dengan kata-kata. 
Ramai yang  mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan  ketika beramal. 
Ramai di  kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja  di kalangan  mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang  sukar dan amal yang nekad. 
Para   mujahid   yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan  dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh  Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.
Oleh itu,  siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul,  latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang  keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan  adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar  Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)
Fiqh itu  dipusakai oleh Syed  Qutb rahimahulLah.  Ini menyebabkan beliau  gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang  dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi  jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan  yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka: 
“Janganlah  sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman  dan   menyediakan para pejuang yang mampu  menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244  Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)
Sebenarnya  kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk  memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras,  tetapi, kewujudan   “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada  pentarbiahan ‘anak-anak  baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan  mendinding mereka dari melihat   pemandangan  jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan  sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah  yang bukan Islam.
Rujuk :  Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159
 












0 comments:
Post a Comment