;


Sunday, April 29, 2012

Kejadian sebenar kenapa PENDEMO BERSIH 3 dan POLIS bertempur.

1 comments

 


Aku cadangkan bercakap lah benar walaupun ko mungkin tak suka. Video kat atas neh ramai yang sebar dan aku nak bagitau mereka berdua neh penipu. Ada video yang jelas membuktikan bahawa siapa yang serang siapa dulu.


Korang lihat kat bawah neh oke ;
 

Siapa provoke sapa neh? Sekarang aku nak dedahkan mereka2 yang bertindak liar dan ganas ketika berdemo. Tapi kenapa ada pula yang komen begini ;

1. Eley peserta bersih kasar hang nampak, polis kasar hang tak nampak. <-- Oiii tue bezanya hang dengan polis. Kalau hang dan polis sama2 kasar toksah dok pongpang lakalau kena kutuk dengan orang awam

2. Heyy ko ada bukti ka pendemo bersih yang buat hal neh? <-- Takde. Sebab tue kita kena dedahkan mereka2 yang buat provoke neh. Biar disiasat. Masa tue nanti kita tahu lah sapa benar sapa salah.

Korang tak perlu buat ayat ;

SB yang menyamar apa seme tue der.. = bukti takde der. Cakap mesti ada bukti der. Lue mesti rasa geram, gua pun geram tapi bukti tetap bukti neh. Sekarang neh dari lue dok pongpang2 marilah kita sama2 berpakat cari bukti der. Gua sedang cari bukti lue pun cari bukti ada bukti nanti kita dedah. Lue jangan sibuk dok alih/spin/divert isu mentaliti penyokong2 bersih yang ganas neh. Terima hakikat dan siasat habis habisan.

Punca provoke polis der. Yang dok sembur2 = memang betul der. Sapa tak geram kena sembur. Tue bab lain. Bab sembur = kita dah balas dengan ejek2 dan maki dorang. Tak ingat meh? Dia main kasar, kita balas bahasa kasar. Kita takley guna tangan. Unit amal dah larang. Tak cukup kakitangan. Sedey aku tengok unit amal kena buli.

Dia cakap sudah2.. sudah2.. sorang unit amal = kena kawal 50 - 70 orang awam. Gila kaw. Kena tolak seme cukup. Warna merah dah tak relevan dengan unit amal. Guna kaler oren menyengat, ikat kepala, bawa loceng. Tiup loceng untuk amankan pendemo der. Siyes aku sedih tengok unit amal diperkotakkatikkan oleh pendemo2 bersih. Gua pun dah tatau nak jerit apa dah masa tue.

Polis sembur satu hal. Tapi kena faham kenapa polis start sembur dulu. Semua neh berpunca dari mereka yang pergi rempuh halangan berpagar di dataran merdeka.

Untuk rekod ;

- bersih, ambiga, a.samad said tak pernah suruh sapa2 pergi rempuh sapa2. Last statement ambiga keluarkan cuma ialah KITA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA RAPAT DENGAN DATARAN SEDEKAT YANG MUNGKIN TETAPI TIDAK AKAN BERHIMPUN DI DATARAN SEBALIKNYA AKAN BERHIMPUN ATAS JALAN SEBAB DIDESAK OLEH DBKL.

- Jadi muka sesiapa yang terpampang dalam utusan, lelaki baju hitam tue tolong ko ke depan mengakui kenapa ko berbuat demikian. Aku takmo tuduh dia. Sebab aku sendiri dok rempuh2 orang. Nak tahu kenapa? PANAS. PANAS. PANAS dan SESAK SESAK SESAK. PANAS + SESAK = TENSION.

- Aku boleh cakap bahawa aku setuju ambiga kena bertanggungjawab dalam kes neh.  

- Dia kena sediakan barisan peguambela dan penasihat2 kepada pendemo2 yang geram time tue.

- Aku percaya ramai yang first time join demo semalam. Dorang gagal kawal emosi. Perlu di ajar untuk berdemo lagi. Hehehe.. supaya lebih matang oke. Practise makes perfect.

- Ingat, kalau sorang SB provoke dah cukup. Dia provoke, sorang pendemo terpedaya ia akan meleret2 macam video di atas tue.

- Ketika aku berdemo semalam 7 - 8 kali aku nampak dorang balik botol. Dah tegur. Kita tegur dorang balas. Unit amal tegur dorang balas. Tahu dorang cakap apa? Polis buli kita. Sampai bila nak bersabar? Dorang tunjuk samseng. Kita kena ajar. Maksudnya apa? 

Maksudnya sedikit sebanyak apa yang berlaku semalam adalah satu dendam kesumat yang dihadapi oleh mereka2 yang sering kena buli. Kalau seseorang tue asyik dibuli, dibuli dan dibuli sampai satu tahap dia akan melawan. Apa yang PDRM dapat semalam hanya sedikit dari apa yang pendemo2 dah selalu dapat. Aku tak kata tindakan tue betul tapi penilaian harus dibuat berdasarkan kepada semua andaian2 yang wujud.

- Apa yang berlaku di dataran merdeka tue sebenarnya bukan perkara yang polis tak boleh consider. Dengan keadaan yang begitu sesak, sila lihat video kat bawah neh ;

 

Sepanjang2 jalan semua menuju ke dataran merdeka. Dah kena tolak dari arah belakang ko nak cakap apa? Mungkin bukan nak rempuh tapi ter-rempuh ataupun terpaksa rempuh. Kang kalau pergi jalan sana.. kemana pula akhirnya mereka? Buat pusingan U-Turn padahal matlamat dataran kan? Aku ada tanya mereka2 yang ada kat situ. Dorang cakap orang dari belakang semakin padat.. nak taknak kena jalan ke depan. 

Kalau ikut gambar pun sedaya upaya dorang pun maleh nak rempuh tapi ye lah macam biasa sekali lagi mereka2 yang berpakaian biasa tah datang dari mana.. [nanti aku upload gambar utusan oke] ada jek hal yang mereka buat. Bukan nak tuduh2 tapi siasatan harus dijalankan.

Bab polis kena belasah kaw2, kena tikam apa seme adalah penipuan semata2. Maksud aku yang accident tue jela polis kena. Kena tolak dan pukul dari luar kereta. Selain dari tue mana ada. Mana ada polis meninggal. Mana ada pendemo bersih meninggal. Buat masa sekarang semua selamat. Tiada kematian yang dilaporkan.

Bab polis belasah orang awam tue memang ada. Citer dia gini. Orang lain baling botol orang lain yang dapat geram dari polis. Ini silap besar juga neh. Ada baby terperangkap kat tengah2 time polis baling teargas. Ini yang aku marahkan sangat. Apa jek ko nak paksa orang bersurai di jalan masjid jamek sedangkan yang langgar arahan tue di dataran jek. 

Masjid jamek takde hal.

- MAHKAMAH KELUARKAN ARAHAN = larangan penggunaan hanya meliputi dataran merdeka sahaja. Jika sesiapa langgar arahan tersebut, polis boleh bertindak balas. Tapi masalahnya lepas polis pergi serang dataran yang dia datang serang masjid jamek apa hal?

- Masa perhimpunan sampai 4 petang jek. Belum pukul 4 yang mai serang orang di dataran buat apa der? Lepas tue meleret2 kat sogo dan lain2 kawasan. Why?

- SB masuk dalam kawasan perhimpunan. Aku nampak ada SB dok perhati kiri kanan. Lepas tue ada satu SB kena tarik keluar sebab orang dah perasan dia SB. Ketika naik LRT juga.. aku pun terperasan sorang SB baju merah aikk tadi dia dengan kita tapi sekarang dia dok tolong polis berkawal pula, apa citer?

- Bukan aku nak tuduh2 tapi polis melakukan provokasi. Korang perasan tak apa yang aku perasan? Citer dia gini. Pendemo berdiri kat atas jalan. Lepas tue ramai2 polis pergi kejar dan acah2 kan dia. Apahal tue? Lepas tue pendemo yang lain2 rasa hak eley lue apahal polis? Nak main2 ka? Oke jom kita main. Tue yang terjadi antara mereka provoke memprovoke.

- Tapi satu hal yang silap besar time tue ada pendemo yang gilababi pergi baling kayu dan batu. Kena marah der. Kita marah. Oii lue apahal baling batu. Unit amal pun alahaii sedih aku tengok. Tak cukup kakitangan yang nak kawal crowd. Sana sini seme cukup macam2 provokasi berlaku. Hey... tahu kah korang unit amal pun kena tolak dengan pendemo bersih bila disuruh jangan menghampiri polis?

- Unit amal unit yang bertugas mengawal peserta demo pun depa lawan. Bengong betul larh. Kalau melawan polis tue logik gak. Gua pun paneh ahti dengan polis. Ada ka patut dia tembak teargas dari atas. Korang tahu dia buat apa? Dorang naik atas bumbung dan tembak. Mula2 ingat helikopter tapi auntie ada cakap dia memang nampak polis tembak dari atas. No warning at all. 

- Bab peluru hidup tue betul bukan rekaan. Bab orang berdarah tue betul bukan rekaan. Kena kat leher. Kebetulan aku terserempak dengan lelaki yang bagi baju kat lelaki yang berdarah2 leher tue. Korang mungkin dah tengok gambar dia. Aku dapat info serba sedikit pasal tue. Ini satu lagi aku tak faham. Apa ke hel nya tembak depan2 main acu kat kepala2 orang ? 

- Lepas tue kamera wartawan kena rampas. Apa masalahnya? Wartawan terbabit berjaya rakam satu aksi polis belasah pendemo lepas tue kamera dia kena rampas, filem kena tarik. Mak ai. Apahal tue?

- Pada pukul 2 aku dengar polis yang tak pakai baju seragam bagi arahan kena balik IPD. So seme polis bergerak balik IPD. Dorang tinggalkan lokasi masjid jamek. Aku suspect masa di IPD berlaku sesuatu perbincangan.

- Ada individu yang report setiap apa yang pendemo cakap. Aku perhatikan pakcik tue. Dia cakap lah apa2 yang pendemo cakap contoh, hancur umno hancur.. dan blablab.. dia suruh tulis, tulis. Sapa tah dia. 

- Sebelum dataran kena serang, lrt masjid jamek ditutup semua pintu kecuali satu. Apahal nak menyesakkan kawasan yang dah sedia sesak?

Sebenarnya itu makanan dia. 

Dah sampai ke satu tahap bahasa lembut takley jalan. Aku takmo bekap dan sokong apa2 keganasan. Tapi manusia pun ada had masing2. Polis atau pendemo sama jek dalam situasi neh. Sepanjang yang aku tahu pendemo bersih nak demo aman jek. Entah apa yang berlaku semalam sejujurnya aku pun tak pasti kat mana silapnya pendemo2 neh sehingga bertindak agresif. 

Bukan seme yang ditahan tue mencetuskan provokasi dan keganasan. Lagi satu bab motor rosak dan sampah sarap. Alamak aii. Bab motor rosak aku takde info so takmo cakap. Tapi dah polis cakap bersih buat so bagi bukti. Bab sampah berlonggok2 ko nampak, bab sampah kena kutip selepas insiden tue ko tak nampak pula? Jangan buat citer separuh benar lah weh.

Silap BERSIH yang paling utama bila setiap ketua2 yang bertugas menjaga di lokasi masing2 tidak berada disitu untuk mengawal situasi. Tapi untuk tidak menambahkan kesilapan kita, marilah kita serahkan semua pendemo2 yang gagal mengawal emosi kepada pihak2 yang tertentu untuk disiasat. 

Dari situ kita boleh menilai semula di mana salah silap kita dan seterusnya membuat penambaikkan agar demo akan datang lebih tersusun dan aman. Ya, betul demo lain oke, demo lain.

kah kah kah

Updated ;

Korang tengok video neh. Aku time neh kat atas. Aku lah yang dok jerit2 jangan lontar botol apa seme. Dari sana ke sini seme stock lontar botol seme aku sound woitt jangan. Tapi neh rakaman versi pendek je kot. Cuba dengar versi panjang kot2 ada suara aku termasuk ke..


kah kah kah






Ameno : Kacau bilau sebab ramai orang..


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1tPoA7Vh3

1 comments:

  • May 25, 2016 at 8:23 AM

    saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin