;


Friday, July 3, 2009

MANEK URAI: TGNA BERI 2 TAJUK MAUT KEPADA NAJIB

0 comments
kenapa UMNO tolak Islam sedangkan Islam datang daripada Allah. Matahari, hujan, udara, oksigen juga datang daripada Allah dan semuanya dia (UMNO) terima tetapi kenapa Islam dia tolak dan apa logiknya - TGNA

kenapa UMNO tolak Islam sedangkan Islam datang daripada Allah. Matahari, hujan, udara, oksigen juga datang daripada Allah dan semuanya dia (UMNO) terima tetapi kenapa Islam dia tolak dan apa logiknya - TGNA

Biar pun banyak pihak menggesa supaya pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditolak, surat rasmi berhubung perkara itu tetap dihantar semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, surat pelawaan untuk mengadakan debat itu telah dikirim kepada Najib semalam yang turut menyatakan dua tajuk perdebatan berkenaan.

“Berdebat itu ada dua tajuk sahaja, pertamanya kenapa UMNO tolak Islam sedangkan Islam datang daripada Allah. Matahari, hujan, udara, oksigen juga datang daripada Allah dan semuanya dia (UMNO) terima tetapi kenapa Islam dia tolak dan apa logiknya.

“Keduanya, kenapa UMNO lawan Pas sedangkan Pas terang-terang dalam perlembagaannya (parti) Islam dan kita (Pas) buat cara Islam,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di Padang Majlis Daerah Dabong, dekat Manek Urai Lama, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap berhasrat mengadakan debat itu kerana cara tersebut adalah satu daripada tiga saluran berdakwah yang disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran selain dakwah dengan cara bijaksana dan nasihat.

Menurutnya, kaedah dakwah dengan bijaksana telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri apabila mentadbir Kelantan mengikut ajaran Islam termasuk dari segi berbaik-baik dengan agama lain, pengurusan kewangan, sosial dan budaya.

Katanya, cara berdakwah kedua iaitu nasihat boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara seperti ceramah, kuliah, usrah dan temu ramah dengan akhbar dengan syarat mesti melibatkan peringatan tentang syurga dan neraka.

“Dalam sembahyang kita ada minta supaya Tuhan pimpin kita ke jalan yang betul dan Tuhan kata, jalan yang betul ini ialah jalan orang yang dia beri nikmat seperti nabi, cara nabi memerintah, berumahtangga, cara nabi bercakap, cara guna duit kerajaan dan cara guna duit sendiri, cara ini yang kita (Pas) buat di Kelantan dan ini kita panggil mauizah (nasihat),” kata Nik Abdul Aziz.

Mengulas saranan beberapa pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Pas dan UMNO mengadakan muzakarah dan bukannya debat, beliau berkata, cara itu (muzakarah) sudah beberapa kali diminta oleh Pas sejak zaman Tun Abdul Razak lagi namun tidak pernah ‘menjadi’.

“Sekarang ini saya (nak) buat mujadalah (berdebat), dia (UMNO) nak terima, alhamdulillah dan kalau dia tak nak terima, dia punya pasal,” kata Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, mengulas pelawaan Pemuda Pas untuk mengadakan wacana ilmiah terbuka dengan Pemuda UMNO, Nik Abdul Aziz berkata, dia menyokong penuh cadangan tersebut dan menyifatkannya sebagai salah satu cara untuk berdakwah.

Katanya, dia juga menyerahkan kepada Pemuda Pas untuk menentukan tajuk wacana itu asalkan ia tidak lari daripada prinsip untuk menegakkan Islam.

poated by http://greenboc.blogspot.com

Kononnya UMNO@BN Pembela Islam : Banjir Arak Di Kuala Lumpur apa citer?

0 comments
Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.

Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.


Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.

Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.

Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.

“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.


Orang kampung minum air daun ketum sajalah


Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?

Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.

Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.

Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.

Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.

Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.

Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.

Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.

Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.

Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.

Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.

Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.

Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.

Menurut The Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.

Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.

Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.

Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.
Oleh Azizi Abdullah
posted by wargamarhaen

UMNO liberalisasi

0 comments
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin Barisan Nasional yang termasuk pemimpin utama Umno serta Melayu menyokong pelbagai langkah liberalisasi yang diumumkannya sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 3 April tahun ini.

Beliau melahirkan keyakinannya bahawa ini boleh diterjemahkan sebagai sokongan kepada parti pemerintah pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Beliau juga menyatakan bahawa semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) di dalam bentuk makronya akan diteruskan tetapi instrumen yang digunakan untuk mencapai langkah penstrukturan masyarakat dan mencapai persamaan perlu diubah.

"Saya telah berunding dengan para pemimpin utama dan mereka mempercayai kini adalah masanya kami melakukan perubahan, penyemakan semula dan bergerak ke hadapan. Saya rasa rakyat menyedari perkara itu," kata Najib semasa ditanya sama ada partinya menyokong kesemua langkah yang dilaksanakannya.

Bagaimana pun, dengan pengumuman kesemua langkah berkenaan, itu tidak bermakna negara ini telah mengenepikan keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang adil, kerana ia terus kekal sebagai matlamat utama, katanya dalam satu temubual dengan Adam Bakhtiar dari CNBC yang dikeudarakan secara keseluruhannya hari ini.

Satu versi singkat dikeudarakan Rabu lepas di mana beliau menyentuh mengenai ringgit dan ekonomi.

Semasa temubual selama setengah jam itu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata partinya sedang berusaha menarik keyakinan dan sokongan rakyat.

"Sesuatu dasar itu boleh dilihat kepada undi. Ini merupakan salah satu asas demokrasi dan akhirnya anda perlu mendapatkan sokongan rakyat. Saya mahu rakyat menghakimi tindakan saya dan berharap mereka akan memberikan sokongan apabila diperlukan," katanya semasa ditanya sama ada partinya akan dapat mengumpul kekuatan dengan melalui perkenalan langkah itu.

Najib berkata beliau berkeyakinan bahawa rakyat Malaysia secara keseluruhannya, termasuk Melayu dan Bumiputera, akan menyedari bahawa perubahan yang dimajukan oleh kerajaan merupakan cara terbaik untuk bergerak maju ke hadapan.

Beliau menekankan bahawa beliau akan menunaikan janjinya semasa mengambil alih jawatannya Mac lepas.

Antara langkah liberalisasi paling terbaharu baru-baru ini ialah menghapuskan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang berkuat kuasa serta merta, yang termasuk pengambilalihan kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan.

Dengan penghapusan garis panduan FIC itu, ia bermakna menggugurkan keperluan ekuiti Bumiputera 30 peratus bagi syarikat Malaysia yang ingin disenarai awam tetapi kini mereka ditawarkan tebaran pegangan saham awal sebanyak 25 peratus.

Katanya kerajaan akan mendapatkan pandangan dan berkomunikasi dengan rakyat mengenai langkah yang diambil.

Katanya orang Melayu akan menyokong liberalisasi.

"Terdapat usahawan dan peserta korporat Bumiputera yang benar-benar bagus. Sesetengah daripada mereka menguruskan perbadanan utama dan mengendalikannya dengan baik, seperti yang anda tahu, mereka bukanlah orang yang tidak tahu apa-apa."

Satu-satunya perkara yang baru di dalam dasar itu ialah kerajaan akan mengenal pasti syarikat Bumiputera yang betul, yang mempunyai potensi tinggi untuk berkembang.

"Jika anda menyokong syarikat yang layak dan mempunyai masa depan yang cerah, saya tidak fikir, malah golongan bukan Melayupun, akan menegur anda kerana melaksanakan perkara itu. Saya rasa mereka ingin melihat ia dilaksanakan secara adil dan kami akan melakukan perkara itu," katanya.

Kepada cadangan bahawa beliau berbalik semula kepada dasar bapanya berkaitan penyertaan ekuiti Bumiputera, katanya:

"Di segi matlamat, wawasan Tun Razak masih boleh diterima tetapi laluan yang kami pilih dan instrumen untuk mencapai matlamat itu mestilah baharu, instrumennya tidak boleh mengikut cara lama.

"Masa sudah berubah, instrumen lama tidak benar-benar memberikan hasil, tidak mengikut matlamat yang diharapkan. Tetapi matlamat untuk mencapai masyarakat yang adil dan saksama adalah satu impian dan kesemua rakyat Malaysia berkongsi impian itu."

"Hanya, ia perlulah adil mengikut cara pelaksanaannya, kita perlu memastikan tiada kumpulan ethnik dipinggirkan dan juga tidak mendapat insentif," kata Najib.

"Jadi, dalam hubungan itu, saya telah mengemukakan konsep 1Malaysia, dan saya menghuraikan dasar khusus 1Malaysia tetapi kami perlu bekerja bersama-sama sebagai satu masyarakat, satu negara dan yang utamanya satu impian," katanya. BERNAMA

Thursday, July 2, 2009

Taktik Umno nak menjerat Pemuda di Awani tak menjadi..

0 comments
Malam tadi jam 8.00 malam Agenda Awani telah memanggil 2 orang panel dari Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk berbincang tentang isu WACANA yang sedang hangat hangat tahi ayam sekarang ni.
Bila ianya di mulakan, panel pertama, Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah (seorang dari 4 orang yang di denda RM1000 kerana menyerang Karpal) telah memuji Pemuda PAS kerana menurut katanya, walaupun Mursyidul Am Pas telah menyanggah cadangan Perpaduan tapi Pemuda PAS masih mahu berbincang dengan UMNO untuk masa depan rakyat berbangsa Melayu dan Beragama Islam. Puji nya menggunung dengan muslihat yang cuba dipendam pendam. Usaha putar belit dan jerat cuba di buat .... kelakar betul.

Setiausaha Dewan pemuda Pas Pusat, saudara Kamaruzaman Muhammad yang merupakan panel kedua pulak menyatakan bahawa tujuan Wacana secara ilmiah tersebut lanjutan kepada tindakan Pemuda UMNO kelantan yang menyanggah keputusan TG Nik Aziz untuk mencabar Najib untuk berdebat. Dan bukannya untuk perpaduan.

Seterusnya yang menarik, Latt telah terbacul mulutnya menyatakan bahawa wujudnya masalah di dalam Pakatan Rakyat menyebabkan Pemuda Pas mencari Pemuda UMNO untuk berwacana, di mana kenyataan itu di sanggah oleh Setiausaha Pemuda PAS yang memberitahu mereka tiada masalah di dalam Pakatan Rakyat dan anggapan yang dibuat oleh Latt itu tidak benar. Termalu la Latt di situ. Patah lagi jerat.

Akhirnya bila di tanya kepada panel ketiga, seorang pensyarah UiTM tentang perpaduan, pensyarah itu menyatakan bahawa perpaduan tidak perlu tergesa gesa dan ia boleh di lakukan secara sepontan. Dan usulnya yang menarik adalah memulakan kerjasama dan perpaduan antara rakyat tidak perlu di lakukan antara PAS dan UMNO sahaja, malah boleh di lakukan kepada semua parti kerana isu Perpaduan adalah isu Nasional.

Beliau memberikan contoh langkah perpaduan menarik yang boleh di gunakan, yakni bermula dengan perpaduan antara Kerajaan Pusat dan Kerjaan Negeri. Mula dengan bertukar tukar gambar di pejabat masing masing.

Latt cuba mencelah dan menutup usaha tersebut dan masih beranggapan bahawa Wacana itu adalah langkah permulaan yang terbaik. Kononnya rakyat mahukan perpaduan. Ntah bila dia berjumpa semua rakyat?

Perbincangan menjadi panas apabila Setiausaha Pemuda Pas menimbulkan isu royalty minyak di Kelantan dan Terengganu.

Dan kesimpulannya , Usaha Pemuda UMNO untuk memanipulasikan tujuan Wacana tersebut menjadi satu usaha perpaduan, sedangkan ianya adalah untuk mengenal jalan sebenar UMNO. Samaada Islam atau sebaliknya.

Juruacaranya pun Kelakar …. ! Cuba nak pesong, tapi tak berjaya. 2 lawan 2. hehehe .... lawak.

Harga Perpaduan Umno cuma 10 sen? Awat murah bebenor.......

0 comments
10 senLawak juga bila membaca komen Ketua Pemuda Umno Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal berhubung cadangan supaya setiap ahli pemuda Umno membayar 10 sen bagi tujuan membayar denda RM 4000 yang dikenakan ke atas beliau dan 3 orang lagi Ketua Pemuda Bahagian yang didenda oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” -begitulah komen beliau yang dipetik oleh Malaysiakini.

Semalam jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menjatuhkan hukuman denda RM 1000 masing-masing kepada Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak), Azahari Shaari (Shah Alam) dan Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal (Serdang) kerana melakukan jenayah kekasaran terhadap ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh pada 26 Februari lalu.

Kah! Kah! Kah! Lucunya, dalam menangani isu pembayaran denda itu, setiap pemuda Umno diminta beri 10 sen sahaja sebagai tanda Perpaduan. Betapa murahnya nilai harga perpaduan dikalangan ahli mereka. Ternyatalah bahawa nilai perjuangan mereka hanya berteraskan materialistik sahaja tanpa sebarang ukhwah. Ini yang diagungkan sangat kononnya memperjuangkan bangsa melayu dan agama.. PIIIRRRRAAAAAAHHHHHHHH!

Ya! 10 sen sahaja. Itulah nilai perpaduan yang ada dalam diri setiap ahli pemuda Umno.

Saya ulangi..Persahabatan dan perpaduan mereka nilainya hanya 10 sen. Inilah cara Umno menilai ikatan Perpaduan. Bukan pada roh persahabatan, tapi pada roh duit yang nilainya hanya 10 sen. Sepatutnya lagu diaorang ditukar pada Duit! Duit! Dimana ko duit! Duit! Duit!

Pemuda sedia berdebat

0 comments
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nashrudin Hassan Tantawi menyelar tindakan Pemuda Umno Kelantan yang mencabar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdebat isu 'Umno sesat'.

Nashrudin menegaskan hanya Perdana Menteri layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Pemuda Umno Kelantan, tegas beliau, tidak layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

"Pemuda Umno Kelantan tidak perlu cabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat isu 'Umno sesat'.

"Bukan 'level' mereka nak berdebat dengan Nik Aziz sebaliknya hanya Perdana Menteri saja layak nak berdebat dengan Mursyidul Am," tegas beliau.

Justeru, beliau menegaskan jika benar Pemuda Umno mahu berdebat mereka boleh mencabar Dewan Pemuda PAS pada bila-bila masa dan di mana tempat sekalipun.

ها توا برهانكم إن كنتم صادقين

Sila kemukakan hujjah kamu jika sekiranya kamu benar !

Wednesday, July 1, 2009

Ahli Parlimen PAS akan berkampung tiga hari di Dun Manik Urai

0 comments
Ahli-ahli Parlimen PAS akan adakan program berkampung selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai ini sebaik selesai proses penamaan calon, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata program itu akan menumpukan kepada gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan.

Selepas program 'berkampung' itu, ahli-ahli Parlimen PAS bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai, katanya.

Program yang dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli akan menumpukan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi, ujarnya.

"Kita juga akan buat program hari keluarga untuk mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai," katanya.

Program yang julung kali dibuat ini diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini, ujar Mahfuz lagi.

Pilihan raya kecil Dun Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Hari penamaan calon pilihan raya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

PAS menampilkan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon, sementara BN pula, Tuan Aziz Tuan Mat

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin