;


Monday, July 20, 2009

Bila Dunia didepan, Agama dibelakang

0 comments

Perkara ini bukan berlaku di Hollywood atau di barat, ini berlaku di Negeri Pm kita, Pak Najib iaitu di Pahang. Memang gila punya berita. (Rujuk-Malaysiakini : Suami dipenjara edar gambar lucah isteri)

Nampaknya perbuatan Abdul Aziz Basri, 57 di kuantan yang mengedarkan gambar lucah isterinya adalah satu tindakan yang gila dan abnormal. Seorang suami sepatutnya malu jika mengetahui gambar lucah isterinya disebarkan orang lain. Tapi kejadian ini dilakukan oleh suaminya sendiri. Malang sungguh isteri beliau.

Nampaknya beliau sudah sama taraf kegilaannya dengan Presiden Perancis sekarang iaitu Nicholas Sarkorzy yang begitu bangga dengan pengedaran gambar lucah isteri beliau yang juga bekas model ternama, Carla Bruni.

Isteri adalah milik peribadi suami. Apa jua yang isteri lakukan dalam bilik atau rumah atau bersama suami adalah rahsia bersama. Hanya suami sahaja yang boleh melihat aurat Isterinya selain dari mahramnya.

Diharapkan selepas ini para dan suami tidak lagi membuat apa-apa rakaman sulit yang pastinya boleh merosakan rumahtangga dan menjatuhkan maruah sendiri. Sama ada secara suka-suka atau tidak, kita tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa depan. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan biarkan gambar sulit anda dirakam, walaupun oleh pasangan sendiri.

Saturday, July 18, 2009

Tentera Merah menyerang di Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Surau Dan Dewan Serbaguna Pusat Kebajikan Dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Al Munirah

0 comments
Tentera Merah seramai 9 orang sekali lagi turun memberi khidmat bakti mengawal keselamatan pimpinan dan kerja amal di Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Surau Dan Dewan Serbaguna Pusat Kebajikan Dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Al Munirah Johan Setia Klang.Taklimat tugasan diberi kepada anggota bagi melicinkan perjalanan program oleh Penyelaras UAKR.Menolong mengangkat lauk ke khemah makan. Berat tu nampak gayanya.....Ketelitian memasang meja juga penting bagi membolehkan para tetamu menjamu selera dengan selesa.Menghidang makanan dan minuman untuk tetamu. Walaupun penat tapi masih mampu tersenyum.Berbaris menyambut ketibaan pemimpin.Tidak ketinggalan menjadi DeeJay untuk menghangatkan suasana program. Sememangnya Unit Amal merupakan badan amal yang serba boleh dalam berkhidmat untuk mayarakat. Tahniah diucapkan kepada Unit Amal Kota Raja yang tak pernah jemu menabur khidmat tanpa mengira penat lelah dalam menuju ke satu tujuan Beramal Kerana Allah.
Kali ini Unit Amal Kota Raja tidak lagi menjalankan kerja amal yang sering dilakukan yakni mengawal lalulintas sebaliknya lebih tertumpu kepada kerja-kerja amal yang lebih dekat kepada masyarakat.

UMNgOK & SPRM ?

0 comments
Imbas kembali berita awal tahun bertarikh 29hb. Januari, 2009 sebelum berlaku Perhimpunan Agung UMNgOk...
  • Seorang ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.
  • Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
  • Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
  • Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
  • Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
  • "Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.
Dan berita yang baru sahaja berlaku hari Khamis lepas...
  • Setiausaha Politik EXCO kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
  • Mayat Teoh Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
  • Semalam Teoh telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Macam biasa... setelah berlaku ke 2-2 peristiwa bersejarah tersebut dan setelah laporan polis dibuat maka dengan bergayanya pihak-pihak yang terbabit mengeluarkan kenyataan seperti dibawah -
  • "Kita harap semua pihak bersabar dalam perkara ini, siasatan akan dilakukan secepat mungkin dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes berprofile tinggi".
  • "Kita juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan hal ini dan juga kita ingin memberikan amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan spekulasi didalam kes ini".
  • "Siasatan akan dilakukan dengan adil dan telus... pihak kami tidak akan menyembunyikan apa-apa hasil siasatan dan semua hasil siasatan akan dibentangkan kepengetahuan umum setelah selesai semua siasatan".
  • "Kita berharap semua pihak akan memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan kes ini"...
Dan hakikatnya ialah... setelah 6 bulan laporan polis dibuat oleh AHLI UMNO DAN JUGA AJK UMNgOk PAHANG, dimana hasil siasatan kes tu..?

Hari ni ada Ahli UMNgOk dan juga Penyokong Totok UMNgOk menyindir-nyindir Pakatan Rakyat kerana bangkit membela Teoh, tetapi mereka lupa ada ahli UMNgOk juga telah dilakukan sedemikian rupa juga. dan pembelaan terhadap pengadu masih samar-samar.

Kenapa masih ramai yang BUTA HATI dan KERAS HATI..?

BANYAK MAKAN HASIL KERJA HARAM KOT...

Selangor bakal jadi Perak.

0 comments

Timbul perasaan kemushkilan di benak kepala aku?, apabila tengahari tadi seorang daripda in-charge aku tanya, dan suruh aku berfikir mengenai kisah mangsa siasatan SPRM.

Kalau kita lihat dan baca dari Harian Metro DISINI mangsa dikategorikan jatuh dari tingkat 14 ke koridor tingkat 5.. Ini beerti 9 tingkat ketinggian yang mangsa jatuh.

Mengikut In-Charge aku, biasa seorang anggota TLDM terjun bunuh diri dengan ketinggian 10 tingkat sahaja, mayatnya bersepai jatuh ke bawah, puas anggota bomba memungut dan membersihkannya.

Tetapi mangsa yang ini, yang dikata jatuh, atau membunuh diri, mayatnya cantik elok terbaring terletak seperti didalam gambar. Jadi sendiri fikirlah...

Manakala Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kes ini diklasifikasikan kematian mengejut.. (Utusan Malaysia)....pulak dah... belum apa-apa dah macam-macam kenyataan keluar... Sama-samalah ita fikir....
Tanya lah kepada orang-orang Pakatan Rakyat di Perak…”Siapakah yang menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh?”. Jawapanya hampir serupa. Hampir seratus peratus akan menyalahkan Jamal dan Osman. Kerana itulah yang dimainkan disetiap ceramah dan perjumpaan.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lupa bagaimana BPR (Sekarang SPRM) memainkan peranan menjatuhkan Pakatan Rakyat Perak.

Tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Perak, Umno masih gagal memujuk Jamal dan Osman…malah beberapa lagi ADUN PKR untuk berpaling tadah. Umno sudah hilang kesabaran dan mula menggunakan khidmat BPR untuk membantu menjatuhkan PR Perak. Dan perancangan pun dimulakan untuk memerangkap Jamal dan Osman, dua orang ADUN PKR yang bermasalah.

Dengan menggunakan Imran sebagai ejen, BPR berjaya memerangkap Jamal dan Osman …dan satu operasi dijalankan. Skrip operasi tersebut disediakan oleh BPR Putrajaya, tanpa pengetahuan Pengarah BPR Perak, Datuk Shamsiah.

Pada hari operasi tersebut dijalankan, Datuk Shamsiah hanya membaca skrip yang disediakan oleh BPR Putrajaya…dan nyata skrip dan apa yang terjadi berlainan sama sekali. Datuk Shamsiah naik marah dan melawan. Akhirnya beliau ditukarkan ke Sarawak.

Tangkapan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman bukan kerana mereka benar-benar bersalah..tetapi hanya untuk digunakan sebagai ugutan terhadap mereka. Sehingga kini, walaupun kerajaan Perak sudah bertukar tangan..namun kes mereka masih lagi tertunggak-tunggak dimahkamah.

Dakwaan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman digunakan sebagai umpan untuk meruntuhkan kerajaan PR Perak. Kalau Jamal dan Osman bersedia untuk menyokong BN, maka dakwaan mereka akan ditarik balik. Ini kerja SPRM!! Komponen ke 17 Barisan Nasional.

Jamal memilih untuk tidak terjatuh dari Tingkat 14 Bangunan SPRM sebaliknya belot dan menyokong BN. Jamal dan Osman terselamat dari maut tetapi kerajaan PR Perak runtuh. Semuanya kerja SPRM.

Setelah berjaya di Perak, SPRM melebarkan aktivitinya ke Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairudin juga bermasaalah. Tak perlu sesiapa pun yang melaporkan kepada SPRM, sebaliknya SPRM begitu ghairah membenteras rasuah dinegeri-negeri Pakatan Rakyat. 500 juta rasuah kapal selam terlalu kecil bagi mereka. 12.5 billion skandal PKFZ juga masih kecil bagi mereka.

Bukti-bukti terhadap Fairus memang jelas. Dan Anwar melakukan ‘pre-emptive strike’ dengan meminta Fairus meletak jawatan. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh SPRM!! SPRM tidak mahu Fairus meletak jawatan sebaliknya mengharapkan Fairus akan menjadi Jamal dan Osman.

SPR melengah-lengahkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil. Malah SPR juga cuba mengelak PRK diadakan. Seminggu kemudian, SPRM memutuskan Fairus tidak bersalah. Tidak ada kes terhadap Fairus.

Semasa keputusan SPRM Putrajaya mengumumkan Fairus bersih seperti kain putih, aku berada di Penanti bersama beberapa pemimpin PKR untuk persiapan PRK Penanti. Bila aku tanya…bagaimana kalau Fairus tidak bersalah dan menarik balik surat perletakan jawatannya…mereka senyum. Tak mungkin!! SPRM Pulau Pinang sudah memaklumkan kepada pemimpin PKR Pulau Pinang bahawa Fairus tidak boleh lepas.

Bila aku bagi tau kepada salah seorang pemimpin PKR disitu, tentang laporan Malaysiakini, dia terus menghubungi kawannya di SPRM Penang. SPRM Pulau Penang tak tahu menahu tentang pengumuman tersebut!! Malah kertas siasatan masih berada di Pulau Pinang!! Bagaimana SPRM Putrajaya boleh membuat pengumuman sedangkan kertas siasatan masih belum siap dan masih lagi di Pulau Pinang? Macam tu lah kerja SPRM. Mereka membuat kerja bukan untuk membenteras rasuah tetapi membuat kerja-kerja kotor Umno dan Barisan Nasional.SPRM gagal di Pulau Pinang.

Apabila Najib mengambil alih Umno Selangor, sasaran pertama Najib ialah untuk menggulingkan kerajaan PR Selangor. Dan sekali lagi SPRM dipergunakan. Tak perlu sesiapa yang membuat laporan…SPRM akan bertindak walaupun hanya laporan akhbar.

Tan Sri Khalid menjadi sasaran awal. Kes lembu korban pun boleh dijadikan alasan untuk SPRM membuat siasatan. Dan mereka serius!! Kalau kes Anwar pun boleh dicipta…apatah lagi terhadap Khalid. Pakatan Rakyat Selangor boleh dikatakan kukuh kalau mengikut jumlah kerusi. Ini sukar untuk Najib merampas Selangor tetapi Najib mempunyai seluruh jentera kerajaan untuk dipergunakan.

Siasatan yang dilakukan terhadap EXCO-EXCO Selangor merupakan langkah terdesak kerana Najib sudah hilang sabar. Najib perlu melakukan semua ini sebelum sidang Parlimen penggal depan yang akan bermula September atau Oktober ini.

Keruntuhan kerajaan PR Perak memberikan impak negatif kepada Umno. Rakyat bangun memberontak dan Najib tidak mahu perkara ini berlaku di Selangor. Dia mahukan rampasan kuasa yang akan dilakukan di Selangor akan dilihat seolah-olah mendapat restu rakyat. Sebab itu beliau bersungguh-sungguh mempelopori Kerajaan Perpaduan dengan Pas.

Dan sebahagian daripada pemimpin Pas termakan dengan perancangan Najib ini. Kalaulah perancangan Hj. Hadi dan Ust. Nasha untuk mengadakan UG dengan Umno ini diterima dalam Muktamar Pas yang lalu, Selangor sudah lama jatuh ketangan Umno.

1 Julai 2009 merupakan tarikh yang dinantikan oleh perampas-perampas kuasa UBN. Tarikh tersebut ialah tarikh Anwar akan dibicarakan. Pendakwa akan memohon supaya jaminan yang diberikan terhadap Anwar ditarik balik dan Anwar akan dihantar ke Sungai Buloh. Untuk mengimbangi impak yang akan berlaku akibat dari peristiwa ini, SPRM juga akan menahan seorang bekas Timbalan Menteri dari BN dan juga…Tan Sri Khalid.

Pakatan Rakyat akan kehilangan ketua, Selangor juga akan kehilangan ketua. Dan pada masa itu, Najib akan bertindak. Apakah yang akan berlaku sekiranya Muktamar Pas bersetuju dengan UG?

Anwar dipenjara Sungai Buloh, Hj. Hadi sudah bersedia dengan UG dan apakah yang boleh dilakukan oleh Kit Siang?

Beberapa ADUN dari PKR dan PAS sudah boleh dibeli dan Selangor akan menjadi model Kerajaan Perpaduan, dimana ia akan di kuasai oleh Umno tetapi Menteri Besar dari Pas. Begitulah mulianya Umno…sanggup menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Pas. Dan ulama-ulama dari Pas akan mengeluarkan nas-nas dan hadis bagi menghalalkan rampasan kuasa itu. Demi bangsa, agama dan negara. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP semuanya korup dan tidak bermoral, maka lebih mulia untuk bersekongkol dengan Umno.

Itu sebabnya mengapa Nik Aziz bermatian mempertahankan Pakatan Rakyat. Malah sanggup ‘menghalau Timbalan Presiden Pas’ sekiranya masih mahu meneruskan usaha Kerajaan Perpaduan.

Mengapa SPRM tidak berminat untuk mencari kesalahan pemimpin Pas? Ataupun adakah kerana memang tidak ada pemimpin Pas yang korup?
Kalau dibandingkan dengan kes lembu dan kereta Tan Sri Khalid, apa yang berlaku di Kedah lagi teruk. Tapi SPRM tidak berbuat apa-apa. Biaq pi la. Kerana Umno masih mengharap Ust. Azizan akan bersama mereka satu hari nanti. Pernahkah Ustaz Azizan mengkritik UG? Malah beliau ‘menasihati’ Nik Aziz pula!.

Lupakanlah Kerajaan Perpaduan. Lupakan lah niat untuk berbaik dengan Umno.

Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock hanyalah salah satu dari ‘kekejaman’ Umno dan Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock juga sepatutnya menjadi ‘catalyst’ kepada Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan pakatan. Kejatuhan PR di Perak bukan hanya disebabkan oleh Jamal, Osman atau pun pemimpin-pemimpin PKR yang tidak bermoral. Kejatuhan PR di Perak adalah angkara Umno dan SPRM.

Altantuya dah mati…Bala dah hilang…Kugan mati dalam lokap…Raja Petra juga hilang…Adi Anwar Mansor masih memerlukan ‘life support’ akibat disiksa dalam lokap polis.

Berapa lagi nyawa yang diperlukan untuk mempertahankan nafsu Umno dan Barisan Nasional? Jangan tunggu sehingga anak kita sendiri mati dilokap polis atau membunuh diri di pejabat SPRM.

Friday, July 17, 2009

Semua Ahli PAS Diminta Hadir Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

0 comments
PAS menyokong penuh langkah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang bakal mengadakan Himpunan besarnya bagi mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di Istana Negara.

Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap Himpunan ini.

Dari BERSIH ke ISA: Demonstrasi Jalanan Tunjukkan Jalan Kepada BN

Semua Ketua-ketua Penerangan Negeri dan PAS Kawasan diminta mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman Akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat untuk menghadiri Himpunan ini.

PAS turut mengajak semua NGOs dan Individu yang prihatin untuk turut sama menunjukan kebersamaan anda bagi memastikan pihak Kerajaan memansuhkan Akta ISA yang sering dijadikan alat politik segelitir pihak yang berkepentingan untuk menakutkan rakyat.

Mansuhkan ISA!!!, Mansuhkan ISA!!!, Mansuhkan ISA!!!

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Polis bertindak ganas di luar bangunan Plaza Massalam

0 comments

Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock.

Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan (DAP), Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.

Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.

ImageDalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..."

Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..."

Turut berada dalam perhimpunan antaranya Adun Teratai, Rawang, exco kerajaan Ngeri, Teresa Kok; Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'

Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.

ImageTurut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10.20 pagi. Beliau turut berucap dalam perhimpunan aman itu dengan mengatakan; "Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan."

"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini."

Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN.

Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.'

Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.

Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama Penasihat DAP, Lim Kiat Siang hadir dan turut berucap dalam perhimpunan aman tersebut.

ImagePergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas Guang Eng dan Kiat Siang masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta.

Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza.

Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.

Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan.

Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam.

Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza.

Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.

Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'.

Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama Khalid Ibrahim, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Kit Siang, Guan Eng, Azmin keluar dari bangunan tersebut.

Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.

Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.

Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.

Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.

Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.

Thursday, July 16, 2009

Hadiah BN untuk M.U

0 comments

Baru saja selepas BN kalah tipis di Manek Urai, satu Malaysia hari ini terkejut dengan langkah kerajaan menaikkan harga tambang untuk kenderaan awam iaitu bas dan teksi seluruh negara.

Tambang bas ekspres dibenar dinaikkan 2 sen dari 6.5 sen sekilometer kepada 8.5 sen sekilometer mulai 1 Ogos ini.

Sementara tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dinaikkan antara 25 sen hingga 70 sen menjadikan tambang baru antara RM1 hingga RM3.10 sen.

Kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus.

Tambang bas mini naik 20 sen, bas pengantara 20 sen.

Kadar tambang teksi akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3 untuk tiga minit pertama, manakala tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan.

Banyak pihak membidas langkah kerajaan yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, sebentar tadi dan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menipu rakyat sewaktu "menghadiahkan bonus" sempena sambutan 100 harinya sebagai PM.

"Yang akan menderita hasil kenaikan tambang kenderaan awam ini adalah rata-ratanya penduduk miskin yang mengharapkan pengangkutan awam untuk sebarang perjalanan dan kenaikan harga yang diumumkan hari ini benar-benar mencerut leher mereka," ujar seorang aktivis masyarakat.

"Apa ertinya semua ini, apa ertinya slogan RAKYAT DIUTAMAKAN jika sebenarnya Najib dan Muhyiddin serta kerjaan BN bertindak sewenang-wenang untuk menekan dan menindas rakyat dengan kenaikan tambang pengankutan awam?" tambahnya lagi.

Sementara itu, beberapa ahli politik kesal dengan langkah kerajaan BN yang menipu rakyat kerana ia dilakukan di saat Parlimen sudah tamat persidangan dan Manek Urai sudah tamat pilihanraya.


"Ia adalah perulangan taktik kotor sewaktu menaikkan harga minyak di zaman Abdullah (sekarang Tun) apabila mengumumkan kenaikan harga minyak selepas Dewan Rakyat tamat persidangannya dan bukan sewaktu Parlimen bersidang kerana khuatir akan menerima bantahan wakil rakyat Pakatan Rakyat," tegas seorang tokoh politik PAS di sini.

"Rakyat perlu sedar taktik kotor UMNO BN ini yang sengaja mengumumkan selepas pilihanraya Manek Urai untuk menarik sokongan pengundi kerana mereka tahu jika mengumumkannya sebelum pilihanraya itu sudah pasti rakyat akan menolak mereka dengan kekalahan yang teruk. Oleh itu rakyat perlu sedar hal ini untuk tidak mengundi BN lagi di dalam mana-mana pilihanraya," tegasnya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin