;


Thursday, September 3, 2009

Kartika Dewi - Bilakah akan berakhir.....

0 comments
Siapa yang tidak kenal akan Kartika Sari Dewi Shukarnor 32 tahun kini, bukan sahaja di Malaysia, Singapura malah nama Kartika telah dimasyurkan ke serata dunia, baik di timur lebih-lebih lagi di barat melalui media mereka (CNN), malah Amnesty International juga turut membuat liputan kes berkaitan kisah beliau yang ditangkap ketika meminum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur dimana beliau telah pun dijatuhkan hukum sebat 6 kali rotan dan didenda sebanyak RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bulan lalu.

Dan itulah keputusan Hakim Mahkamah Syariah, yang telah menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika Dewi di sisi ayahandanya yg tercinta

Dari apa yang diperolehi dari sesi wawancara yang diadakan pada tanggal 3 Ogos 2009, oleh blogger albanjari, MSK, team Perak Ekspress, dan UmmiAnni yang turut juga dihadiri, melalui kunjungan moral AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan Pusat, jelas bahawa Kartika adalah seorang wanita muslim yang berasal dari Sungai Siput, Perak yang kini hidup dan telah berkahwin dengan lelaki warga Singapura selama lebih 15 tahun. Beliau yang bekerjaya sebagai seorang jururawat di sebuah hospital terbaik di republik itu juga merupakan seorang model iklan. Walaubagaimanapun beliau telah pun meletakkan jawatan sebagai jururawat disebabkan kes tersebut lebih setahun lalu.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil risiko untuk menerima hukuman sebat, beliau berkata, "I want to respect the law ". Malah beliau mahu disebat dikhalayak ramai. Wow ! Adakah sesiapa yang melihat mengapa hal ini terjadi ? Selama lebih 50 tahun negara merdeka, inilah individu yg berani tampil dikhalayak menerima hukuman tersebut atas sebab kesalahan yg diakuinya sendiri mengikut hukum yang ditakwilkan oleh Mahkamah Syariah.

Sebenarnya, inilah individu yang dipilih oleh Tuhan. Beliau dipilih oleh Allah swt. bagi menunjukkan ketempangan hukum yang cuba digunapakai oleh Mahkamah Syariah di Malaysia yang jelas tidak mengikut hukum al-Quran yg sebenarnya. Jika sebelum ini, siapa kisah ? Malah rakyat dibutakan mata melalui hukuman denda RM2000 tanpa sebatan keatas pesalah meminum arak. Hey ! Inilah kebenarannya yang mahu dibawakan melalui isu ini. Individu ini benar-benar mahukan Mahkamah Syariah melaksanakan hukum yg dijatuhkan kepadanya. Apa lagi, segerakanlah hukuman itu ! Tetapi benarkah hukuman itu adalah hukuman yang disyariatkan oleh Allah ? Dan itulah persoalan yg harus dijawab dari isu ini. Sharizat pasti tidak bersetuju dengan artikel ini, pasti !!

Yang jelas, dunia mungkin tertawa. Tertawa kerana hukuman yg dijatuhkan itu bukan mengikut hukum yg sebenar-benarnya seperti yg terkandung dalam al-Quran. Jika kita perhatikan dari pelbagai sudut ilmiahnya kita dapati sebenarnya hukuman itu bukanlah satu dari bentuk hukuman yang di syariatkan oleh Allah kepada kita dan bagi saya ia tetap sebagai hukuman ciptaan manusia dan peninggalan penjajah Inggeris semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Orang ramai menganggap bahawa hukuman itu adalah sebahagian dari hukuman islam adalah tidak benar sama sekali walaupun ia dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah dan dinamakan sebagai Enekmen Jenayah Syariah sesebuah negeri tersebut.

Inilah akibatnya apabila kita meninggalkan dan mengabaikan perintah dari Allah swt yang melahirkan masyarakat umumnya dan umat islam khususnya di dalam negara kita , hingga menjadikan rakyatnya banggang dan jahil terhadap hukum dan perintah agama mereka sendiri.

Sedarkah kita bahawa kita telah dikelirukan dengan hukuman ciptaan manusia yang disolek dengan pelbagai jenama solekan hatta di make up indah oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Mahkamah-Mahkamah Syariah itu sendiri sebagai satu hiasan indah hasil dari tangan-tangan munafik seterusnya menghasilkan gambaran keliru sebahagian besar umat islam kita yang secara sedar ditertawankan dengan undang-undang ini yang dilihat sebagai islamik.

Tidak benar jika kita katakan bahawa hukum yang dijatuhkan oleh hakim tersebut sebagai hukum islam kerana ia jelas berlawanan dengan nas-nas dari al-Quran dan Hadis Nabi SAW.
Allah SWT menegaskan dalam al-Quran ; " Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor ( najis / keji ) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." surah al-maidah ayat 90.
Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBATAN . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a.
" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.
Menurut perbahasan Fuqaha' tentang bilangan sebatan yang dikenakan kepada pesalah arak ini kita perhatikan ia adalah jauh dari apa yang telah di Enekmankan dalam Enekman atau Undang-Undang Jenayah Syariah dalam negara kita ini bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa undang-undang ini adalah sesat sama sekali dan inilah bidaah yang sangat besar berlaku dalam negara kita. Dan kerana itu mungkin, mengapa hukuman sebat ini ditangguh-tangguhkan dengan berbagai rupa alasan dan cara., bimbang pekung yg selama ini disimpul, akan terurai.

Untuk pengetahuan umum, Kartika ditahan pada 11 Julai 2008 di sebuah hotel di Cherating, Pahang kerana meminum arak dan pada 1 Disember lalu dia dihadapkan ke mahkamah. Pada 20 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Beliau yang dikurniakan 2 orang anak, lelaki dan perempuan kini tinggal bersama ibu bapanya di Sungai Siput sementara menanti hukuman yang ditangguhkan sebelum ini, yg diwar-warkan akan dilaksanakan selepas hari raya. Ketika ditanya lagi berhubung kesediaan beliau unutk menerima hukuman itu, beliau berkata,

“Saya buat semua ini bukan untuk mengaibkan diri saya ataupun ahli keluarga, tetapi saya ikhlas mahu menyedarkan seluruh umat Islam di negara ini supaya menjauhi arak,” katanya.

Arak ialah benda haram dalam Islam. Ini jelas. Sekalipun Kartika dihukum atau mungkin terlepas daripada hukuman rotan adakah itu berjaya menyelesaikan masalah arak yang menjadi ibu segala perbuatan jenayah dalam negara kita ? Anak-anak muda melayu begitu mudah mendapatkan arak dikedai-kedai serbaneka malah dengan selamba menoggang botol arak tanpa ada rasa bersalah. Itukan lambang bahawa rakyat didahulukan untuk terbarai dan tertonggeng dulu, menonggang arak sampai bunting, tapi tak boleh beranak.
'Kartika itu aku'.

Dah terang lagi bersuluh......

0 comments
Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor hari ini membuat satu laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya dengan 'memberi perlindungan' kepada kumpulan yang memprotes pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Petaling Jaya tengahari tadi diketuai Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Turut serta membuat laporan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan 21 pemimpin pakatan rakyat lain.

Mereka mendakwa Hishamudin melalui kenyataannya semalam telah mengganggu siasatan yang sedang dijalankan pihak polis terhadap kumpulan penunjuk perasaan yang mengarak serta menendang kepala lembu di hadapan bangunan Sekriteriat Kerajaan Negeri Selangor SUK 28 Ogos lalu.

Ianya merujuk kepada kenyataan menteri itu yang di anggap cubaan 'membela dan menyelamatkan' golongan perusuh tersebut apabila menyatakan tindakan mengarak dan menendang kepala lembu oleh mereka itu bukan untuk mencetuskan api perkauman mahupun menghina agama lain.

Hishamudin menyatakan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan perusuh berkenaan di Shah Alam semalam. Image

Bercakap kepada pemberita di perkarangan balai polis itu tadi, para pemimpin pakatan bagaimanapun menganggap kenyataan beliau itu sebagai membuat keputusan terlebih awal, mendahului keputusan sebenar siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

"Hari ini sudah menjadi suatu yang agak sukar untuk PDRM menjalankan siasatan secara bebas dan terbuka kerana sebelum selesai siasat lagi, menterinya sudah menyatakan mereka (kumpulan perusuh) ini tidak bermaksud untuk mencetuskan api perkauman ataupun penentangan agama," Ujar Dr. Dzulkifli Ahmad

Menurut mereka juga kenyataan Hishamuddin itu secara tidak langsung boleh dianggap sebagai satu arahan dari pihak kementerian kepada pasukan polis yang menyiasat, supaya memberhentikan siasatan mereka.

"Pada saya, dia (Hishamudin) sepatutnta tidak perlu untuk berjumpa pun dengan kumpulan perusuh itu. Kenyataannya itu adalah satu arahan secara tak langsung kepada pegawai di bawahnya supaya samada tidak meneruskan siasatan ataupun tidak perlu ambil tindakan," ujar Dr. Siti Mariah yang turut bersama pada sidang tersebut.

"Ini satu campur tangan dan jelas berlaku penyalahgunaan kuasa dan SPRM diharap ambil tindakan terhadap beliau (Hishamuddin). Dan saya belum dengar lagi mufti buat apa-apa fatwa tentang perkara ini, saya nak dengar sebab mereka begitu senyap," ujarnya lagi.

Pada sidang media tadi juga, Charles dan Xavier sekali lagi mendesak Perdana Menteri, agar mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam negeri itu kerana dianggap telah memalukan kabinet dan bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang digagaskan Datuk Seri Najib.

Deskan sama kali pertama dibuat Charles dan Xavier semalam apabila meminta supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat atau meletak jawatan dari Kabinet selepas Menteri Dalam Negeri itu dilihat menyebelahi kumpulan yang terlibat dengan demontrasi kepala lembu minggu lalu itu.

Selain mereka, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut mencabar Menteri Dalam Negeri itu bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Sehingga kini, 28 laporan polis berhubung isu ini telah pun dibuat pelbagai pihak.

-harakahdaily.com

PASTI Venikam - Bukti Pasti Tadika yang terbaik

0 comments
Jika kita ke Ladang Rubana, Matang Guntung, Seberang Perak, kira-kira 15 km dari Bandar Teluk Intan terdapat sebuah PASTI untuk masyarakat kaum India. PASTI tersebut dinamakan PASTI Venikam. Menurut wakil masyarakat kaum India En.Kumar, PASTI tersebut dibuka memandangkan tiada prasekolah di kawasan tersebut dan tadika PASTI pula terbukti adalah yang terbaik.
Mungkin sudah tiba masanya PASTI Venikam ini dapat direalisasikan pula di Parlimen Kota Raja. Tentunya Pasti dan Lajnah Perpaduan Nasional boleh mula mengorak langkah ke arah cita-cita tersebut.

Sesi penerangan dan taklimat telah diadakan oleh PASTI terhadap masyarakat kaum India tersebut. Pengarah PASTI Negeri Perak, Tn. Hj.Hashan Aladi bin Ahmad merakamkan ucapan tahniah di atas penubuhan PASTI Venikam semasa memberikan taklimat berhubung sistem persekolahan di PASTI.

Pemuda PAS tidak anti hiburan

0 comments

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan Pemuda PAS pimpinannya tidak anti hiburan sebagaimana yang digambarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim dalam tulisannya baru-baru ini.

Apa yang dibantah oleh beliau adalah budaya leka yang dibawa oleh penyanyi dari barat berkenaan.

Zaid Ibrahim, bekas menteri ketika di dalam Umno dan baharu sahaja menyertai PKR baru-baru ini dalam tulisannya telah mempersoalkan tindakan Pemuda PAS yang mendesak supaya konsert Micheal Learns To Rock yang akan diadakan di Genting Highland dibatalkan.

Bagi Zaid PAS sepatutnya lebih menonjolkan keupayaan membuat keputusan dan mentadbir dengan lebih harmoni, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan.

Ustaz Nasrudin dalam reaksi balasnya menyifatkan Zaid gagal memahami risalah yang cuba dibawa oleh Dewan Pemuda PAS. Nasrudin bertegas bahawa PAS bukan anti hiburan.

Sebaliknya, ujar Nasrudin, apa yang dibantah oleh Pemuda PAS adalah budaya leka dan alpa, cara berpakaian dan tarian yang keterlaluan, pergaulan bebas serta lagu yang lebih banyak bertemakan nafsu-nafsi.

ImageBagi Nasrudin, hiburan sepatutnya bersifat menyegar dan menyuburkan, menggembirakan hati yang sedih serta memberi kepuasan yang abadi.

Bukanlah hiburan yang menawarkan keseronokan timbul-tenggelam, malah tambah Nasrudin cara ini akan membuat jiwa terus hanyut dibuai fantasi.

Dalam kenyataannya, Nasrudin sempat menjelaskan bahawa motif utama bantahan Pemuda PAS adalah kerana penganjuran konsert tersebut dibuat dalam bulan Ramadhan.

Nasrudin mengaku yang hiburan adalah positif tetapi jika ia dibuat tanpa mengira masa, maka ia akan menjadi keterlaluan.

Nasrudin percaya bahawa apa yang ingin disampaikan oleh Pemuda PAS bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami, apalagi oleh orang seperti Zaid Ibrahim.

Nasrudin secara jelas merumuskan yang peranan beliau bersama-sama rakan pimpinan dalam Dewan Pemuda PAS adalah untuk menghidupkan jiwa anak muda dengan nilai-nilai baik dan moral, di samping beliau sendiri dan rakan pimpinan mampu memperoleh manfaat ilmu secara tidak langsung.

Dalam pada itu, janji beliau, Pemuda PAS tidaklah pula menentang hiburan secara membuta-tuli.

Kg Buah Pala, Mana Perginya Pembela-Pembela Rakyat?

0 comments

Mana dia wira-wira negara pembawa dan pemijak kepala lembu serta pembela-pembela Umno ketika rakan-rakan sekutu BN mereka sedang berjuang mempertahankan tanah dan rumah mereka di Kampung Buah Pala.. Selalunya apabila berlaku 'ketidakadilan' dan 'salahguna kuasa' yang melibatkan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat, akan muncullah puak-puak pembela ini.. Takkan lah ada pilih kasih kot dalam hal-hal yang melibatkan rakan sebantal.. Mana dia puak-puak berbaju kuning yang lantang membela kerajaan haram di hadapan bangunan SUK Perak kelmarin? Mana dia penentang-penentang kandang babi Kedah tatkala kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sedang galak menyalahgunakan kuasa ke atas penduduk Kampung Buah Pala? Agaknya Kampung Buah Pala yang hanya mempunyai 23 keluarga ini tidak ada 'nilai' kot?

Operasi meroboh rumah penduduk Kampung Buah Pala bermula hari ini apabila syarikat pemaju - Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd merobohkan rumah yang pemilik bersetuju untuk dipindahkan dari situ.


Operasi perobohan tersebut bermula dengan sebuah yang pemiliknya telah menerima pampsan dalam bentuk rumah gantian dan kos berpindah. Pemiliknya juga secara sukarela menyerahkan kunci rumahnya kepada pemaju.

Dengan diperhatikan oleh pihak polis dan jawatankuasa persatuan penduduk, pekerja masuk merobohkan rumah tersebut. Kira-kira sejam kemudiannya, mereka merobohkan rumah kedua.

Sementara itu, polis menangkap 18 orang, termasuk empat wanita, apabila penduduk dan anggota Pemuda MIC menghalang pekerja pemaju tersebut merobohkan rumah-rumah yang lain.

Perkara disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid.

Mereka yang ditahan termasuk peguam penduduk terbabit, Darshan Singh Khaira dan bekas ahli Majlis Petaling Jaya, dari PKR, A Thiruvenggadam.

Beberapa orang tercedera dalam insiden tersebut ketika anggota polis memukul dan menolak benteng manusia untuk masuk ke kampung tersebut.

Anggota Pemuda MIC, S Ragubalan, 28, dan K Somasundram, 24, mendakwa mereka mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan.

"Seorang pekerja yang merobohkan rumah memukul saya dengan tukul," kata Ragubalan. Somasundram pula mendakwa dia dipukul oleh seorang anggota polis.

Seorang aktivis sosial, R Aravindraj berkata, lensa kameranya pecah sewaktu kejadian tersebut.

Penduduk naik berang apabila seorang anggota polis yang dikenali sebagai 'Azman' menjerit 'anak haram' kepada orang ramai di situ. Dia bagaimanapun segera beredar dari situ apabila orang ramai cuba menyerangnya.

Bagaimanapun, pergelutan itu terhenti apabila penolong setiausaha persatuan penduduk, C Tharmaraj memujuk mereka supaya bertenang.

Semua yang ditangkap kemudiannya dibawa dengan trak ke balai polis berhampiran.

Perpecahan penduduk

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran berkata, rumah pertama dirobohkan itu milik S Saravanan, yang menerima pampasan yang ditawarkan oleh pemaju.

"Saravanan tidak pernah bersama kumpulan majoriti penduduk. Tindakannya tidak akan melemah semangat penduduk.


"Kami semua akan bersatu padu," katanya kepada wartawan, ketika pekerja pemaju menggunakan tukul untuk merobohkan rumah tersebut.

Penduduk sebelum ini enggan membenarkan operasi perobohan dijalankan, dengan alasan perintah mahkamah adalah hanya untuk mengosong pemilikan tetapi bukan untuk merobohkan rumah di kampung itu.

Mereka bagaimanapun, membenarkan kerja perobohan itu diteruskan selepas pengarah syarikat pemaju berkenaan, Gary Ho menjelaskan bahawa Saravanan telahpun bersetuju menerima tawaran pampasan dan turut menyerahkan kunci rumahnya kepada pihak pemaju.

Walaupun pekerja pemaju mahu merobohkan dua buah lagi rumah, tetapi ianya dihentikan ekoran perundingan hangat antara pemimpim penduduk, wakil pemaju - Thomas Chan dan Gary - serta pegawai mahkamah.

Berikutan rundingan tersebut, salah seorang penduduk terbabit, K Shanmugam, 60, berkata pemaju bersetuju membenarkan dia merobohkan sendiri rumahnya.

Pihak pemaju juga turut membatalkan kerja merobohkan sebuah lagi rumah milik Muniammah.

Tetapi rumah ketiga dirobohkan sebelum hujan turun lebat, menyebabkan ia terpaksa dihentikan sementara.

Kerja meroboh itu akhirnya dihentikan pada jam 2 petang dengan tiga rumah kosong dirobohkan manakala rumah keempat sempat dirobohkan sebahagiannya.

Kira-kira 24 pemilik rumah di kampung tersebut telah menerima tawaran rumah dua tingkat yang dibuat oleh Nusmetro.

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

0 comments





"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.

Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,

sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh(bagi lelaki). Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid,

kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima:
Bersadaqah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

(bersadaqah-erti yang amat luas..bukan hanya berupa material & wang ringgit sahaja-ini termasuk-mengajar ilmu agama & al _Quran, memberi nasihat,
sumbang tenaga tenaga, pertolongan,bantuan dan lain2.....(wallahu'alam...)

Keenam:
BerWudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Ber'Istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula,

oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Semoga Allah menerima segala amalan kita......Insya'Allah

Wednesday, September 2, 2009

Tiga ADUN Pakatan ditangkap...

0 comments
ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Turut ditangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.

Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.

Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.

Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.

"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.

Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.

Kumpulan Pro-BN

Sementara itu, kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.

Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.

Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.

Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin