;


Wednesday, September 9, 2009

Ranking Keselamatan Jatuh 25 Anak Tangga, Pecat KPN Segera

0 comments

Tahap keselamatan negara yang kian meruncing membuktikan bahawa tindakan PAS membantah perlantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) adalah tepat, kata Ketua Penerangannya Ustaz Idris Ahmad.

"Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 yang dikeluarkan semalam menunjukkan ranking keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85," kata beliau yang menyifatkan peningkatan tersebut sebagai tanda kegagalan Musa.

Isu keselamatan, katanya, bukan sahaja menjadi kerisauan rakyat tetapi pelaburan dari luar juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia di peringkat global merudum ke kedudukan yang ke 24.

Menurut laporan berkenaan juga, potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95 dengan kedua-duanya membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.

"Tindakan PAS sebelum ini yang membantah kontrak Musa sebagai KPN disambung semula adalah tepat jika dinilai dari segi masa depan ekonomi dan keselamatan negara.

"Fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik," kata Idris.

Berikutan kegagalan Musa itu, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan semula beliau.

"Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang dan Polis DiRaja Malaysia memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya," tegas Idris.

Walaupun dibantah pelbagai pihak termasuk PAS, perkhidmatan Musa sebagai KPN yang disambung minggu lalu sehingga 12 September tahun depan.

PAS sebelum ini memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Musa Hassan sebagai KPN.

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Beberapa hari sebelum kontrak Musa disambung, blog kontroversi Malaysia Today menyiarkan akuan bersumpah didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Pegawai polis itu, antara lain, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan supaya "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Tuesday, September 8, 2009

Hero Melayu Amat Memalukan? Pasti Hang Tuah kecewa seandainya Beliau hidup..

0 comments
Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin.
Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati.

Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, ‘hero Melayu’ gelar mereka.

Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadap cadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses lima langkah seperti berikut :-

1. Tapak cadangan dari PKNS - Ini adalah kerana telah dipersetujui PKNS akan menggantikan tapak kuil di Seksyen 19 dengan tapak lain milik mereka kerana tapak di Seksyen 19 akan diambil alih oleh mereka.

2. Persetujuan MBSA bahawa lokasi berkenaan adalah sesuai. Ini adalah wajar memandangkan MBSA adalah pihak yang bertanggung jawab atas perancangan bandar Shah Alam.

3. Persetujuan AJK Kuil – ini telah diperolehi selepas proses perbincangan pada hujung bulan Mei. Nota mesyuarat ditanda-tangani sebagai bukti persetujuan mereka kerana tidak mahu berlaku penafian atau bertukarnya fikiran. Surat inilah yang dijaja oleh orang-orang demo kepala lembu itu. Persetujuan AJK kuil perlu kerana dasar PR ialah musyawarrah bukan paksa pindah ke mana orang lain tetapkan.(Itu dasar UMNO – rujuk pengakuan bangga KT).

4. Persetujuan Kerajaan Negeri atas cadangan untuk memindahkan kuil ke tapak yang dicadangkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mahu memantau semua aktiviti pembinaan dan perobohan kuil.

Pada tahap ini, cadangan mencapai status sebagai ‘cadangan rasmi’ dan barulah boleh dibincangkan dengan pihak awam, terutama penduduk sekitar kawasan berkenaan. Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, kerana cadangan itu belum lagi merupakan cadangan rasmi.

5. Pertemuan dan perbincangan dengan penduduk berhubung cadangan yang telah dipersetujui terlebih dahulu oleh ke empat-empat pihak seperti di atas. Ini adalah kerana walau macam mana sekalipun, penerimaan oleh penduduk sekitar adalah penting untuk menjamin keharmonian.

Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan.

Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.

Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadangan ini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidak sopan.

Hakikatnya, sekiranya cadangan ditolak secara sopan sekalipun iaitu tanpa sebarang aksi yang telah ditunjukkan sebelum ini, kerajaan PR akan mengambil kira pandangan penduduk. Namun atas sebab hasutan pihak tertentu dan kempen salah-maklumat yang dilakukan maka cadangan ditolak mentah-mentah dengan cara paling tidak sopan.

Yang dipertikaikan adalah cara bantahan dibuat, bukannya bantahan itu sendiri. Ada yang menganggap kerajaan negeri sudah pun mahu mula pembinaan! Sedangkan tiada pelan kuil yang telah diluluskan. Nak bina macam mana kalau tiada pelan?

Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebut melihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar. Ini boleh dibuktikan melalui video clip yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog UMNO yang tidak mahu menyiarkannya kerana tahu ianya hanya akan memalukan mereka. Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli PAS dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO.

Saya diberitahu juga ada pihak yang mendakwa bahawa mereka yang terlibat membuat kacau semasa sesi dialog tempohari adalah terdiri dari ahli PAS dan PKR. Sekiranya benar, maka saya cadangkan mereka ini dihadapkan di bawah lembaga disiplin parti, dipecat dan sekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan dibawah akta hasuatan. Dalam masa yang sama, saya juga berharap jika ada ahli UMNO yang terlibat sama, maka mereka juga dikenakan tindakan yang sama. Mahukah mereka melakukan perkara yang sama sekiranya benar-benar yakin?

Teringat saya kisah Haji Bakhil. Dia tanam duit di sesuatu tempat dan meletakkan papan tanda ‘Tiada Duit Di Sini’. Datang pula Haji Bahalol menggali dan mengambil duit berkenaan. Seterusnya dia meletak papan tanda yang menyatakan ‘Bukan Hj Bahlol yang ambil duit di sini’. Bagi saya, begitulah penafian mereka terhadap keterlibatan UMNO dalam soal ini.

Esoknya Najib dengan gembiranya mengumumkan sesi dialog tersebut merupakan bukti kegagalan PR mentadbir Negeri Selangor. Persoalannya, adakah kemungkinan orang-orang yang bertindak samseng diminta berkelakuan sedemikian supaya Najib boleh membuat kenyataan sebegini? Sudah pasti mungkin! Dan ini juga merupakan penjelasan munasabah mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Tanpa provokasi dan tanpa sebab seperti yang telah dijelaskan.

Sebenarnya kenyataan Najib sendiri itu pun tidak benar sama sekali. Kerajaan negeri telah berjaya mengadakan sesi dialog dengan penduduk dan maklumat yang diinginkan telahpun diperolehi (walaupun bukan melaui jalan perbincangan yang diharapkan) iaitu penduduk setempat menolak cadangan tersebut. Mungkin bagi Najib ‘kejayaan’ diukur berdasarkan nilai projek yang dijalankan. Khir Toyo membelanjakan RM600,000 dan ini dianggap ‘kejayaan’. Walaupun masalah tetap tidak diselesaikan! Kontraktor juga yang untung.

Sebagai kerajaan yang perihatin, kami mengambil kira penolakan ini oleh penduduk Seksyen 23, bukan kerana ianya dilakukan secara biadab, tetapi kerana ianya adalah pandangan penduduk setakat mana yang boleh diperolehi. Walaupun ramai yang berdiam diri, namun itulah keputusan yang dizahirkan.

Begitu jugalah dengan kenyataan Khir Toyo. Dia dengan gembiranya menyatakan bahawa semasa dia MB, tiada masalah sebegini. Ya, betul kerana kami sebagai pembangkang merupakan pembangkang yang bertanggung jawab. Kami tidak menggunakan provokasi samseng atas isu-isu perkauman dan agama seperti mereka. Mereka bila jadi pembangkang, jelas merupakan pembangkang yang tidak bertanggung jawab! Bila memerintah pun menjadi kerajaan yang tidak bertanggung jawab, bila pembangkang begitu juga, pembangkang yang tidak bertanggung jawab!

Seterusnya kami telah pergi melawat tapak alternatif dengan kadar segera. Kami ingin memenuhi hak penduduk Seksyen 19 dan juga hak kuil tersebut. Tapak tanah di tepi kilang Nitto Denko Seksyen 23 telahpun kami lawati pagi tadi bersama PKNS, MBSA, para ADUN dan juga MB. Seterusnya akan dikemukakan kepada AJK kuil. Sekiranya mereka setuju, akan disediakan kertas cadangan untuk kelulusan Exco Kerajaan dan melalui 5 proses yang sama seperti yang telah dinyatakan. Lokasinya ditanda dipeta yang disertakan.

Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. InsyaAllah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk mengagalkannya. Itulah sahajalah yang UMNO pandai buat: KACAU.

KHALID SAMAD

PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman

0 comments

Bagan Datoh, 9 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu program majlis berbuka puasa di rumah Sdr Tuan Hj. Arifin Husin di kampung Parit 1, Sungai Sumun berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.
Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.
Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.
Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.
"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.
Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.
"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.
Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.
"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.
"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.
Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka. "Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin.
Dalam majlis itu juga beliau sempat menyampaikan bantuan hamper hari raya kepada lebih 40 orang dari golongan fakir miskin dan ibu tunggal serta duit raya kepada anak-anak yatim.

Hina azan ditahan ISA, pijak kepala lembu, ditahan di mana ? Inikah konon-nya kerajaan yang adil 1 Nation!

0 comments
Islam membawa slogan dan gagasan Rahmatan lil alamin yang bermaksud rahmat dan kesejahteraan untuk semua tanpa mengira kaum, latar politik, negara atau agama. Islam memerintah dengan keadilan tanpa ada sekelumit sikap taksub kepada bangsa.

Berbeza dengan warisan perjuangan sekular yang ditinggalkan oleh penjajah. Mereka memerintah dengan penuh sikap pecah dan perintah walaupun berselindung atas nama perpaduan bangsa dan perpaduan negara (1 malaysia sebagai contoh).

Kes demo kepada lembu yang terjadi baru-baru ini menhentak sanubari kaum bukan Islam malah ia juga mneyedihkan hati para pendakwah Islam yang ikhlas. Kes ini benar-benar memalukan kaum Islam di Malaysia.

Jika dilihat dari kenyataan YB Khalid samad sejak bulan januari 2009 lagi, seksyen 19 telah mewarisi kuil lama sebelum merdeka yang dibina di estet-estet dan kemudiannya ditinggalkan apabila rombakan pola penempatan berlaku. Ia masih dikunjungi dan perlu disusun semula oleh kerajaan PR secara adil dan saksama. Jika kaum bukan Islam sejak sekian lama sabar dengan perlaksanaan Islam dan syiarnya di malaysia, mengapa tidak orang Islam juga bersabar. Kadangkala yang menyedihkan ialah, si penunjuk perasaan, si penghina agama lain itu bukanlah dari kalngan yang aktif dan ikhlas mengajak kaum bukan Islam mengenali Islam. Malah mereka mengalami sindrom ketidakterlibatan dan berselindung juga atas nama membela Islam.

Dalam meneliti isu penghinaan syariah Islam oleh beberapa kaum bukan Islam seperti kes YB Jeff Oii terhadap pembawaan Islam dalam JIM, saya turut terasa dengan penghinaan tersebut dalam masa yang sama saya menilai ia adalah tinggalan Islamophobia dan anti syariah yang di ajar oleh kerajaan sekular BN. Malah saya bersyukur apabila dikalangan JIM Pulau Pinang berhasrat untuk mendakwah pula Jeff Oii selepas kes bantahan terhadapnya.

Namun alangkah lebih baik jika kita yang menganjurkan bantahan terhadap Jeff Oii turut sama membantah tindakan biadab sekularis di Shah Alam yang menghina tuhan bagi kaum Hindu. Jangan hanya sensetif dengan penghinaan terhadap Islam di kalangan bukan Islam, tetapi membiarkan penghinaan ‘melayu’ terhadap Islam dan membenarkan melayu menghina agama lain.

YB Khalid Samad telah mendedahkan sikap PEWARIS dan Pekida yang bertopengkan semangat melayu dan amar maruf nahi mungkar, telah menganjurkan perasmian gelanggang silat di sebelah kuil Seksyen 19 degan menumbangkan 2 ekor lembu untuk kenduri. Dua NGO ini banyak membuat kacau dengan membela ISA dan menghuru-harakana sidang DUN 2 september yang lalu.

Bagaimana sikap kaum India? Lembu adalah suci bagi agama mereka. Bekerja dengan kaum bukan India di kilang menyebabkan saya memahami sikap da perasaan mereka. Menghina lembu adalah umpama sesiapa sahaja melukis gambar Allah dan menghenyak dengan kaki di hadapan kita.

Sebelum ini, YB Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

Pendedahan telah dibuat bahawa pemimpin UMNO tempatan mengulangi kes sembelih lembu di sebelah kuil itu dengan mengheret kepala lembu dalam demostrasi mereka. Tindakan Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain mengheret kepala lembu dalam keadaan bersongkok cukup memberi isyarat bahawa UMNO adalah parti ortodoks dan chauvinis yang melampau. Mereka adalah golongan ‘ghuluw’ yang ditentang oleh para ulama’ Islam sejak zaman berzaman kerana membawa fitnah kepada dakwah.

PAS walaupun sebuah parti politik Islam , kini turut menyertai dakwah non muslim dan integrasi antara kaum sama seperti NGO dakwah yang lain sejak wujudnya Lajnah Hubungan Antara Kaum (kini Lajnah Perpaduan Nasional). PAS memperomosikan konsep rahmatan lil alamin secara komprehensif dan mendahului titik persamaan (comman value) sebagai asas dalam dakwah. Lantaran politik menjadi subjek untuk menentang kezaliman dan korupsi dalam kerajaan, maka ramai kaum bukan Islam bersedia menjadi tulang belakang PAS bersama Kelab Penyokong PAS di setiap negeri dan kawasan.

Sikap UMNO, PEWARIS dan NGO perkauman tajaan UMNO lainnya adalah pembawa permusuhan antara kaum serta menjarakkan lagi hubungan sesama kaum. Slogan 1 Malaysia yang dibawa oleh BN adalah mengabui jenayah dakwah Islam ini yang telah lama menjadi amalan mereka. Jika pada sekitartahun 1960an mereka berjaya mengapikan orang melayu memusuhi kaum bukan Islam, kini dengan adanya media baru seperti blog, email dan youtube, masyarakat semakin matang menaapis setiap isu yang muncul.

JIka Teresa Kok ditahan ISA atas tuduhan menghina azan, mengapa sejak januari 2009 tiada langsung siasatan serius dan tindakan undang-undang diambil terhadap Pewaris dan UMNO atas isu perkauman sebegini? Jika ingin menampilkan keadilan Islam, tonjolkannya ia tanpa ada dasar selektif yang zalim.
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Maidah :8]

1Malaysia : Keselamatan Negara Di Hujung Tanduk

0 comments

MERDEKA KAH JIWA KITA ?

Dalam suasana negara masih merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 kita dikejutkan oleh satu cerita yang menggemparkan iaitu seorang warga Perancis ALAIN ROBERT atau yang lebih di kenali sebagai "Spiderman" telah "menakluki" menara berkembar Petronas. Ini adalah merupakan cubaannya kali ke-tiga. Beliau telah gagal pada kedua-dua percubaan sebelum ini iaitu pada 20hb Mac 1997 dan pada tahun 2007 beliau dihalang oleh pengawal keselamatan ditingkat tingkat 60.

Walaupun peristiwa ini boleh di lihat dari berbagai-bagai sudut mengikut cara mana kita ingin melihatnya tetapi yang pentingnya ialah soal keselamatan nampaknya amat gawat sekali.Bayangkan kalau benar-benar menara Petronas ini dimasukki pengganas atau pencuri atau anasir jahat siapa agaknya yang tahu.

Mengikut laporan akhbar pada hari Rabu 2hb Sept 2009 "spiderman" yang berusia 46 tahun itu mula memanjat Menara Petronas setinggi 88 tingkat itu sekitar jam 6 pagi tanpa dikesan oleh sesiapa pun termasuk pengawal keselamatan yang bertugas.Sekitar jam 8 pagi beliau telah sampai ke kemuncak menara dan sempat mengibarkan bendera Malaysia

.


Beliau bagaimana pun ditangkap oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis Kuala Lumpur untuk disoal siasat. Mengikut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabu Osman "Kita bawa balik beliau ke Balai Polis untuk di soal siasat dan memeriksa sama ada passpot beliau untuk memastikan beliau masuk ke negara ini secara sah.Beliau boleh di dakwa kerana pencerobohan jenayah"

Memang betul pada pagi ini Rabu 2hb Sept 2009 beliau telah didakwa di Mahkamah Majestret Kuala Lumpur kerana pencerobohan jenayah dan didenda sebanyak RM2000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Bagaimanapun beliau membayar denda tersebut dan dibebaskan.

Dalam peristewa ini bukanlah sangat denda yang dibayar itu dapat menghakis tanggapan masyarakat terhadap keselamatan Menara Petronas atau dengan kata lain keselamatn negara khasnya.Kalaulah menara yang begitu canggih dilengkapi dengan segala ciri-ciri dan alat-alat keselamatan boleh "ditakluki" oleh anasir seperti ini maka alangkah jeleknya tahap keselamatan yang kita canang selama ini.

Siapakah yang harus dipertanggunjawabkan terhadap tahap keselamatan Menara Berkembar Petronas ini? Apakah mereka ini tidak bertanggungjawab? Kita khuatir sekiranya bangunan secanggih menara Petronas ini boleh "ditakluki" apakah nasib bangunan-bangunan kerajaan yang lain yang tahap kaselamatannya berada di tahap yang biasa? bolehkah kita pastikan keselamatan tempat-tempat ini terjamin?

Penulis merasakan kita harus menilai kembali bukan saja tahap keselamatan harta kerajaan atau swasta tetapi juga tahap keselamatan negara khususnya keselamatan sempadan. Saban hari kita membaca akhbar-akhbar, atau menonton TV,Blog atau segala macam alat informasi canggih zaman sekarang kita dapati saja cerita tentang pendatang haram yang bermaharajalela di negara kita.

Ada yang datang secara "halal" dan ada juga yang datang secara "haram". Ada yang datang sebagai pelancong ada juga sebagai pelajar tidak kurang juga sebagai pekerja di bebagai-bagai sektor. Saban hari ada saja cerita tentang pelancong yang memakai pas pelancong ditangkap menjadi "pelacur".Ada yang datang sebagai Pelajar ditangkap sebagai "GRO"ada juga yang terlibat dengan "Black Money" ada juga yang terlibat dengan jenayah berat seperti rompakan,pembunuhan,samun,rogol ada juga yang terlibat dengan dadah.Ada juga yang terlibat dengan ajaran "songsang" dan berbagai lagi kegiatan-kegiatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pendatang.

Persoalannya adakah kita benar-benar memberi perhatian terhadap masalah ini? Apakah kita boleh berpeluk tubuh dengan mengatakan yang semuanya terkawal sedangkan kita sebenarnya tidak tahu berapa jumlah pendatang "haram" yang berada di negara kita. berbagai andaian ada yang kata 100 000orang,ada yang kata 500 000 orang dan ada yang kata jutaan orang.Walau apa pun kita harus bertanggungjawab terhadap keselamatan negara kita yang amat-amat kita cintai ini.

kita tidak harus membiarkan rakyat tertanya-tanya atau meragui tahap keselamatan negara kita.Kita mempunyai angkatan tentera yang dilengkapi dengan peralatan canggih,pasukan polis yang juga setanding dengan negara maju,kita ada RELA,kita ada Jemaah Menteri,Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN,JKKK dan berbagai lagi pertubuhan yang sentiasa memikirkan tentang keselamatan kita.

Jadi kenapa kita berada pada tahap ini sekarang? Kebanyakkan dari kita pernah melancong ke negara-negara luar kita tahu betapa rumitnya untuk kita masuk ke negara-negara tersebut terutama Amerika Syarikat. Kita pernah dengar rungutan Menteri-menteri kita pun tidak diberi layanan baik oleh pihak Imigresen mereka.Satu waktu dulu ada seorang menteri kabinet mengkritik pihak Imigresen Amerika kerana beliau disuruh menanggalkan kasut dan berbagai-bagai lagi alat kelengkapan diri semasa membuat lawatan rasmi ke negara tersebut.

Negara-negara lain juga mengamalkan pengawalan imigresen yang ketat. Malangnya di negara kita nampaknya seperti tidak begitu ketat. Bayangkan manusia seperti "spiderman" telah berkali-kali melakukan pencerobohan jenayah terhadap Menara Petronas tetapi beliau masih dibenarkan masuk ke negara kita. Untuk apa orang ini dibenarkan masuk? Apa untungnya kepada kita. Kalau duit denda yang sebanyak RM2000 itu diambil kira apalah sangat dibandingkan dengan maruah negara yang tercemar. "IT takes years for us to build a respectful nation but it takes hours to be destroyed by the stupid act of an individual to satisfy his lust or the so called hobby"

Beberapa tahun yang lalu kita dengar cerita seorang "jutawan" dari Lebonon yang kononnya teramat kaya dan ingin menderma untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan berjanji untuk menderma beratus juta ringgit sehingga semua orang terpegun,termimpi dan terpinga-pinga akhirnya habuk pun tarak. Orang ini dikatakan menipu ramai orang dan baru-baru ini ada lagi cerita terbaru tentangnya yang dikaitkan dengan seorang wanita Filipina yang dikatakan terjatuh dari condo yang didiami oleh mereka.Sebelumnya beliau telah pun berkahwin dengan seorang wanita Malaysia yang pernah menjadi perkerja di pejabat beliau di KL.Mereka kini dalam proses penceraian.Orang begini juga boleh hidup bebas di Malaysia.

Itu adalah beberapa contoh yang dapat diturunkan untuk kali ini di bahagian kedua nanti penulis akan cuba kupas isu-isu yang berkaitan. Sebenarnya dalam kes "spiderman" ini adalah lebih baik bagi pihak Petronas untuk mengeluarkan permit bagi tujuan memanjat menara Petronas ini sekurang-kurangnya ianya tidak memalukan Petronas,Rakyat dan kerajaan Malaysia.Mungkin juga kalau dianjur dengan baik kita boleh mengutip derma dengan menjual tiket kepada penonton.

Walauapapun segalanya telah berlalu "What has been done cannot be undone"Jagalah maruah kita,anak bangsa kita dan negara kita yang tercinta ini MALAYSIA.Sedarlah ini lah satu-satunya negara yang kita miliki.Marilah kita hidup dalam keadaan penuh keharmonian dan kedamaian


MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA!!!

Bongkar Penipuan Undi Pos..!!! Adakah SPR berani menafikan..!!!

0 comments

N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.


Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.

Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - payahsungguh

12 ekor lembu didakwa...20 ekor lagi datang menyokong

0 comments


Kira-kira 20 penduduk datang ke Mahkamah Shah Alam pagi ini sebagai tanda sokongan kepada 12 orang yang akan didakwa berhubung isu perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Mereka berhimpun di kaki lima, menunggu sesi mahkamah bermula.

Mereka memberitahu media "kami bersalah" dan kami datang dengan satu hati".

Dua belas orang tersebut akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram,

Mereka diwakili oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin dan Afifudin Ahmad Hafifi.

http://www.malaysiakini.com/news/112444

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin