Aku yakin para pembaca yang menyokong UMNgOk/Barisan Nasiyonal bising kononnya tak de bukti... gambar macam ni bukan bukti...







at
2:22 AM
Posted by
pemudapaskotakemuning
0
comments







at
2:20 AM
Posted by
pemudapaskotakemuning
0
comments
Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?
Saya difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:
1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).
2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini.
Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib.

salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin

Kerana keceraan yang agak serius di kepala dan mulut dia telah di hantar ke hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut

Pemuda PAS ini juga pecah di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial
Kita yakin, kemenangan Pas di Manek Urai ini walaupun sekadar mendapat majoriti 65 undi sudah memadai untuk menunjukkan betapa hebatnya Pas di dalam berdepan dengan Umno dengan segala jentera kerajaan yang mereka gunakan termasuk `gula-gula’ yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai. Pas masih releven di bumi Kelantan dan Pas pernah mengalami saat yang lebih getir sebelum ini di Dun Negeri di mana Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja untuk memerintah. Justeru itu, tiada sebab Pas harus merasa gundah gulana dengan majoriti yang diperolehi baru-baru ini. Kemenangan yang dianugerahkan Allah ini wajib disyukuri dan ini merupakan satu keajaiban buat Pas.
Tahniah dan syabas buat semua pengundi-pengundi di Manek Urai yang telah menolak sebuah jambatan demi maruah mereka. Penghargaan juga buat semua jentera PR dan Pas yang telah bekerja kuat bagi membantu kemenangan ini. Tidak lupa tahniah sesama kita Blogger-Blogger yang sentiasa komited memperjuangkan dasar dan perjuangan PR, ini adalah kejayaan kita bersama. Umno telah selamat ditalkinkan di Manek Urai. TAHNIAH ABE UJI.
at
12:29 AM
Posted by
pemudapaskotakemuning
0
comments
| ||||||||||||||||||||||||||||||
at
10:21 AM
Posted by
pemudapaskotakemuning
0
comments
Beberapa jam sahaja lagi, pengundi Manek Urai akan ke turun ke gelanggang peti undi. Parti manakah yang akan menang masih menjadi teka-teki. Selera 2 ribu pengundi muda yang kini berada di luar daerah sedang diteliti dan dikaji. Persoalan yang bermain kini, jika mereka tidak pulang, parti mana yang akan rugi?
at
10:19 AM
Posted by
pemudapaskotakemuning
0
comments
at
9:49 AM
Posted by
pemudapaskotakemuning
0
comments
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.![]() |
at
3:22 AM
Posted by
pemudapaskotakemuning
0
comments
Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.
Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.
"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya. _harakahdaily
© 2010 Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning | Smash Theme by Thumb Press | Bloggerized by Free Blogger Template | Powered by Blogger