;


Thursday, July 21, 2011

Cukuplah Bodohkan Orang Ramai...!!

0 comments

Video: Gas pemedih mata dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih- Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Meskipun berulangkali menafikan, terdapat bukti jelas menunjukkan Polis di Raja Malaysia melepaskan tembakan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Rakaman menunjukkan tembakan gas yang dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih di laluan bawah KL Sentral
Tembakan tersebut yang dilakukan secara mendatar ke arah orang ramai, menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan.

Beberapa rakaman yang disiarkan di internet terutama menerusi laman Youtube membuktikan perkara itu. Salah satunya rakaman video oleh sebuah portal berita.

Video berdurasi kira-kira 14 minit itu menunjukkan tembakan dilepaskan di dua tempat berasingan bermula di KL Sentral dan Dataran Merdeka.

Bermula minit ke 7:48, rakaman itu menunjukkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), menghalakan penembak gas tepat ke arah peserta yang berkumpul antara jarak 20 hingga 30 meter di KL Sentral.

FRU turut melepaskan tembakan secara mendatar di Dataran Merdeka
Mengikut pemerhatian dalam rakaman berkenaan, polis tidak mensasarkan tembakan pada paras 45 darjah ke udara seperti sepatutnya dilakukan, sebaliknya disasarkan pada paras hidung.

Sekurang-kurangnya tiga das pertama tembakan dilepaskan ke arah peserta himpunan dengan muncung senapang dihalakan terus ke arah mereka.

Bermula minit ke-8 pula, tujuh lagi das tembakan dilepaskan mengakibatkan orang ramai terperangkap di laluan bawah KL Sentral. Keadilandaily difahamkan dua arah laluan berkenaan pada masa itu telah pun dikepung pasukan FRU.

Visual polis menembak terus ke arah ratusan peserta himpunan berhampiran Dataran Merdeka pula ditunjukkan bermula pada minit ke-12.

Polis tanpa teragak-agak turut melepaskan tembakan kanister termasuk ke arah seorang orang kelainan upaya (OKU) bertongkat yang turut sama berhimpun di situ.

orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU
Cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebelum ini menjadi isu kerana kanister yang dilepaskan secara mendatar menyebabkan kecederaan teruk kepada orang awam.

Ia bertentangan sekali dengan arahan atau kaedah penggunaan yang tertera pada Kanister gas tersebut yang menyebut ‘Do Not Fire Directly At Persons‘ atau ‘Jangan tembak ke arah orang ramai’.

Kanister yang bergerak pada halaju tinggi itu juga menyebabkan kecederaan parah pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakqry menyebabkan pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu.

KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan kanister yang digunakan polis adalah dari jenis sama yang digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.
Dipetik dari : sepang-kederang.blogspot

Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Tentera Israel Gunakan Untuk Perangi Rakyat Palestin

0 comments

[KD] KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.

Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan.

Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

“Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories,” katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

“Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?” kata Latheefa.
Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

“CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS,” kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.
Dipetik dari : sedakasejahtera.blogspot 

PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4Z_1JWISjdA7GNBVcSnM90KUfwHJOr2GReFV7ScwC5QeWq9a6uvkYm-xXJl5hatpcGnfI-a9dX8JadLBo3N2CcqVJOvjZ6mhjWX8G-JciCdK4s0eya5GZfU2n5jBQse-v2spHYihvpi6W/s1600/solat+bergari.JPG


Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan
BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari,sekali gua
tengok,dah macam askar Israel yang menzalimi penduduk Islam Palestin.
Apa bezanya..??Yang gua lagi pelik..apa hal Mat Polis hanya melihat sahaja mereka
bersolat..?? mungkin dalam Keuzuran beb..ha3

Apa yang penting PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa
istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.
Syabas kepada anak-anak muda ini ......!!

Dipetik dari : naimnikmat.blogspot.

Sunday, July 17, 2011

Perginya seorang Tokoh Pejuang Islam

0 comments

Al Faatihah : buat Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali yang baru sebentar tadi kembali ke Rahmatillah. Almarhumah adalah seorang Tokoh Pejuang Islam yang gigih dan kental mendepan cabaran.jamaah kehilangan tokoh besar. Semoga ruhnya tergolong dari kalangan hambaNya yang solehah. Al Faatihah

Saturday, July 16, 2011

Kejayaan Bersih 2.0 seluruh dunia......Ketakutan BN jadi kenyataan...

0 comments
Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan konco-konconya mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan. Tuduhan yang paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; nak tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan kerajaan melalui kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan macam-macam lagi.

Manusia yang kedua teruk menjadi bahan belasahan BN dalam isu Bersih ialah Datuk Ambiga.Beliau digelar ‘Raja Murtad’ maksudnya ketua bagi segala manusia yang murtad. Bila pula Ambiga pernah menjadi Islam tiba-tiba jadi murtad? Entahlah, mungkin tidak faham apa itu murtad.

BN yang menggubal undang-undang membenarkan orang Islam murtad, tiba-tiba sensitif pula dengan isu murtad. Walhal berdekad-dekad pemimpin parti asobiyah itu asyik mempersenda hudud dan hukum Islam yang boleh menyebabkan seseorang Muslim jatuh murtad.




Lapan tuntutan Bersih 2.0 tiada kena mengena langsung dengan isu murtad atau liwat. Andai kata pihak yang memperjuangkan Bersih bukan Ambiga atau Anwar, maka himpunan Bersih 2.0 tetap akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia seperti yang dipamerkan pada 9 Julai lalu.

Mempertikaikan Ambiga dan mengaitkan dengan isu murtad, setelah BN gagal menghalang kebangkitan rakyat tidak lebih dari cubaan mengalih isu. Ia juga merupakan tindakan ‘tak dapat kepala, tanduk dipulas’. Ambiga bukan pemimpin parti politik dalam Pakatan Rakyat. Ambiga bukan ahli politik, dia tidak akan bertanding pilihanraya dan tidak akan jadi Perdana Menteri. Dia memimpin NGO bernama Bersih dengan konsensus dari lebih 60 NGO yang bergabung di dalamnya kerana profesionalismenya di bidang guaman serta relevan dengan isu yang diperjuangkan.

Macam jurulatih bolasepak kebangsaan Jayagopal dipilih. Apabila seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan Malaysia, apakah bermakna mereka telah menyokong agama hindu anutan Jayagopal? (Tidak pasti dia Hindu atau Kristian tapi yg pasti dia kafir) Tidak cerdik sangatlah jika ada pihak yang mempertikaikan Jayagobal dipilih sebagai jurulatih kerana dia India non-Muslim. Tiada kena mengena ketuanan Melayu dengan bolasepak. Itu tamsilan yang sangat mudah untuk difahami.
Selepas himpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpunkan beratus ribu rakyat jelata, muncul pula soalan, apa yang penganjur himpunan Bersih dapat selain dari (kononnya) menyusahkan orang ramai? Sebenarnya yang jadi punca rakyat susah ialah kawalan dan sekatan yang bukan-bukan oleh pihak tertentu atas arahan BN. Namun beban kesusahan yang dihadapi rakyat tidaklah seteruk beban kesusahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juak-juaknya merasa ketakutan yang luarbiasa terhadap gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan.

Seperti dijangka lapan tuntutan Bersih tidak akan dipedulikan oleh BN namun banyak manfaat diperolehi dari penganjuran Bersih 2.0, antaranya:

1. Menyerlahkan gelombang kebangkitan rakyat, PR kembali memperolehi momentum untuk memacu perjuangan sehingga pilihanraya setelah agak lama defensif. Tiba-tiba PR dari pucuk pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong bawahan kembali bersemangat. Komitment untuk hadir ke program anjuran parti meningkat dengan mendadak di seluruh negara.

2. Berjaya mengkucar-kacirkan dalaman BN. Bila ada kelompok di kalangan mereka yang bersetuju akan demonstrasi (Perkasa dan Patriot) dan ada yang menentang, ada yang setuju Najib tawarkan stadium dan ada pulak yang tidak; maka nampaklah kecelaruan mereka. Dalam media maya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah mangsa serangan yang teruk oleh laman maya arus perdana UMNO.

3. Memberitahu bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi akan ugutan oleh pihak berkuasa kerana mereka sudah celik hak asasi dan tahu undang-undang. Serbuan polis, sekatan jalanraya, pekeliling ketua jabatan tidak dapat menghalang beratus ribu rakyat Malaysia keluar ke jalanraya menuntut demokrasi yang adil. Ramai kakitangan kerajaan serta pelajar IPTA terbabit sebagai peserta demonstrasi, tiada lagi rasa takut.

4. Media-media arus perdana yang dikuasai BN tidak lagi berkuasa melakukan perang saraf, manipulasi dan propaganda untuk menipu rakyat. Keupayaan mereka hanyalah untuk menipu penyokong tegar sendiri.

5. Media-media maya tiba-tiba dikuasai oleh penyokong PR. Serangan bertubi-tubi terhadap BN melalui laman social meningkat secara mendadak.

6. Menyerlahkan kebangkitan golongan muda dalam menentang kerajaan tua BN. Situasi ini amat membimbangkan BN kerana tidak kurang dari 80 peratus peserta himpunan Bersih adalah anak-anak muda. Video perhimpunan dan perarakan Bersih yang boleh diakses dengan mudah di medan maya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan muda yang menguasai.

7. Berjaya meruntuhkan reputasi kerajaan BN di mata dunia. Pejuang hak asasi manusia menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang yang tidak layak menerima hamparan permaidani merah di pentas dunia. Apa untungnya jika kerajaan BN ditekan pihak antarabangsa? Untungnya ialah mereka berjaya dilemahkan, justeru tidak berupaya pula menekan pihak pembangkang dengan kekuatan yang maksimum.

8. Pengiktirafan oleh Yang Di-Pertuan Agong terhadap Bersih adalah catatan kejayaan Bersih yang sangat besar. Ia mengesahkan bahawa Bersih bukan pertubuhan haram, perusuh atau pengacau. Khabarnya selepas Bersih terdapat sebuah NGO rasis cuba mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong tetapi tidak berjaya.

9. Menyerlahkan ketakutan BN yang bukan kepalang. Mereka takut perhimpunan aman bertukar jadi revolusi yang menjatuh pemimpin kerajaan macam di Mesir dan Tunisia. Perbagai bentuk provokasi dan manipulasi dibuat untuk menggagalkan Bersih termasuk mengadakan cerita komunis, senjata dan bom petrol.

10. Kejayaan penggembelingan tenaga pelbagai kaum dalam PR. Kalau Bersih kali pertama, hampir keseluruhan peserta adalah berbangsa Melayu tetapi kini pelbagai bangsa turun memberi sokongan.

Monday, July 11, 2011

Kenapa Najib Umngok Tidak Suka Kepada Islam PAS?

0 comments

1- Kerana Islam Umno gemar kepada amalan Pendedahan Aurat. Sebagai contoh isterinya sendiri tidak menutup aurat sepertimana tuntutan Islam PAS.

2- Islam Umno sukakan bersentuhan dengan bukan muhrim. Sebagai contoh Najib sendiri tidak berasa kekok apalagi rasa bersalah apabila bersalaman dgn Wanita dan Puteri Umno. Islam PAS amat melarang kaum wanita bersentuhan dengan kaum lelaki apalagi sekadar bersalaman.

3- Islam Umno cukup mesra rasuah. Sebagai contoh Isa Samad dan Ali Rustam telah terbukti mengamalkan rasuah politik tetapi tidak dihukum penjara malahan diberi jawatan tinggi. Najib sendiri menawarkan jutaan ringgit kepada rakyat Sibu jika memenangkan BN. Islam PAS amat menbenci amalan rasuah.

4- Islam Umno meletakkan bangsa Melayu mengatasi segala-galanya hatta agamanya sendiri. Sedangkan Islam PAS menganggap semua bangsa adalah sama dibawah naungan Islam. Tiada bangsa yang lebih hebat melainkan Islam sahaja.

5- Islam Umno menggalakkan amalan khurafat. Sebagai contoh para pemimpin Umno sering menegaskan hanya Umno-BN mampu mentadbir negara. Najib sendiri meletakkan kalungan bunga di pusara Kamal Ataturk ketika lawatan ke Turki. Islam PAS dengan tegas menolak amalan khurafat seperti meletakkan ancak pada tiang seri rumah sebagaimana yang dilakukan oleh Zambry Kadir.

6- Islam Umno tidak menghormati Al Quran. Isteri Najib sendiri mengaji Al Quran tanpa menutup aurat dengan sempurna. Islam PAS amat menyanjung tinggi Al Quran dan menegaskan bagi mereka yang mahu membacanya harus menutup aurat serta berwuduk terlebih dulu.

Godam: 'Collins tegur, bahasa Melayu lara'...Akibat 1 Malaysia sangat...keh! keh! keh!

0 comments
SAYU hati penulis bila membaca kritikan Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara, Northern Illinios University (NIU), Amerika Syarikat (AS), Prof Dr James T Collins, terhadap kelemahan Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Ini kerana kritikan datang daripada orang putih yang bahasanya begitu disanjung tinggi di seluruh dunia apalagi di Malaysia, tak kira bangsa mahupun status sosial sehingga bahasa Melayu yang haknya sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan terpinggir dalam sedar. Agaknya apa perasaan pemimpin politik negara ini khususnya Melayu termasuk tokoh di kalangan parti pemerintah yang ‘mabuk’ bahasa selama ini sehingga sanggup menjunjung bahasa penjajah ke hulu ke hilir di negara sendiri, meskipun sedar mereka berlaku ‘khianat’ terhadap bahasa Melayu? Bahasa Melayu hanya meniti semula di bibir pemimpin politik tanah air sejak akhir-akhir ini dalam gembar-gembur pilihan raya umum yang semakin hampir dan tentunya semua boleh membaca niat di sebalik keselesaan berbahasa Melayu! 

Hakikatnya penulis tidak terkejut dengan teguran Prof Collins kerana pakar linguistik, leksikografi, dialektologi Melayu dan perubahan sosial dalam bahasa minoriti di Asia Tenggara itu, lama mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas melepaskan jawatannya di Universiti Hawaii. 

Pertemuan kali pertama dengan Prof Collins lebih sedekad lalu, juga menyebabkan penulis malu sendiri kerana keupayaan berbahasa beliau begitu mengagumkan sehingga tidak berlaku sama sekali bahasa rojak sekalipun dalam bahasa perbualannya. 

Begitu juga pertemuan penulis dengan pakar dialektologi, Prof Dr Bernd Nothofer, pada pertengahan 1997 yang ketika itu berkhidmat sebagaiPengarah di Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman; bahasa Melayunya hebat mengalahkan orang Melayu sendiri. 

Bertambah terkedu penulis apabila minatnya terhadap bahasa Melayu turut dipanjangkan dalam kajian dialek Kebumen di kalangan generasi muda masyarakat Jawa di Ulu Langat, Selangor, selepas lebih 70 tahun keluarga mereka berhijrah ke sini. 

Prof Collins mendakwa Kamus Dewan tidak mencerminkan ketelitian penyusunannya kerana gagal memberi definisi untuk setiap perkataan sehingga perbezaan sosial mengikut kelas dan fungsi sosial tidak ‘diserapkan’, lalu ‘menyusahkan’ pengguna bukan Melayu. 

Tidak ketinggalan sarjana itu juga kesal kerana DBP tidak memberi tumpuan kepada definisi bersifat teknikal sehingga Kamus Dewan yang sepatutnya menjadi rujukan rasmi di negara ini, tetapi ‘tersangkut' pada dekad 1960-an dan 1970-an serta terikat kepada kesusasteraan. 

Pasti ada yang mempersoalkan kekaguman penulis memandangkan kedua-dua tokoh terbabit adalah sarjana dan sememangnya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan penelitian terhadap bahasa sasaran yang menjadi bidang pengkhususan masing-masing. 

Bagaimanapun teguran itu membuktikan betapa orang putih tahu menghargai bahasa Melayu, meskipun ia bukan bahasa nenek moyang mereka sehingga membangunkan Online Multimedia Learner's Dictionary of Malay yang juga projek khas Kementerian Pendidikan AS sejak Ogos 2009. 

Rasa kasih ‘orang luar’ terhadap bahasa Melayu jauh berbeza dengan sebahagian besar rakyat Malaysia yang majoritinya taksub terhadap bahasanya sendiri dan sentiasa memandang serong kepada keupayaan bahasa Melayu sehingga sanggup melabelnya tak cukup perbendaharaan kata. 

Sikap tidak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket sebahagian besar bangsa Melayu sehingga termakan dengan ‘pembohongan’ bahasa Melayu tak cukup istilah @ tidak cukup perkataan, maka terjadilah terjemahan langsung ‘out side the box’ sebagai di luar kotak, sedangkan ia bermaksud di luar lingkungan, di luar ruang lingkup, di luar kepompong atau di luar kerangka! 

Lalu online yang sepatutnya diterjemahkan sebagai dalam talian menjadi di atas talian, seolah-olah semut sedang berjalan dalam kumpulan mereka, sedangkan istilah tepat mengenainya sudah dikeluarkan DBP, tetapi entah mengapa pengguna bahasa Melayu enggan menggunakannya! 

Suatu hakikat bahawa bangsa Melayu sememangnya suka menggunakan perkataan dan istilah secara semberono, lalu apa yang hendak dikatakan apabila judul seperti ‘‘Busker’ patut dihargai’ (Penyanyi jalanan patut dihargai’ dan ‘Penjenamaan semula zakat lebih ‘catchy’ pikat pembaca’ (Penjenamaan semula zakat lebih pikat pembaca), diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu! 

Begitu juga dengan penggunaan ‘e-book’ sedangkan ‘e-buku’ atau lebih tepat ‘buku-e’ yang sepatutnya digunakan dan perkataan pesta tenggelam oleh penggunaan ‘fiesta’ mahupun ‘karnival’ berleluasa dek sikap bangsa Melayu yang murtad bahasa dalam rempuhan globalisasi. 

Bangsa Melayu juga suka menunjukkan sikap canggih tak kena tempat dalam bahasa Melayu yang dapat dilihat melalui penggunaan ejaan secara membabi-buta seperti ‘xplorasi’, sehingga lupa hakikat bahawa bahasa Melayu ada sistem ejaan baku yang perlu dipatuhi! 

Begitu juga dengan ‘fraction’ dengan selamba digunakan seorang pemimpin sebagai fraksi sedangkan istilahnya dalam bahasa Melayu iaitu pecahan, serpihan, bahagian sudah hadir dalam bahasa Melayu sejak berzaman. 

DBP selaku badan berwibawa dalam hal bahasa Melayu perlu menerima teguran orang luar, meskipun pahit untuk ditelan kerana kelemahan itu membuktikan ‘pemasaran’ bahasa Melayu lemah, meskipun ratusan ribu wang sudah dibelanjakan bagi tujuan memartabatkan bahasa itu.

p/s jgn sampai org putih jd pakar rujuk Bahasa Melayu sudah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin