Kisah-1 
     
      Ketika belajar di Universiti Kebangsaan  Malaysia , Salleh (bukan nama       sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama       sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah       Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan       Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya       Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu       selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia       terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak       jauh dengan Masjid.
     
      Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar       Kami telah berbual-bual hampir lima        jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga       Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan       Allah. 
     
      1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari      
      RM3000.
      2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun       menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan       kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan       kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
      3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200       Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
      4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
      5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
      6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,      
      Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
      7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
      Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat       pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil       air kurang Dari RM10 sebulan..
      8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
      9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di       Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
     
      Sejak berkawan dengannya Ada        beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
     
      1. Solat Duha menjadi amalan       hariannya walaupun ketika pergi outstation
      2. Solat Istikharah menjadi       suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli       mesin basuh.
      3. Sering membaca Surah Al-Waqiah 
      4. Tidak terlibat langsung dengan       sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman       kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
      5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu       Bapa mertuanya .
      6. Suka menolong orang Dan       memberi derma 
      7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak       yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
      8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah       Rosak atau menyusahkan nya.
      9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan       cepat.
      
      
      Kisah-2 
     
      Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan       Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai       Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia,       Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari  Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke       rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor       Baru..
     
      Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan       Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang       Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk       Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid       Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
      Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
     
      Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan       Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya       Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan       Tiada keberkatan hidup.
     
      Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah       Ialah seperti berikut;
     
      1. Banyak sangat terlibat dengan sistem       Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
      Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
      2. Menggunakan banyak kad kredit       konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan       riba yang berterusan.
      3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
      Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
      4. Sering bertengkar dengan isteri.
      5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
      6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
      7. Suka menengking jika   Ada orang mintak derma. 
      8. Soal sembahyang   lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.. 
     
      Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling       Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan       langsung Untuk mencari keberkatan hidup.
       
      Kisah 3 
       
      Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan       hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri       sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan       ini sekarang mengajar di KISAS. 
      
      Ceritanya begini...
     
      Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
      sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.       Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini       sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di       sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang       ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu &       yang
      paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,       abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat       berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
     
      Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan       8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang       solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku'       apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam       memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang       tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai       masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap       memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini       menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau       mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di       situ. 
      
      Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah       menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
      dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.       Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang       sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua       berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil       wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu       anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
     
      Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula       solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga)       di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang       mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
     
      Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel       semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak       melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,       "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan       puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar       kuliah subuh yang disampaikan. 
      
      Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian       diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan       suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8       orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika       ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya       lelaki...
      Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai       tanpa pedoman...  cuba kita       tanya diri kita sendiri... 
      
      -Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah       dalam keluarga ???
      -Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???      
      -Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat       memimpin adik-adik mereka ???
      -Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian       rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan       mereka yang lebih dewasa ??? 
      
      Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini       menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua... 
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
                      -
                    
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali 
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
1 year ago












0 comments:
Post a Comment