;


Friday, November 6, 2009

Lagi Satu Permainan Yahudi.

0 comments

Apa yang boleh aku kategorikan kenyataan dari Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai salah satu kenyataan pembodek umno tahap tegar. Dan semuanya ini adalah provokasi dalam mencapai matlamat usaha merampas Selangor pasa awal Januari 2010.

Dari sudut pandangan negatif aku senfiri; maka isu Agama dimainkan bagi meniupkan api kebencian kepada orang Melayu yang mengaku beragama Islam supaya membenci Kerajaan Pakatan Rakyat. Dalam persepsi orang melayu yang jumud ini, mereka akan berkata:

"oh... betullah semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, orang kafir pun dah boleh berucap dalam Masjid, masa zaman Barisan Nazional semua benda ni tak pernah berlaku"

Maka berjalanlah dakyah jarum hasutan yang ditimbulkan oleh syaitan islam itu sendiri. Maklumlah kerana pemikiran Melayu adalah unik sedikit jika menyentuh perihal Masjid, Hukum itu dan ini, soal bidaah itu dan ini, yang takda di adakan... yang ada tak nak ikut... macam-macam hal...

Tetapi jika dikaji dari sudut positifnya pula, bagus juga isu ini dimainkan seperti juga isu penangkapan Dr. Asri. Lagi banyak isu agama dimainkan lagi banyak pendedahan tahap kebodohan beragama puak umno ini semakin terserlah, dan semua muka-muka pencacai/tali barut umno yang masih berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan dalam Kerajaan Selangor dapat di kenal pasti.

Pemantapan yang perlu dilakukan ialah cara pihak Kerajaan Negeri menanggani semua provokasi ini dengan cara yang profesional sambil memperjelaskan kepada rakyat akan kedangkalan usaha pihak pembangkang negeri yang seperti gila talak ingin merampas kembali Selangor.

Berkaitan kenyataan Pengarah Jais, Rujuk sini.

Isa: Semua helah telah dipergunakan, Polis..? gagal... SPRM..? gagal... Mempergunakan Kad Keahlian umno dalam PAS (UG) pun gagal... terkini Jabatan Agama Islam Selangor pula mengorak langkah membuat percubaan.., tunggulah hasilnya... mampukah Kerajaan Negeri Selangor bertahan...?

Posted by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin