"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
Muhasabah diri..
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. “Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). “Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya..... Dimanakah walaknya kita pada pemimpin...fikir-fikirlah.. Semoga kita menjadi pejuang agama yang sejati, mentaati segala suruhan Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan-Nya.
Aktiviti Bulanan
Usrah bersama Ust. Hayazi Isnin minggu kedua Jam 930 malam
Usrah bersama Ust. Hadad Rabu minggu ke-4 Jam 930 malam
Aku cadangkan bercakap lah benar walaupun ko mungkin tak suka. Video kat atas neh ramai yang sebar dan aku nak bagitau mereka berdua neh penipu. Ada video yang jelas membuktikan bahawa siapa yang serang siapa dulu.
Korang lihat kat bawah neh oke ;
Siapa provoke sapa neh? Sekarang aku nak dedahkan mereka2 yang bertindak liar dan ganas ketika berdemo. Tapi kenapa ada pula yang komen begini ;
1. Eley peserta bersih kasar hang nampak, polis kasar hang tak nampak. <-- Oiii tue bezanya hang dengan polis. Kalau hang dan polis sama2 kasar toksah dok pongpang lakalau kena kutuk dengan orang awam
2. Heyy ko ada bukti ka pendemo bersih yang buat hal neh? <-- Takde. Sebab tue kita kena dedahkan mereka2 yang buat provoke neh. Biar disiasat. Masa tue nanti kita tahu lah sapa benar sapa salah.
Korang tak perlu buat ayat ;
SB yang menyamar apa seme tue der.. = bukti takde der. Cakap mesti ada bukti der. Lue mesti rasa geram, gua pun geram tapi bukti tetap bukti neh. Sekarang neh dari lue dok pongpang2 marilah kita sama2 berpakat cari bukti der. Gua sedang cari bukti lue pun cari bukti ada bukti nanti kita dedah. Lue jangan sibuk dok alih/spin/divert isu mentaliti penyokong2 bersih yang ganas neh. Terima hakikat dan siasat habis habisan.
Punca provoke polis der. Yang dok sembur2 = memang betul der. Sapa tak geram kena sembur. Tue bab lain. Bab sembur = kita dah balas dengan ejek2 dan maki dorang. Tak ingat meh? Dia main kasar, kita balas bahasa kasar. Kita takley guna tangan. Unit amal dah larang. Tak cukup kakitangan. Sedey aku tengok unit amal kena buli.
Dia cakap sudah2.. sudah2.. sorang unit amal = kena kawal 50 - 70 orang awam. Gila kaw. Kena tolak seme cukup. Warna merah dah tak relevan dengan unit amal. Guna kaler oren menyengat, ikat kepala, bawa loceng. Tiup loceng untuk amankan pendemo der. Siyes aku sedih tengok unit amal diperkotakkatikkan oleh pendemo2 bersih. Gua pun dah tatau nak jerit apa dah masa tue.
Polis sembur satu hal. Tapi kena faham kenapa polis start sembur dulu. Semua neh berpunca dari mereka yang pergi rempuh halangan berpagar di dataran merdeka.
Untuk rekod ;
- bersih, ambiga, a.samad said tak pernah suruh sapa2 pergi rempuh sapa2. Last statement ambiga keluarkan cuma ialah KITA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA RAPAT DENGAN DATARAN SEDEKAT YANG MUNGKIN TETAPI TIDAK AKAN BERHIMPUN DI DATARAN SEBALIKNYA AKAN BERHIMPUN ATAS JALAN SEBAB DIDESAK OLEH DBKL.
- Jadi muka sesiapa yang terpampang dalam utusan, lelaki baju hitam tue tolong ko ke depan mengakui kenapa ko berbuat demikian. Aku takmo tuduh dia. Sebab aku sendiri dok rempuh2 orang. Nak tahu kenapa? PANAS. PANAS. PANAS dan SESAK SESAK SESAK. PANAS + SESAK = TENSION.
- Aku boleh cakap bahawa aku setuju ambiga kena bertanggungjawab dalam kes neh.
- Dia kena sediakan barisan peguambela dan penasihat2 kepada pendemo2 yang geram time tue.
- Aku percaya ramai yang first time join demo semalam. Dorang gagal kawal emosi. Perlu di ajar untuk berdemo lagi. Hehehe.. supaya lebih matang oke. Practise makes perfect.
- Ingat, kalau sorang SB provoke dah cukup. Dia provoke, sorang pendemo terpedaya ia akan meleret2 macam video di atas tue.
- Ketika aku berdemo semalam 7 - 8 kali aku nampak dorang balik botol. Dah tegur. Kita tegur dorang balas. Unit amal tegur dorang balas. Tahu dorang cakap apa? Polis buli kita. Sampai bila nak bersabar? Dorang tunjuk samseng. Kita kena ajar. Maksudnya apa?
Maksudnya sedikit sebanyak apa yang berlaku semalam adalah satu dendam kesumat yang dihadapi oleh mereka2 yang sering kena buli. Kalau seseorang tue asyik dibuli, dibuli dan dibuli sampai satu tahap dia akan melawan. Apa yang PDRM dapat semalam hanya sedikit dari apa yang pendemo2 dah selalu dapat. Aku tak kata tindakan tue betul tapi penilaian harus dibuat berdasarkan kepada semua andaian2 yang wujud.
- Apa yang berlaku di dataran merdeka tue sebenarnya bukan perkara yang polis tak boleh consider. Dengan keadaan yang begitu sesak, sila lihat video kat bawah neh ;
Sepanjang2 jalan semua menuju ke dataran merdeka. Dah kena tolak dari arah belakang ko nak cakap apa? Mungkin bukan nak rempuh tapi ter-rempuh ataupun terpaksa rempuh. Kang kalau pergi jalan sana.. kemana pula akhirnya mereka? Buat pusingan U-Turn padahal matlamat dataran kan? Aku ada tanya mereka2 yang ada kat situ. Dorang cakap orang dari belakang semakin padat.. nak taknak kena jalan ke depan.
Kalau ikut gambar pun sedaya upaya dorang pun maleh nak rempuh tapi ye lah macam biasa sekali lagi mereka2 yang berpakaian biasa tah datang dari mana.. [nanti aku upload gambar utusan oke] ada jek hal yang mereka buat. Bukan nak tuduh2 tapi siasatan harus dijalankan.
Bab polis kena belasah kaw2, kena tikam apa seme adalah penipuan semata2. Maksud aku yang accident tue jela polis kena. Kena tolak dan pukul dari luar kereta. Selain dari tue mana ada. Mana ada polis meninggal. Mana ada pendemo bersih meninggal. Buat masa sekarang semua selamat. Tiada kematian yang dilaporkan.
Bab polis belasah orang awam tue memang ada. Citer dia gini. Orang lain baling botol orang lain yang dapat geram dari polis. Ini silap besar juga neh. Ada baby terperangkap kat tengah2 time polis baling teargas. Ini yang aku marahkan sangat. Apa jek ko nak paksa orang bersurai di jalan masjid jamek sedangkan yang langgar arahan tue di dataran jek.
Masjid jamek takde hal.
- MAHKAMAH KELUARKAN ARAHAN = larangan penggunaan hanya meliputi dataran merdeka sahaja. Jika sesiapa langgar arahan tersebut, polis boleh bertindak balas. Tapi masalahnya lepas polis pergi serang dataran yang dia datang serang masjid jamek apa hal?
- Masa perhimpunan sampai 4 petang jek. Belum pukul 4 yang mai serang orang di dataran buat apa der? Lepas tue meleret2 kat sogo dan lain2 kawasan. Why?
- SB masuk dalam kawasan perhimpunan. Aku nampak ada SB dok perhati kiri kanan. Lepas tue ada satu SB kena tarik keluar sebab orang dah perasan dia SB. Ketika naik LRT juga.. aku pun terperasan sorang SB baju merah aikk tadi dia dengan kita tapi sekarang dia dok tolong polis berkawal pula, apa citer?
- Bukan aku nak tuduh2 tapi polis melakukan provokasi. Korang perasan tak apa yang aku perasan? Citer dia gini. Pendemo berdiri kat atas jalan. Lepas tue ramai2 polis pergi kejar dan acah2 kan dia. Apahal tue? Lepas tue pendemo yang lain2 rasa hak eley lue apahal polis? Nak main2 ka? Oke jom kita main. Tue yang terjadi antara mereka provoke memprovoke.
- Tapi satu hal yang silap besar time tue ada pendemo yang gilababi pergi baling kayu dan batu. Kena marah der. Kita marah. Oii lue apahal baling batu. Unit amal pun alahaii sedih aku tengok. Tak cukup kakitangan yang nak kawal crowd. Sana sini seme cukup macam2 provokasi berlaku. Hey... tahu kah korang unit amal pun kena tolak dengan pendemo bersih bila disuruh jangan menghampiri polis?
- Unit amal unit yang bertugas mengawal peserta demo pun depa lawan. Bengong betul larh. Kalau melawan polis tue logik gak. Gua pun paneh ahti dengan polis. Ada ka patut dia tembak teargas dari atas. Korang tahu dia buat apa? Dorang naik atas bumbung dan tembak. Mula2 ingat helikopter tapi auntie ada cakap dia memang nampak polis tembak dari atas. No warning at all.
- Bab peluru hidup tue betul bukan rekaan. Bab orang berdarah tue betul bukan rekaan. Kena kat leher. Kebetulan aku terserempak dengan lelaki yang bagi baju kat lelaki yang berdarah2 leher tue. Korang mungkin dah tengok gambar dia. Aku dapat info serba sedikit pasal tue. Ini satu lagi aku tak faham. Apa ke hel nya tembak depan2 main acu kat kepala2 orang ?
- Lepas tue kamera wartawan kena rampas. Apa masalahnya? Wartawan terbabit berjaya rakam satu aksi polis belasah pendemo lepas tue kamera dia kena rampas, filem kena tarik. Mak ai. Apahal tue?
- Pada pukul 2 aku dengar polis yang tak pakai baju seragam bagi arahan kena balik IPD. So seme polis bergerak balik IPD. Dorang tinggalkan lokasi masjid jamek. Aku suspect masa di IPD berlaku sesuatu perbincangan.
- Ada individu yang report setiap apa yang pendemo cakap. Aku perhatikan pakcik tue. Dia cakap lah apa2 yang pendemo cakap contoh, hancur umno hancur.. dan blablab.. dia suruh tulis, tulis. Sapa tah dia.
- Sebelum dataran kena serang, lrt masjid jamek ditutup semua pintu kecuali satu. Apahal nak menyesakkan kawasan yang dah sedia sesak?
Sebenarnya itu makanan dia.
Dah sampai ke satu tahap bahasa lembut takley jalan. Aku takmo bekap dan sokong apa2 keganasan. Tapi manusia pun ada had masing2. Polis atau pendemo sama jek dalam situasi neh. Sepanjang yang aku tahu pendemo bersih nak demo aman jek. Entah apa yang berlaku semalam sejujurnya aku pun tak pasti kat mana silapnya pendemo2 neh sehingga bertindak agresif.
Bukan seme yang ditahan tue mencetuskan provokasi dan keganasan. Lagi satu bab motor rosak dan sampah sarap. Alamak aii. Bab motor rosak aku takde info so takmo cakap. Tapi dah polis cakap bersih buat so bagi bukti. Bab sampah berlonggok2 ko nampak, bab sampah kena kutip selepas insiden tue ko tak nampak pula? Jangan buat citer separuh benar lah weh.
Silap BERSIH yang paling utama bila setiap ketua2 yang bertugas menjaga di lokasi masing2 tidak berada disitu untuk mengawal situasi. Tapi untuk tidak menambahkan kesilapan kita, marilah kita serahkan semua pendemo2 yang gagal mengawal emosi kepada pihak2 yang tertentu untuk disiasat.
Dari situ kita boleh menilai semula di mana salah silap kita dan seterusnya membuat penambaikkan agar demo akan datang lebih tersusun dan aman. Ya, betul demo lain oke, demo lain.
kah kah kah
Updated ;
Korang tengok video neh. Aku time neh kat atas. Aku lah yang dok jerit2 jangan lontar botol apa seme. Dari sana ke sini seme stock lontar botol seme aku sound woitt jangan. Tapi neh rakaman versi pendek je kot. Cuba dengar versi panjang kot2 ada suara aku termasuk ke..
Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.
Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.
Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;
Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].
Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;
- Ada kon
- Ada batu
- Lampu kereta pecah
- Kereta kemek
- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.
- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?
Lihat gambar kat bawah neh pula ;
Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.
Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.
Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.
Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.
Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?
Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.
Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.
Anak panah hijau = penghenti provokasi.
Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh.
Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;
Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?
Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?
Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.
Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm.. memang kalau nak rembat semudah ABC jek.
Kesimpulannya kat sini ialah ;
1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2.
2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl.
Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke.
Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini. Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?
3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka.
Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.
Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.
Updated ;
Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.
Berikut adalah satu laporan dari sebuah agensi berita luar negara tentang satu peristiwa yang akan berlaku dan akan kekal dalam lipatan sejarah Malaysia yang tidak disiarkan oleh media elektronik negara iaitu RTM, TV3 dan juga ASTRO.
Ini kerana laporan tentang perkara ini sudah pasti telah diarahkan digelapkan dari pengetahuan masyarakat Malaysia yang tak punya capaian internet oleh sang penguasa yang gila untuk mengekalkan kuasa..
Bersih rally set to go ahead
KUALA LUMPUR, Malaysia: Malaysia's electoral reform group, Bersih 3.0, is pushing ahead with a planned rally to be held this Saturday. Organisers are expecting 100,000 people to turn up, calling for free and fair elections.
They added there will be no change in venue. The protest will still be held at the iconic Merdeka Square, even though their application to use the site was rejected by the police and the Kuala Lumpur City Hall.
The coalition of 84 NGOs is prepared to push ahead with a peaceful sit-in this Saturday, at the historic Merdeka Square at 2pm local time, despite failing to obtain the green light from the city mayor and the cooperation of the city police.
Bersih co-chair Ambiga Sreenevasan said there is no turning back now. "It's a bit late now," she said.
"There has to be a guarantee that the demands of Bersih will be met before the 13th GE. "If there's any sincerity in meeting what we are asking for, that guarantee would have come by now."
The former bar council president added that the slew of law reforms pushed through by Prime Minister Najib Razak in parliament in the past weeks would have meant nothing without free and fair elections.
Apart from cleaning up the electoral roll, said to be full of dubious voters, Bersih also wants the election commission to step down and international observers be allowed in to monitor the coming polls.
They have also refused to change the venue last minute adding that the Merdeka Square is the perfect place for the rally.
Bersih steering committee member Hishamuddin Rais said: "In English, it means Freedom Square. In Arabic, it means Tahrir Square."
Said Ms Ambiga: "This is not going to be Tahrir square, and we believe actually that if at all there are to be changes in government etc, it will be done through the ballot box.
"That's how we want to do it. That's why we want clean and fair elections." Bersih 2.0 last year saw more than a thousand protesters arrested and scores injured during crackdown by riot police.
This time round, the organisers said they are well prepared for Bersih 3.0. More than 6,000 security personnel, including 100 doctors, will be on duty this Saturday.
The Bersih 3.0 rally will be held simultaneously in 11 cities nationwide, while similar protests will be held across 72 cities around the world.
Mutakhir ini Timbalan Presiden PAS Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu menjadi alat serangan media perdana TV1, TV2, TV3, TV4, TV5, TV6 hingga TV100. Media-media ini yang diketahui umum adalah dikonkong oleh UMNO laknatullah dan menjadi berita yang cukup besar oleh media pro UMNO dan media tv. Mat Sabu dituduh penganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggu UMNOapco.
Timbalan Presiden Pas itu sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dihentam, dikecam, dihentak dan bermacam-macam lagi tanpa usul periksa. Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada beliau, kerana beliau bukan sahaja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang. Inikah yang dikatakan demokrasi??
Bagaimana pula kes dan peristiwa Memali di Baling Kedah yang kini dilupakan?. Penduduk Memali diserang dan ditembak secara rakus oleh pehak keselamatan. Siapa yang mengarah menembak secara brutal atau secara gila babi tanpa tiada kasihan belas dan tidak bertamaddun.? Hukumnya pemimpin UMNO adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam peristiwa Memali.
Umno dan pemimpinnya lebih rakus dan jahat dari segala binatang yang ada di atas muka bumi ini. Sepatutnya UMNO dan kerajaan BN termasuk PERDANA MENTERI & TIMBALAN PERDANA MENTERI ketika itu digelar penjahat dan pengganas yang sebenar.
Dengan tegas pemimin BN/UMNO adalah orang yang paling jahat kerana membunuh penduduk Memali bersama ustaz Ibrahim. Tangan UMNO/BN perlu digelar pembunuh dan penganas dan pengkhianat nombor wahid di Malaysia.Adakah sejarah serangan terhadap penduduk Islam memali akan dipadamkan disebabkan mereka yang dibunuh kejam adalah ahli PAS??
Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho.
Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.
Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.
Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.
Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.
Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.
Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.
Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.
(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.
(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.
(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.
UMNO MENOLAK HADITH
Selain dari secara terang-terangan menolak perintah Allah swt. yang terkandung dalam al-Qur'an pemimpin tertinggi UMNO juga telah menerapkan fahaman menolak hadith seperti mana yang dibawa oleh sahabat baiknya, Dr.Kassim Ahmad. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mengharamkan buku 'Hadith Satu Penilaian Semula', dan ada yang telah mengisytiharkan Kassim Ahmad murtad, namun tiada sebarang tindakan diambil. Bahkan disebabkan pemikiran beliau dan Kassim Ahmad sealiran, Kassim dan rakan-rakannya seperti Othman Ali (penulis buku 'Bacaan'), dan Syed Akhbar Ali sering diberi tempat samada dalam media cetak mahu pun elektronik untuk terus menerus menyesatkan rakyat dan menimbulkan keraguan terhadap hadith dan isu-isu berkaitan dengan Islam, walaupun itu bukan bidang mereka.
Mahathir kata:
'Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa dan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.' (Dr.Mahathir Mohamad, 24 Nov.1995, PWTC, ucapan bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')
Rumusan
Mahathir meragui hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan mendakwa kononnya kemungkinan ada hadith sahih yang sebenarnya tidak sahih, dan ada hadith yang ditolak mungkin hadith yang sahih. Fahaman ini sebenarnya adalah fahaman yang dibawa oleh para orientalis Barat seperti Joseph Scacht dan rakan-rakannya bagi maksud menimbulkan keraguan di kalangan penganut agama Islam. Bahayanya pemikiran ini ialah merungkai dan memecah belahkan asas dan dasar-dasar Islam itu sendiri yang berpaksikan al-Quran dan Hadith. Akibatnya timbul golongan yang hanya mahu percaya kepada al-Quran semata-mata dan menolak Hadith seperti Kassim Ahmad dan juga pengikutnya dari Sisters in Islam.
Mahathir percaya bahawa kerana berpegang kepada hadithlah menyebabkan umat Islam hari ini berpecah belah.
Nabi kata:
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, dan jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku"
(Maksud Hadith)
Para ulama' muktabar sejak zaman berzaman telah sepakat ( ijma') memutuskan iaitu WAJIB bagi umat Islam berpegang kepada al-Quran dan Hadith. Hadith yang dimaksudkan ialah hadith sahih. Ada enam kumpulan hadith yang digelar 'Sihah Sittah', iaitu: 1. Bukhari; 2. Muslim; 3. Tirmizi; 4. Ibn Majah; 5. Abu Dawud; 6. An-Nasai.
Sayugia diingatkan bahawa mereka yang menolak atau meragui hadith telah rosak Iman dan Islam mereka dan selama mereka tidak bertaubat, mereka ini berada dalam kemurkaan Allah dan di akhirat kelak akan dicampakkan ke dalam neraka. Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang menolak hadith junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan hidup kita dunia dan akhirat?.
UMNO HINA SUNNAH NABIBERJANGGUT
Mahathir kata:
"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. KononnyaSunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Kenapakah ada antara kita yang lebih suka kepada simbol-simbol Islam seperti pakaian dan janggut dan tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih berat bagi orang Islam seperti persaudaraan dan pertahanan?"(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad saw?
UMNO HINA PERINTAH MENUTUP AURAT
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol anak. Tengok masuk dalam mahkamah (ber)ketayap, (ber) kopiah putih, isteri pakai tudung kepala. Tapi buat kerja apa?"(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
"Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
"Menutup aurat di kepala mempunyai tujuan yang sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak daripada berlakunya jenayah seks. Tiada siapa yang melarang amalan ini, tetapi ramai yang ingin memaksa lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang tua juga mesti menutup mereka. Dan jangan kita lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala. Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala dan bukan pencegahan jenayah. Asalkan kita menutup kepala, sempurnalah amalan kita".(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
ALlah kata (firman):
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka....
(Mafhum al-Qur'an: An-Nuur:31)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina, mempersenda, dan memperlekehkan hukum dan perintah Allah?
UMNO HINA DAN PECAT ULAMA'
Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.
"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Allah kata (berfirman):
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"
(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):
"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"
"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-
Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.
Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?
JOHOR BARU: PAS' intention to carry out hudud law will cause the nation to backslide and scare away investors, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
The impact would be great on foreign direct investments and also tourists who would shy away, he said, adding that several countries practising hudud law were backward except for their rich natural resources.
Speaking to reporters after attending a function at the Hock Lin Gong Chinese temple here yesterday, Dr Chua stressed that even non-Muslims in the country would be affected, especially in terms of economy and education.
“It is misleading and a lie to say that the implementation of hudud will not affect non-Muslims,” he said.
He criticised the DAP for its inconsistency as the party did not support hudud law but was willing to help PAS leaders win the election by asking the Chinese to support them.
At the event, Dr Chua promised an allocation of RM30,000 for the temple which was celebrating its 20th anniversary.
In Batu Pahat, Dr Chua said the financial management of Pakatan Rakyat-controlled states was still lacking.
Referring to the Auditor-General's Report 2010, he noted that a Selangor state-run agency lost RM200mil while the Penang government had yet to build affordable houses for the rakyat.
The populist policy being practised by the Pakatan Rakyat had not solved anything, he added.
“They give RM100 to the elderly once a year and another RM100 for people to go shopping. This does not solve anything at all but merely a feel-good factor to the rakyat and is quite misleading,” he said during a 1MCA Medical Foundation dinner on Thursday.
He also said that the people wanted to see changes and the Government had listened to their feedback.
“The only thing that has yet to be transformed is the Pakatan Rakyat,” he said.
Under the transformation programmes introduced by the Prime Minister, he said the rakyat could see the changes.
“The economic, social and political landscape in Malaysia is being transformed. We have attracted many foreign direct investments for the country to achieve high-income status while creating a more democratic society,” he said.
http://thestar.com.my ayid-manjaddawajada.blogspot.com -ijoks2009- Kalau di kalangan pemimpin Islam sendiri pun berani mempertikaikan hukum Hudud ,apa nak pelik jika pelakon video lucah yang kafir tu makin berani...
terima kasih, kham sia Chua Soi Lek....
apa kata Perkasa,
apa kata UMNO,
apa kata Ibrahim Ali,
apa kata Zulkifli Nordin,
apa kata Hassan Ali,
apa kata sohibul samahah harun sani
apa kata Jamil Khair
apa kata ostad kazim,
apa kata Mahathir,
apa kata Najib,
apa kata Rosmah dengan cincin permatanya,
apa kata Sharizat dengan lembu-lembunya,
apa kata Muhyiddin,
apa kata Zambri a/l kadiaq... silalah jemput Chua Soi Lek bertanding kat Perak.
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
hello blog.
-
Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika
posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar
AKHIRAT, DU...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Pendekar taik minyak
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke
malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn
di izink...
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...
-
Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan
berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...