;


Tuesday, September 8, 2009

Majlis Permuafakatan Ummah patut ditukar kepada Majlis Permusnahan Ummah

0 comments
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap tapak gelanggang Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di sebelah kuil Seksyen 19 walaupun ia didirikan tanpa kebenaran.

Seorang ahli majlis Mohd Harris Abu Bakar berkata, walaupun MBSA mengetahui tapak berkenaan dibina secara haram, majlis itu tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya demi menjaga kerukunan di kejiranan berkenaan.

Kecenderungan berlaku ketegangan di kalangan penduduk di seksyen berkenaan sejak awal tahun ini – selepas majlis perasmian tapak gabungan NGO Melayu itu – menyebabkan MBSA perlu mengambil pendekatan sedemikian, tambahnya.

Jelasnya lagi, pihak majis terpaksa beralah dan menganggap tapak yang dibina oleh Pewaris itu sebagai tapak sementara sebelum satu kawasan yang lebih sesuai dikenalpasti.

"Pagar (tapak gelanggang) itu mereka dirikan sendiri tanpa kebenaran MBSA. Tidak ada kelulusan rasmi dari pihak kita.

"Kalau nak robohkan pagar itu, Pewaris mahu kita robohkan kuil juga. Susahlah bila mereka mainkan sentimen seperti itu. Jadi kita biarkan dulu.

"Ini adalah sementara sahaja, bukan kekal. Tanah kuil di Seksyen 19 akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selepas selesai urusan pemindahan kuil ke tapak baru termasuk kawasan yang digunakan oleh Pewaris," katanya lagi.

Mohd Harris diminta mengulas tuduh-menuduh isu kesesakan lalulintas di Seksyen 19 susulan kewujudan sebuah kuil dan tapak gelanggang Pewaris seperti dilaporkan Malaysiakini semalam.

Aduan-aduan yang diterima daripada segelintir penduduk di situ berhubung rasa tidak senang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Pewaris di kawasan tersebut, katanya lagi.

"Setakat ini tidak ada terima apa-apa aduan tentang itu, cuma penduduk India di situ yang banyak buat aduan kepada kita, tetapi mereka banyak bersabar dan ikut nasihat kita," katanya.

Mohd Harris – turut mengetuai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7 Shah Alam yang meliputi Seksyen 19 – juga menjelaskan, aduan tersebut berkaitan satu upacara anjuran Pewaris di kawasan tersebut awal tahun ini.

"Majlis sembelih lembu itu diadakan pada tarikh yang sama (10 Januari) dengan satu upacara sembahyang di kuil.

"Jadi kita nasihatkan mereka (pihak kuil) supaya tidak jalankan upacara sembahyang sebab kita takut bertembung. Mereka ikut nasihat kita," kata ahli majlis MBSA itu lagi.

"Kita buat juga pemantauan pada hari berkenaan untuk mengelakkan mereka bertembung dan hal yang tidak baik."

Mengulas mengenai status tanah yang menempatkan kuil dan tapak gelanggang Pewaris itu, beliau menjelaskan kedua-dua milik PKNS.

"Tanah itu boleh didirikan rumah atau dijadikan taman rekreasi, sebab di sekitar kawasan tersebut memang tidak ada taman rekreasi," tambahnya.

Kuil di Seksyen 19 dirancang untuk dipindahkan ke Seksyen 23 tetapi cadangan itu dibantah keras sekumpulan penduduk sehingga menjadi kontroversi besar - susulan demonstrasi dengan membawa kepala lembu 28 Ogos lalu dan kekecohan sesi dialog dengan kerajaan Selangor, 5 September lepas.

Kepala lembu: 12 didakwa esok

0 comments

Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah esok.

Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana mereka tidak dapat dikesan.

Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.

Dalam perkembangan berkaitan, empat daripada 12 orang ini dilaporkan telah ditahan untuk diseret ke mahkamah.

Lapan lagi akan ditahan hari ini juga untuk tujuan yang sama, lapor akhbar The Star lagi lewat petang ini.

Difahamkan, mereka yang bakal dibawa ke mahkamah termasuklah:

- Rahimuddin Md Harun, timbalan pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (Atom) dan timbalan presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris),
- Mohd Zurit Ramli, setiausaha Gabungan NGO Malaysia,
- Mahyuddin Manaf, pengerusi jawatankuasa bertindak,
- Ibrahim Sabri, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak, dan
- Zainudin Md Yusuff, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23.

Mereka dipercayai akan dituduh di mahkamah Shah Alam pagi esok.

Semalam, peguam negara berkata mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi berkenaan akan didakwa menghasut.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan meluahkan keberangan mereka di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam dengan ucapan berapi-api dan memijak kepala lembu yang diusung dari pintu masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut.

Mereka membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dari Seksyen 19 Shah Alam.

Mereka menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

malaysiakini.com

Saturday, September 5, 2009

Politik Umno Semakin Sempit..

0 comments
Inilah hasil dari tarbiyah UMNO keatas anak-anak melayu sekarang.. Tanpa segan silu didepan kamera hinggakan meraka sanggup kencing pada gambar pemimpin PAS.. MasyaAllah!!
Inikah yang kita dilaungkan-laungkan 1 Nation.


3 Ekor sedang kencing..


Bersedialah kita menghadapi serangan parti baru ni, ganas macam lembu yang dikerjakan oleh matador di Espana. Kih! Kih! Kih!

Dialog mencarut & maki hamun : memalukan umat Islam

0 comments

Walau pun semalam merupakan hari ke 15 umat Islam mengerjakan ibadah puasa tetapi dalam dialog antara penduduk seksyen 23 dengan 2K (Khalid Ibrahim & Khalid Samad) dan Rodziah dipenuhi oleh aksi-aksi ganas yang amat memalukan kita umat Islam.

Jika dinilai dari aksi mereka ( klik link ini )..... jika mereka mati (contoh yg songkok tinggi tu) masa mereka sedang memaki hamun dan mencarut adakah mati mereka diketogorikan sebagai mati syahid .... kerana mereka benar-benar (konon nya) menghalang pembinaan kuil berkenaan.

Puasa semalam bagi exstemis yang beraksi dalam pelbagai aksi semalam tidak menampak mereka sebagai orang Islam sedang 'berpuasa', Puasa tidak menjadi pendinding kepada mereka. Mereka bagai orang yang dirasuk syaitan. Puasa tidak menjadikan mereka orang-orang yang sabar, beriman dan bertaqwa. Jijiknya bila mereka melaungkan Takbir! Adakah mereka sedar segala tindakan itu mencemuh Tuhan yang Maha Mulia. Tidakkah mereka takut akan azab Allah S.W.T

Aksi mereka memalukan seluruh umat Islam sejagat. Mari kita hayati antara kata-kata yang keluar dari mulut orang Islam yang sepatutnya berpuasa semalam.

“Jantan dua-dua ekor ini (Khalid Samad dan Khalid Ibrahim) telah menyebabkan orang-orang Melayu dan masyarakat India sudah jadi tidak harmoni. Tapi, disebabkan dua bodoh macam kau, kami (penduduk) raca tidak selesa.” Jamil Mohd Isa.

“Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agama lah pukimak!” cemuhnya.

Hj Azmir

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Hj. Azmir.

“Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk.” cemuhnya.

“Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!”

“Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!”

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Hj. Azmir Md Zain.


Amat memalukan lagi apabila yang melalukan perbuatan tersebut adalah dikalangan orang Islam sendiri dikala masyarakat beragama lain sedang menghormati kedatangan ramadhan, namun mereka yang beragama Islam pula mencemarkannya. Apakah ini cara diplomasi bijaksana yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya jika ingin menangani sesuatu masalah yang melibatkan agama lain? Apakah para mufti yang merupakan 'warasatul anbia' ini hanya mendiamkan diri terhadap tindakan politik sempit oleh segelintir orang islam sendiri ? Mana perginya ketegasan mufti dalam hal ini ? Hukuman Dunia dan Balasan Akhirat. Mana yang lebih Utama?

Akibat daripada perbuatan tersebut, kini masyarakat dari bangsa dan agama lain sudah memandang islam itu sebagai sesuatu yang amat sempit. Langsung tiada tolenransi dan mementingkan kepentingan sendiri. Kesan ini adalah disebabkan penganut Islam itu sendiri yang dangkal ilmunya serta cetek akalnya berkaitan dengan diplomasi dan toleransi yang tulen.

Walaupun ramai yang tidak mengambil peduli terhadap isu ini, namun secara sedar atau tidak BN/UMNO Selangor sememangnya merencanakan usaha-usaha yang cukup terancanng bagi mamastikan Pakatan Rakyat tumbang dengan seberapa segera di Selangor.

Jika cara politik sempit mereka ini masih disokong oleh bangsa melayu, maka berjayalah mereka untuk mempermainkan sentimen perkauman yang ditegah sendiri oleh Islam sedangkan slogan "1 malaysia" tersebut hanyalah sekadar retorik kosong semata-mata demi tatkala meraih undi bagi masyarakat bukan melayu sahaja. Bila dah menang, tinggallah mereka dengan laungan kosong sahaja.

Umno dan Tv3 ingat rakyat berbangga dan seronok dengan kelakuan dan tingkahlaku lembu-lembu suruhan umno. Inilah yang amat dibanggakan oleh Umno Selangor dan Tv3 bila menyiarkan kekecohan yang berlaku dalam perbincangan dengan MB Khalid yang disiarkan Tv3 sebentar tadi.. Bangganya puak-puak bodoh ini bila berjaya menggagalkan dan memalukan kerajaan negeri Selangor.

Namun begitu, penonton Tv3 di seluruh dunia dapat mendengar apabila Tv3 menyiarkan ucapan Khalid "Minta semua bertenang. Selepas ini tidak ada perbincangan lagi. Tidak ada lagi soal berbangkit pasal Seksyen 23 lagi," katanya sambil mendakwa faham perasaan penduduk, walaupun disuarakan dengan cara yang "tidak tertib sangat". Kedengaran hampir 98% audien bertepuk tangan tanda sokongan kepada Khalid. Rupa-rupanya hanya 5-6 orang sahaja lembu upahan yang syok sendiri..

Tak perlulah kita bercakap tentang adab Melayu bila bercakap dengan pemimpin kerana lembu-lembu ini sememangnya bukan manusia. Dunia telah menyaksikan kebodohan dan kedunguan samseng/lembu upahan umno.

Kepada umat Islam di sek 31, janganlah anda terikut dengan tindakan melampau ini. Sedarlah, Anda semua dipergunakan dan diperbodohkan oleh golongan perlampau ini. Mereka sanggup melakukan apa saja termasuk isu perkauman dan keagamaan. Itulah yang terjadi pada 13 Mei.



Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil

0 comments
Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

ImagePembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

ImageKatanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

Image"Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!"cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

ImageDitanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. ImageBeliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Perkauman Keris Umno di Bagan Pinang

0 comments
Perkauman sempit dijangka akan menjadi isu utama Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang apabila pilihan raya di adakan di situ, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pilihan raya kecil dijangka akan diadakan bagi kerusi tersebut berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan itu dari BN, Allahyarham Azman Mohd Noor semalam.

"Sudah disepakati umum bahawa sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, isu perkauman adalah satu-satunya isu yang mampu menyambung nafas Umno untuk meneruskan cengkaman kekuasaannya," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bimbang isu tersebut akan memburukkan keadaan yang semakin runcing kini akibat tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman sempit.

"Sejak pilihan raya umum tahun lalu, Umno mengapi-apikan perkauman dengan tunjuk-tunjuk perasaan yang diperhatikan sahaja oleh polis seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

"Daripada isu mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya, isu babi sehinggalah kepada perbuatan mengheret, meludah dan memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam baru-baru ini, semuanya mengapi-apikan sentimen perkauman sempit," kata beliau.

Menurut beliau, seorang blogger Umno yang juga bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (sakmongkol.blogspot.com) membayangkan Umno tidak boleh menggunakan isu ekonomi, demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

"Jika digunakan isu ekonomi, rakyat akan bertanya mengapa hanya kroni tertentu sahaja yang mengaut sebahagian yang amat besar dari kek ekonomi?

"Jika digunakan isu demokrasi dan kedaulatan undang-undang, rakyat akan mempersoalkan adakah Umno menjunjung nilai-nilai demokrasi dan kedaulatan undang-undang?

"Satu-satunya isu yang boleh digunakan oleh Umno ialah menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kepentingan mereka terancam," Salahuddin menjelaskan.

Sebab itulah, kata beliau, Umno mengapi-apikan perkauman.

Image"Sambil itu, Umno terus menyembunyikan hakikat bahawa Tanah Rezab Melayu susut kira-kira 44 peratus sepanjang pemerintahannya, RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada bumiputera dari 1984 sehingga 2005 hilang entah ditelan kroni siapa, nasib malang orang-orang Melayu di Pulau Pinang, setinggan-setinggan Melayu dizalimi seperti yang berlaku di Kampung Berembang ketika Umno memerintah Selangor dan pelbagai pengkhianatan lain ke atas orang-orang Melayu ketika di bawah pemerintahan Umno dan BN," kata beliau.

Ditanya mengenai 4,925 undi pos di kawasan itu, Salahuddin berkata, PAS akan membincangkan tindakan yang akan diambil mengenai perkara itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Dari carian yang dibuat, kawasan itu mempunyai 4,925 pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Meskipun demikian, dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi, hampir kesemuanya dipercayai dari 9,267 pengundi yang tidak mengundi melalui undi pos.

Calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia kemarin memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi dengan majoriti 2,333 undi.

Salahuddin juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman dan berharap roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Marilah kita bersama-sama bersedekah Al-Fatihah.

Thursday, September 3, 2009

Walau Rakyat Menentang, Kontrak Musa tetap disambung setahun.

0 comments
Lanjutan kontrak Musa juga telah mendapat perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Lanjutan kontrak Musa juga telah mendapat perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.

Beliau berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat perdana menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 Nov 1969.

Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah penolong pengarah
Bahagian Narkotik Bukit Aman (1981), pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986), pegawai latihan di Bukit Aman (1991), timbalan penolong pengarah pendakwaan Bukit Aman (1995) dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua polis Johor (2003), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan timbalan ketua polis negara (2005).

Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai ketua poli negara pada 12 Sept 2006.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Sementara Angkatan Muda PKR pula merancang menyerahkan memorandum membantah penyambungan kontrak Musa kepada menteri berkenaan esok.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum itu di Putrajaya jam 2.30 petang.

Inikah kuasa 1 Nation???? lu pikirla sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin