;


Wednesday, May 27, 2009

Hari Pertama Sukan Pasti Al-Khauthar

0 comments
Pasti Al-Khauthar telah mengadakan aktiviti sukan mingguan yang pertamanya pada pagi 15/Mei/2009 dalam suasana yang penuh harmoni, girang dan selamat tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi.Anak-anak yang segak bergaya dengan pakaian seragam sukan pasti.Menyanyikan lagu pasti dan nasyid dengan penuh semangat sebelum keluar bersukan. Masing-masing berkobar-kobar tidak sabar untuk bersukan.
Kaum Ibu dan muslimat yang turut hadir.
Program berakhir dengan jayanya walaupun permulaanya dihalangi hujan gerimis. Walaubagaimanapun hujan tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka untuk bersukan.

Arahan PASTI Negeri Selangor

0 comments
Assalamu'alaikum w.b.t

Di antara keputusan Mesyuarat Pasti Negeri Selangor pada 3 Mei 2009 di Dewan Bestari Shah Alam ialah.

1. Hutang kawasan-kawasan hendaklah diselesaikan sebelum 31 MEI 2009.

2. PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR pada 31 Mei 2009 di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Kuala Selangor. Penyertaan semua kawasan bagi :
i) Menghantar Pasukan Bola Sepak & Bola Jaring
ii) Penyertaan aqiqah.Satu bahagian /lebih (wajib 1 bahagian 1 kawasan)
Tuan rumah: Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam & Sg Besar.

3. SAMBUTAN HARI GURU & KONVOKESYEN GURU PASTI NEGERI SELANGOR 2009
23 MEI 2009 , DEWAN BALAI SENI ISLAM YAYASAN RESTU.
TUAN RUMAH KAPAR & SUBANG

4. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009.
18 MEI -22MEI 2009

Kertas soalan peperiksaan boleh diambil di Sinar Fajar, Kajang.

5. PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA
19-20 JUN 2009
TN RUMAH NEGERI SELANGOR
PENGLIBATAN SEMUA KAWASAN SEBAGAI AJK.

Sekian,

SDR. MOHD AL-HAFIZ B. ADZHAN
Setiausaha Kerja
PASTI Negeri Selangor

Nizar @ Perak - Sinar Baru Kerajaan Pakatan, Inilah Pemimpin untuk Rakyat !

0 comments
Puluhan ribu yang telah hadir ke Majlis Ceramah DS Nizar di Taman Melewar malam tadi. Ini adalah ceramah pertama beliau setelah memenangi kes berkaitan isu MB Perak yang sah. Dari sumber yang dimaklumkan beribu-ribu lagi rakyat yang hadir tidak dapat masuk ke kawasan tapak ceramah dan hanya berupaya berada di luar kawasan tapak, foto dibawah menunjukkan kehadiran rakyat yang melaut yang tidak daapt masuk.


Dan foto di bawah ini bercerita apa yg telah berlaku di Bangunan SUK Ipoh petang semalam, dan malam tadi sehingga pagi ini, Polis dan FRU mengawal ketat Bangunan tersebut.



(8) Terima kasih kepada saudara Sham yang sudi menghantar gambar malam tadi melalui email.

Nizar @ Perak - Sinar Baru Kerajaan Pakatan, Nasib 3 Pencacai Malang ?

0 comments

Sesungguhnya YAB Ir Nizar MB Perak seharusnya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang telah memutuskan bahawa beliau adalah MB Perak yang sah. Keputusan tersebut sudah pasti menyemerakkan lagi sokongan rakyat terhadap beliau khususnya dan PR, amnya. Sekaligus, keputusan tersebut menggambarkan betapa tidak selama-lamanya mereka boleh memperkudakan sesiapa yang mereka suka untuk berkuasa. Hasil keputusan yang diumumkan tersebut sebenarnya tidak sedikit pun menguntungkan Nizar secara peribadi bahkan tidak juga dikatakan menguntungkan PR.

Siapa yang beruntung hasil daripada keadilan mahkamah tersebut? Sudah tentu rakyat Perak yang selama ini derita jiwa dan raganya di bawah pemerintahan yang mereka tidak pilih. Pujian harus diberikan kepada Nizar kerana sebaik sahaja beliau dikembalikan kuasa yang telah dirampas, beliau sertamerta mengumumkan untuk mengembalikan hak memilih pemimpin negeri Perak kepada rakyat Perak.

Itulah jiwa seorang pejuang rakyat yang mendahulukan rakyat dari dirinya sendiri. Bukannya seperti omongan kosong bercakap tentang `rakyat diutamakan' dan berbagai bentuk kosmetik ucapan lagi oleh pemimpin Umno/Bn. Setelah Allah memberikan nikmat kemenangan ini, maka terpulanglah kepada rakyat Perak untuk memilih haluan dan pilihan masing-masing selepas ini. Tugas Nizar serta rakan-rakan di dalam PR hampir ke penyudahnya dan rakyat Perak hanya perlu mengesahkan semula pilihan mereka.

Kita tidak hairan apabila Najib berkata Umno/Bn akan berusaha untuk merayu keputusan tersebut kerana kita sememangnya tahu ketika ini Umno/Bn begitu fobia dengan pilihanraya. Apakah `bala' yang akan menanti di Dun Penanti belum diketahui, mana mungkin Umno/Bn berani untuk berdepan dengan satu lagi pilihanraya yang lebih besar. Kita tetap berharap walau apa jua yang berlaku selepas ini, rakyat Perak mesti bangun untuk menuntut hak mereka iaitu dengan memilih pemimpin mereka di dalam pilihanraya.

Meskipun di war-warkan bahawa akan ada Persidangan Dun Perak yang bakal mengusulkan undi tidak percaya kepada YAB Nizar, tetapi semuanya itu taktik yang sudah basi dan mudah untuk dapat dibaca oleh rakyat Perak. Apa pun tindakan Umno/Bn selepas ini tidak akan menyekat rakyat Perak untuk berhadapan sekali lagi di dalam pilihanraya negeri. Tiada ubat lain yang lebih mujarab bagi memulihkan `penyakit kudis buta' demokrasi di Perak sekarang melainkan kembali kepada rakyat sebagai `bomoh'nya.

Walaupun Nizar menang di dalam kes di mahkamah ini, beliau memahami bahawa mahkamah bukanlah penentu sokongan rakyat di dalam memilih pemimpin mereka. Sehubungan itu, wajarlah Dun Perak dibubarkan walaupun mungkin menyebabkan ada di kalangan pemimpin Umno yang menggeletar kedua-dua lututnya.

Sekali lagi duit rakyat bakal akan digunakan memulihkan demokrasi di Perak yang kebelakangan ini dikoyak rabakkan oleh mereka yang rakus kuasa itu. Kepada ketiga-tiga Adun Bebas yang melompat parti itu, mereka wajiblah bertanding sekali lagi kerana rakyat rindukan bahan kempen mereka. Tetapi atas nama parti apa pula mereka akan bertanding selepas ini? Atau sanggupkah Umno/Bn beri laluan kepada ketiga-tiga mereka? Senang cerita, eloklah mereka umumkan kemasukan mereka sebagai ahli Umno/Bn seberapa segera sebelum terlewat. Jika tidak, kita bimbang mereka umpama `pencacai malang' yang menjadi seperti pepatah `yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran'.

Disediakan Oleh Penulis Tamu alBanjari Online@WFAUZDIN NS

Nizar @ Perak - Sinar Baru Kerajaan Pakatan, Raja Muda bersetuju

0 comments
Rakyat di Perak tentunya lega dengan keputusan mahkamah Tinggi kelmarin yang membuat keputusan bahawa Ir Nizar masih MB Perak yang sah. Sebenarnya rakyat di Perak ramai yang sudah mengetahui siapakah sebenarnya MB Perak yang sah, tetapi secara undang-undangnya belum diperlihatkan. Hari ini semuanya telah diperlihatkan dan kepercayaan rakyat Perak adalah benar. Kini, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh YAB Ir Nizar?

Selasa [12 May 2009] 12:01AM

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah bersetuju untuk menerima menghadap Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. The Malaysian Insider melaporkan Mohammad Nizar akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi Selasa bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus memberi laluan kepada pilihanraya kecil negeri diadakan.

Perkara ini disahkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Adun Sungkai S.A. Sivanesan.

"Saya baru bercakap dengan Nizar dan beliau mengesahkan akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi esok (Selasa)", kata Sivanesan kepada The Malaysian Insider.

Mahkamah Tinggi petang Isnin memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN. Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kair dan enam anggota exconya supaya melepaskan jawatan serta merta.

Mesyuarat Exco Pertama Kerajaan Perak

0 comments

[Isnin] 10:19PM

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang disahkan sebagai Menteri Besar selepas 96 hari 'berehat' akan mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya pada pukul 11 malam ini.Ia disahkan oleh Datuk Ngeh Khoo Ham yang merupakan Exco Kanan dalam kerajaan Pakatan Rakyat sehingga awal Februari lalu. "Kami akan adakan mesyuarat Exco pukul 11 malam dan selepas itu kami akan adakan sidang media," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mesyuarat itu turut disahkan oleh seorang lagi ADUN Pakatan, N. Sivanesan yang juga Exco sehingga Februari lalu. Ngeh yang Pengerusi DAP Perak berkata, esok pihaknya akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Raja Muda Raja Nazrin.

"Esok, pagi kami cuma nak memohon untuk menghadap Tuanku bukan menghadap...media telah petik petang tadi," katanya

Nizar vs Zambry - Kita perlukan lebih ramai SIVAKUMAR untuk peperangan ini !

0 comments
Saya berkata kepada seseorang, yang kita memerlukan lebih ramai Sivakumar untuk memenangi "peperangan" di Perak. Alhamdulillah, Tuhan membuka jalan itu, hari ini Yang Arif Hakim Abdul Aziz Abd Rahim membuktikan Sivakumar tidak keseorangan.
5.15 ptg, 11 Mei 2009. Pintu utama SUK telah dirantai

WFauzdinNS - Rakyat di Perak tentunya lega dengan keputusan mahkamah di Ipoh hari ini yang membuat keputusan bahawa Ir Nizar masih MB Perak yang sah. Sebenarnya rakyat di Perak ramai yang sudah mengetahui siapakah sebenarnya MB Perak yang sah, tetapi secara undang-undangnya belum diperlihatkan. Hari ini semuanya telah diperlihatkan dan kepercayaan rakyat Perak adalah benar. Kini, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh YAB Ir Nizar?



Seperti yang diberitakan oleh Siaran Astro Awani (Berita BERNAMA) sebentar tadi, YAB Ir Nizar pertamanya akan menggantung tugas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat Exconya dan yang yang paling berani akan dilakukan oleh YAB Ir Nizar adalah untuk mengadap DYMM Sultan Perak bagi pembubaran Dun. Meskipun dari segi politiknya, usaha untuk pembubaran Dun amat-amat ditakuti oleh mana-mana pemerintah kerajaan kerana dikhuatiri akan kehilangan kuasa, namun YAB Ir Nizar bukanlah seorang yang gila kuasa.

Apa yang penting baginya kini adalah kestabilan di Perak dan kepentingan rakyat harus didahulukan. Bukan sedikit risiko yang bakal diambil oleh beliau untuk membubarkan Dun, mungkin beliau akan kehilangan kuasanya yang baru dikembalikan semula kepadanya. Tetapi, jika itu yang rakyat Perak mahukan apakan daya.

Begitulah berakhirnya drama politik yang terlalu sadis ini dapat kita lihat. Angkara siapa yang menjadi puncanya biarlah rakyat Perak yang menghukumnya nanti di dalam Pilihanraya Negeri Perak yang bakal diadakan sekiranya mendapat perkenan sultan. Kita penuh yakin, DYMM Sultan Perak pasti turut merasa lega kerana beliau kini punyai pilihan dan alasan sendiri untuk memperkenankan pembubaran Dun. Biarlah demokrasi yang sudah luka parah di Perak ini diubati oleh rakyat Perak sendiri. Bukan Sultan mahu pun mahkamah yang berupaya mengubati luka-luka parah ini, tetapi rakyat Perak sendiri. Tahniah YAB Ir Nizar.

Oleh Penulis Tamu@alBanjari Online : WFAUZDIN NS

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin