;


Wednesday, July 21, 2010

KJ: Cukuplah Utusan, nampak macam kita terdesak

0 comments
Ketua Pemuda Umno KhaiJamaluddin berharap usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan musuh politik mereka PAS dihentikan kerana dia menggambarkan seolah-olah Umno terdesak.

"Saya rasa cukuplah dengan usaha dan artikel (tentang) perpaduan Umno-PAS (ditulis). Cerita muka 1 Utusan (Malaysia) hari ini nampak macam kita desperate (terdesak) sangat," kata Khairy dalam laman Twitter.

Beliau mengulas berita muka depan akhbar Umno itu - berjudul "Pelan Damai Umno, PAS" - yang memetik Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan sebagai berharap kedua-dua parti mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan ditamatkan.

Nasrudin juga dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan itu terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno dan PAS.

Malah, memetik tulisan di blog Nasrudin, Utusan juga melaporkan PAS boleh melupakan sejarah perit seperti ditolak daripada Perikatan, peristiwa Memali dan penahanan pemimpin parti itu bawah ISA, demi penyatuan umah.

''Sebagaimana PAS boleh melupakan kenyataan serta tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)," laporan itu dipetik.

Setelah hasrat melihat perpaduan dua parti yang berasaskan sokongan Melayu itu disuarakan kembali oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini, pemimpin Umno rata-rata dilihat menunjukkan keterbukaan, manakala pemimpin kanan PAS pula kuat menentangnya.

'No Islam no Talk'


Pandangan Nasrudin itu pula dilihat agak 'lunak' berbanding pemimpin lain parti itu.

Tambahan pula, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis.

Dalam kenyataannya semalam, Mahfuz menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan "agenda politik murahan Umno" yang memukul gendang perpaduan.

Sementara itu, ekoran tulisan perdebatan di alam maya antara pemimpin kedua-dua pihak masih terterusan apabila bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin turut terkesan denagn pesanan Twitter Khairy.

"Kepada YB (Khairy), tepat sekali. Nampak teruk betul di pihak Umno. Kenapa PAS? Kenapa tidak Melayu lain dalam PKR, Sabah/Sarawak, NGO dan lain-lain. Seperti hidung tak...," tulis Mohd Nizar.

Bagaimanapun, Khairy sempat membalasnya sambil mendakwa terdapat pemimpin PAS yang mahukan idea itu terlaksana.

"Saya beritahu kamu kenapa (dengan) PAS. Sebab ada sebahagian dari pimpinan PAS yg sebenarnya nak melihat perpaduan Umno-PAS (jadi kenyataan). Tapi bukan sekarang," jelas Khairy.

Sementara itu, dalam tulisan terbaru Nasrudin di blognya hari ini, ulama muda PAS itu berkata beliau "berlepas diri ini dengan apa jua percubaan siapa jua untuk memesongkan dan menyalahtafsirkan maksud saya dalam Pelan Damai yang saya cadangkan".

"Pelan saya mudah: Aslim Taslam, Islamlah nescaya kamu selamat. Selebihnya: No Islam no Talk (tanpa Islam, tiada rundingan)," katanya.

Jangan terperangkap politik murahan Umno

0 comments

KUALA LUMPUR, 21 Julai: PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.
“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.
Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.
“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum  sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.
Menurutnya, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” tegasnya.
Katanya lagi, Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.
Ini, ujarnya dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.
PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.
Beliau menambah, PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke  atas umat Islam dan rakyat Palestin.
Baginya, bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.
“PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,” katanya.

Tuesday, July 20, 2010

Videoclip : UTK Menyerbu Konvoi Sultan Kelantan.

0 comments

Berikut adalah Videoclip yang memaparkan kejadian dimana konvoi Sultan Kelantan di serbu oleh pasukan Unit Tindakan Khas PDRM..
Adakah perkara begini akan berlaku andaikata Mahathir dan UMNO pada tahun 1992 tidak berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan?

Bahagian Perlembagaan yang dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.”

Sungguhpun tindakan polis ini agak bertentangan dengan adab dan budaya masyarakat Melayu, tugas mereka tidak akan begini jika Mahathir tidak menganggu-gugat kekebalan Raja-Raja Melayu dengan meminda perlembagaan..

Yang nyata sekarang kekebalan ini telah berpindah dari Raja-raja Melayu kepada Pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional..

Saksikan.. dan nilaikan siapakah penderhaka Anggota Polis yang menjalankan tugas ini atau Mahathir dan UMNO yang telah meminda perlembagaan agar polis boleh bertindak sebegini.
Fikirlah...siapa sebenarnya pemusnah bangsa melayu, penderhaka sultan dan raja melayu dan penentang Islam itu sendiri.....





Berita berkaitan sila lihat di SINI

"UMNO Sentiasa Sibuk Meminta Pertolongan Dari PAS.. Tenyata UMNO Lemah & Kritikal" - TGNA

0 comments
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sejak ditubuhkan pada 1951 tidak pernah meminta pertolongan Umno, tetapi sebaliknya Umno sentiasa sibuk meminta pertolongan dari PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas dakwaan Umno kini berada dalam keadaan lemah dan kritikal terutama dalam usaha meraih undi Melayu dan sokongan bukan Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sehingga terpaksa mempelawa PAS menyertai Umno walau pun pada satu pihak menuduh PAS sesat.

“Kelemahan yang berlaku dalam Umno kini adalah masalah dalaman parti itu, tetapi kenapa dicampur dengan PAS. Kalau dia lemah, maka lemahlah, itu kelemahan dia.

“PAS ni sejak diwujudkan pada 1951 lagi tidak pernah meminta pertolongan Umno (tetapi sebaliknya), Umno duk sibuk nak minta tolong dengan PAS,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini (16 Julai).

Ditanya mengenai penafian Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa tercetus semula isu usaha kerjasama Umno dan PAS menunjukkan Umno kini berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga terpaksa menjalin kerjasama dengan PAS, beliau berkata, “itu terserah kepada dia”.

Bagaimana pun beliau memberi kesanggupan untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mana-mana platform termasuk di luar Kelantan sekiranya beliau berada dalam keadaan sihat.

“Tetapi kalau perjumpaan itu hendak runding PAS dengan Umno, tidak ada sama sekali.

“Saya bagi tahu dah, kalau hendak berjumpa dengan saya hendak berunding persoalan PAS dengan Umno, tidak boleh sama sekali. Ini kerana barang yang sudah pun selesai. Sepuluh tahun lalu, dah selesai.

“Itu keputusan parti, bukan keputusan saya, tetapi kalau hendak berunding benda lain, petroleum atau masalah apa saja, boleh,” katanya.

Beliau mengulangi bahawa isu ‘perpaduan Islam’ tidak boleh dirundingkan, terutama apabila Umno menolak Islam dan mengambil ‘kebangsaan’.

Oleh itu, tegasnya, Umno perlu menukar ‘kebangsaan’ itu kepada ‘Islam’ dan akan boleh menyesaikan persoalan tanpa rundingan.

“Islam adalah ‘pasport’ untuk ke syurga, ‘Melayu’ tidak boleh ke syurga.

“Usahkan Melayu, bahkan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, Abu Lahab, seperti firman Allah (dalam Surah Al-Masad, ayat 1-6) binasa.

“Sedangkan Abu Lahab itu bapa saudara Nabi sendiri, orang Arab dan baka Quraisy, tok syed, tetapi rekod nama dia digazet dalam Al-Quran sebagai ahli neraka. Oleh itu, usahkan Melayu, bangsa Arab pun tidak boleh,” katanya

SATU LAGI SIRI TEMBERANG KHIR TOYO Khir Toyo Menunjukkan Kebodohan Beliau Lagi

0 comments

Tak habis-habis di Khir Toyo ni mengarut. Dalam isu pasir, misalnya, beliau terus menyalahkan kerajaan negeri yang ada sekarang di atas kejadian pencurian pasir. Tapi, dalam usaha beliau memfitnah kerajaan negeri PR dan KSSB, terdedah juga kebodohan Khir Toyo. Sebagai contoh, Khir menulis:

2. Di sesetengah tempat kegiatan perlombongan pasir dilakukan tanpa henti siang dan malam. Saya tidak pasti apa yang begitu dikejarkan oleh pelombong pasir ini. Wakil-wakil rakyat BN yang turun begitu terkejut melihat "kawah bumi" yang begitu besar dan dalam di Dengkil. Di Hulu Selangor pula kawasan yang dahulunya berbukit (mengikut makluman orang kampung) kini sudah menjadi tasik. Di celah-celah pokok di Bukit yang belum ditarah jelas kelihatan jengkaut dan jentolak berada di sebalik pokok-pokok menandakan bukit seterusnya akan menjadi mangsa pelombong pasir ini. Ini berlaku di kawasan yang dianggap sebagai kawasan tadahan air Selangor.

Siapa yang Khir hendak tipu? Orang gila pun tak boleh percaya dalam masa hanya kurang dua tahun (tempoh kerajaan PR memerintah), kawasan berbukit boleh jadi tasik?

Kawasan2 yang disebut Khir ini semuanya telah menjadi kawasan melombong pasir semenjak Khir menjadi MB lagi. Kalau nak salahkan orang, salah kan diri sendiri dulu, wahai Khir.

Kamu ni buat malu orang Jawa. Saya jamin, selepas membaca kenyataan di atas, tiada orang Jawa yang mahu mengaku Khir sebagai bangsa mereka.

MUSUH SEBENAR KHIR ADALAH KSSB
Mengaku sahajalah wahai Khir. Kamu marah sangat dengan KSSB sebab kroni2 kamu semua soru miss. Dulu, kroni2 UMNO kenyang mentekedaghah pasir dengan cara "Direct Award"

Mengikut kenyataan Raja Komando, Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha dan Pembeli Pasir Selangor:
"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.
Sepatutnya Khir Toyo patut malu dengan KSSB. Pendapatan dari pasir kepada kerajaan negeri naik BERKALI-KALI ganda berbanding semasa Khir menjadi MB Selangor.


(Data dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

Atas sebab itulah Khir Toyo kerap kali menaikkan isu pasir sebab beliau sedar kroni2 beliau sedang kekeringan sekarang ini.


KHIR TOYO KERAP MINTA PENTADBIRAN PASIR DISERAHKAN KEPADA PEJABAT TANAH
Khir kerap kali minta pentadbiran pasir diserahkan kepada Pejabat Tanah Daerah. Beliau menulis sebuah artikel bertajuk "Tutup KSSB, Kembalikan Kuasa Kepada Pegawai Kerajaan"

Kebodohan Khir Toyo dalam pentadbiran kerajaan negeri dijawab oleh Raja Komando:

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?

"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.
PENUTUP
Eloklah Khir Toyo berenti bercakap. Beliau bukan sahaja memalukan UMNO, tetapi memalukan bangsa Jawa. Selagi Khir Toyo terus bercakap macam orang tak siuman ini, imej orang-orang Jawa di Malaysia akan jadi terus memburuk./Malaysiawaves

Dialog Umno-PAS: " Saya tak berbohong "..ha..ha..sampai macam tu merayu...!!

0 comments
Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (dua, kiri) ketika majlis pertemuan beliau dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam hari ini. – Bernama pic
PUTRAJAYA, 20 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu. “Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu... jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.
“Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya,” katanya selepas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di sini hari ini.
Kedua-dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semalam mendakwa Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS.
Mahfuz dan Salahuddin menegaskan, pihaknya tidak memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin.
Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.
“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz.
Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkannya jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau.
Dipetik Bernama hari ini, Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.
Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.
“Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa,” katanya.
Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.

Malaysia Bebas Cukai 5 Tahun Jika Pakatan Rakyat Mentadbir Malaysia Selepas PRU-13: Dato' Haji Husam Musa

0 comments




YB Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara-DAP)


Dato' Haji Husam Musa (ADUN Salor-PAS)


Kuala Krai, 16 Julai - AJK PAS Pusat yang juga EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Haji Husam Musa memberi jaminan jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU-13 untuk mentadbir Malaysia, Pakatan Rakyat akan mencari jalan terbaik untuk memansuhkan cukai selama 5 tahun. Idea ini ditawarkan oleh Dato' Haji Husam Musa dalam ceramah anjuran Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat di Kuala Krai, Kelantan semalam.

Penceramah lain yang turut hadir ialah ADUN Mengkebang, YB Ustaz Latiff, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr.Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) YB Tony Phua.

Pakatan Rakyat memiliki formula istimewa untuk merealisasikan "Malaysia Yang Bebas Cukai Demi Kesejahteraan & Kemakmuran Rakyat" kata Dato' Haji Husam Musa.

Semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan drastik Kerajaan UMNO/BN menaikkan harga barangan keperluan asas tanpa membentangkan terlebih dahulu untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen. Jelas dan Nyata bahawa UMNO/BN bertindak sesuka hati seumpama Negara ini milik mutlak mereka dan bebas berbuat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada rakyat yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah dan miskin.

Dat' Haji Husam yang juga EXCO Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan menyelar etika kerja Kerajaan UMNO/BN yang zalim dan tidak bertanggungjawab apabila projek-projek mega yang memakan kos mencecah billion ringgit serta pembelian dengan kos yang melampau dan tidak masuk akal tetap diteruskan pada masa rakyat terus menerus dibebani dengan pelbagai kenaikan harga dan cukai contohnya yang terbaru kenaikan barangan keperluan asas yang diumumkan secara tergesa-gesa oleh Najib pada malam 15 Julai selepas sahaja Sidang dewan untuk penggal ini ditangguhkan..

Kenaikan harga barang tanpa kenaikan taraf ekonomi dan gaji rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri dari petani,nelayan, buruh, peladang, bekerja sendiri dan bekerja di sektor swasta pastinya akan membebankan rakyat akibat malapetaka ekonomi dan inflasi yang teruk di Malaysia.

Dato' Haji Husam serta barisan penceramah dalam majlis penerangan isu semasa mengajak semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama untuk menolak UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang serta menyokong Pakatan Rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan Negara Malaysia.

-Warta 365

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin