;


Tuesday, July 20, 2010

Dialog Umno-PAS: " Saya tak berbohong "..ha..ha..sampai macam tu merayu...!!

0 comments
Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (dua, kiri) ketika majlis pertemuan beliau dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam hari ini. – Bernama pic
PUTRAJAYA, 20 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu. “Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu... jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.
“Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya,” katanya selepas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di sini hari ini.
Kedua-dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semalam mendakwa Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS.
Mahfuz dan Salahuddin menegaskan, pihaknya tidak memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin.
Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.
“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz.
Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkannya jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau.
Dipetik Bernama hari ini, Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.
Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.
“Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa,” katanya.
Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin