;


Sunday, July 11, 2010

1Malaysia gagal: MCA mahu wujud 'PERKASA' versi cina saingi PERKASA versi Umno!

0 comments


Oleh: Pria Malaya

1. Ternyata gagasan 1 Malaysia Najib gagal sama sekali..perjuangan berasaskan bangsa dan kaum semakin memuncak, perasaan berteraskan perkauman dan rasis di dalam kompenan BN semakin menebal, masing2 saling menunjukkan wajah sebenar mereka....walaupun segala kemewahan/projek dan dana dicurahkan kepada bangsa Cina dan India bagi 'menutup mulut' mereka (sehingga mendapat kutukan dan makin penyokong Umno terhadap Najib), namun Najib dan Umno tetap tidak berjaya...

2. Ternyata APCO masih gagal memainkan peranannya dgn lebih berkesan dlm mempromosi 1Malaysia Najib..kerana itulah dilaporkan, kerajaan Najib mahu menruskan khidmat sekutu zionis ini utk tempoh satu tahun lagi walaupun mendapat bantahan dari rakyat...semuanya gara2 mahu 'mensucikan' Najib dan 1Malaysia pada pandangan rakyat..namun, ternyata percaturan najib gagal sama sekali..

3. Semua sedia maklum, PERKASA adalah sekutu bagi Umno..perjuangannya adalah semangat kebangsaan yang melampau...buktinya, jika ditanya penyokong Umno, antara PERKASA dan MCA, siapakah yang disokongnya?..tentu jawabnya, PERKASA..kerana mereka telah didoktrin dengan fahaman kebangsaan sejak turun temurun...

4. Diluah mati emak, ditelan mati ayah..ternyata kehadiran PERKASA benar2 membuatkan Umno di dalam dilema..sama ada mahu meluahkan sokongan secara nyata, atau mahu PERKASA gulung tukar demi survival parti melayu itu dimasa hadapan..apa pun kini, PERKASA dan Umno sudah tidak boleh dipisahkan...kewujudannya telah memberi kesan buruk kepada gagasan 1Malaysia Najib..siapa boleh nafikan?..

5. Hari ini, MCA secara terbuka menyerang PERKASA dari segenap penjuru..pemimpin mereka sepakat menentang kewujudan sekutu rapat Umno ini...dan kali ini Naib Presiden MCA bersuara lantang akan mewujudkan 'PERKASA versi Cina' bagi menyayingi PERKASA Ibrahim Ali...mungkin niat dan tujuan utama kehadiran PERKASA adalah utk menghentam DAP dan PR..namun mereka terlebih dahulu perlu berhadapan dengan kompenan BN, MCA MIC dan Gerakan..sungguh naif percaturan mereka...

**baca seterusnya disini:


********************************************************

MCA mahu 'PERKASA Cina'

Konsep 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin tercalar dan berlemungkinan robek apabila parti kedua terbesar dalam komponen BN - MCA mencadangkan penubuhan PERKASA versi Cina bagi menangani serangan perkauman NGO Melayu itu.

Naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.

"Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya,” kata Lim.

Tidak gusar

Menurut beliau, masyarakat Cina tidak perlu gusar dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) kerana mereka juga boleh menubuhkan kumpulan pelampau seumpama itu.

Beliau bagaimanapun menolak cadangan menubuhkan kumpulan pendesak bagi mengimbangi tekanan kumpulan pelampau kerana katanya ia ibarat melawan api dengan api.

Lim berkata sesetengah isu adalah lebih baik diselesaikan melalui perdebatan terbuka sambil melahirkan keyakinannya mengenai keupayaan kerajaan menangani tuntutan agresif PERKASA.

Namun katanya, sebagai negara pelbagai kaum yang mengamalkan prinsip adil dan seimbang, kerajaan terpaksa mengambil kira tuntutan PERKASA dan semua pihak lain.

Lim yang juga timbalan menteri kewangan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa bahagian kedua Model Baru Ekonomi (MBE) yang menyentuh isu kontroversial ekuiti 30 peratus bumiputera telah ditarik balik kerana desakan daripada PERKASA.

Katanya, butirannya dijangka akan dikeluarkan menjelang September ini sebelum pembentangan bajet pada 15 Oktober.

Sokongan merosot

Beliau bercakap kepada pemberita semasa diwawancara oleh akhbar Cina di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Lim juga menjangkakan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini.

Beliau yang dilantik sebagai ketua MCA Selangor mengakui memikul tugas berat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang ternyata mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Katanya, sokongan masyarakat Cina kepada BN adalah sekitar 30 hingga 35 peratus di seluruh negara dan jumlah itu merosot kepada 20 hingga 25 peratus di Lembah Klang.

"Sasaran kami adalah 50 peratus sokongan pengundi Cina. Jika kita dapat hanya 40 peratus, kita tetap bergembira. Saya agak pratikal: jika saya kata kita boleh meningkatkan sokongan kepada 80 peratus, ia adalah satu pembohongan.”

Katanya, tugas utamanya sekarang ini adalah membantu BN menawan semula kerajaan negeri Selangor.

Pada pilihan raya umum yang lalu, MCA Selangor dimalukan apabila hanya berjaya memenangi satu daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandingi manakala bagi kerusi negeri, ia hanya mampu menang dua daripada 14 yang ditandingi. - MKINI

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin