Ketika komponen Pakatan Rakyat ditunjangi PAS, PKR dan DAP semakin  menunjukkan kesepakatan lain pula ceritanya yang berlaku dalam Umno-BN.  Mereka kini bercakaran dan bergaduh sesama sendiri.
BN yang  dikepalai oleh Umno turut pening lalat dengan pelbagai desakan daripada  komponennya. MCA, MIC dan Gerakan kini sentiasa memberi tekanan kepada  Perdana Menteri 1Malaysia agar memenuhi permintaan untuk kepentingan  parti mereka atas nama survival BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Sudah  wujud versi Perkasa dalam  MCA, Gerakan dan MIC. Atas nama menjaga  komposisi kaum dalam komponen BN.Walhal sebenarnya semua itu cuma  retorik untuk menjaga periuk nasi masing-masing.
Umno-BN dengan  bantuan akhbar murahan yang dikuasai mereka cuba melancarkan pelbagai  serangan kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim  dan PKR. Manakala ruang untuk menyerang PAS dan DAP dilihat sukar  berdasarkan kestabilan dan kemantapan kedua-dua parti berkenaan  menangani hal dalaman parti dan menyerap setiap propaganda yang  dilancarkan.
Sebaliknya apa yang berlaku, dalam BN khususnya Umno  terus satu persatu terdedah pelbagai kepincangan dan pergolakan. Umno  di Kelantan masih bercakaran sesama sendiri sehingga tidak pasti siapa  yang lebih berkuasa dan berpengaruh dalam Umno di negeri cik Siti Wan  Kembang itu.
Terkini di Sungai Petani, mesyuarat Bahagian Umno  tersebut hari ini secara terbuka ahli di peringkat bahagian melancarkan  protes secara terbuka kepada ketua Bahagian, Ali Yahya. Di Bahagian  Petaling Jaya Selatan juga tidak kurang 'meriahnya' perpecahan yang  berlaku akibat perasaan tak puas hati di peringkat akar umbi.
Malah  di banyak tempat di bahagian-bahagian Umno di seluruh negara  diibaratkan seperti api dalam sekam yang hanya menunggu masa sahaja  untuk membara dan terbakar.
Oleh itu Pakatan Rakyat perlu  mengekalkan momentum kemenangan serta perpaduan yang wujud terutama  dalam saat pilihanraya umum ke 13 yang dijangka bakal berlaku pada tahun  ini. Ini penting supaya tidak membuka ruang kepada Umno-BN menyerang  Pakatan Rakyat untuk mengalih isu dalaman Umno-BN yang sedang melanda  serta memesong pemikiran rakyat daripada tekanan hidup akibat kegawatan  ekonomi, sosial dan politik yang begitu meruncing dalam negara sekarang  dibawah kepimpinan Umno-BN sekarang.
klik link ini untuk cerita lebih meriah... 
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
                      -
                    
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali 
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
1 year ago













0 comments:
Post a Comment